7 November 2016
1. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyokong penuh persoalan yang dibangkitkan oleh YB Rafizi Ramli yang mempersoalkan kelayakan Syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd yang baru ditubuhkan September 2016 tetapi diberi hak menandatangani perjanjian Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bernilai berbilion Ringgit Malaysia. (klik sini)
2. Namun dalam pada masa yang sama SAMM ingin mengingatkan mengenai pendedahan dengan dokumen bukti yang mana Azmin Ali telah meluluskan kawasan balak (sekitar nilai RM42juta) kepada entiti perniagaan yang hanya bertaraf enterprise sahaja. Malangnya ketika pendedahan tersebut dibuat hampir semua pemimpin pembangkang khususnya PKR bisu. Adakah kita amalkan dua set undang - undang yang munafik yang mana selama ini kita serang Bn kerana bila musuh politik buat kita bising tetapi bila kawan buat kita diamkan.
3. Pendedahan korupsi yang dimaksudkan pernah ditulis dengan lengkap bersama dokumen boleh dilihat dengan klik tajuk di bawah :
- Bukti penipuan Azmin di media berkenaan tender terbuka dan dia tak terlibat berkenaan tender balak (klik) http://chegubard.blogspot.my/2016/02/bukti-penipuan-azmin-di-media-berkenaan.html
- Terima Kasih, Pengarah Jabatan Hutan Selangor buktikan Azmin menipu (klik) http://chegubard.blogspot.my/2016/02/terima-kasih-pengarah-jabatan-hutan.html
- Korupsi terancang Azmin Ali (klik) http://chegubard.blogspot.my/2015/12/azmin-ali-memalukan-dari-isu-zakat-ke.html
4. Itulah sebabnya SAMM mengajak semua supaya jelas dengan perubahan apa yang sedang kita tuju. Jangan nanti lari dari mulut harimau kita masuk ke mulut buaya. SAMM secara tegas telah menggariskan apa yang kami namakan Jalur Tuntutan Negara Perubahan. Untuk membaca 'blue print'nya sila klik sini. http://www.anwarismail.com/wp-content/uploads/2016/06/jalur.pdf
catatan oleh : cheGuBard, SAMM
catatan oleh : cheGuBard, SAMM
No comments:
Post a Comment