Antara pemimpin yang hadir dalam demo ini antaranya ialah Shamsul iskandar Mohd Akin, Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia; Sharifah Shahidah, Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia; S.Manikavasagam, Naib Ketua Angkatan Muda Malaysia; Tian Chua, Ketua Penerangan keADILan Pusat,; Dr Hatta Ramli, Bendahari Agung Salehuddin Ayub; Dr Nasir Hashim, Pengerusi PSM.
Degan menganjurkan perhimpunan ini juga Angkatan Muda ingin menegaskan sikap menentang agenda perang anti teroris/Pengganas anjuran AS yg kini menghalakan ugutan kepada Korea Utara dan Iran,
Angkatan Muda keganasan atau terorisma ini perlu ditangani dengan bijaksana dan mengembalikan keadilan kepada semua pihak. Perang, penindasan dan kezaliman dilihat bukan penyelesaian malah merumitkan dan memparahkan lagi keadaan.
Angkatan Muda juga mengutuk sekeras kerasnya dan merayu masyarakat dunia bersatu untuk menghentikan pencerobohan Israel terhadap Palestin dan Lubnan.
Angkatan Muda Malaysia juga menyatakan rasa kesal atas sikap berpura - pura kerajaan Malaysia yang di depan khalayak tempatan kononnya anti Amerika tetapi di hadapan regim itu pemimpin kita menyembah lemah.
Kerajaan Malaysia masih belum memberikan penjelasan mengenai pembayaran sejumlah besar wang tunai negara kepada pelobi asing semata - mata membolehkan Dr.Mahathir Mohamad, Perdana Menteri (pada ketika itu) bertemu dengan Presiden Amerika di Rumah Putih.
Sebagai Presiden OIC Malaysia terlalu lemah dan sentiasa bermuka muka dalam menghadapi perkara ini. Dalam keadaan rakyat seluruh dunia mengecam tindakan ketenteraan Amerika dan Regim Zionis Malaysia telah menjemput Seramai 3,000 anggota tentera laut Amerika Syarikat dan Malaysia untuk menjalani latihan kesiapsiagaan bersama dalam Eksesais Cooperation Afloat Readiness And Training (CARAT) di perairan Laut China Selatan dan Mersing, Johor, selama 10 hari bermula Isnin. Apa penjelasan Abdullah selaku Pengerusi OIC dan Pengerusi NAM ?
Angkatan Muda menyeru seluruh rakyat turun sama pada Jumaat 28 Julai (Esok) selepas solat Jumaat di Masjid Kampung Baru dan kemudian akan berarak ke depan kedutaan Amerika.
BADRUL HISHAM SHAHARIN
Pengerusi
Biro Bencana dan Hal Ehwal Masyarakat
Angkatan Muda Malaysia
Pengerusi
Biro Bencana dan Hal Ehwal Masyarakat
Angkatan Muda Malaysia
Cantik gambar kau tu....
ReplyDeletesalam maafkan saya temanku Faisal !
ReplyDeleteGambar tersebut 'diculik' dari laman rasmi parti keadilan rakyat dan merupakan gambar hasil 'tangkapan' saudara Faisal.
Cayalah che'gu...memang tak sia-sia di tabalkan sebagai 'Pakar Demo'...." Reformasi " - Anak Antu AMK Penang...
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteSaudaraku, perjuangan bukan berdasarkan perlaksanaan kata-kata, tetapi perjuagan adalah perlaksanaan iman di hati kita.
Demokrasi tiada dalam Islam, maka sesiapa yang menyokong demokrasi mereka inilah yang menyokong perjuangan kaum kafir.
Islam itu sudah cukup sempurna dan kita mempunyai corak politik kita sendiri.
Maksud demokrasi berdasarkan rujukan saya dalam ensiklopedia Britanica, Demokrasi bermaksud "Dari Manusia, Kerana Manusia, dan Untuk Manusia" sedangkan kita umat Islam dalam semua hal berpegang kepada konsep "Demi Allah, Kerana Allah, dan Untuk Allah"
Janganlah kita terlalu mengagungkan demokrasi sehingga kita menjadi Khawarij