Kenyataan Media
10 Jun 2016
TINDAKAN MEMALSUKAN KENYATAAN BERSUMPAH DAN KEMUNCULAN EMOSI
RATU NAGA TINDAKAN TERDESAK.
1.
11.00 pagi tadi, saya dan Azhar bersama beberapa
teman penyelaras SAMM telah mengadakan sidang media bagi menafikan satu kenyataan
bersumpah (SD) palsu yang disebarkan dikalangan kumpulan (pro) Mahathir sejak
dua hari lalu. Penafian sudah dibuat beberapa jam sejak kewujudan SD palsu itu
dikesan. Azhar telah membuat penafian melalui laman fBnya dan saya telah
membuat penafian melalui fB dan pesanan whats app kepada teman – teman media.
2.
Namun sidang media pagi ini dipanggil kerana
ternyata walaupun selepas dinafikan pasukan (pro) Mahathir ini tidak berhenti
terus menyebarkan malah amat menyedihkan beberapa teman pimpinan pembangkang
dan media yang mesra pembangkang selama ini turut menyiar sebarkan SD tersebut
tanpa mempedulikan penafian yang dibuatSangat kesal dengan tindakan
Malaysiakini.com contohnya yang menyiarkan berita dengan tajuk “saya diupah
untuk baca tesk oleh chegubard”. Tajuk itu sendiri berniat jahat dan penulisan
berita seolah Malaysiakini mendapat sumber kenyataan dari Azhar sendiri. Tajuk
berita itu dikongsi ramai pihak menyerang saya, azhar, SAMM malah malah ada
komen sehingga melibatkan ibu bapa kami. Mungkin kemudian sedari dan hasil
tekanan Malaysiakini kelihatan telah mengubah suai berrita yang sama beberapa
kali. Pihak SAMM menghubungi Malaysiakini dan mendesak penjelasan, setelah itu
hanya tajuk ditukar dan berita yang sama masih kekal. Ini sangat memalukan.
3.
Azharuddin sendiri hari ini depan media menyatakan
kenyataan bersumpah yang disebar dikalangan pasukan (pro) Mahathir itu palsu dan
dia mempertahankan akuan bersumpahnya yang dia pernah bacakan depan wartawan
sebelum ini. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/05/tandatangan-jutaan-rakyat-dipalsukan.html )
4.
Kemunculan perempuan yang suka dikenali sebagai
Ratu Naga mengganggu secara emosi sidang media tadi jelas memperlihatkan sikap
terdesak. Dia muncul mengasak Azharuddin bersumpah laknat. Untuk rekod sebelum
ini dia muncul di kedai mamak dalam keadaan tidak menutup aurat menjungjung
quran bersumpah. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/05/letak-al-quran-di-tepi-kepala-di-kedai.html) Namun dia sangat emosi apabila saya dengan senyum menjawab ini
semua gerak kerja Umno Bn, terdesak salah guna agama dan jangan buat benda yang
tidak ada dalam Quran. Azhar sudah membuat kenyataan bersumpah berdasarkan
undang – undang kalau kamu betul buat laporan polis atau dakwa Azhar di
mahkamah. Sebelum ini ketika bersumpah dikedai mamak dia cakap akan lapor polis namun dia tak laporkan pun sehingga kini. Kecewa tidak termakan provokasinya maka dia terus emosi dan marah –
marah dari kes cincin Rosmah ke 1MDB. Kami boleh halang dia dari masuk ke bilik sidang media namun sengaja kami biarkan untuk mempertontonkan sikap terdesak orang yang sedang ditekan kerana memalukan pasukan sendiri. (klik sini http://chegubard.blogspot.my/2016/06/bukti-ema-terus-hubungi-kumpulan.html)
Azhar hadir sendiri nafi SD palsu yang disebar kumpulan Mahathir dan esok akan buat laporan polis |
6.
Esok laporan polis akan dibuat oleh Azhar dan
saya berkaitan kewujudan SD palsu tersebut termasuk media yang menyebar siarkan
sebagai betul. Kemudian laporan SKMM juga akan dibuat dan sedang mempertimbangkan
tindakan undang – undang selepas perbincangan dengan beberapa peguam.
7.
Kepada semua khususnya pembangkang yang teruja
terpesona dengan Mahathir agar kembali ke landasan asal. Telah saya pesan
jangan bawa Mahathir mengotori rumah perjuangan ini. Mana mungkin dengan
penipuan dan kerja jahat Negara boleh diselamatkan. SD palsu ini strategi cukup rapat dengan Mahathir iaitu mencipta satu penipuan demi menutup penipuan yang lain dan cubaan mengalihkan isu.
Sekian.
che’GuBard, SAMM
sila baca juga http://chegubard.blogspot.my/2016/06/pengakuan-mahathir-hanya-menutup.html
sila baca juga http://chegubard.blogspot.my/2016/06/pengakuan-mahathir-hanya-menutup.html
tahniah... cayalah chegubard sebiji kena kat muka mahathir
ReplyDeleteTahniah kepala hotak kau ..badrul bangang ni apahal kau nak puji ...
DeleteMaki hamun memang kerja geng mahafiraun
ReplyDelete