Monday, January 18, 2016

Buang 9 (elaun) penasihat patut keutamaan 'ubah suai' belanjawan

Catatan Umum

18 Jan 2016

8 Januari lepas Perdana Menteri telah mengumumkan akan melakukan 'pengubah suaian' dalam belanjawan negara 2016. 

Ketika Bajet 2016 dirangka dan diumumkan harga minyak dunia sekitar US $48 setong tetapi kini minyak bermain pada kadar US $30 setong, oleh kerana kebergantungan negara pada hasil minyak ini amat tinggi maka kesan penurunan harga minyak ini akan menyebabkan negara kekurangan pendapatan untuk melaksanakan belanjawan yang telah diumumkan.

Malah menurut beberapa pandangan pakar ekonomi dunia menyatakan harga minyak mungkin akan boleh turun lagi. Soalnya sekarang apa yang akan diubah suai nanti, itu ramai yang agak risau.

Dalam keadaan sekarang GST yang dikatakan penyelamat pendapatan negara sudah diumumkan tidak akan dinaikkan.Tentu pening kepala pasukan Kementrian Kewangan memikirkan bagaimana nak melakukan pengurangan tanpa banyak mengusik kepentingan rakyat terbanyak.

Cadangannya mudah lihat dulu ke dalam 'Putrajaya' itu sendiri.

Pertama sekali ialah Najib mempunyai 9 orang penasihat dan duta khas yang bertaraf menteri dan kemudahan elaun mereka juga bertaraf menteri kanan. Mereka ialah Abdullah Mad Zin (penasihat Agama), Zainal Abidin Osman (Penasihat koridor utara), Rais Yatim (penasihat Budaya), Shahrizat (penasihat wanita), Noh Omar (Penasihat Selangor) dan Shaziman Mansor (Penasihat Politik). Kemudian ada pula duta khas bertaraf Menteri iaitu Samy Vellu (India), Ong Ka Ting (China), Tiong King Sing (Jepun, Korea dan Taiwan).

9 orang ini dengan gaji, elaun, kemudahan setahun sekitar lebih RM10juta wang negara pasti hangus kerana menanggung 9 penasihat dan duta khas ini. Cadang ini yang patut dijimatkan dahulu.

Kemudian saiz 36 orang anggota kabinet untuk penduduk tak sampai 30 Juta orang adalah angka yang sangat tinggi. Harap Perdana Menteri ambil peluang ini untuk kecilkan saiz Kabinet yang jelas membazir wang rakyat. Inimasa sesuai singkirkan anggota Kabinet yang tidak kompiten.

Percayalah jika tindakan ini diambil rakyat akan sedikit boleh menerima tindakan ubah suai belanjawan itu nanti.

Sekian ;

che'GuBard, SAMM

2 comments:

  1. Anonymous10:05 PM

    Betullah bad ..patut amik kau je jadi penasihat ..cepat sikit negara ni melingkup ..

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:40 PM

    Azmin = Hadi = Umno...

    Azmin cerdik main dua kolam...dgn mahathir dia cium tangan dengan rosmah dia cium tangan...

    Hadi ni je bebal ikut bontot najib.. maknanya terjun najib terjun lah hadi...

    ReplyDelete