Monday, June 15, 2009

Unit Ehsan cemerlang membantu kelancaran Kongres Nasional Khas

Pada 14 Jun 2009 lebih 1000 orang perwakilan Parti Keadilan Rakyat berada di Kolej Universiti Islam Selangor, Bangi untuk berkongres bagi meminda perlembagaan parti.
Alhamdunillah setelah dibentangkan dan didebatkan sepanjang hari, menjelang 4.30 petang telah di undi mengenai pindaan perlembagaan tersebut. Antara pindaan nya ialah
  • umur Angkatan Muda (sayap yang menempatkan wanita dan lelaki muda) dipinda dari umur 40 tahun ke bawah kepada 35 tahun ke bawah
  • meminda istilah ahli, bahagian dan cawangan kepada anggota, cabang dan ranting
  • had tempoh pemegang jawatan presiden dihadkan kepada 3 penggal sahaja
  • setiap ahli diberi kuasa untuk mengundi buakn lagi kepada perwakilan
untuk menjadi 'medan' tapisan pemimpin keADILan maka tempoh tidak boleh memegang jawatan selama setahun (kecuali dengan pindaan MPT) diperkenalkan kepada semua ahli baru.
sila klik sini untuk melihat komen che'GuBard dalam TvAntara mengenai pindaan perlembagaan.
Mungkin ramai yang tak perasan, kewujudan tenaga baru disebalik kelancaran kongres kali ini. Unit Ehsan sebuah organisasi 'anak muda' yang menumpukan kerja sukarela dan kebajikan telah menghadirkan kira - kira 50 anak muda sebagai sukarelawan bagi membantu pendaftaran, pengawal lalulintas dan keselamatan.
Unit Ehsan yang sudah wujud secara rasmi di Pulau Pinang, akan diwujudkan di seluruh negara dalam masa terdekat ini. Semasa kongres jelas kelihatan petugas berbaju hitam yang tertera Unit Ehsan Pulau Pinang, Unit Ehsan Negeri Sembilan, Unit Ehsan Johor dan Unit Ehsan Malaysia.

3 comments:

  1. majulah unit Ehsan..
    sentiasa bersatu bersama ke Arah Harapan Baru..

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:18 AM

    setelah skuad amk (atau yang shamsul namakan SAM) gagal..... nampaknya 'tentera semut' Unit Ehsan akan gantikan tempatnya mungkin serentak dengan che'GuBard ambil alih AMK ini....

    cadangan kepimpinan :

    Ketua : Che'GuBard - striker -
    Timbalan : Saiful lawyer kedah - tumpu organisasi -
    Naib : Fariz - lead pilihanraya -
    Naib : YB Izzah - lead pakatan -
    Naib : YB Amiruddin - lead gerakan belia / latihan -
    Naib : Ginie - lead bukan melayu -
    Naib : YB Kasevan - lead kebajikan -

    aku rasa bard kalau hang leh kompromi inilah dream team yg ada takat ni

    ReplyDelete
  3. Huhuhu...janji kepimpinan AMK Pusat yg dicadangkan ni mampu menggerakkan seluruh AMK Negeri pada landasan yg tepat.

    Syabas n terima kasih kepada Unit Ehsan yg memberi bantuan bagi memastikan kelancaran Kongres Nasional Khas lepas. Terbukti keadaan terkawal dan lancar.

    Bak kata Hishamuddin Rais, org muda kena berani dan bertindak sebagai orang muda tetapi bijak. Bukan lagi dipimpin oleh orang muda "yg berfikiran org tua"...time to rocking n blast...bukan mat belia memanjang....

    ReplyDelete