Thursday, September 10, 2015

Aduan Disiplin ke atas YAB Azmin Ali.

10 September 2015

Kepada ;

Ybhg. Dato’ Janeral (B) Abdul Hadi Abdul Khatab,
Pengerusi,
Lembaga Disiplin Parti Keadilan Rakyat,
A-1-09, Merchant Square,
No.1, Jln Tropicana Selatan 1,
47410 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Ybhg Dato’ ;

ADUAN DISIPLIN KE ATAS YAB AZMIN ALI, TIMBALAN PRESIDEN PKR

Adalah dengan ini perkara di atas dirujuk.

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Dato’ kerana menarik semula penggantungan yang saya sifatkan sebagai tindakan tidak sah. Ekoran penarikan penggantungan itu saya telah membuat kenyataan terbuka meminta respon Dato’ , bersama surat ini dikepilkan kenyataan saya. Sila klik http://chegubard.blogspot.my/2015/08/respon-status-keanggotaan-pkr-chegubard.html?m=1

2. Saya dengan ini ingin membuat aduan rasmi meminta tindakan disiplin dibuat ke atas YAB Azmin Ali kerana tindakan beliau membuka entiti yang dinamakan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) jelas memberikan peluru kepada pihak musuh dan sukar dipertahankan. Di dalam keadaan kita menyerang Umno, Bn khususnya Perdana Menteri Malaysia sendiri dengan isu seperti 1MDB maka apa yang harus kita jawab apabila Azmin mewujudkan entity hampir sama di Selangor. Azmin juga dalam hal ini dilihat membelakang parti. Antara sebab Tan Sri Khalid Ibrahim disingkirkan ialah kerana membelakangkan parti dan ini diulangi oleh Azmin. Bukan sahaja parti tidak dimaklumkan menyebabkan bila perkara ini timbul maka parti berdepan masalah malah wakil rakyat PKR dan sekutu di Selangor juga tidak mengetahui perkara dalam kedudukan sebenar sehingga perkara ini didedahkan. Saya juga punya bukti di mana kenyataan belia menjawab isu DEIG bersifat tidak betul.

3. Azmin semenangnya sering menyalah guna media sosial. Malah dia pernah menyerang Presiden parti, Ketua Umum secara terancang di media sosial. Dia sendiri pernah keluar di media perdana menyerang Presiden. Aduan telah dibuat tetapi sehingga kini tidak ada tindakan dan jelas kerana kelemahan lembaga disiplin bertindak dia terus mengamalkan perkara ini. Banyak kenyataan dia bercanggah yang meletakkan parti dalam keadaan tidak ada pendirian tetap ada pandangan umum. Ketika PAS masih berteka teki, GHB (atau kemudian dikenali sebagai AMANAH) dilihat lebih mesra PKR tetapi dia membuat kenyataan sebaliknya dengan mengatakan gabungan baru nanti akan bersama PAS. Umum melihat jika PAS masih bersama apa gunanya PR dibubar dan wujud pakatan baru. Umum melihat betapa kartunya kita kerana Azmin yang suka bercakap di media tanpa berfikir. Azmin ialah Timbalan Presiden bukan Ketua Cabang, maka dia harus berdisiplin di media. Terbaru dia telah bergaduh secara terbuka dengan pimpinan parti sekutu di media sosial.

4. Aduan ini juga dibuat berkenaan dengan agihan wang bantuan sempena Ramadhan dan Aidulfitri (2015) yang diagih Azmin ke seluruh negara. Diyakini ia wang zakat dari negeri Selangor. Isu ini juga memberikan peluru kepada Umno, Bn. Adakah dari aspek moralnya betul kita mengambil wang zakat dari negeri Selangor mengagihkan melalui jentera parti ? Apakah makanisme audit yang memastikan semuanya disalurkan dengan betul tanpa ketirisan ? Saya tegaskan saya mendapat rungutan ada Ketua – ketua cabang yang bukan pro Azmin merungut mendapat agihan tidak sama dengan Ketua Cabang yang pro Azmin. Malah ada Ketua Cabang yang tidak mendapat agihan ‘bantuan’ zakat tersebut. Ini amat memalukan wang zakat bukan sahaja disalurkan mengikut jentera parti tetapi dilihat sebagai bentuk kempen peribadi Azmin pula.

5. Saya mendesak Lembaga Disiplin segera membuka fail disiplin ke atas Azmin Ali ini. Saya sedia membentangkan kes ini bersama bukti dihadapan Lembaga Disiplin. Saya percaya ketegasan Dato’ dalam menangani hal ini  berbeza dengan Pengerusi Lembaga Disiplin yang lepas yang gagal membuka fail siasatan kerana diyakini dia antara penyokong tegar Azmin Ali.Saya mohon tindakan serius oleh Lembaga Disiplin kerana jika kita punya Timbalan Presiden yg ada masalah disiplin parti dan tidak diperbetulkan ia akan jadi contoh anggota di bawah.

Surat ini dibuat umum kerana tidak dimasukkan bukti dan butiran lanjut yang akan saya beri apabila hanya dipanggil oleh lembaga disiplin.

Sekian dan terima kasih

Badrul Hisham Shaharin a.k.a che'GuBard
Anggota Biasa
Cabang Rembau
N060000001

Nota : Mohon bantu projek terbaru SAMM 'Blue Print Jalur Negara Perubahan' sila klik

9 comments:

  1. Anonymous7:07 PM

    Si Azmin ni klu tak diTendang kluar akan merosakan Parti.harap akar umbi PKR tidak berkompromi dlm hal ini.takut Kudis Azmin in akan merebak jadi Barah.

    ReplyDelete
  2. Apa masalah cekgu bard ni?. baik dgn PAS ditegur.. singgung DAP juga ditegur.. elok join AMANAH yg langgar sumpah tu lg elok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous9:20 PM

      Hadi tu geng azmin.
      Sbb tu tak nak pecat exco pas.
      Sblm pru14 elok azmin masuk pas.
      Masuk pas boleh lawan hadi.
      Pas perlu presiden baru.
      Azmin sesuai ganti hadi.

      Delete
  3. Anonymous3:00 AM

    Alhamdulillah! akhirnya, chegubard kembali lantang bersuara selepas lama x dengar khabar berita...saya seorang anak muda dalam lingkungan umur 20-an dan telah berjaya dibangkitkan semangatnya oleh chegubard...jadi saya kecewa apabila sebelum ini chegubard seakan-akan sudah hilang minat untuk kedepan...mungkin arahan agaknya...ingat, apabila anda sudah berjaya mencetuskan api semangat kepada rakyat, mungkin rakyat2 tersebut menjadikan anda idola dan terus memerhatikan anda...jadi jangan la berenti tiba2 lagi dan fokus kepada business pulak...semoga anda berjaya menjadi salah seorang menteri kabinet di Malaysia ini dan melaksanakan perjuangan yg anda katakan...Alhamdulillah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous4:00 PM

      Kita perlukan cekguBard sebagai agen check and balance dlm parti. Inilah satu2nya cara utk mengembalikn keyakinan anggota parti tehadap kemelut yg sdng brlaku dlm pkr sekarang walau pun tak semua anggota dpt melihatnya dgn jelas. Bimbang nanti Azmin jadi 'lebih sudu dari kuah'!

      Delete
  4. Sudah sudah lah.... Tumpu lah gerak kerja NGO dan bantu lah memberi idea yang baik kpd kerjaan Selangor. Demi rakyat dipeduli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous2:22 PM

      Btol....berbincang lh, ni btol2 sakit hati dgn azmin.

      Maju kn party dn negara.krjasama dn berbincang lh baik2.

      Delete
    2. Anonymous6:16 PM

      Kalau sayangkan parti, unsur2 batil dan khianat kpd parti mesti ditentang. Faham molek2 sikit. Jangan jadi sokong yg membawa rebah. Syabas cgu Bard. Semestinya inilah contoh yg harus kita jadikan panduan. Barulah tak malu nak laungkan REFORMASI! Ni pulak PKR selama ni kutuk itu ini psl umno tapi apa yg dikutuk dihina tu pemimpin2 PKR pun sama galak.

      Delete
  5. Anonymous12:54 PM

    terbaik azmin...teroskan...mari bersama pas istiqamah hingaa menang...

    ReplyDelete