Terbaru : Tersentak membaca petikan berita Bernama yang menyatakan Ujian DNA telah mengesahkan mayat yang ditemui dalam sebuah beg di sebuah kedai di PJS1, Petaling Jaya Utama Isnin lepas sebagai mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas.
Tak terucap... tetapi berat mata melihat berat lagi sengsara keluarga mangsa !... Alfatihah... semoga Nurin tenang di alam sana selepas sengsara di hujung nyawanya.
Bagaimanapun, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil yang ditemui wartawan Salmiyah Harun di Hospital Kuala Lumpur tidak yakin mayat kanak-kanak yang ditemui tersebut sebagai anaknya.
Sehubungan itu beliau meminta pihak berkenaan membuat ujian DNA sekali lagi. Jika benar ia Nurin, maka anak ini mangsa keadaan kacau bilau negara yang tahap keselamatanya makin meruncing.
Perlakuan jenayah termasuk jenayah ke atas kanak-kanak yang berlaku seorang demi seorang menunjukkan negara ini bukan saja menakutkan bahkan makin tidak selamat. Semua orang takut melihat kes-kes jenayah yang boleh dikatakan berlaku setiap hari terutamanya pembunuhan kejam yang tidak berperikemanusiaan itu. Apa lagi katanya, mangsa pembunuhan itu adalah kanak-kanak yang tidak memahami erti kehidupan.
Contohnya bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras yang dipercayai timun dan terung.
Kes-kes seperti itu menggambarkan negara ini tidak selamat dan perlukan kepekaan dan tindakan drastik kerajaan. Maknanya penjaga kena berhati-hati dan tidak boleh biarkan anak-anak sendirian dan kepada ibu bapa mereka kena ingat negara kita tidak selamat. Sebagai bakal bapa dan warga Malaysia ini amat membimbangkan.
Alasan seperti polis kekurangan anggota dan seumpamanya merupakan alasan dangkal yang langsung tidak boleh diterima akal kerana ketika yang sama bukan sedikit tenaga anggota keselamatan negara di 'rela' kan untuk diperkuda demi menjaga keselamatan politik parti pemerintah.
Tindakan segera perlu dilakukan kurangkan segera bilangan anggota Cawangan Khas yang diperkudakan untuk mengumpulkan maklumat politik untuk kepentingan Barisan Nasional. Tempatkan segera polis di kawasan berisiko untuk memantau dan merisik kegiatan jenayah.
Perbelanjaan tinggi menanggung segala oerasi Cawangan Khas seperti memantau panggilan telefon, memantau pergerakan pemimpin pembangkang perlu dikurangkan. Pindahkan anggota berlebihan dalam cawangan khas ke unit ronda atau pendidikan mengenai keselamatan yang lebih memerlukan sekarang ini.
Rakaman takziah buat keluarga mangsa, kini masih banyak lagi senarai anak hilang yang masih belum ditemui. Bertindak segera jadikan ia ikhtibar. Masyarakat juga harus lebih akktif memainkan peranan dalam menangani permasalahan jenayah ini.
YA ALLAH S.W.T,
ReplyDeleteTUHAN KU, berikan kesengsaraan dan kemudaratan kepada mereka yang terlibat dalam pembunuhan ini.
YA ALLAH S.W.T,
TUHAN KU, berikanlah kesabaran dan keredhaan kepada keluarga Nurin akan berita yang menyayatkan hati ini.
Al-fatihah kepada Allahyarham Nurin (jika benar ia adalah Nurin)
wahai pemuja pemuja UMNO lihat lah apa yang telah berlaku....
ReplyDeleteaku doa ia berlaku kepada keluarga kamu pula biar kamu rasa.....