Kenyataan Umum
20 November 2017
1. Pada 1.11.2017 ( Rabu ) dalam jam sekitar 12.40 pm , Yb Dato' Seri Haji Ahmad Husni bin Mohamad Hanadzlah iaitu Ahli Parlimen Barisan Nasional daripada Tambun, Perak telah berbahas Bajet 2018 di Dewan Rakyat. Semasa ia berbahas bajet tersebut, Antara lain, YB Tambun telah menyatakan di dalam ucapannya tersebut perkataan-perkataan berikut :-
".. Do you know who is Anwar Ibrahim? Saya orang Anwar Ibrahim. I left him.Selepas dia berhenti jadi Timbalan Perdana Menteri, I helped him pergi ke rumah dia di Bukit Damansara. For 10 days i was watching him, I said, no.
Bila dia terlibat dengan liwat. Liwat, dia terlibat dengan anak buah saya. We are brought n tears. I went to Jordan, saya baca kitab.Kalau orang libat dengan liwat, dilaknati Yang Mahakuasa and the whole population will suffer macam di sodom di Jordan..."
Dalam ucapannya itu juga, Yb Tambun juga kemudiannya menyebut nama individu yang dikatakan tersebut sebagai Hairani Nafis.
2. Satu tulisan panjang mengenai ini telah che'GuBard tulis sebelum ini sila klik http://chegubard.blogspot.my/2017/11/u-turn-husni-tuduh-anwar-liwat-sepupu.html (untuk tonton video) dan bukti kemungkinan kenapa Husni boleh U Turn.
3. Maklumat terbaru ialah hasil carian oleh pasukan SAMM mendapati anak saudara Husni yang dinamakan sebagai Hairani Nafiz memang merupakan nama dan identiti betul dan merupakan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia. Maka dengan ini SAMM mendesak Hairani Nafiz untuk muncul menyatakan kebenaran. SAMM tidak menolak akan menghantar pasukan ke UKM bagi menemui Hairani Nafiz bagi dia menyatakan kebenaran.
4. Difahamkan satu laporan Qazaf juga telah dibuat ke atas Husni dan dengan ini didesak Pihak Bertanggungjawab harus menjalankan tindakan segera kerana ini melibatkan kepentingan negara juga.
che'GuBard (SAMM)
No comments:
Post a Comment