Tuesday, May 24, 2016

Surat Panjang Anwar dan sogokan wanita, wang di Selangor

Kenyataan media
24 Mei 2016
Surat Panjang Anwar dan sogokan wanita, wang di Selangor
1. Semalam Anwar Ibrahim ketika di Mahkamah Putrajaya menyatakan dengan jelas bahawa surat panjang yang tersebar baru ini ditulisnya dan minta orang ramai membacanya.

2. Dengan ini jelas pemimpin PKR yang menyatakan surat tersebut 'palsu' telah menipu di media dan berniat jahat. Pemimpin seperti ini memalukan dan harus meminta maaf.

3. Malangnya isu surat ini sudah lari fokus, sepatutnya dibincangkan isi surat tersebut malangnya ada yang meminta parti tumpu ambil tindakan siapa bocorkan kononya. Jelas Anwar sebut "saya minta org baca". Tidak bincang isi surat tetapi sibuk dengan siapa bocor umpama tindakan siasat pelapor dan abaikan laporan yang dibuat.

4. Selaku anggota biasa PKR (walaupun digantung kerana mendedahkan salahlaku dan pembaziran Azmin Ali) saya sangat kecewa. Surat Anwar jelas meminta semua khususnya pimpinan PKR tumpukan bina kekuatan sendiri dalam membela isu rakyat dan jauhi Mahathir namun selepas surat itu didedahkan Azmin dan kuncunya terus mengarak Mahathir ke hulu ke hilir dan dalam keadaan sedar bukan sahaja tak akui serta minta maaf malah Mahathir terus menfitnah dan memusuhi Anwar. Siapa bersama Mahathir hari ini khususnya pimpinan PKR, ia engkar isyarat Anwar.

6. Dalam perkembangan lain, sehari dua ini gempar isu "print screen whats app" yang mana Rafizi menyatakan kewujudan rasuah perempuan dan wang di (Pejabat MB) Selangor. Perkara ini saya dan semua wajib ambil serius.

7. Saya sendiri pernah banyak kali dedahkan penyelewengan dan pengkhianatan (pentadbiran) kewangan bawah kerajaan Selangor. (klik http://chegubard.blogspot.my/2016/05/wang-rakyat-selangor-terus-dibazir.html) Namun MB gagal untuk jawab hanya menepis dengan mengatakan ia fitnah. Walaupun saya tunjukkan bukti di media, MB hanya membisu dan yang nyata ia berterusan tanpa pembaikan.

8. Rafizi dicabar dedahkan sahaja maklumat dan bukti kepada umum seperti mana yang beliau sering lakukan. Jika hanya diselesaikan secara dalaman tanpa tindakan serius maka rakyat akan melihat kita hipokrit kerana jika Bn salah kita dedah tetapi jika orang parti kita tutup. Dalam keadaan negara penuh kepincangan dan agensi berkenaan diragui kredibilitinya maka bukti perlu didedahkan pada rakyat biar rakyat menentukan masa depan perlaku dan pengkhianat dimaksudkan.

9. Menyentuh mengenai tindakan biadap Khalid Jaafar ( kakitangan MB Selangor) yang menulis Anwar umpama "Hamlet gila" dalam tulisannya menjawab sirat Anwar yang dia sebar sendiri, sangat biadap. Untuk pengetahuan semua beberapa bulan lepas dia inilah yang melakukan konspirasi menyingkirkan Anwar selaku Pengerusi Institut Kajian Dasar dengan memalsukan 'arahan' Anwar. Dia telah memperdaya lembaga pengarah IKD yang antaranya ialah YB Dato' Kamaruddin Jaafar untuk menandatangani dokumen menyingkir Anwar dan melantik dirinya selaku pengerusi. Saya dengan ini menyeru semua anggota PKR agar teguh bersama Presiden, hormati Ketua Umum dan tolak Mahathir dan kartelnya. Jangan biarkan mereka mengotori rumah perjuangan kita.

cheGuBard
anggota biasa (digantung) PKR
chegubard@gmail.com

No comments:

Post a Comment