Friday, July 11, 2008

Sms Izzah jam 4 pagi


Semalam tidak kurang dari 9,000 orang memenuhi Dataran Muhibbah, Kg. Ismail, Ampangan, Seremban untuk mendengar amanat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai yang datang hampa dan ramai yang pulang awal kerana tidak boleh masuk ke dalam. Kawasan padang dan jalan masuk sudah padat.

Sepatutnya program malam semalam diadakan di padang Taman Jasmine, Senawang yang lebih luas dan selesa. Namun oleh kerana permit tidak di keluarkan program terpaksa dialihkan ke Dataran Muhibbah, Ampangan. Rupanya di Taman Jasmine, Senawang tempat yang sepatutnya program diadakan telah dianjurkan program 'terkejut' oleh Umno Rembau yang menggunakan nama 'Belia'.Program Forum Perdana ceramah Datuk Sheikh Muzaffar secara mengejut telah diadakan di situ. Berbeza dengan program kita, program 'Umno' di Taman Jasmine persiapanya 'grand' sekali. Khemah - khemah yang cantik memenuhi padang, kerusi yang banyak dan pentas serta P.A system yang canggih. Namun menurut laporan yang diperolehi kehadiran amat mengecewakan. Itupun sudah dipunggah pelajar tabika dan turut dibawa dengan bas ialah pelajar ILP, Rembau.

Ini bukan kali pertama ketika YB Nurul Izzah turun ke Taman Jasmine, Umno secara tergesa - gesa juga telah menurunkan menantu Pm untuk 'merasmikan' Surau Taman Jasmine yang tidak siap, dan kali ini kononya untuk menggagalkan program Bersama Anwar Ibrahim, Umno Rembau membawa turun orang dari angkasa lepas.

che'GuBard ingin mengucapkan penghargaan kepada semua petugas yang bertungkus lumus dari mula hingga selesai majlis. Bayangkan petugas dan menghantar dan menampar beribu handbill dan poster hebahan tetapi terpaksa membuatnya semula kerana lokasi bertukar. Jalan masuk yang sempit di Dataran Muhibbah semalam juga begitu menguji tenaga muda PAKATAN. Tanpa tentera merah (unit amal) yang cekap mengawal keadaan sudah tentu keadaan kelam kabut. Jentera keADILan Rembau juga antara tulang belakang semalam.

Selain ucapan pemimpin semalam yang menarik perhatian ialah pengumuman saudara S.Muliadi keluar Umno menyertai keADILan.(sila rujuk posting yang lepas sila klik). S.Muliadi pada 2 Julai lepas beliau bersama beberapa teman kepimpinan 'bawahan' Umno telah bertemu teman - teman keADILan di Rembau. Isunya : inginkan kepastikan duduk perkara 'kes liwat'. Selepas diterangkan beliau dan beberapa teman - teman Umno ini menyatakan kekecewaan. Mereka berkongsi pengalaman betapa susahnya mereka mempertahankan Umno semasa kemuncak reformasi 1998/1999. Pada ketika itupun bukan semua orang Umno percaya tetapi atas nama pertahankan Umno dan Melayu mereka berdepan dengan caci maki rakyat, sehinggalah Umno kukuh semula selepas PRU 11. Namun ketika rakyat berdepan dengan perbagai masalah sekali lagi nampaknya pemimpin Umno tidak mempelajari sejarah. Konspirasi ke dua berlaku.

Katanya " Jika benar Anwar ditakuti bukan dengan cara fitnah perlu dibuat, Umno sebagai parti pemerintah perlu melawan Anwar dengan menumpukan mengurangkan derita rakyat, tetapi seolah fitnah ini bukan sahaja menghalang Anwar tetapi mengalihkan perhatian rakyat yang menderita"

Beliau memberikan amaran "Kami takut Umno akan terus hilang sokongan bawahan dan kami juga sudah mula bosan untuk mempertahankan Umno...pemimpin buat 'taik' kami mena cuci...tetapi bila tang sonang dio sapu.."

Dalam perjumpaan itu saya mencadangkan jika demi perpaduan Melayu dan pembelaan rakyat apakata kita buat sidang media bersama, ramai yang kelihatan agak ketakutan tetapi Naib Ketua Pemuda Cawangan Widuri, S.Muliadi yang merupakan seorang peniaga Restoran menyatakan kesediaan.

Maka 3 Julai satu sidang media bersama dibuat. Rakaman gambar dari sidang media tersebut yang merakamkan gambar beliau bersama Norazizi Aziz, Penyelaras keADILan (Penaja) Rembau cukup menyentak ramai. Lengkap beruniform Umno dan keADILan. Walaupun mereka pimpinan kecil tetapi ada harapan pembelaan isu rakyat melangkaui parti politik.

Dalam sidang media tersebut S.Muliadi turut menyatakan kesetiaanya pada Umno dan apa yang dilakukan adalah demi melihat Umno terus gah bermaruah.

Namun 2-3 hari selepas itu saya dihubungi oleh teman - teman memaklumkan bahawa S.Muliadi teruk di caci maki oleh Pemimpin Umno atasan. Malah perniagaanya turut terganggu. Pemimpin Umno menuduh di dibayar oleh Anwar.

Pada 5 Julai saya menemuinya bertanyakan khabar. Dia mungkin malu dengan sikap pemimpin Umno atasannya lantas menyembunyikan apa yang berlaku. Dia mengatakan semua ok.

Namun pada 7 Julai dia sendiri menghubungi saya bertanyakan benarkah Anwar akan ke NS untuk berceramah. Saya bertanya kenapa..? Dia menyatakan "Nampaknya tiada tempat bagi orang yang ingin menyatakan kebenaran dalam Umno" Beliau di tekan dan di asak selepas membuat kenyataan.

Beliau mengatakan hasrat untuk bersama keADILan dan turut di ikuti beberapa teman Umno, tetapi takutkan tekanan Umno yang teruk yang lain hanya menghantar borang sahaja.

10 Julai, petang sebelum ceramah berlansung saya bertemu beliau di tapak ceramah. Ternyata beliau masuk dengan semangat kerana menurut teman keADILan Rembau, S.Muliadi dan teman - teman baru dari Umno itu sejak tengahari begitu bersemangat membantu kerja persiapan tapak.

Jam 7.00 malam saya membawa beliau untuk bertemu sendiri Anwar Ibrahim yang singgah bersolat Mahgrib di rumah seorang teman di Seremban Selatan. Saya perkenalkan kepada Anwar Ibrahim. Anwar mengucapkan tahniah kepadanya. Sebelum membawa dia semula ke tapak ceramah Anwar berpesan sedia 'berjuang' ...perniagaan dan banyak akan terganggu tetapi percayalah rezeki di tangan Allah...anak muda harus berani nyatakan sikap sekali melangkah pantang undur.... tetapi jangan khuatir saudara masuk masa yang betul.. kita sudah hampir dengan Putrajaya.

Malam itu S.Muliadi naik pentas di depan Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap dengan uniform Pemuda Umno Rembau. Hadirin terpaku melihat seseorang berunifrom logo besar pemuda Umno dijemput berucap. Namun selepas dia membuka sendiri baju Umnonya dan secara simbolik disarungkan baju kemeja berlogo keADILan, hadirin ramainya berdiri menjerit reformasi dan hancur Umno.

Ayat S.Muliadi malam itu mungkin tidak beraba jelas kedengaran kerana penuh jeritan hadirin tetapi apa yang paling menarik ialah.... "jika dalam Umno tidak ada tempat untuk orang menyatakan kebenaran.... jika menyatakan pendapat dan kebenaran merupakan dosa dalam Umno... saya dengan ini istihar keluar Umno dan mengajak kawan - kawan lain turut menyatakan sikap secara terang mahupun sembunyi... sertai perjuangan rakyat..."

Selepas semuanya selesai. Saya cuma sampai ke rumah sekitar jam 4.00 pagi. Baru sahaja nak merebahkan badan telefon bimbit berbunyi, sms masuk. Terkejut sms dari YB Nurul Izzah Anwar.

Petikan sms " Salam sejahtera Teman2 seperjuangan, 10 tahun lalu ayah telah difitnah. Rakyat ditekan dan dipijak. Keluarga saya juga telah dizalimi & diaibkan dengan tuduhan jijik dan palsu hanya untuk memenuhi nafsu pemimpin yang tamak & gila kuasa. Hari ini pemerintah cuba menggunakan tektik yang sama. Ayah yang bangun mempertahankan negara dan membela nasib rakyat, cuba disekat dengan fitnah yang sama. Cuma watak yang berbeza. PERANG TELAH BERMULA DAN LEMBAH PANTAI MENJADI MEDAN TEMPUR PERTAMA. Jam 8.30 malam ini saya akan hadir sendiri di Padang Bola PPR Kerinchi, Pantai Dalam, untuk menyampaikan suara hati bersama pemimpin2 lain bagi mendedahkan kospirasi yang berlaku. Saya seru semua pendokong yang dikasihi untuk bangun dan turut hadir. Negara perlu diselamatkan. Rakyat perlu dibela. Salam Kasih dari saya-Nurul Izzah Anwar" (4.31 am 11/07/08)

Kali ini pendekatan tidak perlu bertahan. Pendekatan perlu "ofensive" - TERANG DAN SERANG, dalam seminggu ini juga sudah banyak pertemuan dibuat ...ramai teman aktivis reformasi jalanan yang sudah senyap mula bangkit kembali.... malah teman - teman webmaster yang satu ketika dulu (sebelum kehadiran blogger's) pernah menanggung risiko membina kebangkitan rakyat menerusi media internet turut sedang diperingkat terakhir untuk mempertimbangkan memulakan langkah.

Yang pasti dahulu Izzah yang cekal tetapi keanakan tidak keseorangan dan kini juga Izzah yang sudah bergelar YB pasti melangkah matang dan garang juga tidak keseorangan...

12 comments:

  1. Anonymous2:37 PM

    Tahniah kepada penganjur... semalam aku ada di sana....

    cikgu Bad memang gempak amcee yang pandai mengolah suasana ..... amcee memula tu lemau sangat..

    cuma aku ada gak rasa cam budak tu dihantar Khairy jadi kuda trojan... bukan apa lepas isu sepolnie kena le hati2 banyak...

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:36 PM

    maaf ...saya rasa dengan kehadiran penuh semalam lebih 10 ribu bukan 9 ribu... cuma saya rasa amat perlu penganjur mencari tempat yang lebih selesa lain kali...

    keduanya saya nak penganjur lain kali juga beri perhatian anasir luar contohnya semalam ada kumpulan berserban hizbul tahir yang jerit2 buat demo minyak luar tapak program nampak crowd non malays tak berapa seronok.... bukan anti sereban cuma cara dan gaya menakutkan

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:11 PM

    Sebonanya.... den memang tahu pasal si Sepol ni...
    Maso dia masok jadik pembantu sebolum Pilihanrayo itu hari...
    Kitoorang memang dah tahu sapo si Sepul tu...

    Hek eleh... Takkan lo kitoorang ni bahlul sangat... macam orang2 UMNO tu...
    Yo la.... Mesti dia orang kuek UMNO punyo...
    Mano lo ado dalam Universiti dalam Malaysia ni....
    Student boleh berpolitik atau pegang kuasa beso... kecuali dio Budak UMNO!!!
    Kitorang tak bahlul.... kecuali pencacai UMNO...

    Kito orang tahu.... si Sepol ni budak suruhan UMNO... Spy UMNO..
    Kito orang sebenonya... nak jadikkan si Sepul ni umpan...
    Macam cacing tu....

    Kito orang buek2 baik dengan dio.... sajo2 boieee dia kepercayaan dan naikkan pangkat sikit.... Kasi dio syoookkk.....

    Dio akan ingat.... misi dia sobagai Spy berjayo....

    Kito kasi dia ikut kito orang... beri informasi2 palsu....

    Lepaih tu... dia beri loo segalo informasi palsu tu pada "contact person" diooo.... iaitu si Mato Ompat yang baru Melompat masuk UMNO balik tu....
    (Si Ejam tu...)

    Menurut ceritonyo..... Si Ejam ni lor yang perkenalkan dio pada si Najib (Najib lagi.... Altantuya pon dio...)
    Hek eleh.... tak kan lo nak mintak biasiswa pon keno jumpa najib???
    Kan pegawai dio banyok.... Takkan ler sonang2 nak jumpo dio...
    Dah ler ko ni kat U kantoi.....
    Si Ejam ni.... dia sokarang... sanggup buek apo sajo.... Kasut Pak Lah dia jilat... kasut Najib dio jilat... Kasut KJ pun dio jilat.... Almaklum... nak ambik kepocayaan orang2 beso UMNO...

    Berbalik cerito pada Najib ni....

    Dio ni jumpa Najib.... Rosmah pun ado le join jugak...
    (semenjak kes Altantuyaa tu... Si Rosmah tak boleh lepas mata dari Najib... Dio tak boleh cayo lagi Najib ni.... Boyo darat....)

    Najib kato... OK!!! Tapi U kena beri I semua info baik-baik punya....
    (Almaklum Najib baru dapat Green Light dari si Pak Lah... Pak Lah kato... dia akan lantik Najib jadik PM kalo keadaan dah OK... Tu ler Najib kena kasi OK jugak keadaan secepat mungkin sebelom peluang abih... guno apo caro pun nak musnahkan PKR)

    Si Sepul ni pun... jadik ler orang tongah... perantaraan beri maklumat2 pada si Najib....
    Tapi... malangnyo.... semua maklumat dio dapat dari si Sepul ni.... palsu (sebab kami tipo si Sepul nih...)
    Pasal tu tak betui... pasal ni pun tak betui....

    Lamo kelamoan... Si Najib naik bongang... Macam ni.... sampai bilo aku nak dapek jadik PM.... Ejam... Ko keno pikir sesuatu.... (Lagi pun... dorang nampak dah... tembelang si Sepul makin tembelang dalam PKR)

    Ejam maso tu panik lor.... Terus dia kato.... "Sepul... ko tonggeng... macam selalu ko buat dengan kawang2 ko dan awek ko...."
    Slapp....... Abis cite...
    "Lepas nih.... ko pergi jumpa ketua Polis negaro... buek laporan kato DSAI meliwat ko.... Tapi sebelum tu.... ko mesti buat aksi ni 2-3 round lagi... kasi bukti kukuh lagi.... baru Best...."
    (Sebab kuoso UMNO ler... dia berani terus jumpa Ketua Polis Negaro nak buek laporan... takkan polis biaso takdo....)

    Nak jadik cerito.... macam tu lo sampai sekarang.....

    Memang benor... Si DSAI pernoh ke kondo Sepul... pinjam utk buat mesyuarat kat situ.... Jumpa dengan pemimpin2 BN yang bakal keluar dari BN kononnya... Kasi si Sepul ni raso beso diri dan bangga....
    Lepaih tu beri info salah pado Najib....

    Padan muko dio.....

    Sebab tu ler.... kito orang ada semuo bukti.... maso dia kato dia keno liwat jo.... kito keluarkan terus gambo dia dengan menteri2 semuo tu...
    Fail niat jahat dio tu.... semuanya ada kat kito orang....

    Cuma tunggu maso jo nak keluarkan bukti tu....
    (pikir logik lo... badan DSAI dah tuo.... Sepul bosa.... tak kan lo DSAI boleh pakso dia.. kecuali dia turut samo suko... Lepas tu ngaku pulok...
    dah kira PENZINA dio ni... patut sebat jo....
    DSAI tak ngaku pun!!! Bermakno... dio masih belum terbukti salah dan dia takdo kono mengono dengan liwat nih...
    Sepul? Dia sendiri dan confirmkan.... Sah Penzina... )

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:08 PM

    Hey butt,
    Kau, anwar, khalid, azizah adalah pengkhianat negara, perosak bangsa, penganggur tak de kerja yang miskin hanya ingin memporak perandakan negara..orang macam kau ni patut patut duduk di kandang babi yg paling kotor saja..

    Perangai anak haram menyusahkan rakyat malaysia untuk hidup aman dan tenteram untuk mencari rezeki dan beramal ibadat.

    Pilihanraya dah lama habis, sepatutnya kau dah ajak pengikut kau yang bodoh2 tu supaya berkerja tingkatkan ekonomi dan membangunkan umat islam yang dah lama miskin dan tertinggal di tanah air sendiri..

    kamulah manusia berkepala syaitan dan tak layak jadi pemimpin di mukabumi ni..
    aku sumpah kau jadi babi seumur hidup!!!!!!!!

    Pakcik Din

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:10 PM

    Hey butt,
    Kau, anwar, khalid, azizah adalah pengkhianat negara, perosak bangsa, penganggur tak de kerja yang miskin hanya ingin memporak perandakan negara..orang macam kau ni patut patut duduk di kandang babi yg paling kotor saja..

    Perangai anak haram menyusahkan rakyat malaysia untuk hidup aman dan tenteram untuk mencari rezeki dan beramal ibadat.

    Pilihanraya dah lama habis, sepatutnya kau dah ajak pengikut kau yang bodoh2 tu supaya berkerja tingkatkan ekonomi dan membangunkan umat islam yang dah lama miskin dan tertinggal di tanah air sendiri..

    kamulah manusia berkepala syaitan dan tak layak jadi pemimpin di mukabumi ni..
    aku sumpah kau jadi babi seumur hidup!!!!!!!!

    Pakcik Din

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:16 PM

    KHAS BUEK PAKCIK DIN KEK ATEH NI...
    ASSALAMUALAIKUM PAKCIK...

    SAYA NI BUKANNYA AHLI PKR OR MANA2 PARTI POLITIK,SAYA NI HANYA SEORANG RAKYAT MALAYSIA YANG BENCIKAN SEGALA SEGALA PEMBOHONGAN,PENINDASAN,PENGKHIANATAN DAN SEGALA KEZALIMAN YANG MENJADI DARAH DAGING BAGI MAJORITI AHLI umno/bn SELAMA INI..
    AWAK DENGAN JELAS TELAH MENCERMINKAN INILAH WAJAH DAN RUPA umno ITU SENDIRI..
    SAYA RASA DOA YG AWAK LAFAZKAN DIATAS LEBIH SESUAI UNTUK DIRI AWAK DAN SAUDARA2 umno AWAK SAHAJA..
    KESIAN PULA SAYA TERHADAP AWAK BILA MEMIKIRKAN DOSA YANG AWAK TANGGUNG HANYA KERANA SEBAB SIFAT KEDEGILAN,KEBODOHAN,KESOMBONGAN,KEJAHILAN YANG AWAK PERTAHANKAN.ENTAH BAGAIMANAKAH HENDAK AWAK TANGGUNG ITU SEMUA?SEDANGKAN DENGAN BERSUBAHAT SAJA SUDAH SAMA BESARNYA DOSA YANG DITERIMA,INIKAN PULA MEMPERTAHANKAN PERKARA MUNGKAR AMALAN PEMIMPIN KESAYANGAN AWAK DAN RAKAN2 umno..
    AWAK LUPAKAH AKAN JANJI YANG MAHA ESA??KEBENARAN JUA YANG AKAN TERBUKTI DIPENGHUJUNGNYA NANTI.DOA ORANG YANG DIZALIMI PASTI DIMAKBULKAN ALLAH TUHAN YANG MAHA ADIL..
    DOA SAYA PADA AWAK,SAUDARA2 SEISLAM DALAM umno DAN TERUTAMA DIRI SAYA SENDIRI,AGAR KITA SEMUA DIBERIKAN LIMPAH KURNIA DAN HIDAYAH OLEH ALLAH AGAR KITA DITUNJUKKAN JALAN YANG BENAR,JALAN YANG DIREDHAI-NYA.SEGERALAH KITA BERTAUBAT SEMENTARA MASIH DIBERI KESEMPATAN.
    NAUZUBILLAHIMINZALIK....

    ReplyDelete
  7. Deiiii Pakcik Din,

    Sialan betul... pegi la cari tempat lain kalau nak nak komen & hina orang macam ni. Pegi komen kat blog amno bangang lain tuh... blog chek det pun tak pa... pegi main jauh-jauh...

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:48 AM

    Tau pun kau "umat islam yang dah lama miskin dan tertinggal di tanah air sendiri.."
    Samo2lah kito usoho turun an hargo minyak.. Sokong lah org yg nak turun an hargo minyak ...Bongok

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:01 PM

    salam pak cik din,

    lotih botul nk jago org mamai mcm pak cik din ni....udah2 le tu.....dh tuo buek adat mcm dh tuo...jgn lak jd cam budak2 plak.....baco balik ayat pak cik tu....

    `Pilihanraya dah lama habis, sepatutnya kau dah ajak pengikut kau yang bodoh2 tu supaya berkerja tingkatkan ekonomi dan membangunkan umat islam yang dah lama miskin dan tertinggal di tanah air sendiri..

    sapo punyo kojo kalau org Islam ni lamo miskin, tertinggal kek tanah air sendiri.....sapo yang perintah malaysia ni pakcik oiii....bkn PR...bolum laei...saba yo lah dgn pak cik din ni....mamai tak abih-abih

    org senawang

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:49 PM

    hey pak cik din..
    ni ke tatasusila org UMNO. leh jln la. sumpah2 org jd babi. ko sape?? islam sgt ke ko?

    ReplyDelete
  11. Anonymous7:07 AM

    pado pakcik din...

    elok la ekau yg duduk dlm kandang babi tu jekk...

    hidup BN = BABI NEGARA

    pokcik din belah mokcik kau!

    ReplyDelete
  12. Anonymous1:11 AM

    tula pakcik din..
    ekau tu dah la bodo,dogil plak...
    kn xpsal2 kono marah...
    PR nk sonangkan rakyat jelato,bkn nk sonangkn toke2,ponipu2,haprak2 kek ateh nun...
    bwk2 la tobat pak cik din...
    kosian kek cucu cicit ekau nanti...
    bw2 ngucap yo...

    ReplyDelete