Saturday, July 29, 2006

LAWATAN MAHATHIR, UMNO BERJAYA TAWAN KELANTAN

berikut ialah imej yang diperolehi dari laman 'tajaan' yang menyokong Dr.Mahathir Mohamad. Gambar tersebut dirakamkan di sekitar Bandara Islam Kota Bharu.

Dalam keadaan tidak sedar melalui lawatan Mahathir ini juga imej UMNO itu berjaya menawan bandar ini dengan banner - banner berlogo UMNO yang jelas tidak mempunyai permit.

Secara peribadi che'GuBard keliru dengan pendirian Kerajaan Negeri dan pihak Kerajaan Tempatan Kota Bharu yang membenarkan perkara ini. Bukankah UMNO itu 'ultimate goal'nya ialah menumbangkan PAS di Kelantan ?

Susana seperti ini sudah tentu tidak diperolehi jika kepimpinan PAS itu melawat negeri - negeri di bawah taklukan UMNO-BN......... mengikut pengalaman che'GuBard bukan meletakkan banner tanpa permit sesuka hati malah untuk memohon permit banner juga dinafikan.


Teringat juga ketika che'GuBard dan seluruh tenaga AMK yang 'gila babi' membantu calon PAS dalam pilihanraya kecil Pengkalan Pasir 2005 yang lalu, kesemua banner, poster dan bendera keADILan di turunkan dan di curi (minta balik tak dapat sampai sekarang) oleh pihak berkuasa tempatan Pasir Mas kononnya kerana keADILan tidak bertanding.....???

che'GuBard : teringat lirik keliru......
Nurul And Ajai - Keliru

L : Saban hari ku mencari mu
Setiap malam ku mengenang mu
Marah, resah gelisah ku
Menjadi satu

L : Ku tahu kau di dalam dilema
Sukar buat pilihan
Jangan kau cepat berubah pendirian diri

P : Salah kan ku
Jangan salahkan ku
Kasih biar ku lupakan diri mu
Mana satu ku jadi keliru
Aku makin keliru

Dikau selalu saja begini
Aku selalu tidak mengerti
Namun aku masih percaya
Kita harus/masih bersama
Ohh.. yeaa..

L : Tahu kau di dalam delima
Sukar buat pilihan
Jangan kau cepat berubah pendirian diri Ooh..
P : Salahkan ku jangan salahkan ku
Kasih biarkan ku lupakan diri ku
Mana satu ku jadi keliru
Aku makin keliru
Ingin jumpa tak ingin berjumpa
Ingin bercinta tak ingin bercinta
Dan pinta ku
Beri jawapan mu
Ku tak ingin keliru

Ku tak ingin
Aku keliru
Ku tak ingin keliru
Ku tak ingin

( Lagu : Aidit Alfian - Lirik : Aidit Alfian )

4 comments:

  1. Pada hari Sabtu yang lepas, che'GuBard telah dihubungi (melalui telefon bimbit) oleh seseorang yang memperkenalkan diri sebagai Emy, salah seorang pengendali Laman Web Ganerasi Mahathir....... Emy menjelaskan bahawa laman Ganerasi M tersebut merupakan laman yang dibangunkan secara 'ikhlas' oleh mereka sendiri dan tanpa tajaan dari mana mana pihak...dan beliau minta untuk artikel ini yang mempunyai 'tuduhan' laman tajaan yang merujuk kepada laman tersebut di ubah.

    Jika benar laman tersebut dikendalikan secara 'ikhlas' dan tanpa tajaan maka che'GuBard memohon maaf dan menarik balik 'tuduhan' itu.

    Cuma yang peliknya Emy menyatakan "la...bukan orang lain pun...ramai dikalangan kita orang nie pun kawan - kawan che'GuBard jugak"....heheee... kepada Emy jika membaca komen ini sampaikan salam kepada kawan kawan che'GuBard yang berada di kalangan Emy itu ya.

    Salam Perubahan.

    Bard

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:49 AM

    kikiki...salah sorang mastemindnye ialah..RAJA PETRA...yang menjadi org kepercayaan ANWAR BRAHIM dulu...ada duit sume jadik beb....

    ReplyDelete
  3. salam tahniah.cheGuBard !

    ReplyDelete
  4. kalau gambar mahathir boleh naik di kota bharu walaupun mahathir antara orang yang hendak menumbangkan kerajaan Islam di Kelantan itu, menunjukan demokrasi yang diamalkan oleh kepimpinan tok guru.

    sila baca kisah salahuddin al-ayubi mengubat ketua tentera salib yang sedang sakit...

    ReplyDelete