Saturday, July 29, 2006

LAWATAN MAHATHIR, UMNO BERJAYA TAWAN KELANTAN

berikut ialah imej yang diperolehi dari laman 'tajaan' yang menyokong Dr.Mahathir Mohamad. Gambar tersebut dirakamkan di sekitar Bandara Islam Kota Bharu.

Dalam keadaan tidak sedar melalui lawatan Mahathir ini juga imej UMNO itu berjaya menawan bandar ini dengan banner - banner berlogo UMNO yang jelas tidak mempunyai permit.

Secara peribadi che'GuBard keliru dengan pendirian Kerajaan Negeri dan pihak Kerajaan Tempatan Kota Bharu yang membenarkan perkara ini. Bukankah UMNO itu 'ultimate goal'nya ialah menumbangkan PAS di Kelantan ?

Susana seperti ini sudah tentu tidak diperolehi jika kepimpinan PAS itu melawat negeri - negeri di bawah taklukan UMNO-BN......... mengikut pengalaman che'GuBard bukan meletakkan banner tanpa permit sesuka hati malah untuk memohon permit banner juga dinafikan.


Teringat juga ketika che'GuBard dan seluruh tenaga AMK yang 'gila babi' membantu calon PAS dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir 2005 yang lalu, kesemua banner, poster dan bendera keADILan di turunkan dan di curi (minta balik tak dapat sampai sekarang) oleh pihak berkuasa tempatan Pasir Mas kononnya kerana keADILan tidak bertanding.....???

che'GuBard : teringat lirik keliru......
Nurul And Ajai - Keliru

L : Saban hari ku mencari mu
Setiap malam ku mengenang mu
Marah, resah gelisah ku
Menjadi satu

L : Ku tahu kau di dalam dilema
Sukar buat pilihan
Jangan kau cepat berubah pendirian diri

P : Salah kan ku
Jangan salahkan ku
Kasih biar ku lupakan diri mu
Mana satu ku jadi keliru
Aku makin keliru

Dikau selalu saja begini
Aku selalu tidak mengerti
Namun aku masih percaya
Kita harus/masih bersama
Ohh.. yeaa..

L : Tahu kau di dalam delima
Sukar buat pilihan
Jangan kau cepat berubah pendirian diri Ooh..
P : Salahkan ku jangan salahkan ku
Kasih biarkan ku lupakan diri ku
Mana satu ku jadi keliru
Aku makin keliru
Ingin jumpa tak ingin berjumpa
Ingin bercinta tak ingin bercinta
Dan pinta ku
Beri jawapan mu
Ku tak ingin keliru

Ku tak ingin
Aku keliru
Ku tak ingin keliru
Ku tak ingin

( Lagu : Aidit Alfian - Lirik : Aidit Alfian )

Dua Datuk rebut sambut Mahathir punca gas lada itam !

Siapa sangka kejadian seumpama ini boleh berlaku.Dicelah-celah keriuhan kira-kira 1,000 orang menyambut ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra,Kota Bharu tiba-tiba melihat beliau ‘dilarikan’ dengan sebuah kereta.

Kejadian yang berlaku tidak lama selepas beliau mendarat dengan pesawat ekskutif pada jam 10.50 pagi untuk menghadiri dua acara di ibu negeri Kel
antan ini membuat semua orang terkejut.

Sedangkan beliau sudah dijadualkan memberi ucapan ringkas menerusi sunroof sebuah jip Pajero yang diletakan diluar pintu masuk bangunan terminal lapangan terbang itu.

Selain itu ada konvoi 50 buah kereta kancil dan berpuluh buah motosikal sudah berbaris menunggu untuk mengiringi keretanya sampai ke Hotel Renaissance,Jalan Sultan Yahaya Petra ,tempat penginapannya.

Cuma mereka yang ada berdekatan dengan Dr Mahathir semasa diasak oleh orangramai sebaik keluar dari bilik orang kenamaan menuju ke jip berkenaan sedar ada semacam pertengkaran kecil berlaku antara Datuk Ibrahim Ali dengan seorang lelaki dekat pintu terminal itu.


Sejurus itu kedengaran suasana agak kelamkabut sikit.Dr Mahathir yang baru saja masuk ke dalam jip itu kelihatan berkerut mukanya dan terbatuk-batuk.


Para pembantunya terus menariknya keluar dan memimpinnya masuk ke dalam sebuah kereta bernombor DS666 yang diletak dekat jip itu.

Kereta itu dengan diiringi oleh dua buah kereta lain terus berdesup meninggalkan lapangan terbang itu.

Pada waktu yang sama kelihatan sebilangan orang ter
masuk wartawan Agendadaily,Lukman Abdullah seperti mengalami kepedihan pada mata. Ibrahim Ali pula dipapah oleh beberapa orang rakannya.

Rupanya ini gara-gara ada orang yang bertindak menyembur gas pemedih mata semasa Dr Mahathir menghampiri jip itu. Kejadian yang mulanya tidak dapat dipastikan apa puncanya telah mencetuskan berbagai andaian dikalangan mereka yang berada di sekitar kawasan lapangan terbang itu.


Berita kejadian itu yang merebak segera menerusi SMS dan cerita dari mulut ke mulut itu telah menyebabkan ia menjadi bahan bualan panas di merata tempat.


Andaian terhangat yang berlegar ialah ada pihak tertentu hendak mengagalkan program bekas Perdana Menteri itu di Kota Bharu.

Ibrahim Ali yang kemudiannya berucap dari atas jip berkenaan kepada orangramai di kawasan terminal itu berkata ia satu tindakan untuk sabotaj kedatangan Dr Mahathir yang dijadual menghadiri acara di dewan Hotel Perdana pada jam 3 petang dan di Hotel Riverview 8 malam.


Majlis di Hotel Perdana adalah anjuran jawatankuasa almuni bekas ahli parlimen dan wakil rakyat Kelantan
manakala di Hotel Riverview anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan.

Di Hotel Renaissance,Dr Mahathir yang berehat seketika dan membasuh kesan gas pemedih mata kemudia
nya telah menghadiri majlis makan tengahari di sebuah dewan makan di situ.

Hadir sama di situ ialah bekas Menteri Besar Kelantan,Tan Sri Mohamed Yaakob,bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia Tan Sri Hussein Ahmad dan bekas CEO Proton, Tengku Tan Sri Mahaleel Ariff.


Dikerumumi oleh para wartawan untuk mendapat komennya mengenai kejadian ‘serangan’ gas pemedih mata itu Dr Mahathir memberitahu inilah kali pertama beliau mengalami kejadian seumpama ini.


Katanya beliau tidak tahu siapa yang melakukannya tetapi menduga ia satu usaha untuk menyekatnya dari
bercakap.

Pada awal petang,Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengarah pihak polis supaya menyiasat segera kejadian berkenaan.


Beliau marah dan kesal dengan kejadian itu.Abdullah bimbang ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan khabar angin menerusi internet mengenai kejadian ini.


Lewat petang Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberitahu menerusi satu satu kenyataan
bahawa insiden itu berlaku ekoran timbul satu pertengkaran antara dua kumpulan yang menganjurkan majlis untuk menyambut ketibaan Dr Mahathir, satu diketuai Ibrahim Ali, dan satu lagi oleh Datuk Nik Sapeia Nik Yusof.

Pada sebelah malam Anas Hafiz Mustapha yang bertugas membantu Pegawai Khas Dr Mahathi
r, Saufi Yusof menyelaras jadual kedatangannya ke Kota Bharu memberitahu media, Nik Sapeia ialah bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Krai.

Beliau mengesahkan seperti apa yang dinyatakan oleh Musa bahawa ia ada kaitan dengan persaingan antara kumpulan Ibrahim Ali dengan Nik Sapeia.

Namun begitu beliau sendiri hairan bagaimana Nik Sapeia dan orang-orangnya yang berjaket hitam boleh terdorong bertindak menyebur gas pemedih mata hingga mengecohkan keadaan.


Kisahnya bermula pada hari Ahad lalu bila Nik Sepia menghubungi pejabat Dr Mahathir di Yayasan Perdana di Putrajaya untuk menawarkan bantuan dalam semasa sambutan ketibaan dan program di Kota Bharu.


Nik Sapeia bercakap dengan Setiausaha Sulit, Datuk Badariah yang kemudiannya merujuk hal berkenaan pada Dr Mahathir.


‘Saya diberitahu Tun kata apa salahnya kalau ingin membantu,Mungkin cakap Tun itu disalahanggap oleh Nik Sapeia sebagai memberikannya seluruh tanggongjawab jaga beliau semasa di Kota Bharu,”kata Anas.

Sedangkan Ibrahim Ali sudah awal-awal bersetuju hendak mengendalikan seluruh urusan berkenaan.


Akhirnya hasil dari perbincangan dengan Dr Mahathir, mereka bersetuju menyerahkan urusan pengangk
utan bekas Perdana Menteri itu semasa di Kota Bharu dikendalikan oleh Nik Sapeia dan orang-orangnya.

“Malah Tun sendiri ada bercakap dengan Nik Sapiea menerusi telefon memberitahunya mengenai hal itu,”katanya.

Kata Anas lagi Nik Sapeia telah menjemput Dr Mahathir makan tengahari di rumahnya selepas sembahyang Jumaat.

Bagaimanapun Dr Mahathir menolaknya kerana bimbang kesuntukan masa unt
uk beliau menghadiri majlis di dewan Hotel Perdana yang dijadual bermula jam 3 petang.

Sebelum ketibaan Dr Mahathir di lapangan terbang,Nik Sapeia telah menemui Anas dan Saufi untuk memohon berada dalam bilik VIP menyambut ketibaannya.

Bagaimanapun ini tidak dibenarkan oleh pihak keselamatan lapangan terbang itu.


Dalam pada itu di luar pintu masuk terminal,Nik Sapeia telah meletakan tiga buah kereta bersebelahan dengan jip Pajero dimana Dr Mahathir patut berucap.


“Kami semua tidak kisah kerana arrangement yang dipersetujui ialah lepasTun berucap sekejap ,beliau akan terus naik kereta Nik Sapeia bernombor DS666 untuk ke
hotel.Jadi kami semua terkejutlah sampai orang-orangnya bertindak menyembur gas pemedih mata di situ.

“Saya sendiri pelik kenapa jadi sampai begitu.Kalaupun bertengkar dengan Datuk Ibrahim Ali soal berebut nak bawa Tun…tak kan sampai sembur gas pemedih mata….saya pun tak tau apa motif Nik Sapeia,”kata Anas.

Setiba di hotel,Nik Sapeia telah mengiringi Dr Mahathir naik lif hingga ke bilik.

Ditanya samaada Dr Mahathir kenal siapa Nik Sapeia,Anas berkata ya.


Namun begitu beliau tidak tahu serapat mana mereka kenal.


Sewaktu majlis di dewan Hotel Perdana Nik Sapeia turut kelihatan ada bersama lebih 2,000 orang di situ.


Dia bagaimanapun sudah tidak kelihatan pada majlis di Hotel Riverview.

nota kaki :
1. la ingatkan sapa la sabotaj rupanya gaduh sebab sapa nak anjur sambutan ...iskh kalau dah puak 'tu' macam 'tu' la perangainyer....
2. oooooo.....bila Mahathir kena gas kecoh tapi ribuan rakyat kena gas dan kena pukul diam seribu bahasa lak...isk memang tak reti bahasa...tapi kesiannyer tengok muka Mahathir kepedihan...
3. kepada aktivis reformis jgn terperangkap dengan dua perompak bergaduh....Maha lawan Dollah 'isu proton, jambatan dll projek mega' tapi rakyat terhimpit minyak naik, letrik naik..barang naik !
4. seorang dr kota baharu telah menghantar email gambar banner di atas.............PAS anjur lawatan Mahathir ? Apa cerita sebenar........any respons?

Angkatan Muda keADILan berdemo halau Rice

Friday, 28 July 2006 - keADILan, PAS, NGOs akan adakan perhimpunan menentang kehadiran Condoleeza Rice di Persidangan Menteri Menteri Luar Asean . Perhimpunan ini kerana menentang sokongan AS terhadap rejim pengganas Zionis-Israel.
Antara pemimpin yang hadir dalam demo ini antaranya ialah Shamsul iskandar Mohd Akin, Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia; Sharifah Shahidah, Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia; S.Manikavasagam, Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia; Tian Chua, Ketua Penerangan keADILan Pusat,; Dr Hatta Ramli, Bendahari Agung Salehuddin Ayub; Dr Nasir Hashim, Pengerusi PSM.

Degan menganjurkan perhimpunan ini juga Angkatan Muda ingin menegaskan sikap menentang agenda perang anti teroris/Pengganas anjuran AS yg kini menghalakan ugutan kepada Korea Utara dan Iran,

Angkatan Muda keganasan atau terorisma ini perlu ditangani dengan bijaksana dan mengembalikan keadilan kepada semua pihak. Perang, penindasan dan kezaliman dilihat bukan penyelesaian malah merumitkan dan memparahkan lagi keadaan.

Angkatan Muda juga mengutuk sekeras kerasnya dan merayu masyarakat dunia bersatu untuk menghentikan pencerobohan Israel terhadap Palestin dan Lubnan.

Angkatan Muda Malaysia juga menyatakan rasa kesal atas sikap berpura - pura kerajaan Malaysia yang di depan khalayak tempatan kononnya anti Amerika tetapi di hadapan regim itu pemimpin kita menyembah lemah.

Kerajaan Malaysia masih belum memberikan penjelasan mengenai pembayaran sejumlah besar wang tunai negara kepada pelobi asing semata - mata membolehkan Dr.Mahathir Mohamad, Perdana Menteri (pada ketika itu) bertemu dengan Presiden Amerika di Rumah Putih.

Sebagai Presiden OIC Malaysia terlalu lemah dan sentiasa bermuka muka dalam menghadapi perkara ini. Dalam keadaan rakyat seluruh dunia mengecam tindakan ketenteraan Amerika dan Regim Zionis Malaysia telah menjemput Seramai 3,000 anggota tentera laut Amerika Syarikat dan Malaysia untuk menjalani latihan kesiapsiagaan bersama dalam Eksesais Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT) di perairan Laut China Selatan dan Mersing, Johor, selama 10 hari bermula Isnin. Apa penjelasan Abdullah selaku Pengerusi OIC dan Pengerusi NAM ?

Angkatan Muda menyeru seluruh rakyat turun sama pada Jumaat 28 Julai (Esok) selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru dan kemudian akan berarak ke depan kedutaan Amerika.


BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengerusi
Biro Bencana dan Hal Ehwal Masyarakat
Angkatan Muda Malaysia

Wednesday, July 26, 2006

Pusat Sukan RM490 juta - Kita semakin kehilangan fokus

Oleh Ahmad Ibrahim bin Ahmad Zainuddin

Kenyataan Menteri Belia dan Sukan berkenaan rancangan pembukaan pusat sukan yang kononnya mahu melahirkan atlit-atlit bertaraf dunia benar-benar membuatkan saya tertanya-tanya, apakah kita sudah melupakan matlamat Wawasan 2020 yang kitacanang-canangkan selama ini?

Wang RM 490 juta bukanlah sedikit. Saya sebagai calon SPM 2005 yang dikatakan cemerlang tetapi tidak mendapat biasiswa oleh pihak kerajaan merasa terkilan kerana nampaknya kita lebih mengambil peduli untuk melahirkan atlit-atlit daripada melahirkan golongan intelek.

Apa ada pada nama? Kita mahu terkenal seluruh dunia? Tidakkah kita sedar, kita seolah-olah mengejar sesuatu yang tidak kekal. Tidak melampau kalau saya katakan, kita memang sudah kehilangan fokus. Kita berkebolehan untuk melahirkan intelek-intelek muda yang mampu membawa cabaran memimpin negara pada masa hadapan, tetapi kita mengabaikan prospek tersebut. Kerana apa?

Hanya kerana ingin duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan.

Negara kita sekarang lebih memerlukan pembangunan insaniah terutamanya dalam golongan muda yang sekarang ini semakin kehilangan arah. Saya tidak katakan jangan membangunkan industri sukan, tidak! Tetapi, bagi saya, industri sukan adalah kemajuan sampingan yang boleh kita giatkan apabila bahagian lain yang lebih penting untuk kemajuan negara dapat dicapai. Apakah kita hendak mengambil isu-isu picisan dan mengabaikan hal-hal lain yang lebih besar?

Kalau kos pembelajaran seorang pelajar perubatan di London ialah RM 1 juta, kira-kira 490 orang pelajar perubatan boleh dihantar ke sana dalam temph 10 tahun. Dan manfaatnya? Adakah kita mengharapkan atlet-atlet ini untuk menyelesaikan masalah ekonomi kita yang semakin meruncing? Atau menyelesaikan isu dadah yang semakin hari nampak semakin mustahil untuk diselesaikan?

Kepada ibu bapa, galakkan anak-anak anda menjadi penyanyi atau atlet, kerana itulah matlamat negara kita sekarang.

Demonstrasi sokong Palestin: lagi sandiwara Pemuda Umno

DEMONSTRASI yang dianjurkan oleh Pemuda Umno di perkarangan KLCC pada 21 Julai lalu berhubung isu keganasan rejim Israel ke atas masyarakat sivil Palestin hanya sandiwara untuk menutup kebobrokan sistem yang mereka dokong di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ~ kerajaan yang tidak jauh beza dalam hal kezaliman dan penindasan terhadap rakyat.

Demonstrasi itu bolehlah disifatkan sebagai kuman seberang laut nampak, tetapi gajah di hadapan mata tidak nampak. Parti-parti pembangkang di negara ini, termasuklah keADILan sesungguhnya lebih jauh ke hadapan dalam mengutarakan isu ketidakadilan secara cukup konsisten samada di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Pemuda Umno dalam beberapa perkembangan hanya berani berhadapan dengan musuh yang tidak mungkin bertindak balas secara segera.

Bahkan, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sendiri menyatakan bahawa berdemonstrasi bukanlah budaya mereka. keADILan Parit Sulong percaya, seandainya tentera Israel itu berada di hadapan mata dan menembak gas pemedih mata dan 'air racun' sepertimana yang ditimpa oleh pendukung reformasi sejak tujuh tahun lalu; Pemuda Umno jualah yang akan meninggalkan terus perjuangan. Kita lihat bagaimana dalam kes penganiayaan dan fitnah yang dilempar kepada orang nombor dua dalam parti itu pada 1998, Pemuda Umno membuat keputusan menyokong Presiden Umno yang mengatur segala konspirasi dan mengaibkan Anwar Ibrahim tanpa belas dan tanpa pertimbangan maruah manusia. Apakah ini sikap sebuah gerakkan yang kononnya membela umat dan pendukung keadilan sejagat?

Oleh itu, kami menyifatkan bahawa tindakkan Pemuda Umno menganjurkan demonstrasi di KLCC tempohari hanya mahu meraih sentimen umat Islam yang sediakala marah terhadap rejim Zionis Israel. Hal ini samalah dengan sikap mereka terhadap kes “kartun hina Nabi” apabila kononnya mereka 'membela' Islam dan Nabi untuk meraih sokongan secara paling murah dan tidak bermoral.

Kami ingin mengulangi bahawa hanya Dato' Seri Anwar Ibrahim yang berani bercakap kepada bekas Setiausaha Pertahanan Amerika, Paul Wolfowitz mendesak agar Amerika membawa keluar tentera daripada bumi Iraq dengan kadar paling segera. Tidak ada pemimpin dunia Islam lainnya yang mempunyai kredibiliti dan kemampuan moral sekuat itu untuk berhadapan dengan kuasa besar dunia, Amerika, dan tindakkan berhimpun sepertimana yang dianjur oleh Pemuda Umno hanya sandiwara politik semata-mata.

Rakyat dapat lihat bagaimana kes penutupan akhbar Sarawak Tribune apabila kemudiannya satu permit baru yang dilaporkan kurang daripada tiga hari diluluskan untuk menjadi lidah propaganda BN Sarawak untuk memenangi Pilihanraya Negeri beberapa bulan lalu. Malah, surat khabar itu kemudiannya menerbitkan berita yang menghina dan cuba mencerna Penasihat keADILan, Anwar Ibrahim dengan foto beberapa pondan yang kononnya menyokong Anwar dan keADILan.

Oleh itu, sikap talam dua muka dan berpura-pura dan amalan "menjual agama" dan "melelong umat" untuk kepentingan politik sepertimana sikap Pemuda Umno termasuk dalam kes Israel-Palestin itu hanya sandiwara dan politik lapuk yang tidak akan mengamit sokongan Muslim dan rakyat di negara ini.

Monday, July 24, 2006

Nazri wal Islam Hadhari !


Siapa tidak kenal Nazri Tan Sri Aziz, beliau merupakan hulubalang yang gila - gila mempertahankan tuannya. Beliau memang terkenal dengan seorang yang setia terhadap tuanya
jika dulu beliau merupakan antara hulubalang hebat Dr. Mahathir dan kini setelah Dr.Mahathir tak berkuasa beliau sanggup membelasah Dr. Mahathir secara terbuka demi mempertahankan bos barunya Nabi Agama Baru (Islam Hadhari) Abdullah Badawi.

Bukan niat che'GuBard moral seseorang tetapi untuk memperlekehkan atau mempertikaikan oleh kerana kelancangan Nazri selama ini mempertikaikan moral orang lain, menjadi panglima Islam Hadhari dan tindakan menghina orang yang membela Islam, maka di sini diperturunkan gambar - gambar anak menteri Islam Hadhari itu untuk keinsafana semua dan ayuh Nazri.....jawab! jangan tak jawab...jawab! jangan tak jawab!.....













nota kaki : kami mendapat banyak gambar lagi mengenai Anak Nazri ini tetapi untuk elak aib yang melampau dan untuk elak blog ini berlebel 18 sx maka tidak disiarkan, kami juga mendapat makluman mengenai beberapa 'kes' melibatkan anak Nazri ini tetapi tidak menyiarkan kerana tiada bukti sahih.....

Saturday, July 22, 2006

Teman memerlukan doa kita.......

Salam saudara perjuang !

Bapa teman kita saudara Syamsul Iskandar, yang merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia, sauadara Hj Mohd Akin B
Ayim@Jaafar, 61 Tahun kini sedang dalam keadaan kritikal.

Doktor mengesahkan beliau mengidap kanser hati dan paru paru 'last stage'. Doktor juga mengatakan tidak dapat berbuat apa - apa.

Tiada apa yang indah dari seorang teman kepada Syamsul saat ini selain dari doa dan munajat kepada Allah untuk bapanya.

Diharap saudara Syamsul juga bersabar kerana ubat terbaik ketika dilanda musibah ialah sabar dan memohon redhaNya.

Kepada Teman - teman sila 'forwardkan' email ini kepada semua teman pejuang

Thursday, July 20, 2006

GOSIP - GOSIP PANAS !!!!!!!!!!

hehe....dah bosan cerita benda - benda yang serius....kali ini che'GuBard nak cerita benda releks sikit ....... gosip dari satu email yang masuk ke mail box badrul_angkatanmuda@yahoo.com

GOSIP 1.

email ini menyatakan yang Awie (Wings) kahwim satu lagi tapi kali ini di Siam. Gambar ini diambil oleh orang yang bersama dengan rombongan Awie...... tapi menjadi persoalan gak pertama adakah ini betul Awie atau pelanduk dua serupa.... kedua kalau Awie kenapa bernikah di Siam ? dan lagi satu awatlah mamat member yang ikut satu rombongan tu dedahkan gambar - gambar dia.............

Tapi persoalannya lagi satu dengan siapa ......pengirim email siap bagi gambar sarung cincin ......betul atau tidak belum lah dapat dipastikan tetapi menurut pengirim email tersebut Awie talh bertemu jodohnya dengan adik kepada dramatis terkenal Haliza Misbun....


Walaupun apa pun juga kita kena menghormati hak peribadi Awie sebagai insan normal..... dia buat pun cara elok (cuma mungkin tak kena dengan undang - undang negara tapi bab hukum dah lepas....) Jadi kita doakan semoga Awie berbahagia cuma sebagai peminat agak terkilan sebab tahu pun lepas dua tiga bulan berlalu. Di bawah ini diperturunkan gambar Awie bersama isteri barunya ....... (banner belakang tu siap tulis siam lagi heheheee)update : tiba tiba pula banyak email mengenai gosip dunia artis diterima ...terbaru che'GuBard telah mendapat email yang merupakan gambar - gambar Siti Nurhaliza dengan bakal anak - anak tirinya.......tetapi ia bukan gambar biasa ..........che'GuBard sedang memikirkan kemungkinan untuk menyiarkan gambar - gamabr tersebut.......dan jika di siarkan memerlukan sedikit 'editing' untuk tidak menjadikan blog ini berskala 18 sx...............sikh ! ghalit pulak cerita dunia artis ni erk......

Monday, July 17, 2006

Surat terbuka kepada PDRM

Ruj. Kami : amns / 2006 / (346)
Tarikh : 14 Julai 2006


Kepada : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM),
Tingkat 29, Menara Tun Razak,
Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur.

Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia,
Polis Diraja Malaysia,
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, 50560 Kuala Lumpur.

Saudara ;

SALAH GUNA KUASA POLIS DAERAH PORT DICKSON (TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH).

Adalah dengan ini perkara diatas dirujuk.

Pada 10 Julai 2006 yang lepas Angkatan Muda Negeri Sembilan telah mengadakan program menonton Final Piala Dunia Fifa 2006 bersama pemimpin keADILan. Program ini diadakan dengan kami menyewa tapak e-stadium yang yang di miliki oleh Mohd Nor.

Bukan sedikit wang dan tenaga yang kami peruntukan ke arah menjayakan program tersebut. Untuk menampung segala perbelanjaan tersebut kami terpaksa mengenakan tiket kepada setiap pengunjung.

Malangnya selepas perkara ini dihebahkan telah beberapa kali pemilik tapak program dikunjungi oleh pihak polis yang bertanyakan perbagai perkara mengenai program ini, yang kami jangkakan ini bertujuan jahat untuk menakutkan beliau. (Perkara ini diberitahu kepada kami oleh pemilik sendiri).

Pada 10 Julai program dijadualkan bermula jam 12.30 pagi namun anggota polis beruniform dan tidak beruniform telah hadir dengan jumlah yang ramai seawal 9 julai 9.00 malam. Kehadiran polis ini telah menyebabkan orang ramai berasa kurang selesa untuk hadir. Malah tidak sampai 350 meter dari tapak program juga di buat sekatan jalanraya.

Namum atas niat baik untuk bekerjasama dengan polis kami menyediakan tempat duduk untuk pihak polis dalam khemah program.
Antara kepimpinan keADILan dan tokoh yang hadir ialah Tian Chua (Ketua Penerangan, keAdilan Pusat) , Hishamuddin Rais (Pengarah filem) dan che’GuBard (Timbalan Ketua Penerangan) selain dari kepimpinan peringat Negeri Sembilan.

Dengan keadaan polis yang ramai dan sekatan jalan raya tapak program seolah dalam kepungan polis. Walaubagaimanapun program tersebut tetap berjaya menarik kira – kira 400 orang lebih penonton (walaupun pada peringkat awal penganjur menjangkakan 1000 orang akan hadir). Ada juga penonton yang pulang awal kerana berasa kurang selesa kerana polis menggunakan kamera merakam gambar hampir ke semua penonton.

Kami menjadualkan Tian chua dan beberapa orang tokoh yang hadir untuk menyampaikan hadiah bagi kuiz dan cabutan bertuah ketika rehat separuh masa pertama.

Namum 5 minit sebelum waktu rehat tersebut kami didatangi pemilik tapak program merayu agar Tian Chua atau mana – mana pemimpin keADILan tidak naik ke pentas. Menurutnya pihak polis telah mengugut akan menangkap beliau jika sesiapa pemimpin keADILan naik ke pentas walaupun untuk menyampaikan hadiah. Ketika ditanya siapa pegawai yang membuat ugutan tersebut beliau menamakan Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Md Sham Abdullah.

Respon dari itu Hj. Ramlan Roes, Ketua Angkatan Muda Negeri dan Norazizi Abd Aziz, Setiausaha keADILan Teluk Kemang terus berjumpa dengan seorang pegawai beruniform dan bertanya siapa pegawai paling kanan yang berada di situ. Pegawai polis tersebut memperkenalkan kami dengan seorang lelaki berpakaian biasa yang bernama DSP Sham Abdullah, Timbalan Ketua Polis Daerah.

Ketika ditanyakan mengapakah beliau mengugut pemilik tapak program, beliau tidak menjawab sebaliknya beliau terus menyatakan beliau mendapat arahan Ketua Polis Daerah untuk tidak membenarkan sesiapa pemimpin keADILan untuk naik ke pentas walaupun untuk menyampaikan hadiah.

Ktika ditanyakan apakah wujud peruntukan undang – undang membenarkan beliau membuat ugutan sebegitu ? Beliau menyatakan beliau hanya menjalankan arahan. Beliau memberikan kad nama dan tidak mahu berbincang lagi.

Oleh kerana pemilik tapak ketakutan diugut polis dan merayu kepada kami agar tidak memanggil mana – mana pemimpin keADILan untuk naik ke pentas, maka kami terpaksa akur.

Di sini kami ingin membuat aduan ke atas Polis Dareah Port Dickson khususnya Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Md Sham Abdullah kerana salah guna kuasa.

Jelas dari tindakan tersebut beliau bertindak di luar bidang kuasa. Hampir semua pasti akan mengatakan polis pagi tersebut bertindak atas arahan demi menjaga kepentingan politik parti politik pemerintah.

Kami dengan ini menuntut pihak polis mengambil tanggung jawab atas kejadian malam tersebut, tindakan tatatertib harus dikenakan kepada Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson.

Pihak yang bertanggungjawab juga harus memikirkan ganti rugi kepada penganjur yang telah banyak mengeluarkan tenaga dan wang untuk menjayakan program dan akhirnya digagalkan oleh polis atas arahan politik pihak tertentu.

Kami amat kesal dengan kejadian tersebut, dan jika tiada tindakan diambil atas kejadiam tersebut maka imej polis akan terus buruk dan hanya dilihat sebagai alat tunggangan politik pemerintah. Kejadian ini juga sebagai bukti polis digunakan untuk mengancam ruang demokrasi dalam negara.

Untuk pengetahuan pihak saudara juga kami dalam pertimbangan untuk membuat laporan polis dan menfailkan saman di mahkamah ekoran peristiwa tersebut.

Sekian.

“ke arah memperkasakan kedaulatan rakyat’

AMIRUDIN ABD WAHAB
Setiausaha
Angkatan Muda Negeri Sembilan

s/k : Ketua Polis Negara
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

Ketua Polis Negeri Sembilan
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan

Ketua Polis Daerah
Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson

Media dalam dan luar negara.

Siapa Tengku Adnan Tengku Mansor

Tengku Adnan bin Tengku Mansor, Menteri Pelancongan dalam kerajaan Abdullah Ahmad Badawi pengasas ajaran Islam Hadhari, cucu kepada ulama terkenal, Haji Abdullah Fahim telah mengeluarkan idea yang amat ‘bernas’ dan tindakan yang ‘bijak’ untuk melanjutkan masa berhibur di pusat-pusat hiburan sampai pukul 5.00 pagi (sekarang ini setakat jam 12.00 tengah malam sahaja dan pada hari minggu dilanjutkan sehingga jam 2.00 pagi).

Adnan juga mahukan kerajaan Islam Hadhari menurunkan cukai arak, supaya harga arak di pasaran menjadi lebih rendah, kalau boleh lebih rendah lagi dari harga sebotol air mineral. Kalau boleh arak dijadikan minuman rasmi di majlis-majlis rasmi anjuran kerajaan dan diminum oleh orang ramai seperti air sejuk sahaja.

Tujuan Adnan ialah untuk menarik pelancong dari luar negeri datang ke Malaysia untuk berhibur dan beliau suka melihat pelancong asing itu terhuyung-hayang kerana mabuk. Saya rasa Adnan terlupa satu lagi bisnes yang paling menguntungkan. Setakat arak, judi dan hiburan tidak memadai. Adnan patut mengemukakan satu pelan tindakan yang strategic untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara ‘Pusat Pelacuran’ bertaraf dunia sebagaimana nama Genting Highland terkenal di seluruh dunia sebagai ‘Pusat Perjudian’ yang terbesar di Asia.

Arak, judi dan seks hendaklah dijadikan sebagai sebuah industri. Pekerja-pekerja seks hendaklah dinaikkan taraf setanding dengan kedudukan pegawai tinggi kerajaan atau setaraf dengan menteri-menteri. Siapa lagi yang hendak diharapkan membela nasib pekerja-pekerja seks ini, melainkan Adnan. Shahrizat Jalil tidak mungkin kerana beliau ada sedikit pegangan agama. Pusat-pusat pelacuran hendaklah dilesenkan supaya ia dapat bergerak secara sah dari segi undang-undang sebagaimana yang dinikmati oleh pusat-pusat perjudian, arak dan hiburan (pub-pub).

Apabila Malaysia berjaya mengwujudkan lebih banyak ‘syurga arak’, ‘syurga judi’ dan ‘syurga seks’, maka ramailah pelancong-pelancong dari luar negeri berduyun-duyun akan berkunjung ke Malaysia untuk menikmati syurga-syurga tersebut. Mereka tidak perlu lagi pergi ke Thailand (selama ini Malaysia dijadikan negara transit) kerana Malaysia juga turut menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut standing dengan Thailand , malah pusat-pusat ini patut diperhebatkan lagi mengikut piawaian antarabangsa-selesa dan memuaskan dari segala aspek layanan.

Hasrat Adnan untuk meningkatkan industri pelancungan dan menjana pertumbuhan ekonomi Negara tentu akan tercapai. Disamping itu, ia juga dapat mengurangkan kadar penggangguran di kalangan belia-belia tempatan. Satu ketika dulu heboh seluruh Negara apabila Mashitah Ibrahim, Setiausaha Parlimen di JPM mengeluarkan fatwa bahawa kerja sebagai ‘pelacur’ dibolehkan dalam Islam, sekiranya seseorang itu berada dalam darurat. Maka, menjadi tanggungjawab Adnan perlu mengadakan situasi darurat ini sepanjang masa supaya lebih ramai wanita-wanita di Malaysia menceburi bidang ‘pelacuran’ ini. Tidak perlu lagi kita mengimport wanita-wanita dari Negara asing. Wanita-wanita tempatan lebih hebat, cantik dan menawan.

Siapa Tengku Adnan Ini?

Adnan dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10 pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada 3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama Adnan bin Mansor.

Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.

Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336

Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.

Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya. Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t t telah menghantarkan bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja. Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan mistri.

Adnan pernah menjadi Setiausaha Kerja UMNO di bawah Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden. Adnan seorang 'businessman', beliau adalah dipercayai menjadi proksi kepada Vincent Tan pemilik Berjaya Group Berhad. Vincent Tan mendapat banyak projek-projek kerajaan melalui Adnan yang ada hubungan dengan pihak atasan UMNO yang berkuasa mengagih-agihkan kekayaan negara kepada kroni masing-masing.

Adnan merupakan seorang taukeh judi ‘Sport Toto’. Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Unilite Electrical Indusries Berhad. Pada tahun 1987, syarikat ini bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali sebagai Berjaya Sport Toto Berhad.

Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya Group Berhad.

Sport Toto mempunyai 681 rangkaian kedai judi di seluruh negara dan mempunyai dua syarikat perjudian di laur negara iaitu Philippines Berjaya Toto dan pada tahun 1997 membantu kerajaan Ghana menyusun kegiatan loteri di negara berkenaan.

Adnan dan kerajaan Pahang pada satu ketika dahulu melalui syarikat PASDEC Holding Berhad pernah memiliki saham dalam Bukit Tinggi Resort Berhad milik penuh Vincent Tan yang bergiat dalam kegiatan berjudi ‘mesin slot’, tetapi disebabkan oleh bantahan orang ramai, maka Adnan melepaskan pegangannya dalam bentuk saham dan kerajaan Pahang menjual sahamnya pada 23.5.2003.

Kesimpulannya, kerajaan Islam Hadhari semakin tidak peka dengan hukum-hukum Islam dan nilai-nilai murni masyarakat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Kerajaan Perak, Dato’ Seri Harussani Zakaria bahawa orang Melayu-Islam telah membelanjakan RM4 billion setahun untuk minum arak dan berjudi dan 100,000 lagi orang Melayu-Islam telah murtad sangat-sangat membimbangkan.

Apa akan terjadi kepada umat Islam dalam negara ini pada masa hadapan sekiranya kita mempunyai ramai pemimpin sejenis dengan Adnan ini. Ketika kita hendak mengembangkan nilai murni, berakhlak, sopan santun dan berbudi bahasa di kalangan rakyat, kenapa pula arak, judi dan seks dilakukan secara illegal sekarang ini (perbuatan maksiat kepada Allah} dijadikan bahan untuk menarik pelancong asing datang ke negara ini, sedangkan Malaysia mempunyai pelbagai sumber alam semula jadi yang menarik.

Kita patut utamakan pelancong yang berkualiti datang ke negara ini, bukan pelancong yang rendah moralnya yang mengutamakan arak, judi dan seks. Biarlah pendapatan negara tidak banyak, tetapi pendapatan tersebut mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

Kita amal kesal mempunyai pemimpin seperti Adnan ini yang sanggop menjual dan memperdagangkan maruah agama dan bangsa, demi kepentingan ekonomi yang haram untuk negara. Kita juga kesal dengan tindakan Abdullah melantik menteri yang terlibat dengan industri judi dan arak. Kita bertambah keliru dengan Islam Hadharinya. Dari satu segi, beliau berusaha untuk membentuk masyarakat madani yang berakhlak dan bermoral mulia mempunyai jati diri insani, tetapi dari sudut lain pula beliau memilih pemimpin (menteri, MB dan KM) yang tidak berakhlak yang terlibat dengan berbagai skandal dan rasuah.

Sekiranya cadangan ini diterima oleh Abdullah, maka usaha Islam Hadhari untuk membina generasi bersahsiah, berkeperibadian luhur dan murni akan menemui kegagalan dan akan hanya menimbulkan berbagai masalah sosial pula. Islam dan umatnya dalam gerhana di bawah pentadbiran Abdullah.

SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA SERTA PROTES HINGGA TURUN

Saturday, July 08, 2006

Gwangju City, cheGuBard datang !!!


Greetings!
Congratulations!


The Education Committee of The May 18 Memorial Foundation has accepted your application for Gwangju Asian Human Rights Folk School 2006 that will be held from 4th to 30st September 2006 in Gwangju City, Korea Republic.

We are very happy to welcome you as participants for the Gwangju Asian Human Rights Folk School 2006.

In our next communication we will send you the official invitation letter for you to use when you apply for visa.

If you have other clarifications and questions regarding this matter,please feel free to contact us.

Our good wishes,
--
Chanho Kim
Director International Cooperation Team
Email: surnadal@hanmail.net
Mobile: +82 10 4462 6650

Addresses:
The May 18 Memorial Foundation
5.18 Memorial Culture Hall
Seo-Gu, Sangmudong 1268
Postcode 502-260
Gwangju, Republic of Korea
Phone: +82 62 456 0518
Fax. +82 62 456 0519
Email: may18interns@gmail.com
Website : www.518.org
Blog: 518solidarity.blogspot.com
518interns.blogspot.com
518folkschool.blogspot.com

Wednesday, July 05, 2006

Lepas kejayaan fiesta futsal, Jom tengok Final la pulak !

Hebahan Media
Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan
5 Julai 2006-06-30

HEBAHAN PROGRAM JOM TENGOK FINAL FIFA WORLD CUP 2006 BERSAMA PEMIMPIN

Hampir seluruh masyarakat dunia memberikan perhatian yang luar biasa terhadap sukan bola sepak kini. Ini berikutan demam Piala Dunia yang datang empat tahun sekali. Begitu juga di negara ini ia disambut dengan perbagai cara di perbagai tempat, oleh semua orang.

Selepas kejayaan menganjurkan ‘Fiesta Futsal World Cup 06’ Angkatan Muda’ Angkatan Muda Negeri Sembilan (AMNS) sekali lagi mengambil kesempatan demam Piala Dunia ini untuk mengadakan program seperti di bawah :

JOM TENGOK FINAL WORLD CUP BERSAMA PEMIMPIN keADILan
Tarikh : 10 Julai 2006 (Isnin)

Masa : 12.30 pagi – 4.00 pagi

Tempat : e – Stadium (coca-cola), Bt. 6 ¾ , Teluk Kemang.
(depan PD World Marina Resort)


Sempena dengan program itu juga kami telah menyediakan perbagai acara kuiz dan cabutan bertuah yang menyediakan ratusan hadiah. Penonton yang datang dengan kostum terbaik dan terceria menyokong pasukan pilihan mereka juga akan mendapat hadiah istimewa.

Dijangkakan sekurang kurangnya 2000 orang akan bersama menyaksikan perlawanan akhir di e – stadium ini dan bakal mencatatkan antara bilangan orang paling ramai orang menonton perlawanan akhir tersebut di negara ini. Program ini turut mengundang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamad Ezam Mohd Nor.

Semua peminat bolasepak dari seluruh negara di jemput untuk merasai suasana menonton perlawanan akhir seperti di Olympia Stadion, Berlin, German. Disediakan dua skrin 10 x 18 kaki yang menyiarkan siaran langsung terus dari Berlin dari sudut stadium yang berbeza.

Dengan tiket masuk RM 5 kepada penonton atas 12 tahun melayakkan penonton untuk menerima minuman berkabonat percuma sepanjang siaran langsung dan berpeluang memenangi perbagai hadiah dalam acara kuiz dan cabutan bertuah.

Sebarang pertanyaan sila hubungi 012 358 9872 @ 012 369 6474.

Tuesday, July 04, 2006

22 soalan untuk Tun Dr Mahathir...................

Pertikaian yang berlarutan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mendapatkan liputan meluas di Singapura.

Sudah menjadi pengetahuan awam bahawa hubungan Malaysia-Singapura tidak baik pada zaman Dr Mahathir. Bagaimanapun, ianya semakin baik selepas Abdullah mengambil alih pentadbiran negara pada 2003.

Malah, Dr Mahathir sendiri mengakuinya dan secara menyindir berkata hubungan dengan republik itu semakin baik berikutan kegemaran penggantinya yang suka bermain golf – yang dianggapnya satu permainan di mana berjam-jam digunakan untuk “memukul satu bola kecil”.

Media di republik tersebut telah mengambil kesempatan untuk melaporkan mengenai pertikaian yang berlanjutan itu dan jelas sekali siapa yang mereka sokong.

Jumaat lalu, akhbar pro-kerajaan Singapore Straits Times menyiarkan semula satu muka penuh persoalan-persoalan kepada Mahathir oleh Editor Eksekutif Kumpulan akhbar The Edge, P Gunasegaran.

Rencana tulisan Gunasegaran itu telah disiarkan dalam akhbar The Edge pada 20 Jun lalu.

“(Datuk Seri) Abdullah Ahmad Badawi baru tiga tahun menjadi Perdana Menteri, tetapi (Tun) Dr Mahathir Mohamad mempunyai empat soalan untuk dijawab oleh pentadbirannya. Ia ialah mengenai jualan MV Agusta oleh Proton; pemberhentian bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Permit Import (AP) dan pembatalan projek jambatan,” tulis Gunasegaran.

“Walaupun kita mengharapkan jawapan yang lebih baik daripada pihak kerajaan, daripada apa yang telah diberikan setakat ini, tetapi sepatutnya bukan Abdullah seorang sahaja yang patut menjawab soalan tersebut. Saya pasti kita juga mempunyai soalan-soalan untuk Dr Mahathir – mengenai bagaimana beliau mentadbir negara ini selama 22 tahun.

“Ini adalah senarai 22 soalan atau lebih merupakan 22 kumpulan soalan yang kita minta dijawab oleh Dr Mahathir, – atu soalan bagi setiap tahun daripada 22 tahun beliau berkuasa.”

Berikut adalah petikan soalan-soalan tersebut:

1) Mengenai kerajaan yang bersih

Anda mula memegang tampuk pemerintahan pada 1981 dan memperkenalkan slogan bersih, cekap dan amanah. Apa yang telah anda lakukan untuk menjayakannya? Adalah anda jadikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) lebih bebas dan berkesan? Adakah anda pastikan yang pasukan polis dan badan kehakiman melakukan tugas mereka dengan baik dan mengurang rasuah dalam badan dan pasukan masing-masing? Adalah anda telah pastikan yang para menteri dan ketua menteri tidak mempunyai pendapatan melebihi yang dibenarkan oleh undang-undang? Berapa ramaikah orang besar yang didakwa kerana rasuah sewaktu pentadbiran anda? Apa yang telah
berlaku kepada (slogan) bersih, cekap dan amanah?

2) Kebebasan akhbar

Kritikan anda terhadap kerajaan mendapat liputan meluas dalam media-media tempatan, sedangkan sewaktu pentadbiran anda dulu, kritikan dua bekas perdana menteri terhadap anda tidak disiarkan langsung oleh akhbar-akhbar utama. Para editor dalam akhbar-akhbar pro-Umno disingkirkan kerana tidak menurut arahan. Apakah yang telah anda lakukan untuk mewujudkan kebebasan akhbar yang bertanggungjawab?

3) Proton

Anda meneruskan juga projek kereta nasional pada 1983 walaupun sejumlah pakar tidak bersetuju dengan (rancangan) anda itu, terutama dari segi ‘economies of scale’. Adalah benar yang keuntungan Proton sejak 20 tahun lalu adalah kerana harganya yang tinggi yang terpaksa dibayar oleh rakyat Malaysia untuk mengsubsidi Proton, mengakibatkan kesulitan terhadap rakyat Malaysia yang memerlukan kereta kerana sistem pengangkutan awam yang tidak baik? Selepas itu, mengapa perlu bagi Proton untuk membeli pegangan dalam syarikat pengeluaran motosikal Itali yang gagal, sedangkan ia (Proton sendiri) tidak mampu mengeluarkan kereta secara kompetitif?

4) Industri Berat

Mengapakah anda melaksanakan juga industri berat seperti besi waja dan simen pada 1980-an, dan mengenepikan kajian yang sebaliknya mencadangkan supaya dilaksanakan industri berasaskan sumber semulajadi? Ia mengakibatkan masalah besar dan kerugian berbilion ringgit.

5) Penduduk

Mengapakah anda meggalakkan pertumbuhan penduduk Malaysia kepada 70 juta dan menukar nama Lembaga Perancangan Keluarga Negara kepada Lembaga Penduduk dan Kemajuan Negara? Bagaimana anda mengharapkan rakyat miskin menjaga lima, enam atau lebih ramai anak? Apakah kualiti hidup yang boleh mereka sediakan kepada anak-anak mereka?

6) Penghijrahan

Mengapakah anda benarkan penghijrahan pendatang, terutama dari Indonesia, melalui cara yang tidak dikawal, sehinggakan kini terdapat lebih ramai pendatang haram daripada yang halal – yang berjumlah kira-kira dua juta orang atau lebih? Adakah anda sedar bahawa ia akan mengakibatkan masalah sosial yang serius?

7) Mengenai timbalan anda

Kira-kira lima tahun selepas anda berkuasa, berlaku perselisihan yang serius antara anda dengan timbalan anda (Tun) Musa Hitam. Apakah punca perselisihan tersebut dan adakah ia kerana anda mentadbir tanpa berunding dengan para menteri anda?

8) Mengenai perpecahan dalam Umno

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah dan (Tun) Musa Hitam mencabar anda dan (Tun) Ghafar Baba dalam perhimpunan agung Umno 1987, ia mengakibatkan perpecahan yang serius dalam Umno, dan anda hanya menang dengan majoriti nipis ((761 undi, berbanding 718 (undi Tengku Razaleigh). Mengapakah anda tidak berusaha untuk memulihkan semula keadaan dalam Umno selepas pemilihan (parti)? Sebaliknya, anda bertindak menyingkirkan dari Umno dan Umno Baru mereka yang menentang anda, sehingga mengakibatkan berlakunya satu perpecahan orang Melayu yang tidak pernah berlaku sebelumnya.

9) Operasi Lalang

Mengapakah ambil mengambil tindakan tersebut pada bulan Oktober 1987, dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) untuk menahan lebih 100 orang, menutup empat akhbar dan menimbul ketakutan di seluruh negara? Adalah ia bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh anda yang lemah untuk memegang kuasa ketika itu dengan menggunakan undang-undang yang menindas itu?

10) Kehakiman

Apakah motif anda mengambil tindakan memecat Ketua Hakim Negara ketika itu dan beberapa orang hakim Mahkamah Agung pada 1988 atas dakwaan salahlaku kehakiman – satu tindakan yang dikritik hebat oleh Majlis Peguam dan badan-badan lain? Adalah ianya kerana anda memerlu lebih ramai hakim yang mudah menurut di mana penghakiman mereka tidak akan mengancam kedudukan anda untuk berkuasa, dalam beberapa kes di mahkamah?

Adakah ini langkah pertama anda untuk menghapuskan peranan badan penghakiman sebagai sistem ‘checks and balances’ terhadap eksekutif dan penggubal undang-undang? Apa penjelasan anda terhadap dakwaan yang sering dibangkitkan oleh banyak pihak, termasuk bekas seorang ketua hakim, bahawa ini (tindakan tersebut) telah mengkibatkan hakisan kebebasan kehakiman?

11) Pendidikan

Anda mengetuai sistem pendidikan semasa di tahap penting transformasinya, pertama sebagai menteri pendidikan pada 1970-an, kemudian sebagai perdana menteri. Adakah betul jika diandaikan bahawa anda, oleh itu, juga bertanggungjawab terhadap kemorosotannya dalam tahun-tahun berkenaan? Mengapakah anda tidak membelanjakan lebih banyak wang dan memanfaatkan sumber-sumber yang ada untuk memastikan sistem pendidikan kita cermelang dan terus diperbaiki, tetapi sebaliknya berbilion-bilion ringgit dibelanjakan untuk projek-projek mewah?

Mengapakah anda benarkan sistem sekolah kebangsaan kita, yang merupakan tempat yang paling ideal untuk mewujudkan perpaduan di kalangan belia Malaysia, menjadi berpecahbelah sehinggakan pada hari ini, 90 peratus daripada pelajar sekolah kebangsaan adalah dari satu kaum sahaja, manakala kaum lain mencari pilihan lain?

12) Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin

Mengapakah anda memberi kuasa yang amat besar kepada individu ini? Dan anda belum memberi penjelasan yang memuas mengenai mengapa beliau meninggalkan kerajaan pada kali keduanya. Adalah ia ada kena mengenai dengan gabungan paksaan terhadap bank-bank? Mengapakah kerajaan membeli balik saham Penerbangan Malaysia (MAS) pada harga RM8 seseham daripada (Tan Sri) Tajudin Ramli, sedangkan harga pasarannya hanya separuh daripada itu?

13) Naungan dan kroni

Tidakkah anda menggalakkan amalan naungan dan kroni dengan memberi projek-projek besar kepada segelintir mereka yang rapat dengan anda? Individu seperti (Tan Sri) Halim Saad (lebuhraya tol kepada Renong, telekomunikasi dan sebagainya), Tajudin (syarikat telefon bergerak TRI dan MAS), (Tan Sri) Amin Shah Omar (kontrak limbungan kapal tentera laut bernilai berbilion ringgit kepada PSC Industries yang menemui kegagalan), Ting Pek Khiing (Ekran, ampangan Bakun), adalah beberapa contohnya.

14) Pengswastaan

Mengapakah anda benarkan pengswastaan dilaksanakan dengan cara mengswastakan operasi kerajaan yang paling menguntung? Jalan-jalan tol dengan jaminan kenaikan kadar tol dan bayaran pampasan jika jumlah pengguna tidak menepati unjurannya. Penjana Tenaga Bebas (IPP) diberi kontrak yang menjamin keuntungan mereka yang perlu ditanggung oleh Tenaga Nasional.

15) Tun Ghafar Baba

Walaupun (Tun) Ghafar Baba mendapatkan jumlah undi tertinggi di antara naib presiden Umno ketika (Tun) Hussein Onn menjadi perdana menteri pada 1976, (tetapi) anda, yang mendapat undi terendah antara penyandang jawatan tersebut, dipilih sebagai timbalan Hussein. Apabila anda mahu melantik Ghafar sebagai timbalan anda pada 1986, apabila anda bermasalah dengan (Tun) Musa Hitam, beliau dengan rela hati membantu anda menang jawatan presiden Umno. Tetapi (sebaliknya0, tidak banyak yang anda dan para penyokong anda lakukan untuk membantu beliau ketika dicabar oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim bagi jawatan timbalan presiden pada 1993. Jadi, bolehkah kami mengatakan yang anda telah menikamnya dari belakang?

Dan bagaimana pula dengan (Tun) Hussein (Onn) – orang yang memilih anda sebagai penggantinya? Beliau kembali ke rahmatullah bukan sebagai seorang ahli Umno kerana beliau enggan menyertai Umno Baru pimpinan anda.


16) Datuk Seri Anwar Ibrahim

Adalah anda bertindak terhadapnya apabila beliau menjadi ancaman terhadap kedudukan anda pada 1998? Adakah anda menggunakan keseluruhan jentera kerajaan supaya beliau dihukum? Adakah anda merasakan beliau dibicarakan secara adil? Adalah anda merasakan negara menjadi mangsa semata-mata kerana berlakunya perebutan kuasa yang membabitkan anda berdua?

17) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur

Apakah penting sangat untuk membelanjakan RM10 bilion untuk membina sebuah lapangan terbang mewah di Sepang, sedangkan lapangan terbang di Subang masih boleh diperbesarkan?

18) Putrajaya

Apakah justifikasi membelanjakan RM20 bilion untuk membina pusat pentadbiran kerajaan yang hebat ketika ruang pejabat boleh diperolehi di Kuala Lumpur? Bukankah wang tersebut boleh dibelanjakan untuk tujuan yang lebih baik, seperti mempertingkatkan sumber-sumber pendidikan?

19) Syarikat berkaitan kerajaan (GLC)

Mangapakah anda tidak mengambil usaha untuk memperbaiki prestasi GLC? Mengapakah anda membenarkan badan tabungan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen membuat pelaburan yang meragukan? Ini mengakibatkan mereka mengalami kerugian beratus, walaupun tidak berbilion, ringgit.

20) Islamisasi

Di akhir pentadbiran anda, selepas berlaku perselisihan dengan Anwar, anda mengecam anasir-anasir melampau dalam Islam yang menguasai institusi-institusi kerajaan dan melakukan perkara-perkara yang memecahbelahkan umat Islam dengan bukan Islam.

Tetapi, benarkan anda yang memulakan semua itu dengan (dasar) anda “Menyerap nilai-nilai Islam dalam pentadbiran pada 1981, selepas anda berjaya memikat Anwar menyertai Umno untuk menjayakannya? Dan mengapakah anda mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam sedangkan telah dinyatakan dengan jelasnya dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara sekular memandangkan komposisi rakyat yang yang pelbagai kaum dan agama. Adakan anda cuba mengubah dasar negara yang digubal oleh pemimpin sebelumnya?

21) Permit Import Kereta (AP)

Anda menyalahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industi, Datin Paduka Rafidah Aziz mengenai isu pengeluaran AP. Sebagaimana yang kita masih ingat, anda melantik beliau dan mengekalkannya di kementerian tersebut sejak tahun 1986 sehinggalah anda bersara pada 2003 dan tidak pernah sekalipun anda membangkitkannya atau mengambil tindakan brehubung isu pengeluaran AP oleh kementerian berkenaan. Malah, beliau telah dibabitkan dalam beberapa kontroversi pengagihan saham untuk bumiputera, tetapi anda membelanya. Jadi mengapakah ia menjadi isu sekarang? Jika anda kata anda tidak sedar mengenainya ketika itu, jadi apakah yang dapat kita faham daripadanya?

22) Politik wang

Mengapakah politik wang dalam Umno menjadi isu yang besar ketika anda menjadi presiden Umno? Mengapakah anda tidak berkuasa untuk melakukan sesuatu mengenainya, sedangkan penyelesaiannya adalah begitu mudah sekali?

Monday, July 03, 2006

Kritikan Salahuddin : AMK bersikap terbuka

KUALA LUMPUR, 1 Jul - Kelibat Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik negara hari ini masih belum mampu menaikkan semula 'gelombang' kebangkitan rakyat seperti yang pernah berlaku ketika beliau disingkir dari Umno dan dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM)pada 1998.

Malah ada pendokong setia gerakan perubahan yang tertanya-tanya ke mana kelibat mantan TPM itu dalam arus politik mutakhir ini lebih-lebih lagi ketika percakaran antara bekas Perdana Menteri (PM) Tun Dr Mahathir dengan PM, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi kian memuncak.

Meskipun baru-baru ini Anwar dalam sidang media terbarunya ada menyatakan bahawa Mahathir ada hak mengkritik, tetapi kemunculan beliau yang dijanjikan pada selepas Mei masih menjadi tanda soal kepada rakyat.

Anwar juga mengulangi pendiriannya bahawa beliau tidak akan kembali kepada Umno, katanya.

Begitupun, kemunculan secara konsisten bagi seorang 'ikon' seperti Anwar masih ditunggu rakyat, kata seorang pensyarah yang juga pemerhati politik yang enggan namanya disiarkan.

Beliau bagaimanapun tidak menolak kemungkinan Anwar sebenarnya sedang memikirkan 'starting point' untuk meledakkan pelbagai isu dan kemunculannya secara 'konsisten' menjelang Pilihan Raya Umum yang dijangkakan pada tahun 2007.

Sebelum ini, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob telah mengeluarkan kenyataan bahawa mutakhir Pemuda PAS tidak mahu Anwar terus menjadi pemimpin elit, sebaliknya beliau mesti pantas untuk mengambil kesempatan terbaik bersama Barisan Alternatif (BA) turun bertemu rakyat.

"Kini rakyat sedang menunggu beliau (Anwar) untuk memacu keadilan rakyat" katanya ketika Muktamar PAS ke 52 di Kedah baru-baru ini.

Mengulas mengenai kritikan Salahuddin itu, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KeADILan (AMK), Badrul Hisham Shaharim berkata, pihaknya menyambut baik kritikan itu.

"Kami menghormati pandangan Salahuddin itu sebagai seorang pemimpin pemuda yang berkaliber," katanya ketika ditemui di Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR), Jalan Sultan Hishamuddin baru-baru ini.

Tambahnya lagi, AMK akan mengambil berat pandangan itu dan di pihak AMK segala kerja-kerja 'turun padang'dan menguatkan jentera sedang dilaksanakan, malah ianya juga sedang berlaku dalam jentera pusat (KeADILan).

Beliau tidak menolak kemungkinan adanya suara yang mahu Anwar segera kembali secara konsisten untuk terus menerajui parti dan menggembeleng arus perubahan rakyat, katanya.

Sambil tidak menafikan di peringkat AMK arus tersebut juga sedang berlaku, beliau juga mahu Pemuda PAS terus memberi pandangan kepada gerakannya sebagai rakan dalam Pemuda BA, katanya.

Sebelum ini Anwar telah mengadakan beberapa siri 'turun padang' bersama rakyat, pertamanya di Negeri Sembilan pada 1 Jun 2006, dan kemudiannya ke Kedah berceramah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 8 Jun 2006 dan program bersama rakyat di Melaka pada 14 jun 2006.

Dalam siri ceramahnya bersama Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Muktamar PAS kali ke 52 di Kota Sarang Semut pada 8 Jun 2006, kira-kira 50,000 penyokong BA hadir bagi menyaksikan dua tokoh besar itu berceramah.

Kehadiran tersebut adalah yang paling ramai setakat ini dalam ceramah dan siri penerangan BA sejak tiga tahun kebelakangan ini./wann.