Saturday, August 08, 2015

BERLUMBA UNTUK DI TIPU !

Nota Umum

8 Ogos2015

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah berjaya mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan agensi itu mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak. Ini susulan Mahkamah Rayuan semalam membenarkan rayuan SPR yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak yang membatalkan notis cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya negeri itu.

Justeru, kita semua bolehlah siap sedia untuk mengucapkan selamat kena kencing (tipu) lagi! Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara tuntas tidak pernah sesekali bersetuju dengan idea menurunkan Najib untuk digantikan dengan seorang lagi pemimpin politik daripada UMNO/BN.

Ini adalah kerana yang wajib dirobah adalah sistem bukannya hanya sekadar individu. Apa yang rakyat akan dapat sekiranya hanya Najib yang berjaya dijatuhkan? SAMM penuh yakin akan berlakunya kitaran yang sama yakni Umno akan berjaya memulihkan semula imejnya manakal rakyat akan terus dikencing lagi.

Kita semua perlu akui bahawa kita semua bodoh dan sedang diperbodohkan. Menyingkap kembali bagaimana nasib yang dialami oleh mendiang Teoh Beng Hock & Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, seorang penolong pengarah Kastam yang mana kedua-duanya ditemui mati setelah jatuh dari bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Barang diingat bahawa kezaliman terhadap mereka itu datang dari SPRM yang sama seperti sekarang. Dan berapa banyak lagi kes aduan rakyat tentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa kepada SPRM yang dilayan sepi begitu saja.

Tiba tiba hanya kerana kepimpinan dalam SPRM yang mengambil sikap menyokong Mahathir (harus diingat bahawa mereka bukannya menyokong untuk perjuangan melawan rasuah mahupun ketelusan) dan dalam masa yang sama mahu mensabotaj Najib. Tentu sekali yang bodoh adalah kita yang berduyun duyun menyokong SPRM dan mengangkat agensi ini seolah olah dalam sekelip mata sahaja agensi ini menjadi hero untuk rakyat.

Apa yang kita perlukan sekarang adalah suatu perubahan sistem; SPRM yang wajib bebas dengan diletakkan di bawah Parlimen bukannya seperti sekarang di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Begitulah juga dengan institusi institusi yang lain seperti Jabatan Peguam Negara yang hingga kini berada di bawah JPM.

Jika tidak, naiklah siapapun jadi PM ganti Najib, itulah masalah yang akan dikitar semula lagi.

#BubarParlimen bukannya 

#UndurNajib!

#SudahlahMahathir


Asrul Nizan Abd Jalil,
Penyelaras
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM)

p/s : pesanan kepada semua pengguna telefon bimbit sila klik sini 

No comments:

Post a Comment