SEREMBAN – Golongan tidak sehaluan dengan perjuangan dan manifesto Pakatan Rakyat (PR) serta mendapati kepentingan individu mereka tergugat, dipercayai menjadi punca keretakan dan masalah dalaman parti.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, golongan ini akan melakukan apa sahaja asalkan pemimpin yang menjadi penghalang mereka mencapai matlamat individu dalam parti dapat dijatuhkan tanpa menghiraukan amanah diberi rakyat.
Menurutnya, golongan ini sanggup melakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai walaupun sedar ia mengakibatkan perpecahan dalam parti.
“Pemimpin yang menghalang impian golongan ini akan dijatuhkan melalui pelbagai cara sama ada melalui keretakan hubungan pimpinan dalam parti mahupun menabur fitnah.
“Tanpa memikirkan amanah diberi rakyat dalam pilihan raya lalu, mereka bertindak merobek kesefahaman kepimpinan dalam PR untuk ditonjolkan kepada umum.
“Bila diketahui umum sudah tentu pelbagai andaian akan dibuat yang secara tidak langsung menjejaskan imej parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyedari konspirasi pihak tertentu didakwa didalangi ‘Kolonel Mat’ untuk menjatuhkannya sudah lama dan berterusan.
Enggan melabelkan siapa golongan berkenaan, Badrul Hisham berkata, dalam politik khususnya Pas, semua pihak terutama Barisan Nasional (BN) pasti ingin melihat perpecahan kalangan pemimpin Pas.
“Pas sudah tentu menjadi sasaran pihak tertentu yang ingin melihat perpecahan parti khususnya isu pengunduran Menteri Besar daripada terus menerajui Kerajaan Negeri.
“Tidak mustahil golongan dilabelkan Menteri Besar Kelantan adalah anggota kepimpinan partinya sendiri yang diperdayakan dan digunakan oleh ejen-ejen tertentu bagi mencapai hasratnya,” katanya.
Menurutnya, pertukaran kepemimpinan Menteri Besar di Kelantan buat masa ini tidak perlu kerana tiada alasan wajar dan kukuh menyebabkan ia perlu dilaksanakan.
“Jika dilihatkan prestasi Menteri Besar sekarang sudah memadai untuk terus menerajui Kelantan dengan sokongan padu rakyat, jadi saya tidak lihat keperluan mendesak perlu diadakan.
“Seandainya berlaku juga, PKR tetap menyokong pemilihan Menteri Besar Kelantan baru menggantikan Nik Aziz dan yakin pemilihan berkenaan akan berjalan lancar, namun saya tetap yakin perkara ini tidak akan berlaku dalam masa terdekat,” katanya.
(klik petikan dari Sinar Harian)

No comments:
Post a Comment