Friday, May 25, 2018

Kem Mahathir mula menyusun serangan terhadap Anwar, terbaru samakan Anwar dan Rosmah guna jet kerajaan.

Catatan Umum

26 Mei 2018


1. Sepanjang kempen PRU ke 14 , 7 hari che'GuBard tidak dapat menggunakan facebook kerana diserang dengan ratusan 'report' kepada pengendali facebook sehingga akaun che'GuBard digantung. Ini menunjukkan betapa ada pihak yang sangat takut. Selepas PRU juga banyak kali terpaksa menukar kata laluan kerana banyak kali usaha serangan seperti 'pishing attack' menyerang ini termasuk menukar kata laluan email sehingga hampir seminggu lebih blog chegubard.blogspot.com gagal diakses. Ini semua usaha mereka yang takut dan ingin menyekat suara, mereka ingat mereka hebat dengan ramai tentera cyber berbayar.

2. Hari ini hari pertama blog chegubard.blogspot.com boleh digunakan sepenuhnya namun beberapa dokumen dalam email dan blog telah dipadamkan.

3. Merujuk semula kenyataan 12 Mei 2018, che'GuBard mengucapkan tahniah atas kejayaan rakyat menggunakan praktik demokrasi dalam PRU ke 14.

4. Selepas PRU banyak polimik berlaku, namun setakat ini tidak ada banyak perubahan berlaku, jujurnya yang ada kelihatan operasi 'balas dendam' dan belum ada lagi perubahan yang benar konkrit dan bersifat reformasi. Namun keadaan masih awal. Cuma diharapkan semua yang baru memiliki kuasa perlu cepat sedar dan sesuaikan diri kerana mereka bukan lagi pembangkang. Sebarang perbalahan perlu diselesaikan cara orang dalam kerajaan. Pengumuman dan aksi politik perlu dikurangkan dan dilakukan penuh hati hati.

5. Perkembangan seperti Stock market Malaysia mencatat angka negatif buat pertama kali tahun ini. juga Angka 'outflow' tertinggi sejak 2013 perlu perhatian khusus yang serius.

Kritikan Bloomberg juga seharusnya menjadi penyedar penting. Semua yang menjadi anggota kabinet kena faham bahawa ucapan mereka menjadi kata rujuk sebagai polisi negara, sentiasa menjadi bahan untuk dianalisa oleh para pelabur asing. Tidak boleh sesuka hati mengeluarkan kenyataan politik bagi analisis keadaan negara khususnya ekonomi.

kenyataan mengenai hutang negara  RM1 trillion, kemudian dibetulkan dengan pengumuman hutang negara sebenar adalah RM 686.8 billion sahaja ada kesan natijahnya sekarang, kerana pelabur tidak suka pada ketidaktentuan .

Bloomberg menasihati, menteri kewangan tugasnya adalah untuk meyakinkan pelabur, supaya tidak lari dari negara kita.

"But for the finance minister to pursue that goal at the expense of his day job – of keeping the economy in good shape, and investors reassured – would be inexcusable." - Bloomberg

6. Pembebasan Anwar atas titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong juga sememangnya mengundang perbagai reaksi khususnya ketidak selesaan kem Mahathir. Selepas PRU ketika Anwar masih di hospital tentera cyber Mahathir Syed Akhbar Ali telah menulis fitnah dalam blognya yang menyatakan kononnya Zahid Hamidi hadir ke Hospital bertemu Anwar 11.00 malam untuk berunding. Malah dalam tulisanya dinyataan kiraan bagaimana Anwar (PKR) bergabung dengan Zahid (BN) juga Hadi (Pas) untuk membentuk kerajaan. Tulisan ini viral dan disalin siar oleh ramai pihak yang akhirnya ada yang mula mempercayai dan menulis amaran serta mendapat reaksi kecaman oleh netizen terhadap Anwar.

Fitnah blog pro Tun M Outsyedthebox bahawa Anwar jumpa Zahid di hospital satu propaganda palsu yang cuba diabsahkan. Zahid menafikan perkara tersebut dan isu ini reda sampai hari ini.

Selepas Anwar keluar Tun Daim sekali lagi menyerang Anwar isu jawatan PM.

Apakah akan ada gerenti bahawa janji Tun M bahawa Anwar akan jadi PM akan dipenuhi ?



7. Hari ini pula kem Mahathir mula menyebar gambar keluarga Anwar menaiki jet rasmi Kerajaan. Antaranya Herman yang dikenali sebagai cytro taksub Mahathir juga menyiarkan gambar tersebut dengan komen menyatakan ini tidak bagus untuk Malaysia Baru. Malah ada yang menyamakan tindakan ini dengan tindakan Rosmah Mansor menggunakan jet kerajaan sebelum ini. SAMM sendiri antara yang awal mendedahkan butiran dan  mengeluarkan kenyataan mengenai Rosmah menggunakan jet kerajaan sebelum ini (klik sini)


Untuk samakan tindakan Rosmah dan keluarga Anwar adalah sangat keterlaluan. Apa yang dikritik sebelum ini ialah kelayakan Rosmah menggunakan jet negara untuk dirinya sendiri dan jelas rekod penerbangan menunjukkan ia singgah di beberapa lokasi dan laluan yang sangat boleh dipersoalkan. Maka ia melibatkan perbelanjaan tambahan yang juga tinggi.  Penerbangan yang menunjukkan keluarga Anwar menaiki jet kerajaan tidak sama kerana ia tidak melibatkan perbelanjaan tambahan yang serius. Sememangnya Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri layak menaiki jet tersebut dan membawa keluarga untuk urusan rasmi dalam negara tidak melibatkan perbelanjaan tambahan yang serius kepada kerajaan.

8. Namun adakah ia harus disokong 100%, jawapanya tidak. Dalam negara dan rakyat diajak berjimat adalah bijak untuk anggota kabinet mengekalkan kesederhanaan dalam urusan. Malah Anwar sendiri perlu lebih bijak khususnya ketika ramai sedang memerhatikan terutama mereka di kem Mahathir yang tidak selesa dengannya. Hanya berdoa Anwar berjaya mencapai cita - citanya menjadi Perdana Menteri malah ia turut menjadi cita - cita ramai warga dalam dan luar negara. Namun jika tidak hati hati ada kemungkinan Anwar tersungkur kali kedua di tangan Mahathir.

catatan umum che'GuBard, warganegara Malaysia

10 comments:

  1. Anonymous1:06 AM

    Maintain penulisan dlm blog ni sehingga pru 15.Pasti jadi blog paling terpengaruh nanti.percayalah saudara cegku bard.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous7:18 PM

      Bodoh giler kau ni bai kalau kau baca blog bangsat ni hebat. Kesianlah kau ni. Bard yg bahlol ni kau cakap bagus ...

      Delete
  2. Anonymous5:47 AM

    Kalu tak boleh guna jet kejaan utk urusan rasmi kejaan, baik jual je jet tu....

    ReplyDelete
  3. Muka tersengeh anak Beranak mcm tu ingat rakyat Suka? Dah Ada yg kena buang, harga minyak tak turun pun, ingat rakyat Suka???
    Tengok muka anak Beranak sengeh macam tu ingat rakyat Suka??

    Memang depa sekeluarga dah Lama tak Balik jet kerajaan sbb tu kerenyeh sampai telinga.. Ingat rakyat Suka??

    Tunggu lah rakyat jatuhkan hangpa anak Beranak

    ReplyDelete
  4. Jangkaan kamu ada asasnya..

    ReplyDelete
  5. Anonymous9:23 AM

    Percayalah klu Madey mengulagi zaman korup gelap nya dimasa silam dia pasti akan pendek umur kali ini!

    Kita sbg rkyat akan terus menyuloh secara dekat kpd nya, serta menyuloh tepat kpd bloger2 dedak upahannya yg tentu kelapak 'projek' sprt dulu juga.

    Madey Najib Azmin dan Hadi tiada apa bezanya, krn mrk ini belum pernah merasa dikurung ddlm penjara!!

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:03 PM

    Semua menteri janganlah naik jet peribadi kecuali u tuk ke Sabah atau Sarawak. Untuk perjalanan di Semenanjung, naik AirAsia atau MAS. Dok kelas ekonomi, cakap mesti serupa bikin.

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:59 PM

    Sudah2lah jadi batu api. Buat mcm2 spekulasi. Kalau kekal dlm perjuangan mgkin dah dapat jadi timb menteri kut. Jgn jadi cikgu cabuk.

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:51 PM

    JAKIM kena siasat mamak outsyed the box. dia banyak hina Islam.
    dia pro Tun M.

    walau pun pro Tun M tapi dia banyak hina amalan wajib Islam termasuk solat dan lain2.
    Tun M dlm ucapan suruh ikut ahlul sunnah wal jamaah tetapi dia pertikaikan amalan Islam.Harap JAKIM ambil tindakan bukan dia sahaja tetapi ramai lagi seperti hishamuddin rais siti kassim dan ramai lagi.

    ReplyDelete
  9. Anonymous4:40 PM

    anwar takkan jd pm.bukan kerana mahathir atau sesiapun tapi kerana kebodohan beliau sendiri.

    ReplyDelete