Mahfuz Omar menyatakan bahawa Mahathir bersedia untuk bergabung dengan semua parti-parti politik untuk menggulingkan Najib. Kata Mahfuz lagi, tolak tepi dahulu soal siapa yang akan menjadi Perdana Menteri selepas Najib, tetapi semua parti politik mencari titik persamaan dengan menggulingkan Najib demi menyelamatkan Malaysia.
Kenyataan Mahfuz Omar ini disambut oleh Rafizi Ramli yang memberikan syarat Mahathir dan semua parti politik perlu bersetuju untuk melakukan perubahan sistem.
Gua tak ingin mengulas mengenai Mahfuz Omar ini kerana pada gua Mahfuz ini sedang mengalami zaman delusional. Cuma kenyataan Rafizi itu adalah sangat menarik untuk diulas. Untuk pengetahun Rafizi, 6 bulan sebelum ini, SAMM telah pun menegaskan untuk mengembalikan Malaysia ke landasan yang sebenarnya, ia memerlukan kepada perubahan sistem.
Tidak boleh tidak, perubahan sistem adalah mandatori. Kerosakan sistem pentadbiran negara hari ini telah sampai ke kemuncaknya. Daripada bawah hingga ke atas, ia telah sangat mekar dengan penyalahgunaan kuasa dan korupsi. Itu pandangan SAMM semasa bulan Ogos 2015 dan terus konsisten sehingga hari ini. Walaupun kala itu, orang ramai mengata SAMM ini boneka Najib, tetapi menurunkan satu individu tanpa memperbetulkan akar permasalahan tidak akan menyelesaikan masalah.
Dalam satu segi, gua gembira dengan kenyataan Rafizi ini tetapi gua juga tertanya-tanya sejauh mana parti dan pakatan politik yang dianggotai oleh Rafizi Ramli ini benar-benar mengangkat perubahan sistem? Kerana sehingga ke hari ini, situasinya masih kabur. Apa yang jelas kelihatan, parti-parti Pakatan Harapan juga sedang mabuk kuasa.
Slogan Reformasi, Perubahan Sistem hanya kekal sebagai slogan. Jika sebelum ini, rakyat tidak dapat melihat sejauh mana konsistensi parti-parti selain BN terhadap konsep reformasi tetapi setelah 2 penggal menguasai pemerintahan negeri, rakyat sudah boleh menilai. Ia kabur dan semakin kabur. Seperti juga UMNO dan BN, parti-parti Pakatan Harapan termasuklah PKR masih mengekalkan orientasi menyembah warlord parti masing-masing.
Warlord tidak boleh ditegur atau dikritik. Jika tidak, pasti akan digelar sebagai pengkhianat atau telah dibeli oleh parti lawan. Azmin Ali dikritik kerana pemberian beberapa projek di Selangor, tetapi usahkan PKR ingin mengambil tindakan siasatan bahkan yang mengkritik pula berdepan dengan ancaman pemecatan. Begitu juga nasib Husam Musa. Nasib yang sama di alami oleh Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him.
Bukan itu sahaja, bagaimana pula dengan nasib 2 ADUN yang tersingkir daripada GLC Negeri kerana menyokong usul memberhentikan projek tambakan laut? Bagaimana pula dengan kenyataan Aziz Bari yang mengatakan sistem dalam PKR pincang?
Kritik saja pemimpin atau warlord parti, anda akan berdepan hukuman gantung keanggotaan atau pemecatan. Apakah ini tidak sama dengan amalan UMNO/BN? Belum pun menguasai Putrajaya, PAS, PKR dan DAP telah menggunakan modus operandi yang sama untuk menutup mulut si pengkritik. Bagaimana rakyat khususnya anak muda yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan menentang kebejatan sistem akan percaya bahawa rejim yang akan menggantikan BN nanti tidak akan melakukan tindak tanduk seperti BN?
Jika Rafizi benar-benar ikhlas untuk melakukan perubahan sistem, Rafizi harus berani juga menegur pemimpin-pemimpin atau warlords politik dalam partinya dan parti sekutu yang sibuk bermain dengan politik kurma dan politik limau. Apakah akan ada harapan perubahan sekiranya parti-parti politik selain BN masih tidak mengamalkan slogan perubahan atau reformasi dalam partinya sendiri.
..............................................................................................................
Penulis merupakan Pengarah Pusat Pemikir Kaum Muda SAMM dan merupakan anggota DAP yang aktif di Johor. Tulisan - tulisan beluai yang lain boleh dibaca di https://lanunmuar.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment