1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelanduk sentiasa melupakan jerat tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Segala macam rasuah dan salah guna kuasa di Selangor dia hanya berdiam diri. Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham dan perbagai kes didedahkan di masih sempat melepaskan diri kerana berjaya memainkan peranan sebagai agen dengan mengikut skrip. sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html
2. Namun sesuatu yang Azmin tidak sedar ialah seorang budak bergelar 'Aboy' atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali yang paling dipercayainya. Beliau sering dilihat bersama Azmin dalam mesyuarat penting, program dan lain-lain. Aboy seorang penganggur dan lebih tepat digelar sebagai orang tengah 'brooker' projek. Semua projek lombong pasir, batu dan segala macam projek yang boleh menggunakan kelulusan MB Selangor beliau dapat. Belum dikira Aboy memasukkan gambar-gambar kenderaan mewah, percutian mewah serta gaya hidup mewahnya dalam laman sosial facebook dan instagram. sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/11/anak-saudara-ditahan-sprm-dengan-jutaan.html
3. Pelbagai aduan telah dibuat kepada SPRM sekian lama, namun ada satu kes melibatkan anak saudaranya yang begitu menjolok mata dan mendapat tekanan dari perbagai pihak termasuk anggota keluarga Azmin sendiri. Akhirnya pada 29 November 2017 'Aboy' ditangkap di kediamannya A-21-13 Desa Pandan Kuala Lumpur bersama RM4juta . Dikatakan dalam sesi soal siasat banyak yang terdedah, termasuk peranan beliau selaku proksi. Dia antara anak muda jutawan segera yang dilahirkan Azmin Ali. Tugasnya membontoti Azmin tapi mampu tinggal di Kondomium mewah G- Residence berharga sekitar RM857k hingga RM2 juta. Bukan calang anak muda duduk di rumah ini.
4. Azmin cuba mengalihkan isu dengan menyatakan ia konspirasi ke atas dia hanya kerana beberapa pihak mendedahkan awal mengenai tindakan SPRM terhadap anak saudaranya.Sebenarnya SPRM lambat bertindak dan sangat lembab, buka mata pendedahan mengenai rasuah Azmin berlambak-lambak dalam blog ini berkaitan tanah Paya Indah Wetlands Lot 68054, Splash, Hilman Idham, Manikavasagam, Adam Rosly malah pendedahan terhadap Shafie Apdal dan adik-adiknya dalam kes rasuah KKLW sudah dilakukan setahun yang lalu. Ada bukti jadi tindakan SPRM menangkap pelaku rasuah dan salah guna kuasa adalah tepat. Sekadar maklumat di mana-mana kita boleh memperolehinya. Tidak ada isu. Sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/12/kenyataan-mengarut-azmin-ali-kerana.html
5. Dilaporkan SPRM sudah mendapat maklumat lanjut mengenai beberapa lagi anggota keluarga Azmin yang sangat kaya - raya antaranya ialah 'sumbangan Aboy' ketika sesi soal siasat. Media arus perdana juga sudah melaporkan ada beberapa keluarga rapat Azmin sudah diletakkan dalam radar SPRM.
Johan ipar Azmin antara yang diperhatikan oleh ramai , adakah ia sasaran seterusnya SPRM |
Keluarga Azmin kaya raya, anak muda baru muncul sebagai penjilat keliling Azmin kaya raya... tapi anda yang setia konon tutup mulut nak selamat parti apa jadi ? yang dibawah terus setia bergolok bergadai untuk berjuang....
tepuk dada tanya selera...
tepuk dada tanya selera...
catatan oleh cheGu'Bard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Tak nmpak mewah sgt pun. Mcm wajarlah sgn pendapatan mb selangor yg gaji n elaun berpuluh ribu. Nk sedekah pd anak sedara. Dia bkn ada jet kapal layar pun mcm jlow. Yg penting rakyat selangor lebih senang dan bahgia bawah Pakatan drp barisan. Harap sprm siasat deadilnya. Baru tahu siapa yg kena.
ReplyDeleteSyabas, Bro. Nak lagi. Tak puas.
ReplyDelete