Kami dari organisasi2 yang bertandatangan dibawah
ini menyeru kepada YAB Dato Seri Azmin Ali untuk menghentikan segera projek
pembinaan Lebuhraya EKVEdan juga Lebuhraya SUKE dan DASH .
Jika YAB meneruskan kelulusan projek sedemikian,
maka ianya akan merupakan suatu keputusan yang akan memusnahkan Hutan Simpanan
Selangor yang amat dasyhat kerana pembinaan lebuhraya-lebuhraya ini SEKALI GUS akan memperlihat kan kemusnahan hutan dan
warisan alam flora dan fauna di
1. Hutan
Rimba Ambang
2. Hutan Ulu
Gombak
3. Klang Gates
Quartz Ridge- pembentukkan kuarza yang terpanjang dan tertua didunia hampir
200juta tahun.
4. Hutan
Bukit Cerakah
5. Hutan Sg
Buloh
6. Hutan
Bukit Sungei Puteh Utara/Selatan
Pada 16hb.Mac, 2016 yang lepas akhbar harian utama
telah menyiarkan pengumuman mengikut Kaedah-Kaedah Penyiasatan Awam (Selangor)
2014 dengan tujuan mendapatkan maklumbalas rakyat mengenai de gazet hutan
simpanan Bukit Cherakah, Hutan Simpanan Sg Buloh dam Hutan Simpanan Bukit
Sungeri Puteh untuk pembinaan Lebuhraya DASH dan SUKE.
Kini projek lebuhraya bernama East Klang Valley
Expressway (EKVE) pula sedang dimulakan dengan alasan sama. 106.6 hektar tanah
Hutan Simpan Ampang telah di de-gazett demi memenuhi "keperluan"
pembinaan lebuhraya ini. Hutan simpan yang cecah jutaan tahun bakal diratakan
dalam masa empat tahun.
Kami mengungkitkan persoalan berikut untuk
maklumbalas pihak YAB Dato Menteri Besar ;
1.
Kenapa musnahkan lokasi tadahan air? Tidak
terhitung berapa banyak spesis flora dan fauna yang bakal dimusnahkan. Malah
hutan simpan ini juga merupakan tempat tadahan hujan yang menjadi sumber
empangan air utama yang menyalurkan air ke kawasan kritikal seperti Kuala
Lumpur, Putrajaya dan Selangor. Lebuhraya EKVEakan memusnahkan hutan yang
merupakan tadahan air yang membekalkan hampir 19juta liter air kepada 9,225
keluarga dikawasan Ampang (Sumber- Khairiah Mohd Talha, Malaysian Institute of
Planners)
2. Bolehkah
Ekosistem Hutan diganti? Pertemuan kami dengan pegawai Jabatan Hutan Selangor
Tengah, Cheras- mengatakan rezab hutan simpanan tidak akan dimusnahkan,
sebaliknya akan diganti bagi setiap tempat yang digunakan untuk projek
pembangunan dikawasan lain sama luas atau lebih luas dari kawasan hutan
Betapa
terkilannya kami kerana pegawai di sebuah Jabatan Hutan gagal membezakan antara
penggantian pokok dengan penggantian hutan. Pokok boleh ditanam semula namun
hutan bukan setakat terdiri daripada pokok sahaja, ada sistem kehidupan
merangkumi pelbagai jenis dari sekecil makhluk hingga yang besar. Proses
mengganti hutan seperti asal akan mengambil masa beratus tahun sama seperti
hutan sediakala. Ekosistem hutan yang
dimusnahkan disuatu lokasi tidak boleh diganti, ianya akan hilang selama-lamanya !
Kami tegas menyatakan, hutan
tidak lagi boleh diusik demi apa tujuan sekalipun.
3. Apakah
polisi jangkamasa panjang Kerajaan Negeri Selangor untuk menjaga warisan Hutan
Negeri ‘The Selangor State Park’? Adakah YAB Dato Menteri Besar dan
Exco Alam Sekitar Kerajaan Negeri Selangor sekarang mempunyai apajua
perancangan menyeluruh yang konkrit untuk mengekal Hutan Simpanan Selangor .
Hutan Simpanan Taman Warisan Selangor digazetkan oleh DS Khir Toyo Kerajaan BN
yang dahulu pada tahun 2007. Amat terkejut
Kerajaan Pakatan yang memperolehi mandat majority rakyat Selangor dari PRU13
melakukan sebaliknya !
4. Apakah
sudah jadi dengan bantahan rakyat ?
-
Dalam proses de gazet Hutan Simpanan untuk projek
EKVE yang dilaksanakan pada tahun 2014, sebanyak 700 lebih surat bantahan diterima
oleh Kerajaan Negeri Selangor.
-
Kesemua organisasi penting alam sekitar seperti
Malaysian Nature Society, World Wide Fund for Nature (WWF), Trees, Save our
Sungai(SOS), Selangor membantah pembinaan EKVE !
-
Sebanyak 16,000 petisyen tandatangan bantahan telah
dikemukakan menolak lebuhraya ini .
-
-
Malaysian
Institute of Planners- “MIP representative Khairiah Mohd Talha.
“As planners, we uphold the National Physical
Plan, wherein the Selangor State Park is classified Rank 1 Environmentally
Sensitive Area. Also, the highway will destroy the Central Forest Spine
masterplan aimed at linking up forest complexes in peninsular Malaysia,” she
explained.
Adakah suara bantahan rakyat.,organisasi
alamsekitar dan para pakar pernacangan itu sia-sia sahaja ?
5. Kerajaan
negeri patut memikirkan alternatif lain seperti memperkasakan pengangkutan awam dalam
skala besar bagi menghadapi masalah kesesakan jalanraya. Ini dilakukan di
negara-negara maju sehingga rakyat mereka tiada rasa keperluan untuk memiliki
kereta. Namun pengangkutan awam yang tidak efisyen, lambat dan mahal sentiasa
akan meningkatkan kebergantungan untuk memiliki kenderaan sendiri lantas
menyebabkan kesesakan jalanraya.
Kesimpulannya, menghapuskan hutan untuk masalah
kesesakan jalanraya adalah solusi jangka masa pendek, masalah sama akan
berulang lagi di masa hadapan. Saat itu menyesal tidak berguna lagi bila udara
negeri semakin kotor dan titik panas makin banyak.
Hentikan
projek EKVE, SUKE dan DASH! Selamatkan
hutan Selangor.
Kami organisasi yang bertandatangan dibawah ini
menyokong kenyataan diatas;
1.
Pemuda Sosialis
2.
Parti Sosialis Malaysia
3.
JERIT
4.
Community Development Centre
5. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
6. National Indian Right Action Team (NIAT)
7. JIHAD for JUSTICE
8. We Are Malaysians
9. One Race - Human Race
10. Projek Dialog
11. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA)
12. Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor
(Empower)
13. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
14. OHSMI
No comments:
Post a Comment