Thursday, September 20, 2007

Surat terbuka kepada Yang Dipertuan Agong

Dengan Nama Allah بسم الله ....
Ampun Tuanku beribu ampun... Izin Patik Merafak sembah....

Hamba Badrul Hisham Shaharin, seorang warga Malaysia, rakyat Tuanku.

Surat ini patik tulis dalam keadaan amat gelisah mengenai maruah dan martabat negara dari Seoul, Korea Selatan kerana patik sedang melanjutkan pelajaran di sini.

Merujuk kepada pendedahan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengenai bagaimana campurtangan dan gangguan yang wujud dalam urusan perlantikan hakim.

Pendedahantersebut beserta bukti rakaman perbualan pada sekitar 2002, peguam Datuk VK Linggam dan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz. Berdasarkan perbualan tersebut Tun Fairuz (Datuk pada masa itu) merupakan Hakim Besar Malaya merangkap pemangku Presiden Mahkamah Rayuan (kerana pada ketika itu Y.A Tan Sri Wan Adnan mengalami masalah kesihatan). Melalui perbaualan itu jelas bagaimana campurtangan gangguan dalam institusi kehakiman. VK Linggam melakukan usaha termasuk campur tangan beberapa pihak lagi seperti tokoh korporat Vincent Tan dan Tengku Adnan (menteri Pelancongan ketika itu) memastikan Fairuz dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan. Dalam rakaman tersebut juga menyebut kes Datuk Seri Anwar. Ini menguatkan lagi kenyakinan bagaimana konspirasi jahat wujud dalam kes tersebut.

Tuanku ;

Negara kini berada dalam krisis integriti yang cukup hebat kini. Seluruh dunia kini sedang melihat Malaysia, bagaimana kita selaku bangsa yang bermaruah menangani permasalahan ini.

Sewajarnya,malah tinggi harapan patik ingin melihat dengan maruah dan integriti yang tinggi (jika masih punya maruah) Y.A Ketua Hakim Negara Tun Ahmad Fairuz sendiri meletakkan jawatan atau sekurang kurangnya mengosongkan jawatan sementara untuk membolehkan siasatan dan tindakan dijalankan kerana dengan keberadaan beliau di situ akan memburukkan imej kehakiman secara khusus dan imej negara secara amnya.

Ampun tuanku ;

Menginsafi betapa negara sedang diuji dengan ujian integriti yang hebat,makanya dengan ini patik mendesak tindakan segera - berdasarkan Article 125 Perlembagaan, dimana mengizinkan pemecatan atau penggantungan Hakim serta merta berdasarkan salah laku etika.

Satu suruhanjaya diraja bebas harus di buat segara menyiasat perkara ini termasuk menyiasat semula kes terbesar negara iaitu Konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah banyak merugikan negara.

Ampun Tuanku.

Hamba Patik
Badrul Hisham Shaharin
kad pengenalan : 780923 05 5385

p/s : surat ini juga dihantar melalui pos ke Istana Negara
-----------------------
Background to the Lingam tape
The grainy eight-minute video footage was taken in 2002 at senior lawyer VK Lingam’s Kelana Jaya house. At that time, Mohamed Dzaiddin Abdullah was chief justice. Appointed in 2000, he was seen as a fresh break from his two previous predecessors - Mohd Eusoff Chin (1994-2000) and Abdul Hamid Omar (1988-1994).
Dzaiddin was to retire in 2003, and the video showed Lingam expressing concerned that the outgoing CJ was moving his ‘men’ into top judiciary posts. The conversation revolved around the urgent need to get Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, then chief judge of Malaya - the judiciary’s No 3 - appointed as Court of Appeal president (No 2) and then chief justice (No 1).
There was also the plan to get former attorney-general Mokhtar Abdullah, who was then a Federal Court judge, to replace Ahmad Fairuz as No 3. To do that, Lingam had roped in tycoon Vincent Tan, a close crony of then prime minister Dr Mahathir Mohamad, and Tengku Adnan Tengku Mansor, a key minister in PM’s Department. They were to talk to Mahathir on the appointment of judges.
Postscript
Ahmad Fairuz was appointeded Court of Appeal president in December 2002 - months after the telephone conversation. Dzaiddin stepped down as CJ in 2003 and he was replaced by Ahmad Fairuz. Mokhtar, however, could not take the No 3 post as he was in coma after suffering from a fall in August 2002. He died in 2003. Ahmad Fairuz' term as CJ will end in October 2007.

5 comments:

  1. Anonymous7:32 AM

    heheheh...bongkar malaun dan laknat yang menjahanamkan mesia nie lebih-lebih lagi lembu suci meno dan malaun-malaun dalam court jungle mesia nie.

    ko orang cecepat lah kojol, nyusahkan aje rakyat mesia nie!

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:26 AM

    tahniah sdr ! saya mendapat tahu mengenai blog ini dari email teman saya.....

    setelah membaca saya kagum dengan kegigihan saudara ...walaupun berada jauh di bumi asing tetapi saudara terus bersemangat....tahniah teruskan perjuangan...

    harap kegigihan saudara icontohi oleh anak muda yang lain khususnya pelajar Malaysia khususnya yang melayu di luar sana !!!!!

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:28 AM

    Agong atau raja raja melayu makan gaji buta ...oiiiii!! bangun lah jangan abiohkan rm rakyat sahaja ....tuan ku ooohhh tuanku...

    nie apa yg mereka nikmati...

    So, mari kita lihat berapa banyak Malaysia habis kan duit untuk bagi pada
    orang orang ni semua.

    Aku mulakan dulu allowances untuk Agong dan Permaisuri Agong.

    Elaun untuk Agong dan Permaisuri Agong

    Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja
    1982).
    Ini budget tahunan untuk Agong. Akan dibayar secara bulanan kepada Agong.
    Selain dari elaun untuk Agong ni, mereka masih dapat elaun Sultan di negeri
    masing masing.

    1. Privy Purse - RM360,000 (bermakna bulanan adalah RM30,000).
    2. Elaun keraian - RM120,000 (bulanan sebanyak RM10,000)
    3. Elaun diraja Istana Negara - RM144,000 (bulanan sebanyak RM12,000)

    So, total setiap bulan seorang Agong dapat adalah sebanyak RM52,000.

    Elaun untuk Permaisuri Agong ialah

    1. Privy Purse - RM67,200 (iaitu RM5,600 sebulan).
    2. Elaun keraian - RM21,600 (RM1,800 sebulan).

    Total sebulan Permaisuri Agong dapat ialah RM7,400.

    Selain daripada tu, setiap tahun Agong dapat lebih RM53 million untuk
    perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dia. Breakdown
    nya adalah seperti berikut

    1. Perbelanjaan istana dan sambutan tetamu - RM52,259,100
    2. Gaji kakitangan istana - RM1,004,880

    Elaun untuk bekas Agong dan bekas Permaisuri Agong

    Aku tak pernah tau wujud nya elaun ni. Bermakna setiap bekas Agong yang
    tukar setiap 5 tahun tu akan dapat elaun bekas Agong dan bekas Permaisuri
    Agong. Ini adalah dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta
    Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006.

    Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada bekas Agong dan bekas Permaisuri
    Agong setiap bulan untuk seumur hidup. Contoh nya lah kan , macam Sultan
    Azlan (bekas Agong), selain dari elaun Sultan dia dapat tiap bulan, dia
    juga dapat elaun bekas Agong.

    1. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Agong - RM15,180 sebulan.
    2. Elaun Diraja Istana Negara untuk bekas Permaisuri Agong - RM4,500
    sebulan.

    Boleh dikatakan kat Malaysia ni kebanyakan Sultan dah pun jadi Agong, just
    imagine berapa banyak kerajaan belanjakan untuk kesemua bekas-bekas Agong
    dan bekas-bekas Permaisuri Agong yang masih hidup?

    Pencen khas untuk balu Agong

    Ini adalah pencen untuk balu Agong. Bermakna kalau Agong tu mati semasa dia
    tengah jadi Agong, so balu dia akan dapat pencen ni. Contohnya pencen khas
    ni Siti Aishah dapat sebab Sultan Selangor mati masa tu dia tengah jadi
    Agong kan . Kira untung lah Siti Aishah ni sebab dapat pencen khas. Anyway,
    ini adalah di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja
    Permaisuri Agong 1979).

    So, ini lah yang Siti Aishah dapat.

    1. Pencen seumur hidup - RM4,500 sebulan.
    2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal
    RM250,000 untuk kereta. Juga dapat RM2,590.87 sebulan untuk driver dan
    maintenance of car.
    3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal
    RM750,000.

    Elaun Sultan dan kerabat (contoh Kedah)

    Elaun untuk Sultan dan kerabat kat setiap negeri adalah dibawah peruntukan
    negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja. Ini
    contoh untuk Kedah. Basically, kat negeri negeri lain pun lebih kurang sama
    juga amount nya.

    1. Elaun Sultan - RM52,600 sebulan.
    2. Elaun keraian Sultan = RM15,480

    So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak
    RM68,080.

    Untuk Sultanah pulak elaun nya adalah

    1. Elaun Sultanah - RM12,000 sebulan
    2. Elaun peribadi Sultanah - RM2,600 sebulan.

    Sebulan Sultanah akan dapat RM14,600.

    Elaun lain lain untuk kerabat ialah
    Raja Muda - RM13,000
    Raja Puan Muda - RM5,200
    Tunku Bendahara - RM4,000
    Bini Tunku Bendahara - RM1,250
    Tunku Temenggung - RM3,500
    Isteri Tunku Temenggung - RM900
    Tunku Laksamana - RM3,000
    Isteri Tunku Laksamana - RM600

    Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

    Selain daripada tu kerabat-kerabat lain pun dapat allowances juga. Contoh
    macam anak anak Sultan dapat allowace dalam RM1,000 sebulan and kerabat
    jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat
    allowace sebanyak RM500 sebulan.

    Gaji dan allowances untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen

    Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005
    .

    Gaji untuk Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut,

    Perdana Menteri - RM22,826.65 sebulan
    Timbalan Perdana Menteri - RM18,168.15 sebulan
    Menteri-menteri Kabinet - RM14,907.20 sebulan.
    Timbalan Menteri-menteri Kabinet - RM10,847.65 sebulan
    Setiausaha Parlimen - RM7,187.40

    Ahli Dewan Negara - RM6,508.59
    Ahli Dewan Rakyat (ni kira MP lah) - RM4,112.79

    So, contohnya macam Pak Lah... dia adalah Perdana Menteri dan juga Menteri
    Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri dan juga dia adalah MP, so
    monthly income dia ialah

    = RM22,826.65 + (RM14,907.20 x 2) + RM4,112.79
    = RM56,753.84.

    Ini formula untuk calculate pencen bekas MP.

    Pencen:
    1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

    Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP
    satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM2,056.40. Lagi lama
    jadi MP lagi banyak pencen dia akan dapat.

    Gratuity:
    1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:47 AM

    style Bard.... kita tengok berani tak Agong jawab surat hang .....

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:01 AM

    Ko rang ni apa lah melalut...tenguk keling lingam kata dia boleh tentukan siapa hakim..boleh percaya ke..

    Terror benor ke keling ni boleh influence mahathir boleh influence agung..majlis raja...

    Awak melayu rapat lah dengan pemimpin..duk biar kelling rapat habih lah..

    Tapi keling ni boleh cakp apa dia suka...

    Ko tgk rupa keling tu... ko dengar tak nasihat dia. Takan mahathir bodoh sangat.

    ReplyDelete