Catatan Umum
6 Jun 2017
Pertanyaan umum buat Istana Selangor
1. Semalam dalam susur masa 'Facebook' saya , muncul beberapa keping gambar yang dikatakan Retreat Pilihanraya PRU 14 PAS Kawasan Kota Raja. Dari gambar tersebut jelas diadakan di ruang solat.
2. Maka terkait dengan kenyataan Sultan Selangor yang marah sangat dengan kehadiran YB Sivarasa Rasiah , Ahli Parlimen Subang yang dikatakan memberikan ucapan ringkas dan menyampaikan bantuan di Masjid An Nur, Subang. Sultan begitu marah.
3. Jika kehadiran Sivarasa menyampaikan bantuan dan berucap sedikit selaku ahli parlimen Subang membangkitkan kemarahan Sultan selaku 'Ketua Agama Islam di Selangor', bagaimana dengan PAS yang menggunakan ruang solat sebagai sebagai retreat Jentera Pilihanraya ?
4. Pihak Istana Selangor harus segera mengeluarkan pendirian mengenai perkara ini jika tidak jelas akan dilihat berat sebelah dan institusi itu sendiri terlibat dengan politik kepartian. Di Selangor sendiri tentu ramai masih ingat bagaimana ketika satu pilihanraya kecil jentera BN menganjurkan solat hajat dan bacaan yassin bagi memenangkan calon MIC dan perbagai lagi program kaitan politik kepartian kaitan BN namun Istana tetap berdiam. Kini jelas gambar program jentera pilihanraya PAS tersebar kelihatan seolah di ruang solat juga dalam masjid / surau / madrasah di negeri Selangor , adakah Istana Selangor akan turut diam kerana PAS sudah mesra Umno ? Ini bukan tuduhan tapi pertanyaan yang harus mendapat respon pihak penganjur dan Istana juga.
** tulisan bergaris merupakan ayat yang telah ditarik balik dari tulisan asal klik http://chegubard.blogspot.my/2017/06/memohon-maaf-dan-menarik-balik.html
** tulisan bergaris merupakan ayat yang telah ditarik balik dari tulisan asal klik http://chegubard.blogspot.my/2017/06/memohon-maaf-dan-menarik-balik.html
5. Maaf dipohon dari saya buat Sultan Selangor, institusi Selangor termasuk seluruh rakyat Selangor kerana menulis kenyataan seperti ini. Bagi saya institusi beraja yang jelas ditanggung dengan duit cukai rakyat juga harus ada tanggungjawab masyarakat dan saya tidak mahu melihat Institusi beraja yang punya peranan penting dalam negara ini dilihat negatif hanya kerana perkara seperti ini. Ada kemungkinan pula laporan polis dibuat atas kenyataan ini, namun saya tegaskan saya pertahankan kenyataan saya ini dalam ruang demokrasi demi melihat institusi beraja di Malaysia terus dihormati dan kukuh.
7. Pendirian saya jelas, bagi saya fungsi masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat harus diperbagaikan dan masjid harus sentiasa dimeriahkan. Kehadiran Sivarasa menyampaikan bantuan itu tidak salah cuma dari segi adab sahaja apa salahnya jika tidak digunakan ruang hadapan utama solat kerana ia boleh mengundang perbagai polimik contohnya seperti apa yang berlaku sekarang selain menjaga kesucian ruang solat utama.
8. Namun ini juga seharusnya dijadikan peringatan kepada ahli politik berhenti menggunakan sentimen Istana dan seumpamanya. Bila Umno guna sentimen Istana pembangkang marah tetapi ingatkah kita bagaimana Azmin Ali gunakan sentimen Istana demi melanggar arahan parti. Azmin guna lobi pintu belakang malukan Wan Azizah dan Anwar. Bukan sahaja dia dapat menjadi Menteri Besar tetapi dia menyebabkan hubungan Anwar dan Sultan Selangor 'panas'. Keduanya ketika PKR membuat keputusan Azmin harus bertemu Sultan bagi memecat Exco Pas kerana PAS sudah putuskan hubungan dengan PKR sebaliknya Azmin bertemu Sultan meminta Sultan mengekalkan Exco PAS. Ini jelas dalam kenyataan Istana selepas itu yang menyatakan Istana memperkenankan permintaan Azmin mengekalkan ADUN PAS sebagai Exco.
9. Selepas itu kartel Azmin ke hulu ke hilir menjaja konon jangan ada pertikai Exco Pas dalam kerajaan Selangor kerana ia diperkenan Istana dan siapa pertikai maka seolah derhaka. Antara sekutu kartel Azmin ialah Sivarasa itu sendiri. Kini seolah 'padan muka' Sivarasa kena tempelak balik. Malah lebih memalukan apabila Sultan Selangor menempelak Sivarasa dalam ucapan umum depan Azmin Ali dan Azmin Ali buat 'bodoh' sahaja. Umum juga kena ingat kehadiran Sivarasa di ruang solat menyampaikan bantuan itu ialah kerana mewakili Azmin Ali yang sudah mengesahkan kehadiran tetapi membatalkan saat akhir dan mewakilkan kepada Sivarasa selaku Ahli Parlimen Subang.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Huk alah. Mcm pandai sgt nak komen dlm semua hal ni Chegubard. Gambar yg hang petik tu adalah Pusat Ilmu Al-Falah di Jalan Kebun Shah Alam. Memang dulu itu surau sebab tu carpet surau masih ada lagi. Sekarang mereka dah menggunakan masjid baru untuk solat. Surau lama menjadi pusat ilmu dan dibuka sewa untuk umum bagi program2 keilmuan dan kemasyarakatan. So bila dah sewa sesiapa boleh sewa tak kira NGO, syarikat atau individu.
ReplyDeleteIni sudah dikira fitnah terhadap gambar yg di sebarkan dan dikaitkan dgn tulisan di atas. Mohon pihak admin blog dapatkan penjelasan dahulu dan mohon maaf secara terbuka.
Ini ruang ilmu yg dikhaskan oleh Masjid Jalan Kebun untuk kelas pengajian dan juga pelbagai aktiviti.
ReplyDeleteKenyataan Cikgu Bad itu adalh berpaksikn kebenaran dn kenyataan.
ReplyDeleteInstitusi raja tk saharusnya,malah ikut perlembagaan,tk bolih sama sekali terlihat berat kpd parti2 politik.
Jika raja berpolitik tidak lagi raja akn dianggap penaung rakyat kalian dn bika demikian tidak akn sunyi dari terlibat kontroversi.
Raja tk bolih lagi selindung dibawah nuetrality dn kontrovesi pasti akn menjana pihak yg akn membenci dn menjerumuskn istitusi itu utk dimansuhkn nnti.
Olih itu peringatan dn soalan rhetoric Cik Gu Bad hendaklh di kaji akan positifnya kpd kewiwabaan istana dlm peranan dlm masyarakat.
Sebenornye Sultan dapat info yg salah dari musuh politik.depa gunakan Dultan untuk kepentingan politik depa.Peringatan pd Sultan Selangor supaya siasat dulu akan kesahihan sesuatu aduan sebelum buat pengumuman supaya Sultan Selangor tidak dipersalahkan olih Rakyat
ReplyDeleteRaja2 hr kputraan siang klut main golf dgn pmbsar2 amno kmdn mlm dinner smbil mnum arak smpai mabuk lggan placur masuk blik htel muntah2 busuk... Tu ka raja2 kita
ReplyDeleteCantik !. Yang benar Pak !.
ReplyDeleteCantik ! Yang benar Pak !.
ReplyDeleteBobezo boto Pas sojak dah boduit sokaghang ni den nengok....kok buek apo apo progrem ko retreat ko..... buleh kato an bang apo jo lah..... mak aaiiii !!!..... baju ko t-shirt ko, buleh kato bang apo jo lah..... SOMUO KONO NAMPAK SAAAMOOO !!!!
ReplyDeleteAl maklum ejo lah, sojak Tuang Presideng ea ngaja an pakai sodondon .....tak suman diam ahli pas nak buek samo