Kenyataan Media
21 Jun 2017
MENDESAK JAWAPAN YB RAFIZI RAMLI, SPRM DAN RESPON TERHADAP SURAT PEGUAM HANS YUSOFF
1. Pada 2 Febuari 2017, telah dimuat naik satu artikel bertajuk “Surat terbuka buat SPRM dan YB Rafizi Ramli” yang boleh dicapai di http://chegubard.blogspot.my/2017/02/surat-terbuka-buat-sprm-dan-yb-rafizi.html
2. Artikel tersebut merupakan surat terbuka kepada SPRM dan YB Rafizi Ramli berkaitan satu set dokumen yang dikatakan salinan laporan YB Rafizi Ramli kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dengan amalan korupsi termasuk kegiatan rasuah seks yang berlaku dalam Pejabat Menteri Besar Selangor. Surat terbuka tersebut saya panjangkan kepada Rafizi dan SPRM juga melalui email dan secara pos kemudianya, namun sehingga kini kedua dua pihak gagal memberikan respon. Pertanyaan saya adakah dokumen laporan itu benar merupakan salinan laporan Rafizi ? Jika tidak benar Rafizi dicabar tampil mendedahkan laporannya yang sebenar seperti yang sering dilakukan sebelum ini.
3. Namun 24 Febuari 2017, saya mendapat surat dari peguam Fernandez & Selvarajah yang mewakili seleberiti TV, Hans Yusoff yang menuntut saya meminta maaf kerana mengaitkan anak guamnya dengan kegiatan korupsi dan rasuah seks dalam Pejabat Menteri Besar Selangor.
4. Setelah mendapat nasihat dari peguam saya dengan ini menyatakan saya meminta maaf kepada Mohd Hassanal Bolqiah Bin Mohd Yusoff yang juga dikenali sebagai Hans Yusoff, segala kesulitan yang muncul amat dikesali. Saya tegaskan Hans Yusof bukan sasaran saya dalam surat terbuka tersebut malah saya dengan jelas memadam beberapa nama dalam dokumen yang saya siarkan.
Saya mahukan respon SPRM dan YB Rafizi Ramli. Saya hanya menyiarkan semula dokumen yang saya terima dan saya sendiri tidak mengenali dan bermaksud apa apa terhadap Hans Yusoff.
5. Surat tersebut bertujuan ingin mendapat kepastian dari YB Rafizi Ramli sendiri berkenaan laporan beliau. Apakah status laporan beliau dan kenapa beliau sendiri seolah senyapkan mengenai pendedahan ini selepas gegak gempita awalnya ?
6. Saya cuba menyakinkan diri saya bahawa laporan yang Rafizi lakukan punya asas dan bukti seperti mana yang sering beliau lakukan sebelum ini. Namun kenapa beliau sendiri senyap dan tidak melakukan pendedahan ? Apa pula tindakan parti mengenai kewujudan korupsi termasuk rasuah seks dalam Pejabat Besar yang dikuasai oleh PKR itu sendiri ? Ramai yang sangat kecewa dengan Rafizi kerana tidak mendedahkan korupsi ini habis habisan seperti yang dia lakukan sebelum ini. Adakah Rafizi melihat korupsi ini punya 'kasta' iaitu yang dilakukan musuh perlu dilawan tetapi yang dilakukan orang dalam PKR ia perlu disenyapkan ? Atau Rafizi menerima ugutan dalam parti dan untuk elak tindakan ia terpaksa senyapkan ? atau Rafizi menerima habuan untuk menyenyapkan perkara ini ?
7. Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang saya juga ada , apa yang ada dalam dokumen tersebut ialah hanya sekelumit dari kegiatan korupsi yang berlaku di Selangor.
8. Kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula rakyat sangat menanti apa keputusan laporan korupsi yang dibuat oleh Rafizi ?
9. Setakat ini tanpa berselindung saya mempunyai keraguan terhadap SPRM. SPRM masih menjadi aparat regim yang memilih kes dalam pendakwaan dan pendedahan dan menjadi agen membersihkan korupsi pihak tertentu yang berkepentingan.
10. Seperti mana SPRM mendepani kes MO1 begitu juga SPRM mendepani kes aduan korupsi bersangkutan balak Kelantan. SPRM mengundang ketawa bila menyatakan rampasan tunai bernilai ratusan juta di Sabah bersih dari unsur rasuah hanya untuk menghentikan siasatan dari melibatkan pemimpin politik yang kini cuba menjadi jaguh pembangkang di sana supaya terus dalam kawalan. Begitu juga dalam kes melibatkan Azmin ini laporan korupsi yang saya sendiri pernah buat dengan bukti disenyapkan malah menurut maklumat dalaman SPRM siasatan diberi arahan henti hanya kerana memastikan Azmin terus dalam kawalan dan trek skrip yang diberikan. Jika ini fitnah SPRM sila tampil dengan status dan penjelasan terbuka munasabah dengan semua kes disebut itu, malah saya sedia hadir mendengar dan mengutarakan soalan yang timbul.
11. Ingat dalam kes SkandalAzmin:68054, saya dipecat dua kali oleh PKR dalam masa seminggu dengan salah satunya surat dengan tandatangan yang dipalsukan, Razak Ismail seorang pengadu kes berkenaan kepada SELCAT dipaksa meletakkan jawatan dari tugas Pegawai Khas kepada salah seorang Exco Kerajaan negeri Selangor. Namun korupsi terus dilindungi yang pasti Hutan Simpan Kuala Langat utara musnah digazetkan sebagai kawasan pembangunan Kormersial.
12. Merujuk semula dokumen aduan ini yang saya yakini diperolehi dari sumber dalaman SPRM sendiri. Apakah tahap siasatan SPRM sendiri, kalau bab rasuah seks boleh lah dikatakan saksi pusing tariktuduhan atas sebab tertentu, tetapi bagaimana pula dengan jumlah pegangan aset yang jelas tidak munasabah ?
13. Merujuk kepada kes tuntutan undang - undang pesonaliti TV yang katanya namanya terkait, saya berserah.. secara terbuka saya meminta maaf dan menyatakan dalam surat terbuka saya tidak ada mana mana bahagian saya tulis namanya. Namun jika terpaksa saya mengganggap peluang ke mahkamah ini sebagai peluang bagi membongkar lebih dalam kes korupasi dan rasuah seks dalam Pejabat MB Selangor.
Sekian
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
No comments:
Post a Comment