When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, December 24, 2015
Tahniah kepada Pulau Pinang, Selangor harus malu
Minggu lepas che'GuBard ke Pulau Pinang untuk beberapa urusan berkaitan Koop SAMM Berhad di mana dijadualkan Koop SAMM Berhad sedang berusaha bagi memulakan projek ikan sangkar (laut) yang melibatkan pelaburan bernilai RM1juta. Dijadualkan hujung Januari akan diadakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan semua pihak terlibat.
Melintasi laluan biasa tiba - tiba mata terpaku ke satu imej iklan besar yang tertera imej Anwar Ibrahim. Sungguh menguja dan mengagumkan. Walahpun banyak kritikan padanya namun tidak dinafikan faktor 'x' atau aura dimiliki Anwar masih kuat.
Tahniah kepada semua pihak di Pulau Pinang kerana usaha ini, dengarnya banyak lagi papan iklan besar seperti ini akan didirikan. Tahniah dan terima kasih. Soalnya kenapa Pulau Pinang bukan Selangor ?
Dalam hal ini che'GuBard seawal minggu pertama di tahan sudah mengutarakan cadangan bahawa perlu didirikan satu unipole besar kawasan depan Penjara Sungai Buloh dengan imej Anwar besar ditambah bersama tokoh seperti Yusof Qardawi berserta petikan beliau menyokong Anwar.
Kebenaran harus diberikan segera oleh PBT dibawah Kerajaan Selangor, kalau tak ada buget gaji MB dan Exco yang jumlah lebih RM500,000 sebulan tu potonglah seorang sikit. Wang tersebut berikan kepada pejuang - pejuang muda seperti Fahmi Zainol dan kawan - kawanya. Biar mereka usahakan sampai jadi. Maka biar mereka yang melancarkan dengan ayat, "Perjuangan Anwar akan kami teruskan melawan penindasan. Kezaliman ke atas Anwar merupakan menifestasi penindasan kepada idealisma anak muda, maka perlawanan ini wajib buat semua...bebaskan Anwar, bebaskan rakyat".....
Dengan imej ini bayangkan kita akan 'mold' persepsi semua pegawai penjara, rakyat yang lalu lalang di Sungai Buloh akan sedar di sini pewira negara sedang terpenjara kerana melawan regim zalim....
Bayangkan impaknya....... namun idea ini tak disambut .... saya ajukan bukan kepada seorang pemimpin namun isunya wang dan kebenaran PBT susah nak dapat... dengan jawapan itu saya boleh agak kali ini gerakan pembebasan Anwar menjadi sangat lembab dan lambat....
Sambutan 300 hari Anwar ditahan kemudian yang seharusnya menjadi letusan tekanan yang menarik perhatian dalam dan luar negara akhirnya hanya satu majlis meletihkan dengan kehadiran yang menyedihkan. Dalam pada masa malam yang sama pimpinan PKR tak kira dari Selangor atau luar Selangor sedang berpusu memenuhkan stadium. Bila ditanya jawabnya maaf kami bertanggung jawab kepada negeri... kesian Anwar .. mereka lupa mereka di situ faktor besarnya ialah Anwar... Malah Azmin sendiri perlu sedar tanpa Anwar dia tak ke mana dan bukan sesiapa.....
Sekali lagi idea papan iklan ini che'GuBard utarakan ialah ketika lawatan Obama, Presiden Amerika baru ini. Obama turun di Subang, bayangkan jika dalam perjalanan dia berjumpa Najib di dalam tanah Selangor terpacak penuh imej Anwar bebsar dan gagah mewakili perjuangan rakyat Malaysia maka sudah pasti nama Anwar menjadi sebahagian dari ucapan Obama. Namun seperti biasa jawapanya mana nak cari duit dan kelulusan yang sukar sebab nanti akan dituduh itu dan ini.
Kesian pada Anwar Ibrahim moga dia sedar , inilah kawan - kawan dia yang sedang menikmati jawatan dengan empuk dan lumayan sedang melupakanya. Parti dan gerakan yang kamu bina tempoh hari itu sangat kuat namun kamu sendiri 'zalim' terhadap pejuang - pejuang kamu untuk kamu jamin kedudukan kawan - kawan kamu.
Maaf aku dalam keadaan sangat tidak mampu hanya melihat dari kejauhan ..... Ya memang keadaan ini sudah ku telah dari dulu.... malah depan kawan - kawan ku sebut dulu bila saat ini berlaku aku akan ketawakan Anwar di penjara dan rakan - rakan yang dipayungkan kuning melupakanya....
Namun melihat keadaan kau sedang mengerang kesakitan dan terus gagah melawan gelak itu aku telan.... moga kau sedar Anwar... Moga kau sedar Azizah... Moga kau sedar Izzah... kamu hero rakyat yang menzalimi diri sendiri.....
Moga keadaan tidak terlambat.... Malaysia masih memerlukan Anwar namun syaitan yang berdiri mengangkang menghalang...
Nota kaki : Azizah merupakan proksi Anwar (itu bukan rahsia) , dia mencetuskan Pakatan Harapan bagi mendepani Barisan Nasional setelah Pakatan Rakyat diistihar mati setelah Pas mesra Umno.... Sebaik sahaja diumumkan maka P.P mengumumkan diri sebagai kerajaan Pakatan Harapan sebaliknya negeri yang ditadbir Timbalan Presiden PKR mengumumkan pengumuman Azizah tidak ada kena mengena dengan Selangor....
No comments:
Post a Comment