Monday, October 16, 2017

Politik 1001 rasa, 1001 rahsia tanah serendah sekebun bunga

Catatan Umum

15 Oktober 2017

Catatan ini saya coret dalam bentuk tulisan tangan ketika sarapan pagi sebelum bertolak meninggal bumi Kelantan ini agar ia dapat disalin semula tanpa diubah dan dipengaruhi bacaan dan sumber selain dari yang ditemui di Kelantan sejak tiba 13 Oktober lepas. Ia ditaip semula tanpa membetulkan ejaan dan tatabahasa.

Kelantan ini sangat tidak asing khususnya aspek politiknya kerana setahun lebih sebelum PRU ke 13 saya akan pasti akan ke Kelantan selain berceramah saya terlibat sendiri beberapa diskusi cambah idea sehingga menemukan beberapa strategi yang digunakan begitu juga beberapa siri latihan dan taklimat tertutup. 

Telah lama tidak ke Kelantan, tiba kali ini terpanggil meraikan usaha PSM menamakan calon di DUN Kota Lama menjelang PRU 14 nanti.  Walaupun pada kedudukan sebegini kehadiran saya di Kelantan turut bertemu kenalan dari perbagai parti sama ada pembangkang mahupun kerajaan di Kelantan.

Kesempatan tiba di Kelantan 13 Oktober (Jumaat) dan bertolak balik Tengahari, 15 Oktober telah saya penuhkan dengan bertemu 14 orang kenalan yang terdiri dari mereka yang terlibat aktif dalam politik 'lokal' Kelantan sama ada selaku aktivis, penggerak termasuk pemimpin sendiri. Banyak data dan fakta dikumpulkan.

Ternyata rumusan awal saya mengenai Tanah Serendah Sekebun bunga ini yang politiknya penuh seni rasa dan rahsia tidak pernah silap.

Cakap - cakap bahawa kerajaan negeri mungkin bertukar memang wujud. Secara sinisnya ramai memperkatakan mengenai apabila sebelum Kerajaan Bn kalah kepada Gabungan S46 - Pas tahun 1990, kerajaan negeri yang kalah sempat membina Bangunan SUK baru tetapi belum sempat diduduki kerajaan bertukar tangan. Ini seolah sama kini kerana Kerajaan Kelantan kini baru sahaja menyiapkan Bangunan SUK nya tetapi mungkin hanya boleh diduduki selepas PRU nanti. Persoalan adakah ia bakal diduduki kerajaan baru dikuatkan dengan faktor nama MB Bn yang kalah ketika itu ialah Md Yakop sama seperti MB kini... biarkan ia menjadi bualan sinis kedai Kopi.. tulisan ini saya tulis selepas bertemu dengan ramai org dan saya rumuskan secara catatan umum.

Secara asasnya Pas masih kuat mengakar umbi di Kelantan. Cuma masalah Pas sehingga terlahirnya Amanah di Kelantan hampir langsung tidak kena mengena dengan Hadi Awang, jika ada ia sangat kecil faktornya.

Jujurnya dari permerhatian mata kasar tapak sokongan Pas masih besar di Kelantan sekitar 40% dari jumlah pengundi tempatan. Tapak sokongan Pas mengecil atas beberapa alasan pertama ialah kerana agresifnya Bn dan pasifnya Pas dana isu bantuan banjir. Ini sekurang kurangnya telah memberi ruang Bn mendapat akses kepada penyokong Pas. Dari boleh dikatakan Pas menguasai lebih separuh tapak sokongan pengundi Kelantan kerana isu bantuan banjir Bn mampu menambah 4% ke 5% tapak sokongan malah tapak sokongan Pas juga ada yang berlaih menjadi atas pagar sekurang kurangnya 4 % ke 5 % juga. Ini beerti Pas kehilangan 8 % - 10 % tapak sokongan sebelum ini hanya kerana gagal menguruskan isu banjir.

Keadaan di Kelantan sangat berbeza dengan di luar Kelantan. Contohnya di peringkat nasional kita melihat Bn (Umno) kelihatan mesra Pas atau sebaliknya Pas mesra Bn. Namun ia tidak di Kelantan Bn dan Umno di Kelantan masih tajam pertembunganya. Malah pandangan beberapa aktivis ialah orang Bn mampu duduk minum kopi dengan orang Amanah dan lain lain tetapi sukar dengan Pas. Sentimen melawan Bn ini penting bagi terus mengikat jentera dan pengikut Pas itu sendiri.

Faktor kekalahan Pas juga nanti akan berkisar kerana masalah dalaman Pas Kelantan itu sendiri. Malah kewujudan dan penghijrahan orang Pas ke Amanah di Kelantan tidak banyak kerana Hadi Awang tetapi lebih kepada beberapa watak dan yang paling utamanya ialah Nik Amar (Timbalan Menteri Besar) yang dilihat sangat tamak dan banyak onarnya, malah politik kasarnya yang bergaduh dengan banyak orang telah berjaya meletakkan Pas kelantan dalam bahaya. 


Masalah dalaman ini wujud dalam hampir semua parti politik. Namun masalah dalaman Bn yang sangat kuat sama ada warlord besar berpuak seperti puak Anuar Musa, Puak Mustafa Mohammad dan beberapa puak lagi telah menjadi faktor kemenangan Pas.

Contohnya calon gergasi Awang Adek sendiri tewas buat sekian kalinya di Bachok oleh calon Muda Pas Ust. Marzukh kerana masalah dalaman Umno yang berjaya diurus dengan baik oleh jentera Marzukh yang kreatif. Sebelum PRU Awang Adek berada di luar negara seolah tidak mahu bertanding,maka (Dato) Alias telah mula tabur belanja siap diri bagi bertanding palimen. Diakui ramai ketika itu Alias ini boleh menang di Bachok walaupun akan mendapat undi rendah di Dun Jelawat. Malang bagi Alias apabila Awang Adek saat akhir pulang kononya atas permintaan Perdana menteri untuk bertanding di Bachok, lebih malang Alias dilorongkan oleh Aawang Adek untuk dia bertanding di DUN Jelawat yang mana kawasan dia paling lemah dalam Bachok. Akhirnya Alias dan Awang Adek saling sabotaj sehingga dua duanya kalah.

Kini tidak lagi Bn kelihatan sudah mula menyelesaikan beberapa isu penting. Puak Anuar Musa mula boleh bertepuk mesra dengan puak Mustafa Mohammad. Awang Adek sudah siap awal malah sudah selesai dengan Alias dimana Alias akan bertanding di Perupok, Malah turun selesai (Dato) Ridzuan di Tawang dan seorang calon muda tauke ayam di Jelawat.

Sebaliknya kini selepas dari Ust Marzukh kalah dalam melawan Fadli Saari untuk Ketua Pemuda Kelantan seolah dendam tak kesudahan. Geng Fadli termasuk jentera tua Pas di Bachok seolah tidak selesa dengan Marzukh. Persoalanya adakah iaakan berterusan sehingga PRU ? Jika Marzukh tidak dicalonkan pula pengundi yang memang mengenali Marzukh sebagai wakil rakyat yang mesra dan mudah ditemui dan banyak membantu pasti akan tertanya dan tidak menolak kemungkinan akan berlaku protes. Masalah dalaman yang bersifat lokal ini wujud bukan sahaja di bachok tetapi berlaku di banyak kawasan lain di kelantan.

Selain daripada itu, saya tercari- cari di mana fungsi Pemuda Pas yang suatu ketika dahulu( zaman Ustaz Latiff) sangat gah dan begitu memberi kesan kepada kepemudaan. Banyak program yang cukup baik dalam meransang pemuda saya dikhabarkan sudah hilang dan di tiadakan.

Selepas banjir besar yang melanda Kelantan, Barisan Nasional seakan mempunyai beberapa kelebihan. Mereka menggunakan sepenuhnya isu banjir. Mereka di lihat cuba sedayanya membantu dengan sumber kewangan yang mereka ada.

Pas dalam bahaya walaupun menguasai 40% tapak sokongan. Namun Pas juga ada senjata sulit bagi memadankan mimpi politik parti lain. Secara ringkasnya saya melihat Kerajaan Kelantan pada hari ini sangat sakit kerana terpaksa mengheret bebanan yang sangat besar. Bebanan yang saya maksudkan ialah Dato MB dan Timbalannya. 

Kedua bebanan ini adalah punca di mana segmen pengundi muda mula tidak keruan. Tiada lagi aura Tuan Guru dan barisan Exco yang mampu menawan, berinovasi dan melawan dengan baik. 

Saya mencadangkan Pas merehatkan Dato Menteri Besar dan Timbalanya serentak juga sudah pasti watak watak terkait korupsi seperti Zulkifli Mamat dan lain lain. Tidak perlu meneliti lama jika semua watak ini direhatkan pasti akan ditemui nama segar seperti YB Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan, ADUN Temangan. Seorang berwajah profesional muda. Dia ini tidak rajin kita dengar berbalah, cukup lembut dan tegas dengan hujahnya. sekadar berkongsi dia ialah satu satunya pemimpin Kelantan pernah menjawab hujah dalam ruangan komen fb di wall saya. Jawapanya yang cukup berhemah dan lunak walaupun ada sikit kelemahan tapi mengundang penerimaan banyak pihak. Jika yang wajar berehat direhatkan obar diserah pada yang sepatutnya maka percayalah Pas akan menguasai DUN kelantan dengan gagah semula.

Umno boleh dikatakan menguasai 35 % pengundi yang berada di Kelantan. Sokongan mereka melebar atas agresifnya usaha bantuan banjir dan beberapa projek besar seolah memberi harapan sinar pada Kelantan. Husam pernah melontarkan idea keretapi laju ke Kelantan namun ia disambut gelak tawa sinis ramai termasuk yang dengki dengan Husam dalam Pas sendiri ketika itu. Namun pasukan Najib bijak mengguna ruang dengan terus melancarkan projek keretapi laju. Keretapi ini pasti tidak akan siap menjelang PRU nanti namun betapa Bn bijak dan kreatif menyampaikan bagaimana indah dan berbezanya hidup orang Kelantan dengan wujudnya keretapi laju ini bakal menentukan perubahan undi untuk Bn.

Bn tidak boleh mengharapkan pengundi luar yang menjadi faktor penentu bagi politik Kelantan sejak 1990. Ini kerana perang persepsi mengenai betapa buruknya Umno Bn bawah najib yang dijuarai oleh Pakatan Harapan memberikan kesan kepada pengundi luar Kelantan khususnya yang berada di Kelang. Pilihan yang Bn ada ialah tumpuan pengukuhan tapak sokongan pengundi yang berada di Kelantan, pengurangan pergeseran dalam dan betapa kreatifnya mereka mengambil kesempatan dengan pertembungan dalaman parti lain di Kelantan.Untuk Bn ambil alih DUN Kelantan cukup tipis namun kemungkinan itu tetap ada.

Bagi Parti Amanah pula saya merasakan mereka masih terkebelakang berbanding dua parti di atas. Mungkin Amanah berjaya dalam segmen isu. Mereka sangat berjaya mencalarkan imej kerajaan Kelantan namun mereka tidak menunjukkan mereka mampu untuk mentadbir Kelantan. Jentera masih sangat lemah. Jika formula merehatkan MB dan TMB serta beberapa watak yang terjejas teruk berlaku atau sekurang kurangnya mereka tersebut hanya bertanding parlimen Amanah boleh mengucapkan selamat tinggal dengan impian ingin mengambil alih Kelantan. Hanya menguasai tapak sokongan pengundi di kelantan sekitar 10 % sahaja namun Amanah tidak boleh diperkecilkan kerana majoriti pengundi luar Kelantan seharusnya secara logiknya ialah stock pengundi Amanah. Tidak keterlaluan jika Amanah menumpukan fokus mengepung pengundi luar maka pelung untuk mengambil alih Kelantan itu wujud.
Seharusnya setahun kebelakangan ini Amanah menguasai stesen Bas, Stesen Keretapi, sepanjang jalanraya menghubung Lembah Kelang ke Kelantan. Tiap kali cuti kebanjiran warga Kelantan pulang sewajarnya petugas Amanah sibuk disemua tempat tumpuan tersebut menyantuni bakal pengundi mereka dan peluang ini wajar digunakan bagi membekalkan mereka dengan maklumat untuk dibawa pulang ke kampung. Namun saya sebut dengan jelas sehingga hari ini perkara ini tidak berlaku. Saya sendiri pernah menyumbang beberapa bundle booklet jenayah balak Pas Kelantan kepada Amanah tetapi tidak tahu bagaimana mereka gunakan.

Husam perlu jadi watak penyatu sinar harapan kepada Kelantan. Amanah harus wajahkan Kelantan sedang dalam ketepuan malah katakan terus saja menuju negeri gagal. Husam harus keluar dengan idea gagasan Kelantan Baru sinar harapan untuk semua. Dia wajar bertemu sebanyak mungkin anak Kelantan berjaya dalam dan luar negara bagi dilihat berbincang mengenai masa depan Kelantan. Tugas menyerang dan menghentak Pas Kelantan perlu diserahkan kepada budak budak dia yang baru masih segar dan garang.

Bunga raya dan Pkr saya tidak mahu ulas kerana sehingga kini mereka hanya penumpang dalam politik Kelantan dari mengulas Bunga Raya dan Pkr rasanya lebih wajar ulas usaha PSM menamakan Calon di DUN Kota Lama ia lebih bersifat kesegaran percambahan pemikiran.

PSM menamakan calon di bumi Serembi Mekah

Catatan Umum

15 Oktober 2017


Parti Sosialis Malaysia (PSM) dalam kerangka Jelajah ke semua kawasan yang mana PSM sudah mengistiharkan diri untuk bertanding atau meletakkan calon. Jujurnya PSM ini sedikit menambat hati apabila melihat hampir semua parti politik Malaysia tidak berprinsip. Namun tidak menolak bahawa jalan yang PSM lalui bukan sahaja berliku malah menaiki bukit yang tinggi kecerunannya walau bagaimanapun tidak boleh dipandang sebelah mata kerana dengan rekod gerak kerja panjang di tempat tertentu, mengenengahkan calon berintegriti dan dalam keadaan 3 - 4 penjuru yang mana pengundi sedang kecewa melihat telatah kebanyakan parti dan ahli politik Malaysia yang sangat tidak berprinsip dan korup.

Namun apabila jadual roadshow PSM ke Kelantan yang bakal mengistiharkan calon yang bakal mewakili PSM di DUN Kota Lama (dalam Parlimen Kota Bharu) ia telah mengujakan saya untuk sama berada dalam catatan sejarah tersebut. Kalau dilihat dari segi aspek kemampuan kewangan dan persediaan jentera sudah tentu calon PSM jauh terkebelakang dari parti gergasi lain di situ. Namun bukan menang atau kalah yang mengujakan saya tetapi usaha menghadirkan calon kiri / sosialis di tengah negeri yang paling dominan Melayu Islam.

Memetik Rossa Lexemburg atau mana  - mana watak revolusioner pasti penegasan utama mereka ialah perubahan sejati hanya bermula bila menguasai majoriti akar umbi. Maka kemunculan calon kiri di tengah negeri dominan Melayu dan Islam ini penting bagi memulakan perbincangan pencerahan minda. Dengan menamakan Aduka atau Khairul Nizam semuda 36 tahun seorang aktivis lama berpengalaman bekerja bersama akar umbi di lapangan maka ini kesempatan penting bagi memecahkan tembok 'taboo' masyarakat Melayu Islam dan Gerakan Kiri.

Aduka dan PSM pasti diasak hebat menggunakan hujah tradisi politisi korup kanan hampa kapitalis. Percaturannya bukan menang kalah tetapi percaturanya sejauh mana Aduka mampu memunculkan perbincangan hebat ke arah menyeret rakyat membincangkan dan memahamkan mengenai betapa Islam itu kuat unsur sosialisnya. Ada hak orang miskin dalam harta orang kaya, sistem zakat malah tidak keterlaluan jika dikaji akan menemukan kita dengan fakta Rasulullah merupakan sosialis ulung. Perlu ada usaha pengupasan Sosialisme Islam, perlu ada usaha mengenengahkan dan menyelongkar semula pemikiran Ali Shariati malah seawal Abu Dzar Al-Ghifari, Sahabat Nabi Muhammad, diakui oleh sebagian ulama, seperti Muhammad Sharqawi dan Sami Ayad Hanna, sebagai penggagas awal sosialisme Islam.

Jangan takut kini rakyat telah bersedia dan matang. Kita bukan lagi berada pada zaman dimana Tan Malaka mengenengahkan idea bagaimana Komunisma perlu hadir dan diadun sebati dengan islam kerana Indonesia itu antara negara umat Islam terbesar dunia. Tan Melaka kerana fikiran terawal dari zamanya bukan sahaja dibuang masyarakat malah ia terbuang dari Kominten.

Kepada anak muda kiri yang progresif di seluruh negara ... ayuh kita nikmati pertembungan dan ayuh kita cairkan otak otak kita menyambut usaha PSM menamakan Aduka di tengah bumi Tanah Serendah Sekebun Bunga  yang diasaskan oleh Cik Siti Wan Kembang ini. Kita sambut dengan mengangkat semula pemikiran Zulfikar Ali Buttho, Sukarno, Muamar Ghadafi tanpa melupakan tokoh Islamis kiri tempatan seperti Shamsiah Fakeh dan seumpamanya.

Jika aduka dan PSM berjaya menjadikan medan PRU di tengah Serembai Mekah ke arah PRU ini sebagai medan percambahan idea maka yakinlah masa depan pasti berbeza.

Kepada anak muda saya perturunkan pesanan Emma Goldman "If I can't dance, I don't want to be part of your revolution"

Jika saya anak muda aktivis Kelantan saya akan ambil cabaran bersama Aduka kerana ia pasti satu pengalaman yang sangat berharga mencabar pemikiran dan daya tahan.

antara komrad SAMM yang bersama


Nota kaki : sehingga ke hari ini Aduka masih bersungguh sedang berusaha mengumpulkan deposit untuk PRU nanti. Jauh disudut hati saya, saya doakan Aduka berjaya melalukan sesuatu yang mengejutkan kerana punya ADUN kiri dalam DUN Kelantan lebih sangat mengujakan. Malah saya sedia menjadi antara pegawainya tanpa gaji.

Monday, October 09, 2017

Jom dengar sendiri dari pemilik rumah yang dirobohkan

Forum: Robohan Subang - Mimpi Ngeri Sebuah Kerajaan Peduli Rakyat
Tarikh: 10/10/2017
Masa: 8.30 malam
Lokasi: 
Dewan Atas
Restoran Pak Amjal
(Berdepan gate utama Universiti Malaya)
Jalan Pantai Baharu,KL
Ahli panel;
Chegubard SAMM
Sivarajan SUA PSM
Arul PSM
En Razak & Pak Akob (Mangsa)
Shazni Munir Pemuda AMANAH
Wakil kerajaan negeri
Moderator
Syukri Razab AMK
Orang ramai dan pengamal media dijemput hadir.
Laman facebook yang boleh membawa siaran langsung melalui FB Live adalah dialukan untuk membuat liputan.
Mohon dihebahkan
Pertanyaan: 01118685019

Wednesday, October 04, 2017

Khairuddin panik dan lapor polis untuk bina persepsi dia bersih

26 Sept saya telah umumkan akan membuat laporan SPRM pada 27 Sept jam 2 petang di Pejabat SPRM Selangor di Shah Alam. Namun pengumuman saya ini telah disambut panik oleh Khairuddin Abu Hassan. Saya dimaklumkan oleh beberapa teman media yang menghantar semula masej Khairuddin yang penuh maki hamun, paling lucu dia mencabar saya membuat laporan rasmi kepada mana - mana agensi berkenaan atau dia akan mengheretsaya ke mahkamah. Apa yang lucunya saya telahpun umumkan akan ke SPRM siap dengan tarikh dan waktu namun kerana panik dia cabar saya untuk buat laporan.
Namun memikirkan watak yang sama pernah terkait dalam menghasilkan buku fitnah 50 Dalil yang menjatuhkan Anwar Ibrahim pada 1997/1998 yang mana kemudian beberapa tahun lalu watak sama juga yang kononya mengaku dia keluarga Anwar dan sangat rapat serta menyanjungi Anwar. Maka saya hanya tersenyum dan beri tahu kepada teman - teman media bahawa respon tersebut hanya menunjukkan Khairuddin panik.
Kemudian hari ini saya dimaklumkan juga oleh teman media bahawa Khairuddin telah membuat laporan polis mengatakan saya fitnah dia. Saya naikkan keratan laporan polisnya yang tertulis dia tidak terlibat atau kena mengenai dengan isu tanah terbabit.
Sekali lagi saya senyum dan menyifatkan dia panik. Tindakan dia membuat laporan polis hanya tujuan menyelewengkan persepsi bahawa dia bersih. Di bawah ini saya juga sertakan dua keping surat rasmi syarikat yang terbabit dengan tanah tersebut dengan tandatangan Khairuddin selaku Pengarah di kedua dua syarikat terbabit iaitu Mujur Zaman Sdn Bhd & LBCN Development Sdn Bhd. Nah ini nak cakap tidak ada kena mengena langsung ?
Isu tanah ini jelas... sejak tahun 1999 syarikat perolehi tanah tersebut ada dari kerajaan terus ada yang diperolehi dari peneroka atau pemilik tanah... tanah ini kononya untuk dimajukan sebagai sebuah bandar baru yang maju. tahun 2009 Khalid Ibrahim selaku MB teliti isu tanah ini bukan shaja melanggar syarat guna tanah tetapi turut memangsakan pembeli malah ramai pemilik tanah tidak diselesaikan pembayaran. Syarikat juga berhutang premium tanah berpuluh juta dengan kerajaan negeri sekian lama.
Khalid telah keluarkan notis menarik semula tanah bagi tujuan menjaga kepentingan pembeli dan tuan tanah yang tertipu. Syarikat tidak puas hati telah membawa kes ini bagi menghalang tanah ditarik oleh kerajaan negeri. Di Mahkamah Tinggi keputusanya menyebelahi Kerajaan Negeri, begitu juga di Mahkamah Rayuan. Ini kerana tindakan Khalid berasaskan kanun tanah negara.
Kemudian apabila di peringkat Mahakamah persekutuan yang mana semua pengamal undang undang yang meneliti kes ini pasti mengatakan keputusan pasti berpihak kepada kerajaan negeri malangnya ketika itu juga MB bertukar tangan.
Berlaku penghakiman persetujuan maknanya tiada perbicaraan, settle out of cout. Diyakini berlaku rundingan 'sulit' menyebabkan kerajaan negeri bersetuju menyerah kalah dengan menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat tersebut. sebaik selepas itu syarikat itu pula menjual tanah tersebut kepada syarikat pemaju gergasi dengan Ecowolrd umumkan nilai RM1.181 billion.
Dalam keadaan kerajaan negeri boleh menang dan majukan sendiri tanah tersebut secara kerjasama dengan mana - mana pelabur besar mengapa tiba - tiba Azmin menyerah kalah (dalam keadaan menang). Apa rundinganya ? Berapa nilai kick back ? atau Azmin begitu bodoh dan lemah diperdaya pemodal besar serta gagal mempertahankan hak rakyat Selangor ?
Ingat Selangor bumi kaya raya, kamu bagi 3 pada rakyat tapi senyap senyap kamu ambil 7... itu tetap korup !!!
Buat Khairuddin jangan laju sangat nanti kena AES... kes ini baru mula dedah.. sabar banyak bukti lain lagi... Minggu depan kita dedah lagi ya...



 che'GuBard hantar laporan SPRM itu bukan kosong tetapi dengan 70 mukasurat dokumen bukti berkaitan. Kongsi sikit dibawah ini dua syarikat terlibat Mujur Zaman dan LBCN... dua dua Khairuddin tandatangan sendiri selaku Pengarah.


Laporan SPRM skandal tanah RM1.181b terkait Azmin Ali dan Khairuddin A Hassan


BERSAMA LAPORAN DISERTAKAN
70 MUKA SURAT DOKUMEN BUKTI BERKAITAN



LAPORAN SKANDAL TANAH PKPS RM1.181 BILLION TERKAIT AZMIN DAN KHAIRUDDIN

27 Ogos 2017

Merujuk kepada dokumen-dokumen yang dilampirkan yang saya terima secara pos beberapa bulan lepas dari sumber tak dikenali berkenaan penjualan tanah di mukim Ijok yang melibatkan Kerajaan Negeri Selangor dan dua syarikat perumahan Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development. Berdasar maklumat yang diberi dalam dokumen tersebut, kami memohon agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan seperti berikut: 
Bagaimana Eco World Group Development Berhad (Eco World) boleh membeli tanah seluas 2,198.4 ekar di Ijok, Kuala Selangor pada harga RM1.181billion daripada Mujur Zaman Sdn Bhd, dan LBCN Development Sdn Bhd. ?
Bagaimana Mujur Zaman dan LBCN boleh dibenarkan menjual tanah tersebut sedangkan tanah-tanah tersebut terlibat dengan perbalahan perundangan lama melibatkan ratusan peneroka asal yang masih menunggu pampasan yang telah dijanjikan ?
Mengapa Kerajaan Negeri Selangor memberhentikan usaha-usaha yang dimulakan oleh mantan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sejak tahun 2009 untuk memperjuangkan nasib ratusan peneroka asal ?
Bukankah tanah-tanah yang terlibat telah dirampas oleh kerajaan negeri daripada Mujur Zaman dan LBCN yang untuk dikembalikan kepada peneroka asal kerana gagal membangun tanah-tanah tersebut serta membayar pampasan seperti yang dijanjikan kepada peneroka asal. Mahkamah juga telah membuat keputusan berkaitan.
Mengapa Kerajaan Negeri Selangor di bawah pentadbiran MB Selangor DS Azmin Ali memulangkan tanah yang telah dirampas kepada Mujur Zaman dan LBCN sedangkan kedua syarikat bukan sahaja gagal membangunkan tanah seperti yang dijanjikan tetapi juga masih belum membayar pampasan yang dijanjikan kepada peneroka.
Mengapa MB DS Azmin memulangkan tanah kepada Mujur Zaman dan LBCN, sedangkan kerajaan negeri tidak mempunyai apa-apa “legal obligations” kepada kedua syarikat itu,
Tambah pula, Mujur Zaman dan LBCN telah gagal diperingkat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan mencabar keputusan rampasan tanah yang dibuat oleh mantan MB TS Khalid Ibrahim. Pertikaian sepatutnya diteruskan di Mahkamah Persekutuan tetapi mengapa secara tiba-tiba MB DS Azmin bersetuju untuk memasuki satu penyelesaian bersama dengan kedua syarikat.
Akibat dari perbuatan MB Azmin,  kerajaan negeri Selangor memulihkan status tanah untuk kembalikan tanah balik kepada LBCN dan Mujur Zaman yang hanya perlu menarik balik rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Syak yang kuat ada berlaku pertembungan kepentingan juga kerana dalam salah satu dokumen jelas menyatakan antara pihak berkepentingan dalam isu ini ialah Datuk Khairuddin Abu Hassan yang merupakan bekas ahli Umno yang dipecat dan menjadi sekutu kuat politik Tun Mahathir Mohammad yang menjadi Pengerusi Pakatan Pembangkang yang mana MB Selangor merupakan Pengarah Pilihanrayanya.
Secara kesimpulannya, SPRM perlulah menyiasat jika ada timbal balik yang terlibat diantara pihak-pihak yang terlibat baik dalam Kerajaan Negeri, anak syarikat kerajaan negeri dan kedua syarikat tersebut iaitu LBCN dan Mujur Zaman. Melihat daripada laporan akhbar tentang harga jualan tanah-tanah yang terlibat.
Sekian, laporan saya ;


BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN
(xxxxxx xx xxxx)

Laporan bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)