Monday, February 02, 2015

cek lebih RM12 juta atas nama Bekas Menteri dan Isteri ?





Saya mendapat 4 keping gambar dari orang tak dikenali yang merupakan imej beberapa keping cek.

Diteliti beberapa keping cek dalam gambar berjumlah lebih RM12 juta. Setelah diteliti dan cuba dibuat cari suai maka nama di cek itu menemukan dengan nama Dato' Raja Nong Chik bin Datuk Zainal Abidin seorang bekas menteri dan juga isterinya.

Adakah benar ? Apa urusan bekas Menteri mendapat cek bernilai sebegitu jumlahnya.....

Jika benarlah untunglah pak menteri dah jadi bekas wang berjuta - juta... itu baru dalam bentuk cek tetapi jumlah sebenar hartanya berapa pula ?

LHDN teruslah tutup mata, rakyat bodoh bawah ni kamu hambat dengan cukai perbagai tapi yang diatas tu berapa yer cukai yang dibayarnya ? SPRM teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak - banyak untuk turunkan indeks rasuah negara senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula....

Mohon senator Dato Raja Nong Chick tolong perjelaskan.

Teringat pula pendedahan YB Nurul Izzah Pada Ogos 2010, sebuah syarikat dengan nama Istijuara Sdn Bhd diberikan kontrak kerajaan berjumlah RM30,800,000 oleh Kementerian Belia dan Sukan.


coretan


che'GuBard SAMM

1 Febuari 2015 (sempena hari wilayah)

klik sini untuk menyumbang kepada SAMM


11 comments:

  1. http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/02/02/datuk-raja-nong-chick-tolong-perjelaskan-chegubard/

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:35 PM

    kau jangan nak sibuk tengok cek menteri,,jangan muat naik foto ini..lebih baik orang buat report polis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous11:29 PM

      apa hal buat report polis ....apa masalah engkau...???????

      Delete
    2. Anonymous1:28 PM

      berapa persen kau dapat...??? ...banyak..??? kalau sen-sen je ....gi main jauh-jauh le .......

      Delete
    3. Perompak Negara10:24 AM

      bagus muatnaik foto tu

      sebb mahkamah dan AG kurang dipercayai

      jika kes dibuang, maka rakyat yg mengadili

      kerana itu rakyat perlu didedahkan mengenai perkara ini

      tp kalau foto bulu entah sapa2 punya.. dgn segera umnu akan kata bulu anwar.. walaupun tanpa nama anwar pada bulu tu

      Delete
  3. Anonymous2:47 PM

    engkau la bodoh.. kalau melayu Berjaya sahaja kira rasuah? Ahli perniagaan PKR dgn DAP Berjaya tak rasuah??
    Kira orang Melayu ni bodoh sangat la ye dan tak boleh berniaga.
    Melayu bodoh mcm ko la yang tabor fitnah sana sini yg menyebab melayu dipandang hina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:31 PM

      antara yang diketahui ......habis, goyang kaki je ...tiba-tiba dapat RM12 juta ....datang dari mana??? ....jatuh dari langit ke...?????

      Delete
  4. Anonymous2:48 PM

    Ko ingat LHDN tak eti buat kerja? Ko faham ke system perakauan dan percukaian? ko faham ke apa yang dimaksudkan dengan audit trail? ko faham ke AKTA CUKAI PENDAPATAN, AKTA DUTI SETEM dan sebagainya??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:34 PM

      memang pun tak reti buat kerja ..... sentia kena arah ....buat itu dan jangan buat ini .... kalau pakcik felda buat arahan mereka peduli ke...??? kau bagi arahan pun dia orang tak peduli....tentunyalah datang dari boss-boss yang ada title tu.....dah di brainwash begitu ...termasuk kau sekali.......!!!!!

      Delete
  5. rakyat marhaen cuma dapat tengok je

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:09 PM

    KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin kesal dengan sikap sesetengah pihak yang meragui kemampuan orang Melayu berniaga.

    Raja Nong Chik menyatakan kekesalannya terhadap pendedahan yang dibuat anggota PKR yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shahrin atau CheguBard yang mempersoalkan cek bernilai lebih RM12 juta yang diterima atas namanya dan isteri.

    Katanya, cek yang dimaksudkan oleh CheguBard itu merupakan aset miliknya yang sah, hasil perniagaan dan pelaburannya selama ini.

    “Itu saya punya aset sendirilah. Sebelum saya menteri, saya dah ada dah aset tersebut. Itu persendirian. Saya dah berniaga lebih 30 tahun. Dalam perniagaan dan pelaburan saya, semua saya isytihar semasa jadi menteri.

    “Semua ada rekod. Bukan duit haram,” katanya kepada Astro AWANI.

    Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu juga dipetik sebagai berkata beliau merupakan peniaga tulen yang sejak 30 tahun lalu memperjuangkan legasi Melayu dalam arena perniagaan.

    Katanya, rekod perniagaannya dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan boleh diperiksa jika ada mana-mana pihak yang sangsi tentang sumber kewangan itu.

    “Tak mungkin tiada orang Melayu yang berjaya dalam perniagaan, apatah lagi saya sudah berniaga lebih 30 tahun, yang sebelum itu dimulakan bapa saya.

    “Bapa saya pun ada aset sampai beratus juta. Kalau itu pun orang Melayu tak boleh buat, siapa lagi Melayu yang nak berniaga ini? Orang Melayu tak boleh berniaga ke?” soal beliau.

    Menjelaskan gambar cek yang dimuat naik di blog CheguBard itu, Nong Chik berkata ia deraf bank yang dipindahkan dari satu bank ke bank lain bagi memastikan dividen bulanan tidak terlepas.

    “Bank deraf itu dikeluarkan dari Maybank. Ada pelaburan yang saya tukar dari CIMB kepada Amanah Saham yang disyaratkan menggunakan bank deraf, supaya tidak terlepas satu bulan dividen," katanya.

    Raja Nong Chik juga dipetik sebagai berkata bersedia untuk bertemu CheguBard agar persoalan yang diutarakan menerusi blognya terjawab.

    “Saya bersedia berjumpa dengannya supaya ditarik balik kenyataan itu. Kalau tidak, mungkin saya kena ambil tindakan undang-undang kerana ia menjejaskan reputasi saya.

    “Tiada apa yang saya mahu sorokkan,” katanya.

    Selain itu, beliau juga mendesak CheguBard agar membuat permohonan maaf atas tindakan beliau yang membuat tuduhan tanpa memeriksa kebenaran terlebih dahulu.

    "Saya sudah bercakap dengan peguam saya, dan kita menunggu sama ada CheguBard akan membuat permohonan maaf atau tidak sebelum tindakan lanjut diambil.

    "Kalau dia minta maaf, tidak perlu saya buat tindakan lanjut," jelas beliau.

    Menerusi blognya, CheguBard mempersoalkan kemampuan seorang bekas menteri mampu memiliki aset bernilai jutaan ringgit.

    “Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) teruslah tutup mata, rakyat bodoh bawah ini kamu hambat dengan cukai pelbagai tetapi yang di atas itu berapa ya cukai yang dibayarnya?

    “Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) teruslah membuta, lebih baik tangkap kes sarjan ambil rasuah RM50 banyak-banyak untuk turunkan indeks rasuah negara.

    “Senang kerja dari tangkap jerung siasat bagai nak gila akhirnya buang kes pula,” katanya menerusi blognya chegubard.blogspot.com.


    Read more at: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/cek-rm12-juta-bukan-duit-haram-raja-nong-chik-53313?cp

    ReplyDelete