24 April 2016
Khalid mesti tampil perjelas anak miliki syarikat senjata api dan SPRM harus tampil nyata pendirian.
Ini menimbulkan kegusaran dan perniagaan milik anak Ketua Polis ini jelas ada konflik kepentingan kerana senjata api sangat dikawal di negara ini dan bukan mudah untuk mendapat kebenaran memilikinya. PDRM (dibawah kuasa Ketua Polis) mempunyai kuasa hampir mutlak untuk sama ada meluluskan atau menolak kelulusan permohonan pemilikan senjata api.
Soalnya sekarang Ketua Polis Daerah mana yang mampu menolak permohonan senjata api yang diajukan melalui syarikat milik anak dan ipar Ketua Polis Negara ? Hujah beberapa pihak kononya membela keadaan ini dengan menyatakan kuasa pemberian senjata api dibawah kuasa Menteri KDN ialah salah kerana KDN hanya memproses rayuan setelah ditolak PDRM sahaja. (sila rujuk laman web KDN).
Jelas sekali lagi milikan perniagaan anak Ketua Polis ini menimbulkan seribu satu kesangsian dan konflik kepentingan. Ketua Polis Negara sendiri harus tampil menjelaskan perkara ini dan SPRM harus menyatakan sikap dan siasatan perlu dibuat sama ada syarikat ini juga terlibat dalam sebarang urusan pembekalan dibawah kerajaan Malaysia.
Tentu akan ada hujah membela dengan mengatakan semua pihak berhak berniaga termasuk anak dan ipar Ketua Polis Negara. Hujah ini lemah kerana dalam perihal keadilan dan ketelusan ia bukan sahaja perlu dilaksana tetapi juga perlu dilihat dilaksanakan. Dalam perihal ini SAMM menyarankan anak Ketua Polis dan iparnya tidak boleh terlibat dalam perniagaan berkaitan bidang kuasa Khalid itu sendiri. Kami bersimpati tetapi inilah pengorbanan demi melihat keadilan dan ketelusan dipertahankan.
- Ketua Polis Negara perlu muncul perjelaskan
- SPRM perlu nyata pendirian dan siasat sama ada syarikat ini terlibat dalam pembekalan kepada kerajaan
- Anak dan Ipar Ketua Polis perlu segera menutup perniagaan dan mendedahkan kepada umum sama ada terlibat transasksi pembekalan dengan kerajaan.
Ini sangat serius kerana jawatan Ketua Polis Negara ialah jawatan penting dalam melaksanan hukum di negara ini.
oleh ; che'GuBard, SAMM
No comments:
Post a Comment