Monday, October 05, 2015

Beberapa aktivis dan bekas PKR daftar parti baru ?

Catatan Umum

5 Oktober 2015

1. Mendapat pesanan di aplikasi Whats App yang mengakui seseorang dari Pejabat Pendaftar Pertubuhan, Putrajaya pagi tadi memaklumkan minggu lepas ada sekumpulan yang terdiri dari pemimpin dan aktivis PKR (semasa dan bekas) telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk mendaftarkan parti baru.

2. Saya cuba mendapatkan butiran lanjut dan dikenal pasti antaranya ialah individu yang mengaku sebagai Presiden Akar Umbi Keadilan yang kini memegang jawatan sebagai Naib Ketua Cabang, Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Antarabangsa, Bekas Setiausaha Kerja Pemuda Pusat, Bekas Setiausaha Kerja PKR Pusat dan beberapa orang lain yang turut masih memegang jawatan di peringkat pusat.

3. Cuma pelik kerana apa relevanya tindakan ini ? Ramai mungkin menuduh mereka agen Umno tetapi jika ia usaha musuh kenapa dibuat secara senyap ?

4. Setelah siasatan lanjut dihidu kemungkinan ia usaha terancang dan kemungkinan turut melibatkan sekutu lain parti pembangkang. Setakat itu sahaja maklumat di perolehi. Terima kasih kepada pemberi maklumat yang memberi gambar curi dan menangkap imej permohonan tersebut secara sulit.

12 orang hadir dan ini 3 daripadanya yang sempat pemberi maklumat ambil gambar mereka.
5. Adakah PAS terlibat ? Adakah ia kena mengena dengan proses rampasan kuasa kartel Azmin yang mengasak Mesyuarat MPP Khas mempertikaikan tindakan Presiden dan kemungkinan wujud undi tidak percaya ?

6. Saya mengingatkan diri sendiri dan semuanya, Umno dan Bn itu tidak kuat namun dalam sejarah membuktikan lawan berpecah dan lemah menjadi kekuatan regim. Hati - hati dengan "trojan Hourse"....

Sekian

che'GuBard

No comments:

Post a Comment