Thursday, November 03, 2016

Dana bantuan luar bukan asing di Malaysia

Catatan Umum

3 November 2016

1. Najib Razak sememangnya merupakan anak murid terbaik Mahathir Mohammad. Hampir semua manual strategi berdepan musuh politik tinggalan Mahathir diikuti dengan baik oleh Najib. Dari menyerang musuh dengan pembunuhan krekrot seperti tuduhan skandal seks, membangkitkan sentimen perkauman dan agama sebagai taktik terbaik mengalihkan isu besar dan kini isu pengkritik atau lawan politik dibiayai dana asing sedang ditekan bersungguh sungguh.

2. Cuma ingin menjawab isu dana asing ini tidak ada peliknya. Semua negara maju sememangnya mewujudkan 'front agency' bagi membantu menyalurkan dana bantuan ngo ke negara - negara lain termasuklah Malaysia. Isu ini cuma diperbesarkan sama ada untuk memperlahankan protes atau kritikan ataupun isu ini bakal dipergunakan bagi tujuan 'crack down'.

3. Ia bukan isu baru bukan sahaja dana dari agensi di mana Soros dibelakangnya tetapi dari Amerika Syarikat agensi kerajaan seperti NED, NDI sendiri bergerak di Malaysia dan ia dibenarkan. Kalau dari Jepun wujud pula Yayasan Keamanan Sasakawa yang juga terlibat aktif dalam Malaysia bagi mendanai pertubuhan bukan kerajaan.

4. Tahukah kita bahawa ada parti komponen Barisan Nasional juga membuat aktiviti khususnya latihan dengan dana dari agensi luar atas nama pendidikan politik.

5. Dibawakan satu contoh Konrad Adenuer Stifftung (KAS) ialah sebuah yayasan yang dulu dikenali sebagai Society For Christian Democratic - Civic Education yang merupakan front kepada Parti Kesatuan Kristian Demokratik yang merupakan parti utama di German. Gerakan ini bergerak aktif membiayai banyak aktiviti hubungan antara agama dan pendidikan politik demokrasi di rantau ini. KAS ini banyak terlibat mendanai perbagai program bukan sahaja pembangkang tetapi melibatkan parti komponen Bn dan mengikut rekod agensi ini pernah mendanai projek pendidikan dan pengukuhan institusi parlimen yang mendapat penglibatan Yang di Pertua Dewan Rakyat sendiri.

Maka ia bukan satu yang pelik dalam isu dana dari luar ini. Malah che'GuBard sendiri pernah melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana dengan biasiswa penuh agensi Korea Selatan yang turut terlibat mendanai NGO di negara - negara lain. Penglibatan dan kemasukan dana asing ini menunjukkan kelemahan negara dalam mendanai gerakan NGO sendiri. Malah sikap pilih kasih dan mengenepikan gerakan NGO yang dikenali sebagai pengkritik lebih memparahkan keadaan.

Harap semua tak perlu panik sangat kerana isu ini dipanaskan oleh Najib yang sedang mengikut manual tinggalan Mahathir. Ramai pasti tak lupa bagaimana Mahathir mewajahkan gerakan reformasi dibayar oleh US dan kini Mahathir kena benda yang sama.

Soros ini wajar kita anugerahkan sebagai lelaki abad ini , dari masa Mahathir hingga ke Najib, Soros dijadikan 'momok' bagi menyatukan penyokong Bn.

catatan oleh che'GuBard, SAMM

Nota kaki : klik sini untuk baca rencana Utusan Malaysia 1998 bagi memahami taktikal tinggalan Mahathir ini.


No comments:

Post a Comment