Monday, December 25, 2017

Kartel Azmin merangka sistem rompakan halal melalui GLC

Catatan Pendedahan Umum

25 Disember 2017

1. Ketika dibawah Menteri Besar Khir Toyo dan sebelum itu industri pasir menjadi lubuk kekayaan dikelompok yang rapat dengan Menteri Besar. KSSB atau Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah ditubuhkan ketika Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar negeri Selangor dengan bertujuan menyelaras industri perlombongan pasir (sumber asli mineral) secara profesional dengan mengoptimakan keuntungan kepada kerajaan (rakyat) Selangor. Selain KSSB banyak GLC telah distruktur semula dibawah Khalid Ibrahim bagi mengoptimumkan keuntungan . Namun semua itu bertukar sebaliknya malah lebih teruk dari zaman sebelum PRU 2008 apabila Khalid dijatuhkan dan digantikan Azmin Ali. KSSB contohnya bertukar menjadi lubuk kekayaan dan menjadikan ia sebahagian dari sistem rompakan yang dihalalkan.

2. Pendedahan ini bagi mendesak Azmin atau nama - nama yang disebut berikutnya bagi menjawab dan memberi respon. Cuma nasihat saya sebelum menjawab sila berfikir dahulu kerana tulisan ini cuma 'appetizer' (mukadimah) kepada isu lebih besarlagi.


3. Pada 2016 telah ditubuhkan sebuah syarikat Selpump & Machineries Sdn Bhd (Selpump) yang pada mulanya dikenali sebagai anak syarikat KSSB namun kemudian setelah ada beberapa Lembaga Pengarah KSSB 'bising' kerana syarikat itu diwujudkan tanpa melalui proses yang betul. Sebagai rekod tidak ada minit mesyuarat Lembaga Pengarah KSSB merekodkan kelulusan kewujudan Selpump & Machineries Sdn Bhd.  Namun Selpump & Machineries Sdn Bhd telah diwujudkan pada 2016 dengan pendaftaran SSM 1189847 - K. Dengan merekodkan Abdul Rahman Ishak yang juga merupakan CEO KSSB sebagai Lembaga Pengarahnya. Selain itu Putera Azamuddin Shah Bin Abd Aziz (35 tahun), Mohd Hafiz B. Abd Rahman (34 tahun), Mohd Safee B. Mohd Sali (33 tahun). Bila ramai yang bising mengenai kewujudn Selpump tanpa sebarang minit persetujuan dari Lembaga Pengarah KSSB, identiti Selpump telah ditukar dari anak syarikat KSSB dikenali hanya sebagai syarikat bersekutu sahaja.

4. Persoalan pertama ialah apa perlunya Selpump diwujudkan malah peliknya yang secara tergesa - gesa dan tidak mengikut prosedur ? Malah peranan selpump dan KSSB juga dilihat bertindih. Siapa yang memilih dan apa latar belakang Lembaga Pengarah Selpump selain dari kelompok muda pengampu Azmin Ali ? 

5. Paling pelik dan sangat menarik ialah apabila KSSB dengan surat ditandatangani oleh CEO nya iaitu Abdul Rahman Ishak telah memberikan perniagaan bernilai jutaan ringgit kepada Selpump yang mana Rahman juga merupakan Lembaga Pengarahnya.

6. Lebih -lebih menarik lagi dua orang dari Lembaga Pengarah Selpump telah menubuhkan sebuah syarikat pasir yang dinamakan Tupai Sari Sdn Bhd 1076150-P. Tupai Sari berdasarkan siasatan kami mencatatkan Mohd Hafiz Abd Rahman dan Mohd Safee Mohd Sali selain Rokiah Hassan merupakan pemilik syarikat Tupai Sari Sdn Bhd yang mendapat jutaan keuntungan kerana terlibat dengan perniagaan perlombongan di Selangor dengan kebenaran KSSB.

7. Analogi : Rahman dilantik untuk mengendalikan syarikat A oleh Kerajaan Negeri. Rahman menubuhkan syarikat B yang dia sendiri secara individu Pengarah Syarikat B. Rahman melantik Hafiz dan Safee selaku Pengarah bersamanya dalam syarikat B yang kemudianya Hafiz dan Safee menubuhkan pula syarikat C yang mana Hafiz dan Safee sendiri selaku Pengarah dalam syarikat C.

Rahman selaku yang menguruskan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri) telah mengeluarkan surat dengan tandatangan Rahman menganugerahkan 'perniagaan' kepada syarikat B yang mana Rahman merupakan Pengarahnya bersama Safee dan Hafiz. Safee dan Hafiz pula pemilik syarikat C yang mana mendapat keuntungan dari teras perniagaan Syarikat A (GLC Kerajaan Negeri).

Nota tambahan.
  • Menurut carian Safee Sali nama yang disebut kemungkinan merupakan bintang bolasepak negara, mohon individu ini membuat pengesahan atau penafian.
  • semua dokumen asal akan dikongsi dalam sidang media selepas respon mereka yang dinamakan dalam catatan ini
  • seperti ditegaskan dalam awal catatan ini , tulisan ini hanya 'appetizer' kepada beberapa isu besar berkaitan bagaimana Kartel Azmin Ali melakukan rompakan 'halal' bersistem di Selangor. Bawah ini antara yang akan didedahkan selain kes penipuan tuntutan, pembocoran maklumat perniagaan serta pemalsuan.


Mohon bantuan semua yang berjuang atas nama perubahan melawan korupsi tanpa mengira kepentingan untuk sama menyebarkan catatan mukadimah pendedahan ini. Kepada pihak media mohon untuk mendapatkan respon kesemua nama yang disebut di atas.

Simpati saya rakamkan buat semua 'pejuang PH' khususnya dari PKR yang sehingga kini begitu ikhlas 'bergolok bergadai' sanggup susah bekerja untuk parti, dari edar risalah sehingga gantung bendera. Namun dalam kepayahan kamu sejak awal kamu terus susah payah sedangkan ada sekelompok manusia sedang menghirup kekayaan melalui rompakan awal.

Pendedahan ini sudah tentu akan dijawab dengan mudah iaitu che'GuBard makan dedak dan sebagainya. Begitulah resamnya jika serang Umno buat pendedahan akan dikatakan agen pembangkang. Jika serang pembangkang buat pendedahan akan dikatakan makan dedak Umno. Adakah kebenaran sudah tidak bernilai dalam perjuangan politik hari ini ? 

Slogan rakyat hanya diguna demi memperoleh kuasa. Selepas berkuasa slogan rakyat terus diguna untuk menutup rompakan. 

catatan ; che'GuBard, bekas MPP PKR yang dipecat keanggotaan kerana mendedahkan korupsi kaitan Timbalan Presiden PKR

Saturday, December 16, 2017

Syarikat guaman pemimpin PKR wakili syarikat perumahan projek bernilai RM1.181b yang berakhir dengan rundingan yang merugikan kerajaan

Catatan Umum

16 Disember 2017


1. Pada 27 Ogos 2017 che'GuBard telah membuat laporan korupsi ke atas satu skandal tanah (berkaitan Kerajaan Negeri Selangor) PKPS bernilai RM1.181billion yang terkait Azmin Ali dan Khairuddin A.Hassan klik rujuk http://chegubard.blogspot.my/2017/10/laporan-sprm-skandal-tanah-rm1181b.html . Kemudian beberapa pihak lain turut tampil membuat laporan SPRM berkenaan perkara ini.

Selepas pendedahan awal dan laporan SPRM Khairuddin antara yang 'meroyan' sehingga menghantar masej maki hamun kepada beberapa wartawan. Klik http://chegubard.blogspot.my/2017/10/khairuddin-panik-dan-lapor-polis-untuk.html

2. Tanah - tanah dibawah projek tersebut mulanya dimiliki oleh syarikat terkait kepentingan seorang yang dikaitkan dengan 'macai' Mahathir yang juga terkait dengan penerbitan buku fitnah yang menjatuhkan Anwar 1998 iaitu Khairuddin. Tanah ini telah diperolehi oleh syarikat tersebut ketika Umno Bn menguasai kerajaan Selangor. Namun pertikaian panjang termasuk tidak menjelaskan bayaran sepatutnya termasuk ramai penduduk kampung tertipu merasakan tertipu kerana projek syarikat berkenaan kerana tidak mendapat pampasan sepatutnya. Malah ada pihak yang turut terperangkap sebagai pembeli kepada projek bermasalah syarikat berkenaan. Akhirnya ketika Tan Sri Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar satu notis rampasan tanah telah dikeluarkan dan syarikat tersebut telah mencabar tindakan kerajaan negeri di mahkamah. Kerajaan Negeri telah menang di Mahakamh Tinggi dan kemudian juga di Mahkamah Rayuan jelas tindakan Kerajaan yang ingin menyelesaikan masalah mangsa yang terdiri dari pemilik tanah dan pembeli baru yang terperangkap adalah tindakan yang betul.

3. Malangnya apabila Khalid Ibrahim disingkirkan dan Azmin Ali menjadi Menteri Besar. Telah direkodkan berlaku penghakiman persetujuan maknanya tiada perbicaraan di peringkat Mahkamah Persekutuan walaupun kes telah difailkan di Mahkamah Persekutuan, settle out of court. Diyakini berlaku rundingan 'sulit' menyebabkan kerajaan negeri bersetuju menyerah kalah dengan menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat tersebut. sebaik selepas itu syarikat itu pula menjual tanah tersebut kepada syarikat pemaju gergasi dengan Ecowolrd umumkan nilai RM1.181 billion.
Dalam keadaan kerajaan negeri boleh menang dan majukan sendiri tanah tersebut secara kerjasama dengan mana - mana pelabur besar mengapa tiba - tiba Azmin menyerah kalah (dalam keadaan menang). Apa rundinganya ? Berapa nilai kick back ? atau Azmin begitu bodoh dan lemah diperdaya pemodal besar serta gagal mempertahankan hak rakyat Selangor ?

4. Lebih menarik baru ini Penulis Facebook Lim Sian See dedahkan kerajaan negeri Selangor meletak syarat DAIm dan Garmany mewakili LCBN Development and Mujur Zaman Sdn Bhd untuk dapatkan kembali tanah dan seterusnya menjual tanah terssebutt kepada anak suarikat Eco World, Paragon Pinnacle Sdn Bhd. Petikan tulisan beliau berikut:

... public-listed company Eco World suddenly announced on Sept 2015 that they have signed a Sales and Purchase agreement to purchase the disputed land from LBCN and Mujur Zaman despite both of them having lost the High Court and Appeals court to claim back the land. 
bacaan lanjut klik http://disclosure.bursamalaysia.com/FileAccess/apbursaweb/download?id=68617&name=EA_GA_ATTACHMENTS
 EcoWorld is paying RM917mil to both LBCN and Mujur Zaman for part of the Ijok land that at that time was seized by the Selangor Govt.
More strange things happened later. Despite winning the High Court and Appeals Court case, the new Selangor Govt decided that they will lose in the Federal Court Case. This was the answer given by MB Azmin to a shocked MB Khalid in the Selangor DUN.
So, without actually fighting the case, the new Selangor Govt then signed a consent agreement in Federal Court dated 17 May 2016 agreeing to give back the land to both companies with the following two conditions:

1) The two companies can only sell the land to Paragon Pinnacle, which is a wholly-owned subsidiary of Eco World - and cannot sell to any others.
2) The two companies must hire the law firm of Daim and Garmany to help them with this letter - and cannot appoint any others.
Daim and Garmany principle lawyers are the likes of PKR's Latheefa Koya, Eric Paulsen and Sivarasa Rasiah.
Suddenly, LBCN and Mujur Zaman fortunes has turned around while the Selangor Govt under Azmin suddenly lost more than 2,000 acres of land to private companies worth billions which was previously gained back by Khalid.
At the same time, Daim and Garmany get to have new clients courtesy of the Selangor State Govt.


berikut ialah petikan antara dokumen yang saya sendiri pernah hantar kepada SPRM


Notis yang diserahkan LCBN dan Mujur Zaman kpada pejabat tanah adalah berikut:


Perjanjian izin dari kerajaan negeri Selangor kepada Mahkamah Persekutuan yang mendedahkan peguam Sivarasa, Latheefa Koya dan Eric Paulsen mewakili Daim dan Garmany bertindak untuk kerajaan negeri adalah berikut:




 Adakah N Surendran, Naib Presiden PKR dan juga seorang aktivis peguam yang sering kelihatan bersama Sivarasa, Latheefa Koya dan Eric Paulsen dalam menyuarakan isu-isu kontroversi ada bersama mewakili mana-mana pihakk dalam isu pampasan petani-petani PKPS yang telah diambil tanah mereka?

Satu persoalan yang relevan memandangkan kemungkinan petani-petani ini masih belum mendapat pampasan mereka setelah hampir 20 tahun.

Semuda dokumen ini sudah dihantar kepada SPRM namun ramai tentu tertanya tanya kepada SPRM tidak bertindak, klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html baca pendedahan tersebut untuk memahami kenapa SPRM tidak bertindak terhadap Azmin dan kartelnya.

Projek RM 1.181 billion yang hampir mustahil berjalan tetapi diberi kebenaran kerana 'pen emas' Pejabat Menteri Besar Selangor, berapa pula nilai komisyenya ?

Dokumen pendedahan lengkap yang dihantar ke SPRM turut dihantar kepada beberapa pemimpin utama PH namun semua bisu.

Dengan ini mendesak respon daripada semua yang ditulis nama dalam tulisan ini. Artikel ini ialah desakan pertanyaan untuk mendapatkan respon dan penjelasan serta respon yang diberikan saya akan siar dan tulis semula. Mohon juga pihak media untuk memberikan bantuan dengan memanjangkan artikel dan pertanyaan ini kepada mereka terbabit termasuk SPRM yang membisu.

catatan oleh ; che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia.

Thursday, December 14, 2017

Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan pendakwa

Catatan umum

14 Disember 2017




1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi apabila 12 Disember 2017 apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membuat keputusan menolak rayuan pendakwaraya. Yang Arif Hakim SM Komaty telah menolak rayuan pejabat peguam negara dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya yang mana pada 14 Oktober lalu telah membebaskan che'GuBard atas pertuduhan berkaitan kesalahan menganjurkan Himpunan BlackOut 505 pada Mei 2013. Himpunan Blackout 505 yang dihadiri hampir 50,000 orang itu diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya ekoran pembongkaran penipuan pilihanraya umum ke 13.

2. Kes ini berjalan cukup lama, diperingkat Mahkamah Sesyen sudah dua kali dilepas tanpa bebas dan tiga kali didakwa semula. Pada peringkat pemulaan saya diwakili oleh peguam dari PKR namun kerana kritikan terbuka saya terhadap korupsi berkaitan Azmin Ali, apabila pendakwaan semula peguam PKR yang sebelum itu tidak muncul membantu. Namun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam YB Gobind Sigh Deo dan Peguam Sdr Haijan yang telah membantu saya secara 'pro bono' sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan. Tindakan pejabat peguam negara ini boleh disifatkan membuang masa mahkamah, dalam keadaan banyak kes tertangguh yang jauh lebih penting tetapi terpaksa melayan kes 'politik' seperti ini. Sebelum ini pun sudah ada keputusan mahkamah pun yang menyatakan Akta Perhimpunan Aman yang mana pertuduhan ini disandarkan bercanggah dengan perlembagaan.
 (untuk baca lanjut klik)

3. Sehari sebelum keputusan ini dibacakan saya telah pun menghubungi beberapa' adik beradik tua' keluarga besar Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dimana jika keputusan mahkamah memutuskan saya bersalah dan saya didenda maka saya memutuskan tidak akan membayar denda dan lebih rela ke penjara. Saya juga meminta jangan ada kutipan derma khususnya dikalangan SAMM berkenaan denda saya ini. Saya sebut pada mereka dengan jelas cukuplah selama ini saya mempengaruhi mereka berjuang sehingga bergolok bergadai dan memberi kesan besar terhadap keluarga tanggungan mereka yang mana akhirnya bila ada kuasa sedikit ramai yang korup dan kaya raya hasil korupsi dalam kekuasaan yang minima itu. Jika ada wang jangan kutip untuk kes ini sebaliknya bawalah anak - anak berjalan sempena cuti sekolah dan gunakan untuk beli peralatan sekolah yang cukup untuk keluarga. Saya juga memesan tidak perlu nak bakar lilin dan seumpamanya sebab semua ini akhirnya akan dianggap luka kecil ditangan orang kaya yang berkuasan.

(untuk bacaan lanjut klik)
4. Saya memutuskan untuk tidak membayar denda malah sedia ke penjara sebagai menifestasi kekecewaan bagi membuka mata betapa perjuangan ini sangat tidak berprinsip dan penuh kemunafikan.Ya kita lawan keptokrasi besar tapi masa yang sama dalam kita berlumpa 'kelepet' (korup) dan dengan mudah siapa dedah 'kelepet' dikalangan pembangkang maka ia akan dilebel makan dedak. Sedangkan bukalah mata yang menuduh orang makan dedak itu semuanya makin kaya dan hidup mewah yang berjuang atas prinsip terus kekal begitu sejak dulu. Kemunafikan yang keterlaluan juga apabila yang korup dan melanun serta menghancurkan sistem negara kita serang tetapi sebaik sahaja bertukar untuk duduk bersama kita sanjung malah siapa pertikai akan dianggap musuh. Bukan sahaja Mahathir tetapi lihat Abdul Rashid Asari bekas Ketua SPR yang sangat korup dan menggunakan kedudukanya mengancurkan sistem demokrasi negara. Tanpa menjalani apa hukuman dan tanpa ada sebarang 'pemulangan rompakan rakyat' dia hanya tidak mendapat habuan di sebelah Najib Razak dia beralih kem dan mula menzikirkan slogan rakyat secara penuh kemunafikan. Yang bersusah payah melawan SPR dalam perbagai kes ada yang terus terbiar malah ada kes yang belum selesai namun si barua Rashid diangkat menjadi hero. Bayangkan kelompok ini punya kuasa apa nasib rakyat sekalianya ? Adakah ia hanya operasi menggantikan Coca Cola dengan Pepsi atau Babi dengan Khinzir ?

5. Itulah latar belakang keputusan saya 11 Disember 2017 yang tidak mahu membayar denda jika didapati bersalah. Namun keputusan sebaliknya, Alhamdulillah walaubagaimana pun saya tidak akan henti mengajak rakyat terus bercakap atas prinsip dan menolak kemunafikan memperkudakan nama rakyat semata.

6. Bagi kes ini pejabat peguam negara boleh merayu satu peringkat lagi. Peguam Gobind sudah menyatakan jika rayuan dibuat dia sedia tampil mewakili saya namun menyifatkan tindakan jika peguam negara rayu ia tindakan membuang masa. Saya juga masih ada satu lagi kes di peringkat rayuan juga diwakili oleh Peguam Gobind dan Haijan Omar. Terima kasih yang sentiasa mendoakan serta memberikan sokongan. T.Kasih keluarga besar SAMM, kalian anugerah Allah pada saya.

Memetik kata seorang pejuang revolisuner rumpun ini.



catatan oleh ; che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Wednesday, December 06, 2017

Pak Teh Makin panik, anak saudara dedah perbagai kegiatan gelap

Mohd Nuzul Fadli atau "Aboy' tidak bekerja. Sering mengikut Azmin ke mana saja. Kenderaaan mewah, gaya mewah, percutian mewah, hobi mewah dan  rumah juga mewah hingga harga RM2 juta. Hebat Azmin melahirkan anak muda jutawan. Sejak 2014 lombong pasir haram di Kajang tapi tiada Azmin, Kerajaan Negeri dan PBT tak nampak. Mereka tutup mata. sebab apa? 'Anak Saudara Azmin'

1. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Pelanduk sentiasa melupakan jerat tapi jerat tak pernah melupakan pelanduk. Begitulah apa yang berlaku kepada Azmin Ali Menteri Besar Selangor. Segala macam rasuah dan salah guna kuasa di Selangor dia hanya berdiam diri. Walaupun isu pegawai khasnya Hilman Idham dan perbagai kes didedahkan di masih sempat melepaskan diri kerana berjaya memainkan peranan sebagai agen dengan mengikut skrip. sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/04/azmin-agen-najib-yang-dilindungi-sedang.html

2. Namun sesuatu yang Azmin tidak sedar ialah seorang budak bergelar 'Aboy' atau Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid anak saudara Azmin Ali yang paling dipercayainya. Beliau sering dilihat bersama Azmin dalam mesyuarat penting, program dan lain-lain. Aboy seorang penganggur dan lebih tepat digelar sebagai orang tengah 'brooker' projek. Semua projek lombong pasir, batu dan segala macam projek yang boleh menggunakan kelulusan MB Selangor beliau dapat. Belum dikira Aboy memasukkan gambar-gambar kenderaan mewah, percutian mewah serta gaya hidup mewahnya dalam laman sosial facebook dan instagram. sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/11/anak-saudara-ditahan-sprm-dengan-jutaan.html

3. Pelbagai aduan telah dibuat kepada SPRM sekian lama, namun ada satu kes melibatkan anak saudaranya yang begitu menjolok mata dan mendapat tekanan dari perbagai pihak termasuk anggota keluarga Azmin sendiri. Akhirnya pada 29 November 2017 'Aboy' ditangkap di kediamannya A-21-13 Desa Pandan Kuala Lumpur bersama RM4juta . Dikatakan dalam sesi soal siasat banyak yang terdedah, termasuk peranan beliau selaku proksi. Dia antara anak muda jutawan segera yang dilahirkan Azmin Ali. Tugasnya membontoti Azmin tapi mampu tinggal di Kondomium mewah G- Residence berharga sekitar RM857k hingga RM2 juta. Bukan calang anak muda duduk di rumah ini.


4. Azmin cuba mengalihkan isu dengan menyatakan ia konspirasi ke atas dia hanya kerana beberapa pihak mendedahkan awal mengenai tindakan SPRM terhadap anak saudaranya.Sebenarnya SPRM lambat bertindak dan sangat lembab, buka mata pendedahan mengenai rasuah Azmin berlambak-lambak dalam blog ini berkaitan tanah Paya Indah Wetlands Lot 68054, Splash, Hilman Idham, Manikavasagam, Adam Rosly malah pendedahan terhadap Shafie Apdal dan adik-adiknya dalam kes rasuah KKLW sudah dilakukan setahun yang lalu. Ada bukti jadi tindakan SPRM menangkap pelaku rasuah dan salah guna kuasa adalah tepat. Sekadar maklumat di mana-mana kita boleh memperolehinya. Tidak ada isu. Sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/12/kenyataan-mengarut-azmin-ali-kerana.html

5. Dilaporkan SPRM sudah mendapat maklumat lanjut mengenai beberapa lagi anggota keluarga Azmin yang sangat kaya - raya antaranya ialah 'sumbangan Aboy' ketika sesi soal siasat. Media arus perdana juga sudah melaporkan ada beberapa keluarga rapat Azmin sudah diletakkan dalam radar SPRM.

Johan ipar Azmin antara yang diperhatikan oleh ramai , adakah ia sasaran seterusnya SPRM


 Telah disebut awal lagi, Azmin bakal jadi beban terbesar Pakatan Harapan menjelang PRU 14 klik http://chegubard.blogspot.my/2017/03/azmin-antara-beban-terbesar-pakatan.html

Keluarga Azmin kaya raya, anak muda baru muncul sebagai penjilat keliling Azmin kaya raya... tapi anda yang setia konon tutup mulut nak selamat parti apa jadi ? yang dibawah terus setia bergolok bergadai untuk berjuang....

tepuk dada tanya selera...

catatan oleh cheGu'Bard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Saturday, December 02, 2017

Kenyataan mengarut Azmin Ali kerana mula cemas

Catatan Umum

2 Disember 2017

Azmin mula mengarut kerana panik.

1. Panik dengan tangkapan terhadap anak saudaranya, Azmin seperti biasa akan cuba mengalihkan isu dan melalui siber trooper serta pemain media berbayarnya dia cuba mengalihkan isu dengan kenyataan mengelirukan. Bermula dengan kenyataan rasmi pejabat Menteri Besar Selangor yang menyatakan semuanya kerana konspirasi jahat ke atas diri Azmin Ali buktinya tangkapan ke atas anak saudaranya dihebahkan termasuk di media sosial dan blog.

2. Kenyataan rasmi itu dipetik menyatakan
Namun, pembocoran maklumat secara meluas sebelum mana-mana pihak ditahan seperti ini jelas menggambarkan wujudnya konspirasi jahat bagi memburukkan reputasi Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan kerajaan negeri menjelang pilihan raya umum ke-14.
Ternyata ia kenyataan dangkal dan memperlihatkan bukan sahaja paniknya Azmin Ali namun betapa bodohnya jentera Azmin Ali berdepan tangkapan tersebut.

3. Ia tidak terhenti disitu selepas SPRM berjaya mendapatkan reman selama 7 hari ke atasanak saudara Azmin, dia makin panik. Azmin sendiri mengeluarkan kenyataan dengan tiba - tiba menyatakan dia tidak pernah memberikan tender perlombongan pasir kepada anak saudaranya itu. Malah kononya dia menyatakan semua tanah kerajaan, proses pemberian kebenaran melombong pasir tertakluk kepada SEMESTA sebuah agensi yang mengawal selia perlombongan pasir yang ditubuhkan oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kemudian kenyataan Azmin Ali ini dimainkan oleh semua siber trooper dan pemain media upahan dibawahnya bagi menggambarkan betapa Azmin bersih.

4. Ini semua taktik lapok Azmin semata - mata. Tuduhan sehingga anak saudaranya ditahan dan direman tidak ada kena mengena dengan jawapannya. Ini bukan soal kelulusan yang diberikan , ini soal perlombongan haram di mana nama Azmin Ali digunakan.

Anak saudara Azmin yang sangat rapat denganya, bersama dalam banyak acara termasuk acara rasmi dan mesyuarat penting telah menggunakan nama Azmin Ali untuk mempengaruhi beberapa kakitangan kerajaan untuk turut menerima rasuah bagi 'tutup mata' perlombongan lombong pasir batu di Hulu Langat. Dengan rapatnya anak saudara ini terlibat dengan Azmin mustahil pegawai kerajaan terbabit tidak terpengaruh. Malah juga berdasarkan kekayaan mendadak anak saudaranya mustahil Azmin yang rapat denganya tidak mengetahui kegiatan haram itu.

Menurut sumber kes lombong pasir batu tersebut cuma sebahagian kecil dari kegiatan haram anak saudaranya.

5. Kenyataan menggunakan dalil tangkapan atau sumber dalaman SPRM terdedah kepada umum sebagai bukti konon konspirasi terhadap Azmin sangat dangkal dan bodoh. Ingat tidak berapa lama sebelum anak saudara Azmin ditahan SPRM telah tersebar dokumen siasatan SPRM berkenaan kes melibatkan Exco negeri Johor. Dokumen yang tersebar merupakan rakaman percakapan (bertulis) Amir Shariffuddin Bin Abd Raub yang ditangkap dan disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apa yang menarik perhatian dalam muka surat 53 hingga 54 kertas siasatan setebal hampir 150 muka surat itu, Amir mengaku banyak kali menyerahkan beg-beg berisi wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada Menteri Besar Johor.

Dalam kertas itu, Amir mendakwa, dia sendiri telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM1 juta dan RM700,000 kepada MB Johor yang diisi dalam sebuah begpack di Pejabat Perhubungan Umno Negeri Johor pada tarikh-tarikh berikut:
  • 16 April 2014 — RM1 juta
  • 1 Oktober 2014 — RM1 juta
  • 20 Oktober 2014 — RM1 juta
  • 2 Disember 2014 — RM1 juta
  • 17 Jun 2015 — RM700,000
Amir turut mengakui ada menyerahkan wang dalam bentuk cek kepada Menteri Besar Johor dan mengesahkan bawa segala sumbangan yang diberikan itu adalah kerana Datuk MB telah membantu dalam memudahkan kelulusan permohonan penukaran status bumi kepada non-bumi dan pengurangan caj penalti 7.5 peratus bagi projek-projek dipohon oleh Scientex Sdn Bhd


Bukan itu sahaja dalam dokumen siasatan SPRM yang tersebar tersebut yang didedahkan turut menyebut nama Tunku Mahkota Johor dalam penipuan pemilikan. Adakah ini nak dikatakan konspirasi SPRM dalam menyerang atau menjatuhkan Kerajaan Bn Johor malah turut wujud konspirasi terhadap istana Johor ?

Ketika dokumen ini tersebar ramai pembangkang termasuk Azmin dan kartelnya sendiri begitu ghairah menyebah dedahkan dokumen ini serta membangkitkan perbagai persoalan tetapi bila kena pada anak saudaranya maka persoalan konspirasi mula ditimbulkan. Ia sangat menyerlahkan kemunafikan tahap maksima.

Saya mengajak semua merujuk balik kenyataan saya bertarikh 30 November 2017 (klik http://chegubard.blogspot.my/2017/11/anak-saudara-ditahan-sprm-dengan-jutaan.html) di mana Azmin Ali harus bertanggungjawab terhadap korupsi libat anak saudaranya. Mustahil dia tidak mengetahui malah tidak keterlaluan menyatakan dia terlibat. Dalam kenyataan lepas saya telah buktikan betapa akrab Azmin dan anak saudaranya termasuk dibenarkan hadir dalam mesyuarat penting.

tulisan oleh ;
che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Friday, December 01, 2017

JAS keluar arahan berhenti kerja, kerajaan Selangor gagal laksana, tragedi belasan nyawa pelajar tahfiz mati 2011 sedang diulang

Catatan Umum

1 Disember 2017 

JAS keluar arahan berhenti kerja, kerajaan Selangor gagal laksana, tragedi belasan nyawa pelajar tahfiz mati 2011 sedang diulang

kawasan Hutan simpan yang dahulunya indah hancur kerana kerakusan projek EKVE
Sejak 2015 pelbagai NGO alam sekitar seperti PEKA, Trees, Malaysian Nature Society dan juga WWF telah membantah pembinaan lebuhraya EKVE sepanjang lebih 20 kilometre ini yang akan menjahanamkan 4 buah kawasan hutan simpanan khazanah warisan hutan Negara, iaitu hutan simpan Gombak, Ampang, Bukit Seputeh dan Hulu Langat .



April, 2016 Solidariti Anak Muda Malaysia telah bersama Parti Sosialis Malaysia untuk menyampaikan memorandum kepada YB Menteri Besar Selangor menuntut campurtangan beliau menghentikan projek ini. Malangnya semua agensi Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan Negeri bersama kontraktor kroni mereka begitu ghairah meneruskan projek ini.

Amaran menjadi kenyataan hari ini apabila Sdr Junaidi dari Tahfiz Darul Huffaz memberitahu kesengsaraan mereka sejak pembinaan EKVE bermula 1 hb September, 2016 yang lalu.

Sejak kerja2 pembinaan bermula, banjir lumpur kerap kali melanda sekolah tahfiz dan rumah penduduk kampung . Kampung yang mengalami bencana akibat EKVE ini ialah Kampung FELCRA Semungkis dengan populasi lebih 100 orang dan 2 buah sekolah Tahfiz dengan 250 orang murid.

Kerajaan Negeri pula menjustifikasikan projek tersebut dengan mengatakan Selangor masih mempunyai 250,000 hektar hutan simpanan dan hutan simpanan yang di keluarkan dari gazet simpanan untuk pembinaan leburaya EKVE dan SUKE akan digantikan dilokasi lain.

Tetapi persoalannya ialah boleh kah ciri-ciri hutan ini yang berfungsi sebagai kawasan tadahan air utama kepada penduduk Kuala Lumpur dan Selangor ini dapat digantikan ditempat lain? Boleh kah ekosistem hutan yang dirosakkan ini dapat dipulihkan ?

Kini kerosakan dan pengondolan hutan terbukti mengakibatkan bencana kepada penduduk persekitaraan. Para pengurusan sekolah Tahfiz dan juga para penduduk telah membuat aduan kepada pelbagai pihak yang berkuasa sejak 2016, iaitu EKVE, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran tetapi tiada respon yang positif untuk menyelesaikan masalah mereka.

Arahan pemberhentian kerja yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar gagal dilaksanakan
oleh Kerajaan Negeri seolah melindungi kontraktor

Yang lagi teruk ialah, kerja-kerja pembinaan EKVE ini masih berterusan hari ini walaupun Perintah Berhenti Kerja telah dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar! Apa kuasa yang begitu berpengaruh dibelakang projek ini, begitu berani dan langsung tidak mengendahkan perintah berhenti kerja ini ?!
 

Didapati pihak kontraktor pembinaan tidak mengambil lamgkah-langkah perlindungan sepertimana yang diminta oleh Jabatan Alam Sekitar. Ketiadaan zon penampan, mengundang insiden tanah runtuh pada bila-bila masa jika kerja2 ini tidak dihentikan.

Penduduk Kg Sungei Semungkis juga memberitahu bahawa selama lebih 15 tahun mereka menduduki kampung ini, sumber air mereka adalah daripada aliran sungei Bukit Seputeh . Mereka dengan mengunakan tenaga dan kos sendiri telah membuat tadahan kecil dan memasang paip-paip untuk menyalurkan air ke rumah dan sekolah tahfiz.

Kini pihak kontraktor EKVE, tanpa pemberitahuan langsung kepada penduduk dengan angkuhnya telah mengalih aliran semulajadi sungei ini ke tempat lain. Kini kesemua punca air penduduk ini rosak dan mereka terpaksa mencari punca lain lebih dalam keatas bukit.

Selain dari kerosakan bekalan air kepada penduduk disini, dipercayai juga hakisan tanah daripada projek pembinaan EKVE ini menyebabkan kemerosotan kualiti air Sungei Langat sehingga menjejaskan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air Sungeri Langat, sepertimana yang dinyatakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) pada Januari, 2017 yang lalu.

pertemuan penduduk setempat dengan NGO
Dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendokong pertemuan pada 29 November 2017 lalu, yang mana para penduduk bersama Persatuan Perlindungan Khazanah Alam (PEKA)  dan beberapa organisasi lain telah mempertegaskan tekad untuk mengatur langkah perjuangan seterusya melawan projek EKVE ini.



SAMM dengan ini ingin mengingatkan semua dengan tragedi 21 Mei 2011, tragedi kematian pelajar Tahfiz di lokasi sama http://duniaitu.blogspot.my/2011/05/tragedi-tanah-runtuh-20-anak-yatim.html . Di mana belasan nyawa anak yatim di Madrasah Tahfiz Darul Hufaz maut kerana tertimbus tanah runtuh. Seluruh negara ketika itu berduka dan terkejut. Namun hari ini 2017 sekali lagi seluruh negara bukan sahaja melupakan peristiwa itu tetapi sedang mencipta satu lagi peristiwa pembunuhan. JabatanAlam Sekitar telah mengeluarkan arahan berhenti namun Kerajaan Selangor yang menyebelahi kontraktor dan korporat besar tidak melaksanakan penguatkuasaan pemberhentian kerja malah terus memberikan perbagai alasan menyebelahi aktiviti menghancurkan alam.



Tidak keterlaluan dikatakan Kerajaan Selangor dan kontraktor sedang membunuh bukan sahaja alam tetapi manusia yang tidak berdosa. Adakah ini kerajaan PEDULI RAKYAT atau kerajaan PEDULIKAN RAKYAT asal boleh untung ?

Rakyat Selangor didera dengan dipaksa membayar beg plastik RM0.20 setiap helai konon kerana kerajaan negeri prihatin alam sekitar namun dalam masa yang sama hutan terus diperkosa malah nyawarakyat juga tidak bernilai pada kerajaan kapitalis bangsat ini.


Kerajaan pusat juga didesak bertindak dengan bidang kuasa yang ada. JAS boleh mengambil tindakan mengikut Sek 34, Akta Kualititi Alam Sekeliling 1974.


 tulisan :

che'GuBard, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)