Pagi ini ditemani Edy Noor Reduan selepas subuh hantar anak sekolah dan terus ke Mahkamah Shah Alam untuk sebutan kes akta hasutan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(C) Akta Hasutan 1948 (Akta 15), boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama iaitu denda tidak lebih RM5,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Kes ini kerana kesalahan saya Dalam satu live FB dedahkan butiran siasatan korupsi Azmin dan Isteri yang mana saya dedah harta Dan akaun bank. Dalam live FB itu juga saya sebut pasal "Azmin MB pintu belakang". Mereka sangat geram pasal pendedahan yang dibuat lebih lagi peguam negara Apandi saya jangka punya geram peribadi sebab saya persoalkan akaun bank & syarikat Faridah Begum isterinya. Namun mereka tak mampu membetah pendedahan tersebut mala mereka gunakan undang undang "drakonian" iaitu akta hasutan konon saya menyerang instituti istana. Pemuda PH yang buat laporan akta hasutan atas saya. Inilah lucunya konon berjuang melawan akta hasutan tetapi mereka sendiri menggunakannya.
Hasil laporan mereka saya ditahan dikepung sekumpulan anggota polis di sebuah stesen minyak ketika tengah Malam seperti penjenayah.
Dilokap Dan kemudian bergari dibawah ke mahkamah Bulan Lepas. Hari ini saya hadir untuk sebutan kes, oleh kerana saya hadir seorang diri dan atas nasihat pegawai Mahkamah Hakim menetapkan 25 Jun untuk saya cari peguam mewakili saya bagi memudahkan proses mahkamah.
Kes ini saya Dalam jaminan RM6,000 Yang saya dapat pinjaman dari Nazrul Aznan Mohd Kadri RM3,000 kerana ketika itu memang tidak cukup tunai. Pasport saya juga ditahan, inilah yang paling menyukarkan saya kerana perniagaan (sumber pendapatan) saya ialah membeli barang Dari China / Vietnam untuk dijual Di Malaysia secara online dan borong. Namun bila pasport sudah dipegang maka jujurnya saya alami sedikit kesusahan Dan Raya tahun ini saya gagal ambil stock untuk berniaga.
Kes ini , DPP semasa proses ikat Jamin sudah mengatakan mungkin Ada pendakwaan lain termasuk konon saya menyerang peguam negara Dalam FB saya. Malah terbaru tadi tiba - tiba DPP membaca nota pejabat peguam negara Yang ditulis awal sebaik sehari selepas saya diikat Jamin Bulan Lepas konon saya boleh didakwa kerana saya merakam gambar Dalam Mahkamah. Saya tegaskan yang saya dibawah ke mahkamah bergari dari lokap macam mana pula saya boleh merakam gambar. Namun saya Minta maaf dengan hakim kerana kejadian rakaman gambar itu mungkin dilakukan oleh mereka termasuk wartawan Yang hadir pada Hari tersebut. Nampaknya pejabat peguam negara Pantai FB ini Dan kini ketika Apandi bercuti maka dia Akan Ada lebih masa memantau.
Termasuk Yang ini dua kes Masih dimahkamah. Satu lagi ialah kes perhimpunan Aman " black out 505" Yang mana saya sudah menang Di peringkat Mahkamah Seksyen kemudian peguam negara rayu Di Mahkamah tunggu juga saya menang kini dirayu dimahkamah persekutuan. Saya juga kena sedia kerana jika didapati bersalah dengan denda maksima saya kena bersedia jika tidak cukup tunai saya harus menghantar dengan penjara. Namun saya tidak Akan letih dengan rekod 38 tangkapan, 5 pendakwaan.
Sesungguhnya bercakap benar dalam "zaman edan" ini mahal bayarannya. Mujur tahun ini saya telah tukar anak saya ke sekolah Kebangsaan biasa (bantuan penuh kerajaan) Yang mana sebelum ini anak saya terpaksa sekolah swasta kerana anak bungsu saya autism dan ADHD.
Bila bercakap pasal saya ramai termakan fitnah saya dibayar Ada dua nama yang disebut konon menjadi sumber kemewahan saya (RM & HR). Konon ada yang sebut saya sering jumpa dua watak ini yang rapat dengan Najib Dan Rosmah. Di sini saya sebut ya benar saya Ada bertemu mereka dan pada satu peringkat pertemuan agak kerap. Namun demi Allah pertemuan Dan usaha bertemu mereka saya lakukan bukan kerana saya. Kini Anwar Ibrahim II sudah bebas Mohon dia bercakap benar dan membersihkan nama saya. Anwar Dan keluarga sgt mengetahui semua yang berlaku.
Ini termasuk fitnah konon isteri saya ditahan SPRM. Ketika ini saya sangat marah sebab antara group what's app yang memulakan fitnah ini ialah group what's app kepimpinan yang Wan Azizah sendiri Ada didalamnya Dan tidak langsung menjawab membetulkan keadaan. Tak apalah mungkin maruah saya Dan keluarga tidak sepenting mana untuk dibela.
Hari ini Anwar sudah keluar, semalam dalam keghairahan dia untuk keluar saya cuti masanya sedikit untuk bersalam dan mengucapkan tahniah. Saya halalkan semua yang saya lakukan sebab saya tidak lakukan untuk dia tapi untuk jalan kembali saya nanti.
Dalam Bab pendedahan korupsi saya pertahankan semua pendedahan saya sejak 1998 Dan amat tidak sabar menanti SPRM Yang bebas untuk saya hantar semula semua laporan pendedahan saya untuk tindakan mereka. Termasuk berkenaan RM1billion tanah Majlis Agama Islam Di Petaling Jaya.
Saya biasa susah malah bila sehari tidak susah ... Saya menjadi rindu dengan susah itu. Saya selesa Dalam rumah sewa murah dan kenderaan separa buruk yang saya Ada hasil titik peluh saya...
Kepada semua perjuangan menambah baikan tanah air masih banyak perlu diusahakan. Jangan berhenti melawan...
Alhamdulillah hari ini GST telah menjadi 0%... Terus mendesak pindaan undang - undang mebatalkan GST.. rakyat juga ternanti minyak murah , barang keperluan turun harga Dan mansuh tol Yang terkandung Dalam janji 100 hari PH memerintah. Yang baik Dan betul dipuji ....yang Salah wajib disanggah.
Rakyat juga tertunai siapa M01 ia DYMM Agong atau PM ketika itu ?
Salam Ramadhan, Selamat Hari Guru....