Catatan Umum
10 Julai 2016
ISU LORONG KECEMASAN TIDAK AKAN SELESAITANPA JAMINAN HAK PENGGUNA
Mengulang isu kebiasaan perayaan khususnya ketika cuti Eidulfitri iaitu pengunaan lorong kecemasan. Malah tahun ini seolah diberi penekanan khusus oleh pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan JPJ sendiri. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersetuju isu lorong kecemasan ini harus diberi tumpuan kerana ia melibatkan operasi menyelamatkan nyawa. Namun harus diteliti kenapa khususnya di lebuhraya berbayar masalah pencerobohan lorong kecemasan menjadi serius ?
Asas hak pengguna ialah mendapat barangan atau perkhidmatan yang dibayar seperti dijanjikan. Jika ada peniaga gagal menyediakan perkhidmatan atau barangan seperti yang dijanjikan maka pengguna boleh tidak membayar sepenuhnya atau tidak membayar langsung. Contohnya jika kita ke restoran memesan mee goreng, jika mee goreng dipesan ada masalah seperti terlalu masin atau dijumpai lipas maka menjadi hak pengguna bukan sahaja tidak membayar malah jika termakan dan kemudian terjumpa lipas ganti rugi juga boleh dituntut.
Sebegitulah juga dengan pengguna lebuhraya. Pengguna lebuhraya bersetuju memasuki lebuhraya berbayar dengan tujuan menikmati perjalanan lancar dan cepat, untuk mendapatkanya pemgguna dikenakan bayaran tertentu. Malangnya dibeberapa keadaan khususnya musim perayaan hak pengguna ini dicabul, bukan sahaja cepat dan lancar malah pengguna terperangkap dalam kesesakan yang melambatkan dan dalam sesetengah perkara perkara penting seperti mesyuarat penting dan lain lain urusan terpaksa dilepaskan namun dalam keadaan itu pengguna tetap dikenakan bayaran yang sama. Soalnya dimana hak pengguna dan regim menjadi buta dalam mepertahankan hak pengguna lebuhraya dalam keadaan demikian. Pengguna yang membayar ini kemudian tertekan maka wujudlah penceroboh lorong kecemasan yang ramai.
Regim menghantar penguatkuasa bagi menyaman (baca : memeras wang rakyat) yang dalam masa yang sama mereka sendiri gagal lindungi hak pengguna itu. Sewajarnya ketika pemilik konsesi lebuhraya gagal menyediakan jalan lancar dan cepat maka harga tol sewajarnya diturunkan ke 50% atau percuma sahaja, jika ini dilakukan maka pengguna akan dapat mengurangkan tekanan mereka sendiri dan secara tidak langsung pelanggaran undang - undang sendiri akan diminimakan termasuk pencerobohan lorong kecemasan.
Itu belum lagi menyentuh kegagalan pihak berkuasa memastikan kewujudan jalan percuma yang selesa. Sepatutnya lebuhraya berbayar hanya sebagai alternatif kepada jalan raya percuma namun dalam banyak keadaan sekarang ini pengguna terpaksa menggunakan lebuhraya berbayar kerana tidak punya pilihan. Ini semua idea 'korup' penswastaan yang dibawa oleh Mahathir Mohammad. Memberikan konsesi lebuhraya kepada kroni tanpa 'tarikh luput' menyedut duit rakyat dan sengaja merencatkan perkembangan jaringan jalanraya percuma agar pemilik konsesi terus kaya raya. Ia sama seperti Mahathir mewujudkan Proton dengan kualiti sederhana namun untuk memaksa rakyat membeli Proton dia memperkenalkan cukai kereta luar yang sangat tinggi dan mensabotaj perkembangan sistem pengangkutan awam. Apabila pengangkutan awam disabotaj, memiliki kenderaan menjadi satu kemestian dan sudah pasti rakyat membeli Proton walaupun harga dan kualiti tidak setimpal tetapi tidak punya pilihan kerana harga kereta import sangat tinggi kerana cukai.
Kembali semula kepada hak pengguna lebuhraya yang gagal dijaga oleh pihak berkuasa, SAMM yakin jika perkara ini berterusan maka pasti akan dilancarkan kempen 'Langgar TOL secara terbuka' khususnya menjelang cuti perayaan besar yang akan datang. Nak juga tengok ada tak ahli parlimen yang mampu membangkitkan perkara ini di sidang dewan kerana isu ini melibatkan hak jutaan rakyat Malaysia.
tulisan : che'GuBard (SAMM)
No comments:
Post a Comment