Pihak media telah mereka bohong dengan penerangan yang banyak tidak telus dan menjawab persoalan-persoalan kritikal yang telah ditimbulkan sebab perjanjian peneyelesaian yang agak ketara berat sebelah.
Tan Sri Khalid Ibrahim telah menegur penerangan yang dibuat oleh Sivarasa. FMT meleporkan:
Khalid berkata banyak persoalan timbul
kerana tidak mungkin sebagai kerajaan boleh tunduk kepada asakan pemaju
“gagal dan culas” seperti LBCN dan Mujur Zaman.
Beliau berkata, jika pun benar terdapat
lebih 30 tuntutan mahkamah, tanggungjawab kerajaan adalah mempertahankan
hak dan tanah rakyat apatah lagi ketika berdepan dengan pemaju culas.
“Perkembangan isu tanah Ijok dari masa
kerajaan negeri menandatangani penghakiman persetujuan, melepaskan hak
tuntutan kepada 2,200 ekar dan yang akhirnya dijual kepada pemaju di
bawah nilai sebenar, serta kelulusan pembangunan bernilai RM15 bilion;
bersama-sama dengan soalan-soalan yang masih belum dijawab memberi
persepsi bahawa ‘keuntungan’ yang dikatakan berpihak peneroka-peneroka
dan kerajaan negeri juga berpihak kepada LBCN dan Mujur Zaman, dan
pemaju berwibawa.
“Hakikatnya rakyat menuntut menteri besar
dan kerajaan negeri untuk mendedahkan semua kronologi peristiwa dan
dokumen-dokumen berkaitan termasuk dokumen-dokumen antara pemaju-pemaju
dan supaya rakyat dapat menilai dengan sendiri kebenaran sepenuhnya,
tiada lain melainkan yang benar belaka,” katanya.
Skandal Tanah Ijok: Menteri Besar Selangor perlu mempertahankan hak dan tanah rakyat.
Saya berkesempatan membaca laporan
19-mukasurat berkenaan isu tanah Ijok yang dikeluarkan Pejabat Menteri
Besar Selangor yang diedarkan kepada wartawan terpilih dalam satu sesi
penjelasan minggu lepas.
Agak mengecewakan laporan penjelasan
tidak mendedahkan dokumen-dokumen penting berkaitan dengan Penghakiman
Persetujuan di antara Kerajaan Negeri dan dua syarikat berkenaan; LBCN
Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada Mei 2016 yang menjadi asas kepada
bagaimana isu ini terbongkar.
Sepatutnya dokumen-dokumen seperti
Perjanjian Penyelesaian dan Perjanjian Penyelesaian Tambahan didedahkan
agar rakyat tahu kebenaran sepenuhnya. Mengapa sehingga kini
dokumen-dokumen tersebut tidak didedahkan?
Jika diteliti dengan mendalam, memang
benar terdapat tiga plot tanah – Alam Perdana, Alam Mutiara dan Alam
Utama. Tetapi apa yang tidak disebut oleh Dato’ MB adalah:
➢ Tanah 2200 ekar yang dikatakan milik
swasta tersebut yang dikenali sebagai Alam Mutiara dan Alam Utama adalah
tanah yang terlibat dalam Penghakiman Persetujuan yang dimeterai di
antara Kerajaan Negeri dan LBCN dan Mujur Zaman.
➢ Tanah 2200 ekar inilah yang
disenaraikan secara khusus dan jelas di dalam Penghakiman Persetujuan
yang mana Kerajaan Negeri bersetuju akan melepaskan segala tuntutan ke
atas tanah-tanah tersebut yang telah diambil melalui proses Pengambilan
Tanah yang saya lakukan ketika menjadi MB.
➢ Proses pengambilan tanah telah dibuat
atas dasar kepentingan awam ditambah pula dengan kegagalan LBCN dan
Mujur Zaman untuk mematuhi syarat-syarat pemberimilikan serta kegagalan
untuk memulakan dan menyiapkan pembangunan di tanah tersebut.
➢ Dengan menandatangani Penghakiman
Persetujuan tersebut, Kerajaan telah memberi persetujuan untuk
melepaskan serta menggugurkan semua tuntutan terhadap tanah 2200 ekar
tersebut dan menyerahkan semula kepada LBCN dan Mujur Zaman.
Jika benar Kerajaan Negeri tiada kena
mengena dengan tanah 2,200 ekar, bagaimana ia boleh memberi persetujuan
untuk menggugurkan semua tuntutan dan menarik balik semua notis
pengambilalihan yang dikeluarkan melalui Akta Pengambilan Tanah?
Apabila kini tanah-tanah itu telah dibeli
oleh sebuah syarikat swasta, maka rakyat akan bertanya, adakah mungkin
syarikat swasta – berwibawa atau tidak – berani mengambil risiko membeli
tanah yang terlibat dalam tuntutan undang-undang pengambilan oleh
Kerajaan Negeri? Jika jawapannya tidak, rakyat pasti akan bertanya lagi,
adakah mungkin satu jaminan telah diberikan oleh dari Kerajaan Negeri
untuk membatalkan pengambilan? Jika jawapannya ya, maka boleh dirumuskan
Kerajaan Negeri sememangnya terlibat samada secara langsuang atau tidak
langsung dalam perbincangan dan/atau penjualan tanah 2,200 ekar
tersebut.
Lebih banyak persoalan yang berlegar di fikiran rakyat:
- Adakah Kerajaan Negeri memainkan peranan dalam memastikan transaksi jual beli tanah 2200 ekar tersebut dimuktamadkan dengan memberi jaminan kelulusan Pelan Pembangunan serta menjamin Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebelum Persetujuan Penghakiman dibuat?
- Adakah benar Kerajaan Negeri mendapat 1,000 ekar tanah Alam Perdana tanpa perlu membayar walau satu sen sebagaimana yang dicanang? Saya telah merampas tanah lebih Alam Perdana seluas 1000 ekar dan mendaftarnya atas nama Menteri Besar (Selangor) Inc (MBI). Apabila Kerajaan membuat keputusan untuk menggugurkan tuntutan terhadap tanah seluar 2,200 ekar, ini bermakna Kerajaan Negeri telah melepaskan tanah 2,200 ekar tanah untuk memiliki 1,000 ekar tanah sahaja yang telahpun saya perolehi terdahulu?
- Kononnya pampasan bagi rampasan dan pengambilan tanah seluas 3,200 ekar tanah akan mencecah RM4.4 bilion. Benarkah? Jika diamati kenyataan akhbar sebelum ini yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri Besar serta peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili peneroka-peneroka, Kerajaan Negeri dikatakan terpaksa bersetuju dengan penyelesaian luar mahkamah kerana jika tidak berhadapan dengan nilai pampasan mencecah RM1.4 bilion. Jadi, mana pula datang lagi RM3 bilion yang dikatakan oleh Dato’ MB?
Jika benar kenyataan Sivarasah bahawa
pampasan bagi 1,000 ekar yang telah terdapat pembangunan dan
infrastruktur dianggarkan RM860 juta, maka 2,200 ekar tanah yang belum
dibangunkan tidak mungkin mencecah lebih RM3 bilion hingga menjadikan
jumlah pampasan RM4.4 bilion. Malah nilai RM860 juta tersebut masih
belum muktamad kerana saya telah meminta peguam mencabarnya di Mahkamah
bagi mendapatkan taksiran yang lebih munasabah kerana tanah tersebut
masih dalam kategori pertanian.
Jika pun benar pampasan bagi 1000 ekar
adalah RM860 juta, maka jika dicongak ratio yang sama maka 3200 ekar
adalah RM2.75 bilion. Jadi dari mana pula nilai pampasan RM4.4 bilion
yang dinyatakan oleh Dato MB?
Apa-apapun, katalah benar pampasan
mencecah RM2.7 bilion atau mungkin RM4.4 bllion; persoalannya, mengapa
LBCN dan Mujur Zaman menjual tanah 2,200 ekar pada harga RM1.18 bilion
dan sanggup pula melepaskan 1,000 ekar kepada Kerajaan Negeri? Tidakkah
lebih baik mereka setuju sahaja dengan perampasan dan pengambilan dengan
bertegas mempertahankan tuntutan pampasan dan pengambilan tanah-tanah
tersebut?
- Tidakkah terdapatnya satu keadaan yang memeranjatkan apabila Kerajaan Negeri dikatakan takut dengan risiko membayar RM1.4 bilion, tetapi tiba-tiba pemaju yang membeli tanah 2,200 ekar tersebut dengan bangga mengumumkan the bahawa mereka akan memajukan tanah 2,200 ekar yang berjaya dibeli dengan harga RM1.18 bilion (RM12 sekaki persegi) dengan Nilai Kasar Pembangunan (GDV) berniai RM15 bilion? Pengumunan pemaju ini dilakukan seawal September 2015 – yakni jauh lebih awal dari Penghakiman Persetujuan yang Kerajaan Negeri meterai iaitu pada Mei 2016.
Bukankah Kerajaan Negeri mempunyai
kemahiran Pihak Berkuasa Tempatan serta beberapa Jabatan yang lain
seperti Jabatan Perancang Bandar dan Jabatan Penilaian yang terlibat
dalam meluluskan pelan pembangunan, jumlah densiti dan akhirnya
penentuan terhadap nilai GDV sesuatu projek pembangunan? Mana mungkin
Kerajaan Negeri tidak berkeupayaan membuat penilaian tepat terhadap
nilai hartanah sehinggakan Dato’ MB berhujah kononnya jika Kerajaaan
Negeri meneruskan semua tindakan yang telah dimulakan oleh saya;
merampas dan mengambilalih tanah-tanah maka kantong perbendaharaan akan
kempis dan berisiko.
Banyak persoalan timbul kerana tidak
mungkin sebagai Kerajaan yang dikatakan memperjuangkan reformasi boleh
tunduk dengan asakan pemaju gagal dan culas seperti LBCN dan Mujur
Zaman. Jika pun benar terdapat lebih 30 tuntutan mahkamah, tanggungjawab
Kerajaan adalah untuk mempertahankan hak dan tanah rakyat apatah lagi
ketika berdepan dengan pemaju culas.
Perkembangan isu tanah Ijok dari masa
Kerajaan Negeri menandatangani Penghakiman Persetujuan, melepaskan hak
tuntutan kepada 2,200 ekar dan yang akhirnya dijual kepada pemaju di
bawah nilai sebenar, serta kelulusan pembangunan bernilai RM15 bilion;
bersama-sama dengan soalan-soalan yang masih belum dijawab memberi
persepsi bahawa “keuntungan” yang dikatakan berpihak peneroka-peneroka
dan Kerajaan Negeri juga berpihak kepada LBCN dan Mujur Zaman, dan
pemaju berwibawa.
Hakikatnya rakyat menuntut Menteri Besar
dan Kerajaan Negeri untuk mendedahkan semua kronologi peristiwa dan
dokumen-dokumen berkaitan termasuk dokumen-dokumen antara pemaju-pemaju
dan supaya rakyat dapat menilai dengan sendiri kebenaran sepenuhnya,
tiada lain melainkan yang benar belaka.
No comments:
Post a Comment