Sunday, January 31, 2016

Belum selesai menjawab 'facelift' (ubah suai ringan) pintu gerbang RM9.8juta kini muncul pula projek 'baharui' kubah masjid RM32.4 juta

Catatan Umum
31 Januari 2016

KUBAH MASJID RM32.4j SELANGOR MENERUSKAN PEMBAZIRAN

1. Belum habis rakyat kecewa dengan pembaziran projek 'facelift' (ubah suai ringan) pintu gerbang dengan nilai RM9.8juta kini muncul pula projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4j

2. Ia sebahagian yang tercatat dalam belanjawan Selangor. Sebenarnya belanjawan Selangor banyak perkara dan perbelanjaan pelik malangnya ADUN khususnya Pembangkang memainkan peranan sebaik mungkin maka banyak perbelanjaan pelik terlepas begitu sahaja.

3. Contohnya perbelanjaan melampau untuk hanya projek 'facelift' atau ubahsuai ringan Gerbang Darul Ehsan terlepas dari pertikaian dewan begitu sahaja sehingga ia membazirkan wang rakyat RM9.8j. Namun setelah ramai mempertikaikan maka muncul pula istilah wang tersebut akan dibayar semula dengan wang kutipan derma. Malah Kerajaan Selangor menyebut seolah terpaksa melakukan projek dengan nilai tak munasabah hanya kerana permintaan Istana. Untuk rekod saya telah menjawab secara penuh jawapan balas seorang ADUN Selangor membela pembaziran tersebut dan dua buah persatuan kontraktor dominan juga telah membuat kenyataan mempertikaikan jumlah yang sangat tinggi untuk projek ubah suai ringan pintu gerbang.

(klik tajuk untuk membaca lanjut)


4. Terbaru ialah hujung Mac atau awal April akan dimulakan projek menggantikan kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Saya pertegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan mendesak untuk mengeluarkan perbelanjaan setinggi nilai tersebut dalam keadaan gawat sebegini.

5. Adakah nanti projek ini juga setelah ramai pertikaikan akan turut ditutup dengan kononya sudah ada penderma ? atau sebut sahaja ia kehendak Istana dan tidak boleh dielakkan ?  atau Azmin yang menjadi sekutu kepada Pas yang kini cenderung kepada Umno akan mengalihkan isu - mempertikai pembaziran kubah ini umpama pertikai insitusi Islam di Selangor.

6. Ia pembaziran, ingat kubah membazir bernilai RM32.4 juta itu bukan ajaran dan keperluan Islam pun. Banyak keperluan lain dalam negeri ini harus diutamakan. Jika benar prihatin dengan pembinaan modal insan atau pendidikan seperti yang ditekankan oleh Islam maka bayangkan jika nilai wang RM32.4j itu diberikan kepada isntitut pendidikan bawah kawalan kerajaan negeri seperti UNISEL maka tidak mustahil pendidikan percuma pun mampu terlaksana. Jika diberikan kepada anak - anak muda untuk dilatih dan dimodalkan mereka memulakan perniagaan berapa ratus ribu usahawan muda mampu dihasilkan ?

Jika bercakap soal infra, tahukah kita berapa banyak jalan rosak di Selangor jika wang ini digunakan untuk membaiki jalanraya betapa kehidupan pengundi akan meningkat malah kemalangan boleh dielakkan.

7. Saya sebut tanpa berselindung keegoaan kerajaan Selangor meneruskan siri pembaziran ini akan mengundang kebencian rakyat. Tidak ada bezanya kamu dengan Umno Barisan Nasional dalam perkara ini. Ingat kita pernah mengkritik Mahathir kerana membina kediaman rasmi Perdana Menteri dengan nilai RM200juta ketika negara dalam keadaan gawat dan rakyat susah. Kini apa bezanya kita apabila berkuasa kita meluluskan perbelanjaan RM9.8juta untuk ubah suai kecil pintu gerbang, RM32.4 juta untuk ganti kubah masjid dalam keadaan jika ia disalurkan kepada yang lebih memerlukan maka lebih ramai akan naik taraf kehidupanya.

8. Dalam hal projek balak yang Azmin sebut di media, diberikan secara tender terbuka sedangkan kertas mesyuarat Exco membuktikan sebaliknya saya masih dalam tempoh 'berdiam' sebentar kerana semua dokumen berkaitan telah saya serahkan kepada Lembaga Disiplin PKR. Saya menghormati parti dan memberi ruang Lembaga Disiplin menyelesaikan kerja mereka seperti memanggil Azmin dan seumpamanya. Namun saya tegaskan jika tidak ada tindakan diambil saya hanya ada satu jalan mendedahkan kepada umum dokumen bertaraf 'rahsia rasmi' tersebut walaupun punya risiko dikenakan tindakan dibawah Akta Rahsia Rasmi. Bagi saya ialah pembaziran, salah guna atau lemah urustadbir mahupun penyelewengan harus ditentang secara berani tidak kira siapa lakukan kerana itu didikan gerakan reformasi ke atas saya.

Sekian ;

che'GuBard
Anggota seumur hidup
Parti Keadilan Rakyat.

Wednesday, January 20, 2016

Laporan 'SAMM Ziarah Marikh'

Kerajaan umum aktiviti melombong bauksit digantung selama 3 bulan. Tapi, realitinya aktiviti ini terus berjalan. Jentolak terus beroperasi. Lori-lori pula menggunakan jalan kampung untuk mengangkut keluar bauksit ke tempat simpanan. Pengumuman penggantungan operasi tidak akan bermakna jika pihak berkuasa tidak memantau aktiviti di kawasan perlombongan.

Posted by Media Marhein Online on Saturday, January 16, 2016

Berikut ialah cacatan mengenai lawatan ke Bukit Goh, Bukit Sagu (Pahang) iaitu kawasan utama perlombongan bauksit. 

 1. Pencemaran kesan Bauksit ni isu besar. Negara seperti di Indonesia, Guinea, Ghana, Guiyana , Republik Dominican dan Brazil telah mengharamkan perlombongan bauksit dan menghntikan penghantaran bahan mentah (tanah merah) ke China. Sebelum ini Indonesia merupakan penyumbang lebih 70% bahan mentah ke China yang menjadi antara pemain utama dunia Industri ini. Ketika Indonesia bertindak untuk menjaga alam dan warganya serta mendesak ke arah mewujudkan kilang pemprosesan dalam Indonesia sendiri tiba - tiba Malaysia membuka ruang kapitalis tamak merogol bumi dan memunggah bauksit (tanah merah) ke China. Jelas otak penguasa malaysia jauh terkebelakang dari Indonesia.

2. Kerajaan umum 15 Januari sebagai moratorium 3 bln hanya utk reda kemarahan dan tipu rakyat. Tindakan ini bukti selama ini bantahan rakyat ada asas. Mana mungkin kesan teruk dari aspek (sains) alam sekitar, kesihatan dan sosial masyarakat boleh diperbaiki hanya dalam masa 90 hari.
3. Kes bauksit ini juga bukti tahap pemikiran pengampu dari penjawat awam, ahli akedemik dan pengamal media. Sebelum ini semua kata 'ok'....ikan mati ok..laut merah ok.. rakyat bantah itu hanya tipu tetapi bila Kerajaan Pusat umum tangguh semua ubah nada ini namanya pembodohan tersusun. Tiba - tiba Menteri boleh umum jangan minum air sungai dan makan ikan dari sungai yang terjejas. Termasuk Menteri Besar Pahang terus bangkit isu lombong haram

3. 15 Januari SAMM Kebangsaan telah ke Pahang bergabung bersama SAMM Kuantan untuk satu misi yang kami namakan "Ziarah marikh' SAMM kebangsaan. 

Kita temui :

- Kesan pencemaran (debu merah) yang sangat dasyat, dari atas jalan, ke pusuk sawit, dari dinding bangunan ke air sungai bawa ke laut. Maka untuk bersih kesan perlombongan dalam masa 3 bulan ialah mustahil. Bukan sahaja kesan debu merah tetapi ingat kesan perlombongan bauksit tak terkawal ini beri kesan kepada kesihatan, alam sekitar dan sosio masyarakat juga.

- dalam program 'Ziarah marikh' ini kami kesan kegiatan tidak dihentikan juga. Arahan kerajaan ialah henti kerja 'mengorek tanah merah sahaja. 

Arahan kerajaan cuma henti korek sahaja tetapi tanah merah yang sudah di korek tertimbun di kawasan perlombongan boleh dialihkan ke kawasan yang diistihar 'stock pile'. Ini keputusan bodoh. Tanah bertimbun di kawasan perlombongan tidak akan berkurang kerana mereka tetap curi - curi mengorek dan menimbun tanah juga.

Now apa berlaku mereka curi2 korek dan timbun seolah ia stok tanah lama dan lori mula berjalan cuma tak selaju dan sebanyak dulu. Kini lori perlahan, bersopan sambil 'hon' dan lambai kepada penguat kuasa. Pergerakan jentera besar jelas dlm kawasan perlombongan dengan perlindungan 'tonto'. Itu belum ambil kira lori yang menggunakan jalan tikus lagi.

- melalui wakil rakyat (Barisan Nasional) kononya nak redakan kemarahan rakyat. Mereka telah mengumpulkan operator lombong untuk dikutip duit konon untuk tujuan pampasan bagi rumah dan kedai yang terjejas. Namun menurut dua pemilik kedai di laluan utama lori Bauksit menyatakan cuma dapat sebulan dan kemudian diam sahaja.

- Berkenaan pemilik tanah pula , memang ada pemilik ladang yang sukarela beri tanah mereka untuk dibuat lombong tapi ada yg tersepit dan terpaksa bagi. 

Contohnya bila kiri dan kanan tanah kebun merela dah di korek maka kebun mereka turut terjejas maka mereka terpaksa bg juga utk dilombong. Jika tidak kebuh mereka yang sudah 'tergantung' kerana keliling dikorek akan mati pokoknya malah laluan mengeluarkan hasil ladang juga hampir tidak ada.

Namun ada juga yg tertipu iaitu dengan dijanji wang berjuta. Tanpa sebarang dokumentasi mereka terpedaya beri kebun mereka dimasuki jentera berat selepas dpt RM50,000 deposit. Bukan sahaja pokok sawit musnah tetapi jentera berat turut membuang 'top soil' sedalam hampir 7 kaki untuk memulakan kerja pengambilan tanah merah yang mengandungi Bauksit. Namun apabila mula melombong ada antaranya kurang bernasib baik kerana kononya kebun mereka kandungan tanah merahnya mengandungi tidak berkualiti maka kerja melonbong dihentikan. Mereka ini ditinggalkan begitu sahaja dan orang tengah elak ambil tanggungjawab. Kelompok tertipu ini juga ramai dan sumber pendapatan hilang kerana ladang yang musnah yang ada ditangan cuma deposit yang rata - rata tak sampai pun RM100,000.  Kawasan perlombongan ini ialah kawasan Felda, maka timbul apa peranan FELDA atau FELDA juga menjadi sebahagian dari operasi penipuan ini ?

- penduduk setempat berdekatan kawasan  perlombongan jujurnya dari pemerhatian kami tak berapa kisah kesan saintifik terhadap alam sekitar dan kesihatan. Paling paling pun mereka bising pasal habuk dan debu merah. Yang mereka bisingkan ialah pasal kehadiran lori yang secara tiba - tiba setahun ini sangat banyak. Lori ini pula ketika rehat diletakkan 'ikut suka' termasuk mengganggu laluan masuk ke rumah penduduk dan kebanyakan jalan raya dari Bukit Sagu dan Bukit Goh bertukar menjadi trek lumba oleh lori yang mengejar trip. Tindakan membakar lori ialah protes kedegilan dan gangguan hidup kerana lori yg banyak tiba -tiba dan bukan kerana aktiviti perlombongan tersebut.

- Rakyat di sini keliru amat sedikit yang risau akan kesan terhadap kesihatan dan alam sekitar. Malah kemarahan kerana Kerajaan Negeri (Bn) gagal mengawal perlombongan amat rendah suhunya. Namun kemarahan wujud apabila ramai mempertikaikan peranan Istana kerana papantanda kuning tercatat nama Sultan dan Kerabat dipacak di hampir semua tapak perlombongan.
- lawatan kami menemukan banyak papan tanda menunjukan projek milik keluarga di raja..termasum milik sultan siap warna kuning. Maka menjadi persoalan adakah ia benar milik istana atau tidak ? Jika benar apakah istana tak prihatin hanya pentingkan untung dan tak hairanlah kerajaan Bn gentar untuk bentangkan senarai pelombong seperti didesak ramai.
- jelas pelombong raih keuntungan sangat banyak dan dalam keadaan mereka rosakkan prsekitaran. Tetapi kenapa bila operasi konya dihentikan,  duit rakyat digunakan untuk operasi pembersihan seperti cuci jalan sepatut pelombong termasuk istana yg dikatakan pemilik projek kena keluarlah wang untuk pembersihan. Kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang kononya meyerang Fuziah Salleh dalam isu pelombong harus bayar kos pembersihan telah memusingkan cerita dengan jelas cuba bodohkan rakyat. Rahman Dahlan berkata susah nak kesan pelombong haram untuk tuntut bayaran. Jawapanya pelombong haram mungkin sukar walaupun tahu kamu yang tak mahu cari tetapi bagaimana dengan pelombong yang siap pacak papan tanda kuning , kenapa tidak buat tuntutan ke atas mereka ?

- Kami juga ziarah beberapa keluarga mangsa kemalangan jalanraya yang jalan raya dikawasan tersebut menjadi 'trek lumba' lori. Antaranya kami bertemu suami seorang guru yang mati dalam kemalangan di mana tayar lori yang datang dari arah bertentangan tiba - tiba terkeluar tercampak ke keretanya.

Setakat ini polis tidak lagi selesaikan kes hampir sebulan ini dan pihak pelombong atau pemilik lori tidak tampil pun bukan kata untuk pampasan tetapi maaf pun tidak ada.
Dalam pertemuan tersebut kami menghubungi peguam Sdr. Haijan dari firma guaman Gorbind Sigh. Mereka setuju membantu keluarga ini mendapat keadilan.
Kerana itu rakyat harus sedar, pihak kerajaan mungkin boleh buat aksi depan media seperti mencuci jalan tetapi bagaimana dgn nyawa hilang dan ramai yang cedera lagi kerana perlombongan yang kerajaan gagal berperanan.

Dalam pertemuan itu juga kami bertemu dan berhubung dgn gabungan NGO membela rakyat dalam isu perlombaongan bauksit yang menamakan diri mereka GERAM dan kami bersetuju menyusun beberapa program bersama khususnya jalan kaki Kuantan ke Parlimen yang akan diumumkan dlm masa terdekat.

 
Rumusan :

1. Rakyat perlu mendesak felda tampil perjelas kegagalan dan peranan kerana ia kawasan Felda. Apakah Felda juga mempunyai peranan atau keuntungan dari kegiatan ini lantas mendiamkan peneroka terpedaya.

2. Kerajaan harus umum anggaran kos operasi segera dan kemudian kos sebenar harus dituntut semua belanja operasi pembersihan  dari yang terlibat dalam perlombongan ini. Kos operasi juga seharusnya termasuk tuntutan lebih masa pegawai perbagai agensi yang terlibat.

3. Semua mangsa termasuk mati dan cedera kerana kemalangan lori bauksit, mati di kawasan lombong bauksit tampil membuat tuntutan termasuk mangsa penipuan. Kerajaan harus tegas dalam pembelaan.

4. Kerajaan segera senaraikan semua perloambong terlibat dan umumkan

5. Hentikan sepenuhnya dan haramkan eksport tanah merah keluar dan kerajaan harus main peranan pro aktif bina industri proses bauksit dan industri hiliran ambil contoh Australia dan lain lain negara maju.

6. Kerajaan harus akui lemah dan meminta maaf kepada rakyat. Bukan sahaja gagal mengawal aktiviti perlombongan malah kena ingat Malaysia punya undang - undang dimana menghalang tanah merah dari keluar dari negeri mahupun negara tetapi tanah merah ini diistihar Bauksit maka dibolehkan malangnya Bauksit ini tidak ada peruntukan undang - undang lagi untuk mencukainya maka kerajaan hilang berjuta pendapatan tetapi yang dapat hanya bala kemusnahan kepada rakyat dan alam sekitar.

Sekian.

tulisan : che'GuBard, SAMM


 antara papan tanda tapak perlombongan yang dijumpai







MB Selangor Perlu Bersihkan Nama Seperti KM Pulau Pinang, SAMM Cabar Heret che'GuBard ke Mahkamah!

Kenyataan Media SAMM
20 Januari 2016
MB Selangor Perlu Bersihkan Nama Seperti KM Pulau Pinang, SAMM Cabar Heret che'GuBard ke Mahkamah!
SAMM mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng di atas kejayaan membersihkan nama beliau yang dicemar satu dakwaan yang akhirnya terbukti tidak berasas.
Dakwaan dibuat oleh Nasrudin Hassan kononnya YAB LGE telah menganugerahkan projek pembinaan terowong bawah tanah secara rundingan terus walaupun pihak LGE telah memberi nasihat awal tentang kebenaran dan integriti kerajaan P.Pinang. Mahkamah akhirnya memerintahkan Nasrudin menarik balik artikel tulisannya dan membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada LGE.
Nasrudin disaman atas artikel tulisannya memfitnah Lim Guan Eng dan kerajaan P.Pinang dalam usaha membela Kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim yang dipertikai apabila meluluskan KIDEX, sebuah projek lebuhraya bertol yang jelas bertentangan dengan aspirasi serta janji perjuangan Pakatan Rakyat ketika itu.
Apa yang berlaku di sebalik keputusan Mahkamah Georgetown itu adalah hampir sinonim dengan perkembangan di Selangor. Bezanya, kelantangan che'GuBard menyuarakan skandal balak Menteri Besar Selangor Azmin Ali dalam istilah 'tender terbuka' masih belum diheret ke mahkamah.
Jika LGE dengan berani membawa Nasrudin ke mahkamah demi menunjukkan tiada anugerah rundingan terus (walaupun mempunyai kuasa berbuat demikian) seperti yang didakwa, mengapa tidak Azmin juga melakukan hal yang sama terhadap che'GuBard?
Proses penganugerahan projek melalui tender terbuka merupakan antara perkara asas semangat reformasi dan janji ketelusan dalam pentadbiran yang ingin ditunjuk kepada rakyat. SAMM menegaskan Kerajaan Selangor melalui Menteri Besar dan mesyuarat exconya mempunyai bidang kuasa meluluskan projek tanpa tender terbuka. Namun jika pemberian tender secara rundingan terus (tanpa tender terbuka) ini dibiarkan berlaku, maka kita seolah-olah mengkianati janji kita kepada rakyat. Malah perjuangan Anwar Ibrahim hingga terbenam ke penjara demi mempertahan prinsip menjadi sia-sia.
Azmin Ali selaku ketua kerajaan selangor bersalah kepada perjuangan ini apabila wujud projek besar tidak melalui proses tender terbuka, contohnya skandal balak yang dibangkitkan oleh che'GuBard baru-baru ini. Lebih teruk, apabila Azmin didapati berbohong di media dengan menyebut kononnya balak yang diluluskan itu melalui tender terbuka.
Justeru itu, SAMM dengan ini mencabar Azmin Ali membawa che'GuBard ke mahkamah, supaya dokumen yang dilindungi akta rahsia rasmi mengenai tender terbuka penganugerahan projek balak tersebut mampu dipaparkan sebagai bukti. MB Selangor perlu membersihkan namanya, jadilah seperti Lim Guan Eng.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, January 19, 2016

Tahniah Guan Eng, cabar Azmin buat perkara yang sama

Kenyataan Umum
19 Januari 2016

Tahniah ke atas ketegasan Saudara Lim Guan Eng dan kejayaan membersihkan nama melalui mahkamah, cabar Azmin melakukan perkara sama jika benar betul.

1. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Saudara Lim Guan Eng atas ketegasan beliau mempertahankan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pentadbirannya daripada berhadapan dengan pertuduhan fitnah. Sekadar catatan, Saudara Nasruddin Hassan Tantawi telah disaman atas artikelnya yang membela yang diserang pertikaian umum kerana Kerajaan Negeri Selangor yang dipertikai umum ketika itu apabila meluluskan projek KIDEX iaitu projek lebuhraya bertol yang jelas bertentangan dgn aspirasi serta janji perjuangan ini pada rakyat.

2. Proses penganugerahan projek melalui tender terbuka merupakan antara isu asas atas semangat reformasi dan janji ketelusan perjuangan ini kepada rakyat. Ini bukan isu peribadi Saudara Lim Guan Eng. Saya amat kesal dengan sikap sesetengah pihak yang cuba melabelkan kes ini sebagai perjuangan kelompok Islam melawan Bukan Islam. Ini adalah satu perkara yang sangat melampau, menjelekkan dan amat jumud.

3. Dalam perkembangan yang sama, di Selangor, saya tegaskan memang boleh kerajaan sama ada pusat atau negeri untuk menawarkan kontrak projek bukan melalui
tender terbuka tetapi kita mengkhianati janji kita pada rakyat dan perjuangan Saudara Anwar Ibrahim yang kini merengkok sekali lagi di penjara kerana mempertahankan prinsip.

4. Saya ulangi lagi,  Saudara Azmin Ali selaku Ketua Kerajaan Selangor bersalah kepada perjuangan ini apabila kewujudan projek besar tanpa melalui proses tender terbuka contohnya balak yang pernah saya bangkitkan baru ini. Dan dia berbohong di hadapan media apabila menyebut projek balak itu adalah melalui tender terbuka.

Bukti saya 1. Tiada iklan tender terbuka 2. Dokumen Kerajaan Selangor yang berlabel rahsia

5. Untuk itu saya mencabar Saudara Azmin Ali untuk membawa saya ke mahkamah. Saya akan mendedahkan dokumen "rahsia" Kerajaan Selangor yang membuktikan tidak ada tender terbuka dilakukan. Dokumen membuktikan Azmin berbohong tersebut juga saya telah serahkan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti.

Che'GuBard
Ahli Seumur Hidup
Parti Keadilan Rakyat

Monday, January 18, 2016

Populariti Azmin hanya 11% dikalangan pengundi Selangor - Kajian IDE

24 Disember lepas dalam blog ini cheGuBard menulis mengenai betapa Selangor harus malu dengan P.Pinang kerana billboard Kempen Anwar lebih dahulu naik di P.Pinang dari di Selangor. Klik sini untuk baca lanjut.

Dalam tulisan lepas saya sebut bagaimana cadangan saya mengenai billboard gergasi (unipole) depan penjara Sungai Buloh dibakul sampahkan. Betapa PKR itu sendiri terlepas peluang hebat apabila Obama turun mendarat dikawasan Selangor tetapi dilepaskan peluang ini begitu saja, jika turun saja pesawat Obama melihat Billboard kempen Anwar sepanjang jalan pasti tajuk Anwar disebut di depan umum oleh Obama dan ia bakal menjadi tekanan kuat kepada regim.

isu yang muncul ialah duit dan akan dituduh salah guna kuasa

Apapun akhirnya dua minggu selepas artikel itu ditulis, Ahli Parlimen Selayang menyambutnya dengan menaikkan billboard kempen Anwar berdekatan Hospital Selayang. Namun malangnya beberapa hari selepas itu Billboard itu hilang dengan potongan bersih. Kalau nak buat begitu pasti perlukan kren bukan boleh main rosak dan lari. Siapa yang buat ? Kawasan ramai lalu lalang ia perlu dilabel pihak berwajib baru selamat kerja nak buka billboard besar Anwar itu.

Baru 11.30 malam tadi dinaikkan satu lagi billboard besar Anwar dan kali ini pula di Saujana Impian, Kajang. Adakah perkara yang sama akan berlaku terhadap billboard Anwar ini juga ? 


Apa pun tahniah kepada team yang terlibat naikkan Billboard Anwar ini di Kajang dan di Selayang sebelumnya. Usaha ini kena berterusan. ADUN lain juga jangan sombong dan melihat perkara ini tidak penting.

Ingat tak pasal sebuah institut (IDE) yang saya sebut dibayar gunakan wang rakyat Selangor untuk membuat kajian kononya mengenai persepsi rakyat Selangor mengenai politik. Kajian ini tanpa berselindung sengaja membangkitkan persoalan seperti DSAI harus bersara dari politik kerana telah dipenjara dan faktor kesihatan, PKR didominasi keluarga Anwar, Anwar harus menyerahkan kuasa kepada pemimpin lebih muda segera,sumbangan DSAI tidak diketahui ganerasi kini dan perbagai soalan pelik termasuk membunuh sahabat politik dari parti Amanah. Tujuanya mudah secara tanpa sedar Anwar sedang dibunuh politiknya dengan lengkap.

Dengan bajet yang besar (data belanjawan Selangor 2016 IDE mendapat RM5juta) maka 1500 orang  dari perbagai sektor masyarakat brjaya dijadikan sampel, namun badan yang duduk dibawah dagu Menteri Besar ini terpaksa mengakui rumusan faktor porla pengundian rakyat Selangor dipengaruhi oleh hampir 65 % akan mengundi kerana kelemahan dan kepincangan Barisan Nasional, 45 % akan mengundi kerana faktor kezaliman terhadap Anwar Ibrahim dan ketokohanya dan hanya 11% akan mengundi kerana faktor Menteri Besarnya.

Walaupun berjuta digunakan untuk menaikkan imej Menteri Besar malangnya imej populariti Menteri Besar termengah - mengah hanya bermain pada angka 11%. Ingat ketika tahun pertama dan Kedua Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar popularitinya bermain pada angka 60% tahun pertama dan kedua dan berikutnya turun sedikit. Ini fonomena biasa mana -mana ahli politik tahun pertama pasti tinggi dan tahun berikutnya akan turun sedikit. Malangnya Azmin memulakan tahun pertama pemerintahanya dengan hanya 11% popularitinya sahaja.

Yakin antara sebab populariti yang sangat teruk antara sebabnya ialah kerana bersungguh mempertahankan hubungan dgn Pas dan mengkianati gabungan politik baru Pakatan Harapan dan usaha berlebihan berbentuk gimik semata - mata seperti panjang lori sampah, spray racun serangga dalam bas sekolah dan seumpamanya sehingga menyebabkan pengundi menyampah.

Maklumat ini tidak dibentangkan kepada media dan umum tetapi pimpinan kanan parti mengetahui maklumat tepat kajian ini. Kepada wakil rakyat khususnya PKR Selangor walaupun perbagai cara Azmin dan kuncunya lakukan untuk menutup populariti Anwar tetapi pengaruh Anwartetap besar dikalangan pengundi Selangor.

Hujung sekali nak rakam terjumpa sepupu lama tak bertemu... dia menceritakan hadir majlis kahwin kenalanya yang rupanya anak kepada Rahim Ghouse baru ini .... dia menceritakan di mana majlis bertukar emosi bila pengantin sendiri dalam ucapannya kepada yang hadir imbau pengalaman nya bersama Uncle Anwar... pengantin sebut dia bahagia dan bersyukur cuma tak boleh selindung sedih kerana insan yang keluarga mereka kenali dan dia sendiri kenal sejak kecil terpenjara terinaya....

Berbeza dgn Majlis kawin anak MB... mereka jemput Mahazalim dan MB berucap puja puji Mahazalim dan pemimpin - pemimpin Umno yg hadir termasuk Muhiyuddin tanpa sepatah mlm kenduri mewah itu disebut nama Anwar Ibrahim.

jemput juga membaca 13 Disember serlahkan wajah sebenar Azmin (anak angkat Mahathir),klik sini

Buang 9 (elaun) penasihat patut keutamaan 'ubah suai' belanjawan

Catatan Umum

18 Jan 2016

8 Januari lepas Perdana Menteri telah mengumumkan akan melakukan 'pengubah suaian' dalam belanjawan negara 2016. 

Ketika Bajet 2016 dirangka dan diumumkan harga minyak dunia sekitar US $48 setong tetapi kini minyak bermain pada kadar US $30 setong, oleh kerana kebergantungan negara pada hasil minyak ini amat tinggi maka kesan penurunan harga minyak ini akan menyebabkan negara kekurangan pendapatan untuk melaksanakan belanjawan yang telah diumumkan.

Malah menurut beberapa pandangan pakar ekonomi dunia menyatakan harga minyak mungkin akan boleh turun lagi. Soalnya sekarang apa yang akan diubah suai nanti, itu ramai yang agak risau.

Dalam keadaan sekarang GST yang dikatakan penyelamat pendapatan negara sudah diumumkan tidak akan dinaikkan.Tentu pening kepala pasukan Kementrian Kewangan memikirkan bagaimana nak melakukan pengurangan tanpa banyak mengusik kepentingan rakyat terbanyak.

Cadangannya mudah lihat dulu ke dalam 'Putrajaya' itu sendiri.

Pertama sekali ialah Najib mempunyai 9 orang penasihat dan duta khas yang bertaraf menteri dan kemudahan elaun mereka juga bertaraf menteri kanan. Mereka ialah Abdullah Mad Zin (penasihat Agama), Zainal Abidin Osman (Penasihat koridor utara), Rais Yatim (penasihat Budaya), Shahrizat (penasihat wanita), Noh Omar (Penasihat Selangor) dan Shaziman Mansor (Penasihat Politik). Kemudian ada pula duta khas bertaraf Menteri iaitu Samy Vellu (India), Ong Ka Ting (China), Tiong King Sing (Jepun, Korea dan Taiwan).

9 orang ini dengan gaji, elaun, kemudahan setahun sekitar lebih RM10juta wang negara pasti hangus kerana menanggung 9 penasihat dan duta khas ini. Cadang ini yang patut dijimatkan dahulu.

Kemudian saiz 36 orang anggota kabinet untuk penduduk tak sampai 30 Juta orang adalah angka yang sangat tinggi. Harap Perdana Menteri ambil peluang ini untuk kecilkan saiz Kabinet yang jelas membazir wang rakyat. Inimasa sesuai singkirkan anggota Kabinet yang tidak kompiten.

Percayalah jika tindakan ini diambil rakyat akan sedikit boleh menerima tindakan ubah suai belanjawan itu nanti.

Sekian ;

che'GuBard, SAMM

Undang - undang agama di Malaysia juga pilih 'bulu'

Kenapa Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha susah sangat mahu mengulas mengenai pertandingan Miss Tourism  Antarabangsa 2015 di Melaka yang keputusannya akan diketahui hari ini?

 Komen sekadar "yang itu biarlah" sama sekali tidak mencerminkan nilai yang baik dari segi hukum agama. Kalau haram, katalah haram dan kalau halal pula, katalah halal. Kalau dalam isu vape begitu pantas pemimpin agama mengatakannya haram, kenapa jadi berat mulut berkenaan ratu cantik?

Apakah  dengan mengatakan "yang itu biarlah" bermakna pertandingan ratu cantik bukan saja boleh diadakan di Melaka, bahkan juga sudah bebas di mana-mana di negara kita selepas ini? Adakah sekarang antara halal dan haram sudah ada komprominya?

Betullah lebih baik bubar saja JAKIM yang mentedarah duit rakyat berjuta ni.


Adnan ada maklumat KL akan diserang pengganas ?1

Catatan Umum

18 Januari 2016


Malam tadi menonton Berita Awani 7.45 mlm dan kemudian Buliten Utama (TV3) 8.00 mlm , dua maklumat bercanggah diperolehi.

Satu saluran menggunakan 'nas' dari Ketua Polis Kuala Lumpur dan satu lagi saluran gunakan 'nas' dari Menteri Wilayah. Polis engan jelas menafikan wujud 'fakta' ancaman serangan pengganas di beberapa tempat di KL , malah Polis nasihatkan orang ramai jangan sebar maklumat kononya ada beberapa tempat akan diserang pengganas. Manakala Adnan Mansor, Menteri Wilayah yang juga Setiausaha Agong Umno dengan jelas menyatakan dia ada maklumat yang beberapa tempat seperti Seri Hartamas, Bukit Bintang, Bangsar...antara kawasan ancaman pengganas.

Dua fakta berbeza, apa 'link' yang Adnan ada dengan pasukan pengganas sehingga dia tahu kawasan mana sedangkan polis nafi ada maklumat.


Kalau orang lain (pembangkang) yang bercakap seperti nada Adnan Mansor, mesti Khalid, Ketua Polis dah arahkan ambil kenyataan dan disiasat dibawah akta hasutan sebab menimbulkan keresahan awam kononya.

Rumusannya mudah :

  • Memang dah jadi trend menteri keluar kenyataan lepas tu balik rumah baru pikir
  • Undang - undang negara ni sentiasa memilih 'bulu'
Sekian ;

che'GuBard, SAMM


Sunday, January 17, 2016

MeMO - Media Radikal anda



15 Januari lepas telah lahir sebuah media yang dikenali sebagai Media Marhaen Online (MeMO). Media ini setakat ini boleh diakses melalui https://www.facebook.com/MediaMarhaen sahaja.

Fokus media ini ialah ini ialah menyemarakkan budaya perlawanan secara radikal. Sesuai dengan itu maka antara projek video awal media ini ialah mengajar rakyat melawan kapitalis menindas yang terdiri dari kroni regim penguasayang bukan saja dapat peluang dan kekayaan mudah tetapi terus rakus menaikkan kadar tambang atau caj. Maka projek pertama pasukan ini ialah mengajar rakyat memasuki LRT tanpa bayar tiket. Baru sahaja sehari disiarkan sudah ada pembaca yang menghantar pula video mengajar rakyat bagaimana melanggar tol dan yakin akan terus menerima banyak lagi video perbagai perlawanan.

Begitulah media ini beroperasi rakyat bebas menghantar video dan akan diproses untuk dipertontonkan kepada semua. Bukan sahaja video aksi tetapi video kenyataan rakyat mengulas perbagai isu. Contohnya anda bangun pagi membaca akhbar ada diumum dasar atau kenyataan menteri yang menindas, jangan tunggu ahli politik membidas, selaku rakyat bangun sendiri. Guna handphone anda rakam kenyataan dan seru kebangkitan rakyat yang lain.

Ini media radikal kita. Tak kira siapa tapi fakta dan perlawanan yang penting. Lawan sendiri tegakkan hak dan suara kita.

Baru dua hari dilancarkan pages FB https://www.facebook.com/MediaMarhaen sudah dicapai oleh 29,000 pelayar FB. Kepada anda semua jemput klik dan tekan 'like' untuk bergabung dengan media radikal anda.

Terbaru juga ialah video membuktikan masih ada operasi Bauksit di Kuantan melalui jalan tikus dan pengumuman pemberhentian itu hanya wayang sahaja.

Sempadan yang barai

Catatan Umum

18 Januari 2016

Takziah buat negara besar Indonesia atas kejadian serangan bom di tempat awam beberapa hari lepas di Jakarta. Kepada semua ditegaskan ia tidak ada kena mengena dengan Islam kerana bukan sahaja Islam tetapi tidak ada agama yang menghalalkan pembunuhan awam dan aktiviti bunuh diri bagi membunuh orang awam. Moga Indonesia terus tabah dan bangkit segera, takziah juga kepada semua yang terlibat sama ada mati, cedera atau terjejas pencarianya.

Namun dunia juga harus sedar bahawa penindasan dunia kapitalis hari ini telah menjadikan dunia ini sakit dan tidak stabil dan ia penyumbang kepada kejadian - kejadian pelik seperti pengeboman di tempat awam. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mahu semua melihat penindasan dunia hari ini dan yakin sifat benda hidup jika terhimpit teruk maka pertimbangan mungkin akan hilang dan ia punca perlawanan dalam perbagai bentuk.

Di Malaysia sendiri keadaan ini harus diberi perhatian.

Sejak semalam tersebar kononya beberapa kawasan tumpuan di Kuala Lumpur tidak selamat. Ancaman ini harus diambil beratoleh semua pihak, ia isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Berita di media menunjukkan bahawa anggota keselamatan ditempatkan di perbagai tempat dan kawalan diperketatkan. Namun persoalan muncul adakah kawalan sempadan ini benar - benar bermakna buat masa ini dalam keadaan sudah berjuta warga luar yang mendapat kewarganegaraan melalui jalan istimewa.

Akui sajalah berapa ramai sudah warga asingyang berjaya membeli kerakyatan negara sama ada ia diberi secara pukal bagi mempergunakan mereka dalam pilihanraya atau mereka membeli secara runcit.

Imej di bawah ini tersebar melalui FB harus diberikan perhatian dan yakin ia bukanlah kes terpencil tetapi banyak sudah berlaku. Tanyalah siapa pernah naik pesawat penerbangan ke negara jiran Indonesia menjelang cuti perayaan bagaimana mereka naik bersama mereka yang bila ditanya mengatakan balik bercuti ke kampung halaman tetapi mereka ini memegang pasport Malaysia.


Rasuah musuh no.1 negara. Lihat keratan berita di bawah ini pula bagaimana seorang yang menggelar dirinya sebagai maharaja Kinta. Lihat perenggan berita yang menyatakan beliau merasuah seorang lelaki bagi menukar nama dalam MyKadnya dengan memasukkan gelaran "YM Datuk Seri Paduka Raja"






Sedarkah kita sehingga kini berapa ramai lagi Masyarakat India termasuk Masyarakat Pribumi yang lahir di Malaysia gagal mendapatkan kad Pengenalan Malaysia (taraf warganegara) dan dalam masa itu berama ramai warga asing mendapat taraf warga negara dalam perbagai cara. Lihat contoh surat beranak di bawah ini , ia pelik bukan ?


Sesungguhnya kita tidak belajar langsung dari kejadian pencerobohan Lahad Datu, antara punca bahana itu ialah projek IC Mahathir yang membawa masuk secara berbondong - bondong warga Filiphina khasnya menjadi warga Malaysia untuk meastikan mereka boleh menjadi pengundi bagi mememangkan Bn. Kenapa sehingga ini negara terpaksa mengabiskan berbilion wang rakyat termasuk mewujudkan ESCOM, perintah berkurung dan sebagainya hanya kerana kita gagal kenal pasti siapa sebenar musuh. Ini kerana sebahagian besar warga asing yang menjadikan sempadan peraian negara sebagai padang permainan mereka terdiri dari mereka yang turut ada Kad Pengenalan Malaysia.

Tak guna kita perketat sempadan dalam masa yang sama sebenarnya kebocoran bukan di pintu sempadan tetapi di Putrajaya sendiri. Bila wujud ancaman pengganas sebenarnya kita dalam keadaan cukup 'blur' kerana siapa sebenar yang akan menyerang kerana mereka sudah berada di kalangan kita dalam bilangan yang cukup ramai.

Sekian.

che'GuBard
Pengasas,
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, January 14, 2016

Kerana Azmin parti berpecah


Catatan terbuka
14 Januari 2015
Setelah hampir dua minggu pimpinan AMK pusat menjadikan PKR bahan ketawa umum , akhirnya Ketua AMK muncul mengesahkan sesuatu yang serius sedang berlaku dalam  PKR.
7 Januari lepas exco AMK pusat Halimah Nasoha membuat kenyataan terbuka menggesa Pimpinan kanan parti campur tangan pertembungan Azmin dan cheGuBard. Dia mengakui pertembungan ini menjejaskan parti dan turut mencabar jika Azmin benar tidak menipu apabila mengatakan ada tender terbuka dalam kes balak yg dibangkitkan sila seret cheGuBard ke mahkamah krn menfitnah.
Beberapa pimpinan AMK didedahkan melalui imej screen shoot aplikasi whats app komunikasi AMK menyerang Halimah dengan lucah,seksis dan menghina wanita. Malah turut memuat naik gambar peribadi dia bersama beberapa wanita lain yg dipercayai diambil.dari kelas zumba.
Ini sangat mengaibkan, ia turut melibatkan keluarga wanita lain yg turut diaibkan dan sudah tenti imej AMK selaku pimpinan muda PKR mula dipandang rendah.
Beberapa jam selepas terdedah imej itu, Halimah telah mengetahui dia dipecat melalui kenyataan media Timbalan Ketua AMK yg cukup dikenali sebagai pembodek Azmin.
Selaku exco yang menang bertanding jelas Timbalan Ketua AMK memecat Halimah dengan cara salah.
Panik diserang di media, Timbalan Ketua AMK Selangor cuba memutar belit dgn mempergunakan agama kononya mereka tak hina wanita tp minta halimah tutup dada (aurat) dulu. Tanpa mereka sedari ini lebih menyebabkan AMK dilihat sinis.
Namun mereka tak terhenti begitu pimpinan AMK masih memberikan komen fb yg lucah dari antaranya dari naib ketua amk kelang.
Ramai juga tertanya kenapa jadi begini ? Penjelasan yg ada mudah, pertama apabila Azmin hanya menjadi pemimpin menjaga kelompok tertentu saja maka parti berpecah. Ini yg jadi pada AMK apabila wujud kelompok pembodek Azmin yg tak hormat organisasi dan sentiasa menguatkan lelompok sendiri sahaja bukan organisasi.
Kedua maka kelompok pembodek dalam AMK panik Azmin diserang dan jelas kantoi menipu maka semua pelik terjadi termasuk melucah dan menghina wanita.
Saya simpati dan sedih dgn apa berlaku. Parti harus bertindak tegas. Namun tidak mahu apa berlaku mengalihkan usaha mengasak kerajaan selangor utk terus berada pada garis dan lunas reformasi.
Kepada semua saya pertegaskan ini bukan persoalan politik atau perbezaan pendapat dalamn parti tapi ini soal reformasi dalam kaedah tataurus atau pengurusan kerajaan negeri.
Persoalan tuntutan reformasi bukan sekadar merubanh kerajaan tetapi kaedah pengurusan yang lebih telus, efisien dan bertanggungjawab kepada rakyat yang telah memberikan amanah dan pengharapan kepada KeADILan dalam melaksanakan agenda reformasi secara menyeluruh.
Kaedah reformasi dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah Keadilan/Pakatan Harapan sepertimana yang digagaskan oleh DSAI menegaskan tentang prinsip2 dasar ke arah ketelusan, pertanggungjawaban dan keberkesanan (effisien) dalam memenuhi tuntutan amanah rakyat yang inginkan perubahan. Jangan khianat prinsip ini, walaupun Anwar terpaksa merengkok di penjara bagi mempertahankan prinsip-prinsip reformasi.
11 Jan lepas saya telah hadir sesi pendengaran terhadap aduan yg saya buat ke atas Azmin Ali. Sejak kali pertama 2010 sudah berpuluh aduan disiplin saya buat namun dibawah pengerusi Jawatankuasa Disiplin yg baru ini, barulah kali pertama aduan saya diproses dan didengari. Saya telah menyerahkan beberapa dokumen bukti termasuk dokumen berlabel rahsia yg membuktikan Azmin menipu bila menyatakan balak tersebut diberi secara tender terbuka.
Sekian.
che'GuBard
Anggota seumur hidup PKR

Saturday, January 09, 2016

terbitan semula Warkah terbuka buat Agong : sempena desakan bebaskan ADUKA (Khairul Nizam)

SAMM desak pembebasan Aduka dan menegaskan mengkritik bukan jenayah.
Gambar pagi ini dia mencium anak dan isterinya yg dalam pantang dgn sepersalinan lokap dan tangan bergari ke belakang menghantar isyarat LAWAN yang harus disambut oleh semua. Sempena penahanan aduka saya terbitkan semula artikel yg pernah saya tulis 2010.

Dimana artikel ini mendapat 17 laporan polis antaranya oleh pemuda umno
Warkah terbuka kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong : 'hepi besday, sir !'
Daulat Tuanku !! 

Rasanya tak terlambat untuk cheGuBard mengucapkan salam selamat sempena Hari Keputeraan Tuanku DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong pada 4 Jun lepas. Alhamdulillah rakyat telah dikurniakan cuti untuk beristirehat bersama keluarga dari kesibukan tugasan semasa sekurang - kurangnya sehari berkat Hari Keputeraan Tuanku.
Sempena hari Keputeraan juga telah terkunia bukan sedikit pingat - pingat kepada perbagai jenis manusia dari dalam dan luar negara yang hidup dan tak dilupa telah meninggal dunia dengan membawa perbagai gelaran kurniaan raja. Harapnya kurniaan pingat ini hendaknya atas jasa mereka ke atas negara ini bukanlah kerana kedudukan mereka atau lobi pemimpin tertentu regim parti penguasa. Agar nanti apabila dia bertukar parti tidak ditarik semula pingatnya seperti Chua Jui Meng mantan memanda Menteri. sila klik sini 
Sempena Hari Keputeraan Tuanku cheGuBard selaku anak muda yang berdiri atas nama sebuah perkumpulan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan taat setia kepada Tuanku dan institusi beraja dalam negara berdasarkan perlembagaan negara.
Cuma selaku anak muda tidak dapat diselindungkan kekhuatiran memikirkan bagaimana untuk memastikan terus institusi beraja kebanggaan orang Melayu dan seluruh rakyat Malaysia ini dapat terus berkekalan.
Ketika Tuanku dilantik bukan sedikit harapan khususnya anak muda Malaysia terhadap Tuanku selaku pewaris yang agak muda dan berpendidikan dalam mereformasikan institusi beraja dan memberikan nafas baru membentuk persepsi yang lebih menyakinkan dikalangan anak muda. Sudah tercapai atau tidak mungkin tuanku sendiri ada jawapanya.
Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.
Mainkanlah peranan sewajarnya di tengah masyarakat yang makin kalut dan kusut. Tuanku sewajarnya jangan takut gunakan kuasa demi kepentingan rakyat. Janganlah hendaknya ada sedikit rasa gusar terhadap regim penguasa. 
Dalam perkara Islam dan Melayu setakat ini cheGuBard dan SAMM bersetuju peranan terus dimainkan oleh Raja Melayu sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu. Namun khuatir juga sejak kebelakangan ini banyak sangat penggunaan nama istana diselewengkan dalam perkara ini. Mutaakhir ini, malah banyak 'kenyataan' dan 'titah' juga mula diselewengkan.
Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli. cheGuBard mencadangkan demi mempertingkatkan martabat dan terus mendapat penghormatan selaku Ketua Penguasa dalam perihal agama dan adat istiadat maka Raja Melayu itu sendiri harus diperkasakan lagi. Sesiapa juga yang menjadi Ketua Penguasa Agama seharusnya tahu dan mahir dalam bidang tersebut juga. Tiba masanya Majlis Raja - Raja mensyaratkan agar semua tuanku - tuanku Ketua Agama seharusnya sekurang - kurangnya punya Diploma Pentadbiran dan syariah Islam agar mampu memainkan peranan yang lebih efisyen. Tidaklah hanya menerima nasihat dari seorang dua yang punya kepentingan tertentu. Percayalah dengan ini Institusi ini akan lebih dihormati. 
Ingat Institusi ini bukan punya orang Melayu. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat. 
Sekian sahaja dan sekali lagi cheGuBard ucapkan Selamat Hari Keputeraan moga Tuanku dirahmatiNya dan dibebaskan minda serta roh demi menjalankan tanggung jawab demi memastikan keadilan dan kemakmuran dalam negara.

Thursday, January 07, 2016

Sokongan untuk pencalonan Anwar Ibrahim bagi anugerah Nobel Keamanan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Tulisan Umum
8 Januari 2015
SAMM Menyokong Pencalonan Anwar Ibrahim Untuk Anugerah Nobel Keamanan
Anwar Ibrahim bukanlah nama yang asing dalam Malaysia. Nama ini begitu besar dalam merencana tamadun negara bangsa pasca dunia moden hari ini. Siapa tidak kenal akan sosok ini? Daripada kehebatan pidato kepada menjuarai isu demokratik di jalan raya. Daripada pintar hujah agamanya kepada serangan terhadap keperibadiannya. Beliau dihormati kawan dan digeruni musuh.
Tahun 1998 adalah kemuncak kepada perjalanan hebat politik sosok ini. Perlawanan hebat dengan Penguasa tertinggi ketika itu telah menyebabkan dirinya terperosok ke penjara Sungai Buloh. 1998 dan Reformasi bukan satu agenda rahsia. Semua sudah mengetahuinya. Dunia juga ketahui. Ramai yang menganut faham politik pasca 1998. Tak kurang juga yang mengejinya.
Pintar dan hebatnya sosok ini hingga membawa kepada satu perubahan sosio-politik yang tiada taranya dalam sejarah negara bangsa ini. Siapa yang bisa menafi hakikat ini? Terkeluarnya beliau secara paksa dari hierarki penguasa telah mengolah sudut pandang berbeda politik tanahair.
Ramai antara kita memilih untuk mengambil berat soal politik ini pasca 1998. Kerana apa? Kerana karisma Anwar Ibrahim dan garapan-garapan idea reformasi untuk membawa tanahair ini keluar daripada kepompong tirani yang berkuasa puluhan tahun. Fikrah segar yang mencabar pemikir konservatif dan ortodoks.
Gerakan melawan tirani di Putrajaya sama ada gerakan politik kepartian mahupun politik warga telah menerima laba yang cukup besar dari air mata Anwar Ibrahim dan keluarga. Lihat bagaimana badai perubahan melanda negara sedari 1998 hingga kini. Tirani kuasa Putrajaya tidak lagi menempuh jalan-jalan mudah sebaliknya penuh ranjau dan duri. Kini Anwar Ibrahim sekali lagi terpaksa meringkuk di dalam penjara. Rejim Penguasa sekali lagi mencabul kebebasan Anwar Ibrahim sebagai seorang manusia yang merdeka.
Untuk kita menafikan perkara ini juga tidak bisa dan tidak adil. Negara ini tetap berhutang budi kepada sosok Anwar Ibrahim dan keluarga. Justeru itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai sebuah gerakan anak muda Malaysia turut bersama-sama menyokong pencalonan Anwar Ibrahim bagi Anugerah Nobel Keamanan ini. Hakikat yang tidak boleh dinafi, sedikit ruang terbuka pengukuhan demokrasi dan urus tadbir negara ini bermula dengan derita dan air mata Anwar Ibrahim dan keluarga.
Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Jangan berhenti desak , tangguh 3 bulan cuma wayang

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Kenyataan Umum

7 Januari 2016

Penggantungan Operasi Bauksit Adalah Kemenangan Pertama Rakyat

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyifatkan pengumuman penggantungan operasi Bauksit selama 3 bulan adalah kemenangan pertama untuk rakyat Pahang khususnya di kawasan yang terjejas. Operasi perlombongan bauksit ini telah pun berlaku dengan sangat lama tetapi rejim Pemerintah agak perlahan dalam penguatkuasaan sehingga telah meragut nyawa dan memusnahkan kelestarian alam sekitar.

Di saat Indonesia, pengeluar ketiga terbesar bauksit pada tahun 2013 melarang pengeksportan mineral ini, Malaysia pula mencipta peningkatan hampir 1400% iaitu daripada 2040 tan pada tahun 2004 kepada 208,770 tan pada tahun 2014. Walaupun SAMM memahami bahawa industri bauksit ini boleh menjana pendapatan kepada negara, tetapi seharusnya rejim Pemerintah turut mengambil berat soal kelestarian alam dan kesejahteraan kesihatan umum.

Apakah Pemerintah tidak boleh mengenakan syarat ketat kepada pemain industri supaya tidak merosakkan alam seperti yang dilakukan oleh Australia? Mengapa Pemerintah tidak melihat kepada amalan baik pengurusan Bauksit seperti yang dikeluarkan oleh International Aluminium Institute (IAI)? Rejim Pemerintah hanya membiarkan pemain industri ini untuk membuat apa sahaja tanpa dikawal.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuklah agensi dan penjawat awam berkepentingan telah mengeluarkan kenyataan berdolak-dalik yang cuba menyembunyikan kemudaratan perlombongan bauksit yang tidak terkawal ini. SAMM mengecam sikap begini. Hari ini Menteri Kesihatan juga telah memberikan amaran agar rakyat tidak menggunakan bekalan air sungai dan juga makan ikan dari sungai yang tercemar. Namun begitu, bagaimanakah untuk orang ramai dapat mengetahui ikan-ikan ini berasal daripada sungai yang telah tercemar?

Kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kononnya memandang serius dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ekoran wujud unsur-unsur rasuah dalam akitviti bauksit ini juga agak lucu. Cukuplah SPRM menjadi bahan lelucon sebelum ini. SAMM yakin dan percaya perkara ini akan senyap dan hilang begitu sahaja kerana di belakang semua aktiviti bauksit ini wujud kelompok-kelompok individu yang sangat berkuasa dalam hierarki kuasa negara.
SAMM menyeru rakyat Pahang khususnya penduduk Kuantan dan kawasan terjejas untuk meneruskan usaha melawan aktiviti perlombongan bauksit yang tidak terkawal ini. Walaupun kita telah beroleh kemenangan pertama susulan pengumuman penggantungan operasi selama 3 bulan, tetapi percayalah itu hanyalah satu keputusan politik yang bersifat sementara - untuk meredakan kegusaran dan kemarahan rakyat semata-mata. Penangguhan 3 bulan ini adalah usaha untuk menipu rakyat semata-mata dan tidak bererti apa-apa kerana mana mungkin kemusnahan dahsyat ini dapat diperbaiki atau dibersihkan dalam masa 3 bulan.
Rakyat Pahang perlu bersatu menuntut pengharaman pengeksportan Bauksit jika Rejim Pemerintah terus gagal untuk menguatkuasakan peraturan amalan baik industri bauksit ini. SAMM dalam masa terdekat bersama-sama dengan beberapa aktivis sekutu dari dalam dan luar negara akan ke lokasi yang terjejas teruk dengan aktiviti bauksit ini bagi menyusun dan membantu perlawanan massa rakyat.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Wednesday, January 06, 2016

CABARAN AZMIN TUNJUK SAMA ADA DIA TIDAK PAHAM PENTADBIRAN ATAU DIA NAK TUTUP PENIPUAN

KENYATAAN MEDIA
6 Januari 2016

LAPOR SPRM : CABARAN AZMIN TUNJUK SAMA ADA DIA TIDAK PAHAM PENTADBIRAN ATAU DIA NAK TUTUP PENIPUAN

1. Sekali lagi YAB Datuk Seri Azmin Ali gagal menjawab persoalan malah hanya mengelak dan menyerang saya dengan perkataan kasar. Isu wang zakat Selangor yang diagih diluar Selangor melalui pimpinan yang menyokong dia, bukan sahaja tidak ada mekanisma pemantauan malah ia sedikit meretakkan parti kerana wang zakat yang digunakan sebagai menindas bukan penyokongnya dalam parto. Kemudian isu DEIG yang jelas dia menipu dengan penafian DEIG belum berfungsi dan kemudian terbukti dia bohong apabila bocor DEIG mendapat pinjaman bank ketika tempoh masa yang dia sebut belum beroperasi.

2. Isu gerbang pula, dia yang tidak mampu menjawab akhirnya dijawab oleh salah seorang ADUN Selangor, bukan saja menjawab isu tetapi hanya menambah kekeliruan. Dalam kenyataan sebelum ini saya telah membidas satu-satu jawapan ADUN berkenaan. Kini isu penganugerahan kerja pembalakan kepada dua syarikat juga terbukti dia menipu.

3. Panik maka dia hanya mampu guna perkataan kasar mengalih isu, dari perkataan menuduh saya ‘macai UMNO’ depan media, semalam pula dia menggunakan perkataan ‘menyalak’ ke atas saya. Wajah sebenar Azmin makin terserlah dan ia amat memalukan PKR itu sendiri.

4. Sikap Azmin ini diburukkan dengan sikap setengah penyokong yang mengampu secara membabi buta. Contohnya ialah dalam isu pintu gerbang apabila saya sebut sekitar November 2015 lepas, facelift tidak masuk akal dan saya fitnah kata mereka. Sebaliknya Azmin sendiri kemudian mengakui projek tersebut wujud dengan jumlah yang saya nyatakan.

5. Semalam pula apa bila Azmin mencabar saya ke SPRM, maka pengampu terus mengulang cabaran Azmin malah dalam laman social pelbagai perkataan kesat dan kasar digunakan menyerang saya. Mungkin mereka rasa ia tidak salah kerana Azmin juga begitu.

6. Untuk pengetahuan semua, Kerajaan (sama ada negeri atau pusat) dalam perihal memberikan projek atau kerja boleh memutuskan untuk memberikan secara tender terbuka, tender terpilih, sebut harga atau rundingan terus. Malah dalam hal pembalakan ini jelas Seksyen 14 enekmen (pemakaian) akta perhutanan 1985, semua hasil hutan adalah harta pihak berkuasa negeri dan seksyen 16 enekmen yang sama jelas menyatakan pihak berkuasa berhak memberikan hak mengeluarkan hasil hutan dengan apa cara difikirkan sesuai.

7. Maka jelas pemberian tanpa tender bukan kesalahan bidang kuasa SPRM, tetapi pemberian melalui tender terbuka ialah janji ketelusan dan antara asas perjuangan kita yang melawan amalan regim Barisan Nasional.

8. Adakah Azmin tidak memahami perihal pentadbiran ini atau dia sengaja mahu menutup penipuannya. Di tangan saya ialah kertas MMKN yang berstatus rahsia. Tertakluk dibawah undang-undang rahsia rasmi kerajaan, namun dia boleh mengkelaskannya semula. Kerana itu pada 4 Jan lalu, saya mencabar dia mengkelaskan semua dokumen MMKN sebagai kertas umum maka saya akan dedahkan penipuannya.

9. Adakah tujuan Azmin memancing saya ke SPRM menyerahkan dokumen yang saya ada sebagai perangkap untuk mengunci dokumen tersebut di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009pula, dimana menyebut dengan jelas laporan atau bukti yang diserahkan dalam laporan ke SPRM adalah diklasifikasikan rahsia dan salah untuk menerbitkannya semula. Maka jikapun dia berpura-pura berani mengklasifikasikan semula kertas MMKN sebagai dokumen umum tetapi saya akan terperangkap tidak boleh mendedahkan kerana dihalang AKTA SPRM.

10. Isunya ialah dia sebut melalui tender terbuka dan ternyata ia tidak.  Ia bukan kes SPRM.

11. Kepada semua saya pertegaskan ini bukan persoalan politik atau perbezaan pendapat dalamn parti tapi ini soal reformasi dalam kaedah tataurus atau pengurusan kerajaan negeri.

12. Persoalan tuntutan reformasi bukan sekadar merubanh kerajaan tetapi kaedah pengurusan yang lebih telus, efisien dan bertanggungjawab kepada rakyat yang telah memberikan amanah dan pengharapan kepada KeADILan dalam melaksanakan agenda reformasi secara menyeluruh.

13. Kaedah reformasi dalam pentadbiran dan pengurusan kerajaan negeri di bawah Keadilan/Pakatan Harapan sepertimana yang digagaskan oleh DSAI menegaskan tentang prinsip2 dasar ke arah ketelusan, pertanggungjawaban dan keberkesanan (effisien) dalam memenuhi tuntutan amanah rakyat yang inginkan perubahan. Jangan khianat prinsip ini, walaupun Anwar terpaksa merengkok di penjara bagi mempertahankan prinsip-prinsip reformasi.

14. Soal menggunakan media saya lakukan kerana
a. Ia terpakai satu proses yang dibolehkan kerana parti telah mengakui dengan tidak mengambil tindakan ke atas Azmin yang pada tahun 2013 selepas kecewa tidak dilantik MB menyerang Presiden dengan menuduh parti mengamalkan kronisma dan nepotisma.
b. Tiada pilihan lain apabila aduan saya melalui surat kepada parti seawall September lepas berkenaan perkara-perkara ini tidak diambil perhatian, imej parti makin tercalar maka rakyat perlu diperjelaskan bahawa PKR mampu ditegur dan memperbetulkan kesalahan dalam pentadbiran

15. Wahai Azmin jangan mudah mematah kritikan dengan menuduh saya agen Umno, siapa agen Umno sebenarnya? Siapa yang dihadapan keluarga Anwar Ibrahim sendiri dalam majlis kenduri anak kamu secara terbuka kamu sanjung Mahathir bukan sahaja nyatakan air dicincang tidak akan putus bagi menggambarkan hubungan kamu dan Mahathir, malah kamu nafikan Anwar dengan bukan sahaja tidak menyebut Anwar tetapi menyifatkan dari zaman pelajar hingga kini kerusi Menteri Besar Mahathir lah orang yang memimpin kamu. Bukan sahaja Mahathir tetapi kamu turut memuji muja pemimpin-pemimpin Umno yang kamu jemput khas. Umum mungkin juga tidak mengetahui bagaimana secara sulit kamu ‘menyelinap’ ke Seri Perdana sebaik lepas menjadi MB meminta membuka lembaran baru hubungan. Sikap kamu yang hanya mementingkan kelompok penyokong kamu dan mengenepikan yang lain memecah belahkan parti. Malah sikap kamu kini dalam Pakatan Harapan saling tak tumpah seperti sikap Hadi yang Berjaya menghancurkan Pakatan Rakyat. Presiden PKR lancarkan Pakatan Harapan tetapi hari yang sama kamu hina Presiden dengan sebut Selangor tidak ada kena mengena dengan PH dihadapan media.

16. Ramai pimpinan parti bersetuju dengan apa yang saya lakukan namun saya diperingatkan betapa ada usaha yang bersungguh mahu saya dipecat dari parti. Saya pernah ditunjukkan pintu keluar, dihina dan dipijak dalam parti sendiri, saya difitnah meninggalkan parti namun realitinya saya masih disini, saya sayangkan parti ini kerana inilah rumah perjuangan saya. Saya ulang isu korupsi, pembaziran, penyelewengan dan salah laku urus tadbir negara atau negeri harus ditegur dan dibongkarkan. Kita melawan bukan sekadar untuk ambil alih kuasa tetapi untuk menjadi lebih baik dari yang sedia ada. Janganlah perlawanan melawan korupsi, penyelewengan, pembaziran dan salah laku atau lemah urus tadbir itu hanya menjadi slogan semata-mata, ingat…. Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata.

17. Ingatlah pengorbanan Anwar yang sedang terpenjara, jangan rakus dan ego sangat. Kembalilah kepada landasan asas reformasi, rakyat sangat mengharapkan.

Sekian.

che’GuBard
ahli seumur hidup PKR
bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat dan Ketua Cabang Rembau