Tuesday, April 10, 2018

Hari mengundi PRU pada hari bekerja adalah biasa

Kenyataan Umum

4 Oktober 2018


Akhirnya SPR telah mengumumkan secara rasmi tarikh - tarikh penting untuk PRU ke 14.
  • Penamaan Calon 28 April (Sabtu)
  • Hari pengundian awal 5 Mei (Sabtu)
  • Hari Pengundian Umum 9 Mei (Rabu)
Maka bermulalah angin PRU sebenar. Ia dimulakan dengan kecaman terhadap SPR kerana meletakkan hari pengundian pada hari bekerja. Ia dikatakan gambaran ketakutan SPR terhadap kebangkitan rakyat dan bagi mengurangkan jumlah orang keluar mengundi.

SAMM sendiri melihat tindakan meletakkan hari pengundian umum pada hari bekerja sebagai tindakan tidak wajar. Namun adakah pengundian hari bekerja ini satu yang baru ?

Di bawah ialah senarai tarikh pengundian PRU lepas.
  • PRU 9 - Isnin
  • PRU 10 - Selasa
  • PRU 11 - Ahad
  • PRU 12 - Sabtu
  • PRU 13 - Ahad

Dari senarai di atas dapat dilihat dengan jelas ketika Mahathir menjadi PM pun PRU diadakan pertengahan minggu. Maka seperti saya katakan Najib ialah anak murid Mahathir yang terbaik. Jika di semak rekod di era Dr Mahathir, 3 dari 5 PRU dilakukan pada hari minggu, iaitu PRU6 (Ahad), PRU7 (Sabtu), PRU8(Isnin), PRU9 (Isnin) dan PRU10 (Selasa).

PRU KE -10 1999 (Sejurus Peristiwa Mata Lebam)
1. 11/11/1999 (Khamis) - Bubar Parlimen
2. 20/11/1999 (Sabtu) - Hari Penamaan Calon
3. 29/11/1999 (Isnin) - Hari Mengundi

Tempoh Berkempen = hanya 9 Hari

Najib terus menggunakan SPR dalam isu persempadanan cuma tidaklah seteruk Mahathir yang ketika kebangkitan undi protes Melayu maka dibuat persempadanan semula kawasan peratusan Melayu tinggi berkurangan dan pertambahan kawasan bukan Melayu ditambah kerana untuk Mahathir kekal kuasa.

Kepada semua parti politik dan bakal calon selamat bertanding. Kepada seluruh rakyat Malaysia gunakanlah peluang yang ada untuk melakukan tanggungjawab anda. Keluar mengundi beramai ramai. Sama ada hendak mengundi calon parti politik atau pun mengundi calon bebas mahupun jika anda merasakan tidak ada calon atau parti yang memenuhi kehendak dan tidak ada yang mewakili atau mendengar suara anda menjadi ak demokrasi anda untuk melalukan undi rosak. Undi rosak yang banyak juga bakal menghantar mesej bagai bakal kerajaan atau yang memenangi kerusi untuk teliti dan cuba dengar. Apa yang penting ialah keluar mengundi. Mengundi pula dengan meneliti tawaran dan rekod calon bukan hanya sentimen parti semata - mata.

Untuk pengetahuan semua tidak ada sesiapa termasuk majikan boleh menghalang semua pengundi berdaftar kerana ada peruntukan undang - undang khusus berkenaanya.
Seksyen 25(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Majikan-majikan hendaklah membenarkan tempoh yang munasabah bagi pekerja-pekerja mengundi:
Tiap-tiap majikan hendaklah, pada hari mengundi, membenarkan suatu tempoh yang munasabah bagi tiap-tiap pemilih yang bekerja dengannya mengundi, dan tiada mejikan boleh membuat apa-apa potongan daripada gaji atau saraan lain mana-mana pemilih itu atau mengenakan ke atasnya atau menuntut daripadanya apa-apa penalti oleh sebab dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu.
Ini sama seperti majikan menghalang pekerja-pekerjanya menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi jika tidak mengikuti arahan yang tertera di dalam akta di atas. Dengan kata lain, salah di sisi undang-undang begitu juga Seksyen 3(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 – Kesalahan-kesalahan oleh seseorang yang menghalang mana - mana pengundi sah untuk mengundi.
SAMM juga mengalu alukan usaha SPRM membuka bilik gerakan khas untuk menerima aduan dan meneliti kes berkaitan PRU.  Pada 27 Mac 2018 SAMM akan melancarkan kempen wajib kalahkan 12 ahli politik malapetaka dan membentangkan hasil kajian pengundi muda yang telah SAMM lakukan selama sebulan lepas.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


8 comments:

  1. Anonymous7:25 PM

    Tak ada masalah pun klu undi hari Rabu. BolEh ambik cuti tahun dua hari. Sambil tengok emak bapak boleh mengundi sekali. Cuti rabu, khamis, jumaat dan sabtu.

    Bior pejabat kejaan tutop!!

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:14 PM

    spr sengaja nak menyusahkan rakyat ehh? takpe, demi perubahan aku sanggup balik mengundi pada tarihk tersebut. jgn ingat mentaliti aku dah down sebab aku tak hingiiinnn najib dah rosmah balun duit aku (gst) lagi demi kepentingan poket mereka ini. bye2...

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:18 AM

    zaman madey dulu xde gst... myk takle mahal mcm skrg
    bole je balik tgh mnggu tgh bulan
    skrg semuanya mahal.... agak2 la nak balik tgh2 mnggu dgn nak setting ank bini lagi
    isnin ampun lagi leh sambung cuti
    kalau dah rabu brp hari nak ambik cuti
    kami swasta cuti hanya ada 8-12hr je setahun
    bkn mcm gov staff yg paling malas pon bole dapat 30 hr

    ReplyDelete
  4. Ko tau tak mr bad pru hari bekerja zaman madey diistiharkan cuti umum...pru ni tidak istihar cuti hingga di paksa...

    ReplyDelete
  5. Aku dh lama tak bukak blog ni..
    Bila aku bukak aku ingat aku tersalah blog...
    Rupanya aku tersilap tafsir...

    Sedih bila teringatkan nostalgia dulu-dulu.. chegubard adalah salah sorang idolaku.. setiap kata dn tulisannya dulu begitu terasa keikhlasannya..

    Aku terkesima... berbaloikah... dahulu pengorbanan2 yg chegubard lakukan demi sebuah perjuangan murni walau sentiasa tersepit tapi aku dpt rasakan kepuasan dan kebahagian di hatinya...
    kini aku merasakan chegubard lebih tertekan walau luaran nya kelihatan lebih bahagia...


    Entahlah... mungkin aku yg silap.. tp yg aku pasti.. Allah yg lebih mengetahui apa yg terbuku di hati chegubard...

    Aku cuma merindui chegubard yg dulu..

    ReplyDelete
  6. Selamat mengundi semua

    ReplyDelete
  7. Takde masalah tapi bukan yg terbaik. yang lepas nak buat apa dikira. Mahathir yang sekarang bukan yang dulu.

    ReplyDelete