Thursday, March 31, 2016

(video) Dikenakan tindakan disiplin kerana dedah pembaziran wang rakyat... apa beza dengan Umno ?



JAWAPAN BALAS che'GuBard
..................................................................................................................

BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN
No. 338, Jln. Kenanga 3,
Taman Bukit Chedang,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
14 Mac 2016
Kepada :
DATO’ ABDUL HADI ABD KHATAB,
PENGERUSI LEMBAGA DISIPLIN PKR,

Parti Keadilan Rakyat,
A-1-09, Merchant Square,
No.1, Jalan Tropicana Selatan 1,
47410 Petaling Jaya,
SELANGOR DARUL EHSAN.
Ybhg Dato’;
JAWAPAN SURAT TUNJUK SEBAB
Surat ini merupakan jawapan kepada surat tunjuk sebab (no. ruj. SUA2016 /LD / 010) di mana saya diberi masa 14 hari untuk menjawab.
Pertama sekali saya rakamkan rasa kesal saya ke atas tindakan ‘penggantungan keanggotaan’ yang dikenakan ke atas saya. Penggantungan itu sendiri merupakan hukuman, adakah tatacara disiplin dalam PKR ini mengiktiraf undang – undang ala ISA iaitu hukum dahulu baru siasat ?
11 Januari 2016 saya telah dipanggil mengadap Lembaga Disiplin bersangkutan aduan saya bertarikh 10 September 2016. Perlu direkodkan di sini telah berpuluh laporan saya buat dan inilah kali pertama saya dipanggil membentangkan kes yang saya laporkan.
Saya telah membentangkan kes yang diadu dan saya telah mengambil kesempatan untuk membentangkan juga aduan berkenaan dengan isu balak dan pintu gerbang di mana saya juga menyerahkan beberapa bukti lampiran.
Pada 20 Januari 2016 saya telah menerima notis amaran yang menghalang saya mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan aduan saya sehingga siasatan selesai.
18 Febuari 2016 saya telah mendapat surat dari Lembaga Disiplin yang mengatakan kes ditutup dimana penerangan soal DEIG dan agihan zakat pimpinan parti berpuas hati dengan penerangan Azmin Ali walaupun saya sendiri dan anggota parti lain tidak dimaklumkan apa keputusan dan penerangan tersebut. Mana sumber jutaan ringgit wang zakat yang disalurkan tanpa mekenisma pemantauan dan diagihkan dengan memberi keutamaan kepada cabang – cabang yang dikenali menyokong Azmin. Ini memberi kesan bukan sahaja kepada integriti parti tetapi pepecahan.
Dan berkenaan dengan dokumen ‘Rahsia’ yang membuktikan Azmin menipu di media. Azmin menyebut di media bahawa projek balak itu diberikan secara terbuka dan dia tidak terlibat dalam proses penganugarahan.  Dokumen ‘Rahsia’ tersebut jelas membuktikan dia terlibat dan projek balak itu bukan secara tender terbuka. Dalam surat makluman keputusan siasatan jelas menyatakan parti tidak ada kuasa ke atas perkara ini dan ini amat menyedihkan.
Kemudian 1 Mac saya telah dimaklumkan dengan satu surat bahawa saya digantung kerana saya telah melanggar surat amaran bertarikh 20 januari 2016. Saya sebut dengan jelas berkenaan semua kes yang saya adukan, saya akur untuk berdiam sementara proses siasatan seperti surat amaran yang diberikan. Walaupun arahan berdiam ini saling tak tumpah seperti yang selama ini kita kritikan.
Semua pertuduhan ke atas saya adalah tidak benar dan saya tidak bersalah. Tuduhan 2.1 – 2.8 merujuk surat 1 Mac 2016 semuanya tidak bersangkutan dengan kes yang sedang disiasat oleh Lembaga disiplin yang mana saya diarahkan berdiam.  Isu Kubah dan isu ahli Majlis tidak termasuk dalam isu yang saya diberi amaran untuk berdiam kerana ia kes baru.
Dalam pertuduhan tersebut saya dituduh menyebut kes isu balak hanya pada 22 Febuari dan itu hanya selepas 18 Febuari  iaitu tarikh saya mendapat surat kes ditutup. Merujuk surat amaran 20 Januari saya harus berdiam sementara siasatan dijalankan. Maka saya tidak melanggar surat amaran tersebut kerana kes yang bersangkutan aduan saya saya hanya sebut di media selepas kes tersebut ditutup.
Maka pertuduhan saya melanggar surat amaran 20 Januari itu adalah salah dan tidak betul.
Dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan rasa tidak puas hati saya mengenai bagaimana tindakan tatatertib dalam parti ini bersifat tidak adil dan punya dua set undang – undang berbeza.
Saya keluar ke media untuk membongkar salah laku dan pembaziran, mempertahankan ketelusan dan integrity namun saya dikenakan tindakan. Malangnya Azmin Ali keluar ke media selepas kecewa yang mana dia kecewa kerana tidak dilantik menjadi menteri besar Selangor selepas PRU ke 13, Azmin keluar di media membuat kenyataan bahawa presiden mengamalkan nepotisma dan kronisma. Malah dia sendiri sebut dengan ramai orang bahawa Ketua Umum menipu kerana telah menjanjikan dia jawatan MB sebelum PRU 13. Beberapa aduan dibuat mengenainya. Malah Azmin juga turut menggunakan media social dan beberapa pengikutnya telah menggunakan media social menyerang ketua umum dan keluarga secara biadap dan kasar.   Azmin tidak dikenakan tindakan tetapi saya dikenakan tindakan. Adakah adil ?
Fahamilah bahawa keadilan itu bukan sekadar slogan malah ia bukan hanya perlu dilaksanakan tetapi ia perlu dilihat dilaksanakan. 

Kini saya sedang berdepan siasatan polis di bawah OSA apabila saya mendedahkan dokumen ‘Rahsia’ yang mendedahkan penipuan Azmin selepas parti sendiri mengatakan tidak ada kuasa. Didikan reformasi saya hadam dan saya faham perjuangan adalah pelaksanaan kata – kata.Jika saya dilihat mengacau agihan projek dengan nilai tidak masuk akal, jika saya dilihat mengacau projek tanpa tender terbuka dan jika saya dilihat mengacau dengan bercakap soal integrity dan perlu berjimat dengan wang rakyat maka teruskanlah tindakan disiplin saya menerima dengan ikhlas.
Ketika saya mungkin mendapat tindakan undang – undang ditangan regim maka dalam kes ini saya menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan parti untuk mengadili. Saya sayangkan parti ini, PKR rumah perjuangan saya tetapi itu semua tidak boleh menjadikan saya diam bila melihat ada yang pincang.
Bila ada orang Umno mengkritik secara terbuka kita raikan mereka sebagai hero kerana berani kononya. Bila Umno mengambil tindakan kita kata Umno zalim dan tidak ada kebebasan bersuara tetapi malangnya bila berlaku dalam rumah sendiri kita melalukan benda yang sama malah lebih teruk dari itu.

Sekian dan terima kasih.

BADRUL HISHAM SHAHARIN (che'GuBard)
Anggota biasa PKR : N060000001(yang baru digantung semula)

No comments:

Post a Comment