Thursday, September 17, 2015

lagi kegusaran mengenai DEIG

Catatan Umum

17 September 2015

TIBA - TIBA AZMIN KITA BANGGA AZMIN DISUCIKAN SPRM

Ketika begitu banyak persoalan DEIG dibangkitkan tiba - tiba dengan segera SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa DEIG 'bersih dan suci" ini tidak pelik jika anda mengamati perkembangan politik negara, bagaimana SPRM dilihat begitu pro Mahathir dan jika dilihat kaitan Azmin dan Mahathir maka tidak hairanlah SPRM tiba - tiba dengan pantas mensucikan DEIG.

Lucu juga apila ada pembela Azmin bersungguh - sungguh menggunakan pengumuman SPRM sebagai perisai hebat. Lupakah kita SPRM yang sama yang kita tuduh cuba menggulingkan kerajaan negeri, sprm yang sama juga telah kita tuduh membunuh Teoh Beng Hock ?

Berkali kali saya baca mengenai DEIG sehingga kini saya masih gagal memahami apa pentingnya DEIG ditubuhkan secara sulit dan tergesa - gesa. Dengan aset yang bernilai berpuluh billion disandarkan kepada DEIG ia sesuatu yang besar yang seharusnya pimpinan parti dan wakil - wakil rakyat sekutu dimaklumkan sepenuhnya bukan terping pinga setelah perkara ini terdedah.

DEIG ditubuhkan kerana kegagalan MBI untuk memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri tetapi DEIG ditubuhkan dengan lembaga pengarahnya ialah MBI cuma bezanya ia tidak terikat dengan mana - mana undang - undang untuk diakses laporanya melalui Mesyuarat Exco atau Dewan Undangan  Negeri. Mengapa ? adakah tumpuanya ialah mesulitkan semua transaksi perniagaan selepas ini termasuk komisyen dan lain lain ?

Tumpunan menjadikan UNISEL dan Yayasan Selangor sebagai elemen perniagaan membuat keuntungan amat menggusarkan. Ia jelas bercanggah dengan iealisma parti mahupun gabungan Pakatan Rakyat sebelum ini. 

Idea kerajaan perlu berniaga dan semua benda harus bersifat keuntungan menambah kegusaran. Konsep neoliberal secara terang diamalkan... walaupun dgn Alasan ia bagi program kebajikan... tetapi yg salah janganlah halalkan. Adakah pendekatan capitalist welfare Cuba diamalkan oleh Azmin? Tahukah Azmin dunia sedang menugu kegagalan sistem kapitalisma ini ? Jika inilah tumpuan Azmin maka ruang rasuah terbuka Luas dan rakyat hanya dilihat sebagai pasaran yang lazat.

Saya masih ternanti pengumuman penuh dan penerangan sebenar disebalik perjanjian air versi Azmin dan bagaimana dengan nasib skim air percuma (adakah diteruskan) dan bagaimana pelaksanaan mengagihkan saham air kepada rakyat Selangor.

Kita mendapat mandat dari kegagalan Bn yang menjadikan sistem 'JV' tetapi baca dengan tepat sistem orang tengah memuncak. Tetapi kini nampaknya ia terbuka luas.

DEIG sendiri memulakan langkah dengan terpalit agihan jutaan nilai zakat yang jelas tidak adil dan meragukan. sila klik untuk membaca isu agihan zakat.

Kini saya juga telah menghantar surat memohon lembaga disiplin parti mengambil tindakan bagi membetulkan keadaan dan masih menanti maklumbalas. sila klik untuk baca surat terbuka Lembaga Disiplin PKR

No comments:

Post a Comment