Saturday, January 31, 2015

Penebangan Hutan Faktor Banjir Di Kelantan – SAM

KUALA LUMPUR – Aktiviti pembalakan atau penebangan hutan bagi tujuan perladangan antara faktor banjir luar biasa melanda Kelantan akhir Disember lalu. Aktivis Sahabat Alam Malaysia (SAM) Sharmila Ariffin berkata, jumlah penebangan hutan di Kelantan adalah paling tinggi di Semenanjung.
Beliau berkata, pada 2014, kerajaan negeri memiliki 162,000 hektar tanah yang diklasifikasikan sebagai perladangan balak.
“Kawasan perladangan yang sudah dibersihkan, hasil balak serta kawasan belukar yang diambil menyebabkan kawasan tanah menjadi rata dan gondol,” katanya dalam forum ‘Banjir di Kelantan: Takdir atau kebetulan?’ malam tadi.
Forum tersebut dianjurkan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Sementara itu, bekas ketua pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Fuad Abdul Rahman berkata, aktiviti penebangan hutan tidak terkawal menyebabkan tanah terhakis membuatkan sungai semakin mendap.
Balak dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir luar biasa yang melanda Kelantan akhir Disember lalu“Apabila lapisan tanah atas terhakis, tanah tidak lagi mampu menyerap hujan bila berlaku hujan lebat dan ini menyebabkan paras sungai melimpah dan menyebabkan banjir. “Keadaan itu berlaku di sekitar Sungai Kelantan apabila hutan dibersihkan dan tanah yang terhakis masuk ke dalam sungai,” katanya.
Balak dihanyutkan air deras dalam kejadian banjir luar biasa yang melanda Kelantan akhir Disember lalu
Beliau berkata, kemusnahan alam sekitar boleh dikurangkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) menguatkuasa atau mensyaratkan penebangan hutan perlu pelan kawalan hakisan tanah.
Jelas Fuad, sebelum ini pihaknya telah menyerahkan hasil kajian mengenai kemusnahan alam kepada kerajaan Kelantan untuk tindakan lanjut demi kepentingan semua termasuk kesejahteraan rakyat.
“Tetapi pegawai berkenaan memberitahu amat sukar untuk Kelantan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal hakisan dan mendapan,” katanya.
kj_012
Tambahnya, kegagalan memantau kerja tanah serta menghalang hakisan tanah menyebabkan aliran air tersumbat sekali gus menjadikan keadaan lebih buruk terutama apabila berlaku hujan lebat.
“Badan penguatkuasaan terletak dibawah PBT. Tetapi selalunya mereka tidak ada kesedaran atau kapasiti untuk melaksanakan penguatkuasaan jadi mereka menyerahkan beban kepada JPS sedangkan JPS ini hanya boleh bertindak sebagai badan penasihat,” jelasnya.

Jangan jadi 'kuda tunggangan'

Pimpinan pembangkang diminta jangan jadi 'kuda tunggangan' dalam gerakan Mahathir-Daim membelasah Perdana Menteri.
Aktivis PKR yang digantung, CheGuBard berkata, pimpinan pembangkang perlu 'membaca' seni politik Mahathir (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sejak daripada zamannya berkuasa sehingga sekarang.
"Pakatan pembangkang telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi (bekas PM) tetapi apakah hasilnya?
"Hasilnya ialah Mahathir dan UMNO yang mendapat laba. Pemimpin lemah dalam UMNO dapat disingkirkan tetapi akhirnya UMNO semakin kuat. BN tetap gagal dijatuhkan.
"Bayangkan, jika Abdullah dibiarkan mengetuai BN dan kita berdepan dengan pilihanraya, tentu suasananya berbeza dan kita sudah pun menerobos Putrajaya," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
CheGuBard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin merupakan bekas Majlis Pimpinan Pusat PKR itu memberitahu, kesemua yang pernah menjadi mangsa politik Mahathir dan Daim (bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin) perlu bersepakat menghabiskan permainan politik kedua-dua rakan baik tersebut.
"Bagi saya, bukan sahaja Anwar (Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim) malah semua mangsa buli politik Mahathir seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan juga penjawat-penjawat awam seperti Tun Saleh Abbas, Prof. KS Jomo dan ramai lagi muncul dan menamatkan kecelaruan politik dan pentadbiran negara yang berpunca daripada Mahathir.
"Mahathir lebih banyak membawa bencana pada negara tetapi hakikatnya dialah yang memperkosa Perlembagaan Persekutuan, sistem keadilan dan penyebab berlakunya kecelaruan dalam politik dan kotor dalam negara," jelasnya.
Beliau berkata demikian mengulas kritikan wakil rakyat DAP, Datuk Ariff Sabri yang menegur Anwar yang tiba-tiba bersatu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak 'menyerang' Daim dan Mahathir.
Menurut CheGuBard, serangan Anwar kepada Daim dan Mahathir memang konsisten sejak dahulu lagi dan tidak ada kena mengena untuk membantu Najib.
Apa yang menjadi masalah, pemimpin pembangkang lain terikut-ikut menentang Najib sebenarnya menjadi perkakas Mahathir.
Tetapi hakikatnya, dalam tidak sedar, Mahathir sebenarnya yang sedang menunggang mereka bagi melengkapkan nafsu kerakusan kuasa di hujung usia.
"Tidakkah Ariff sedar akan skil dan strategi politik Mahathir ketika mahu melengkapkan percaturan politiknya, dia akan menggunakan apa sahaja termasuk juga musuh. PAS seawal dari era Tunku Abdul Rahman merasa amat bangga sekali apabila Mahathir menggunakan pentasnya menyerang Tunku tetapi ia adalah kenikmatan sementara semata-mata.
"Selepas sahaja lengkap cita-citanya, Mahathir kembali menggodam PAS. Ketika menyerang dan membunuh di Memali, Mahathir langsung tidak pernah ingat bahawa dia pernah menggunakan pentas PAS untuk naik ke puncak kuasa," jelasnya.
Ariff, menurut CheGuBard, sepatutnya lebih maklum seni politik Mahathir kerana Ariff juga pernah berada di dalam kepompong UMNO satu masa dahulu.
"Ariff harus ingat Mahathir membuat bising hanya untuk kepentingan dirinya dan kroni. Ini bukanlah kali pertama dia membuat kecoh semasa era Najib ini.
"Sebelum ini, Mahathir bising, bila diberi Proton maka dia pun diam. Kemudian, dia membuat bising lagi, apabila syarikat berkepentingan anaknya mendapat projek Petronas bernilai berbillion ringgit, dia senyap. Sampai bila kita mahu menjadi perkakas Mahathir?," tanyanya.
Menurutnya, Mahathir juga membangkitkan soal rasuah tetapi dialah bapa dan cikgu kepada semua pemimpin negara dari UMNO-BN yang ada hari ini.
"Dialah yang mengajar untuk menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan amalan kronisme. Mahathir juga membangkit soalan legasi. Menyerang Najib supaya Najib tidak memberikan laluan untuk untuk menaikkan sepupunya Hishamuddin.
"Tetapi, lupakah Ariff bahawa satu masa dahulu,Mahathir pernah meroyan kerana mahukan anaknya diberikan tempat dan kuasa?," cetusnya.
Satu lagi persoalan, adakah jika kali ini pemimpin pembangkang sekali lagi bermain dalam percaturan Mahathir ini, menekan Najib sehingga Najib tersingkir, Ariff boleh menjamin bahawa PR akan menguasai Putrajaya?
"Najib harus memberi laluan kepada Anwar, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan lain-lain untuk kembali meletakkan Malaysia kepada landasan yang terbaik," kata pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia itu.--MalaysiaGazette

Tuesday, January 27, 2015

Coat bulu Rosmah ... $44990.00 ? USD ? Itu harga terpakai kalau baru ?


Kenyataan Media
25 Januari 2015

Chincilla Fur Coat – Bukti Gaya Hidup Mewah dan Boros Rosmah Mansor

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika ini berhadapan dengan saat yang getir dalam karier politiknya dengan serangan dan kritikan daripada pelbagai sudut termasuk dari bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohammad.

Ketika ramai mengatakan kemungkinan serangan Mahathir kali ini, Najib tidak akan menghabiskan tahun 2015 sebagai Perdana Menteri tetapi nampaknya isterinya, Rosmah Mansor masih terus menampilkan gaya hidupnya yang serba kemewahan.

Rosmah terus tidak mempedulikan bukan sahaja nasib rakyat yang sedang menderita ditimpa bencana alam dan situasi kelembapan ekonomi, tetapi juga Rosmah terus tidak mempedulikan nasib Najib yang semakin genting ini.

Sebelum ini sewaktu bencana banjir besar melanda negara, rakyat telah mempertikaikan bagaimana Najib Razak yang terpaksa memendekkan percutian “Golf Diplomacy” dan membiarkan Rosmah terus tinggal di Amerika Syarikat dan kemudiannya mengunjungi beberapa lagi negara lain dengan menggunakan pesawat khas Kerajaan.

Minggu ini di media-media baru terdapat banyak gambar Rosmah Mansor yang muncul mengiringi Najib ke Persidangan Tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland. Dalam masa yang sama juga, ada pihak-pihak telah menyebarkan gambar keratan sebuah laman sesawang perniagaan atas talian yang menunjukkan harga “Luxurious Full Length Chincilla Fur Coat” yang sama seperti yang dipakai oleh Rosmah.

Harga yang tertera adalah USD 44,900.00 dan harga itu adalah untuk Fur Coat terpakai.Jika benar harga yang tertera itu adalah harga terpakai, bagaimana pula dengan harga untuk yang baru?

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah pelopor pembongkaran keborosan Rosmah Mansor termasuklah pendedahan cincin berlian satu ketika dahulu, dengan ini menggesa beliau untuk tampil memberikan penjelasan sendiri mengenai perkara ini.

Memandangkan pembaziran yang berpunca dari Rosmah Mansor ini bukan sedikit, Solidariti Anak Muda Malaysia sedang meneliti secara serius berhubung keperluan bagi memantau pembaziran Rosmah Mansor dengan mewujudkan unit #RosmahWatch.

Megat Khairul Anuar Razali
Penyelaras (Penaja) Unit RosmahWatch
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
 (4 photos)

Sunday, January 25, 2015

Durjana Mahathir, Penzalim Kuku Besi Dalam Negara

Tun Mahathir mempunyai kaedah atau modus operandi yang sama setiap kali beliau menjatuhkan lawan politiknya. Ada sahaja isu yang diciptakan oleh beliau. Isu Memali untuk jatuhkan Tun Musa Hitam, fitnah liwat untuk jatuh DS Anwar Ibrahim, isu budak tingkat 4 untuk jatuhkan Tun Abdullah Badawi, dan sekarang isu 1MDB utk jatuh PM Najib. Semuanya taktik yang sudah basi dan boleh diagak.

Sewaktu dibuang dari UMNO, dia menulis sebuah buku yang dinamakan Dilema Melayu atau Malay Dilemma untuk jatuhkan almarhum Tuanku Abdul Rahman yang disayangi rakyat jelata ketika itu. Beliau mengecam pimpinan tertinggi UMNO ketika itu dan memberikan gambaran kononnya beliau dizalimi. Beliau memperalatkan pentas pembangkang dan gerakan mahasiswa progresif untuk menyerang almarhum Tunku. Antara pemimpin mahasiswa yang diperalatkan termasuklah DS Anwar sendiri.

Setelah beliau memegang tampuk kuasa pemerintahan, beliau mengaplikasikan segala bentuk ugutan , penangkapan, siksaan serta pemenjaraan ala penjajah yang di luar batas manusiawi terhadap ke semua seteru politiknya. Beliau merencanakan serangan dan penghinaan terhadap institusi Raja-raja Melayu bagi mengukuhkan cengkaman politiknya terhadap orang melayu, khususnya yang berada di dalam UMNO.

Zaman Mahathir jugalah Tun Salleh Abas, Ketua Hakim Negara dipecat dan Almarhum Dato' Mufti Haji Ishak Baharom, mufti Selangor dipecat demi memastikan setiap cabang pentadbiran negara berada di bawah telunjuk kuku besi Mahathir. Malah, beliau sanggup melaksanakan langkah mengharamkan UMNO lama selepas beliau sedar pengaruh beliau makin terhakis di dalam UMNO.

Itulah Mahathir yg sebenarnya. Bicara dan senyuman manis hanya sekadar topeng dunia untuk menutup kebejatan dirinya.

semua dijemput....Forum banjir yang terus terang

Forum Banjir : Suratan atau kebetulan ?
(Banjir, bencana, bala, balak, bantuan)
Ayuh bersama kupas dalam forum yg secara jujur dan terus terang membincangkan mengenai

1. punca banjir besar Kelantan (kenyir 2 atau balak atau takdir cuaca) ?
2. Mengendalikan krisis (benarkah byk kelemahan atau ada unsur sabotaj?)
(Bagaimana sumbangan rakyat disampaikan?)
3. Apa harapan rakyat dan perancangan pasca bencana dan persedian ke depan ?
Tarikh: 27 januari 2015 (selasa)
Masa: 9-12mlm
Lokasi: Dewan LLG(dekat KLSCAH-dewan himpunan cina, sebelah Hotel Mirama), Kuala Lumpur.
Nombor untuk dihubungi: 0129781707 Dio Sani Samm
Anjuran : SAMM & Aktivis Kelantan(AK03) dengan kerjasama Mahasiswa Kelantan & Gabungan Cakna Mahasiswa (GCM)
Panelis:
1. Dr Liew Ju Neng (Pensyarah dan Penyelidik Alam Sekitar UKM)
2. Ir Dato Fuad (Bekas Timb. Pengarah Saliran Malaysia)
3. Meor Razak (Sahabat Alam Malaysia)
4. YB Abd.Latiff Abd.Rahman (Timb.Speaker DUN Kelantan)
5. YB Siti Zailah Mohd Yusof (Ahli Parlimen Rantau Panjang)
6. Hj Joe (Penyelaras SAMM Kelantan)
7. Aduka Taruna (Aktivis AK03)
8. Makio Afix Ayob Samm (Pengelola Bencana SAMM)
9. Khairooll Anuar Almegat Samm (Pengelola Bencana SAMM)
Moderator: Badrul Hisham Shaharin (che'GuBard)
Mohon Viral. Jemput datang utk mengetahui sesuatu yg mungkin media tidak laporkan.

lokasi ialah sebelah Hotel Mirama, KL sila klik utk peta

Saturday, January 24, 2015

Ali Alhabshee pelupa ?

Kenyataan Media
23 Januari 2015

Terlupakah Syed Ali Alhabshee?

Kenyataan Syed Ali Alhabshee bahawa Che'GuBard melagakan Mahathir-Najib adalah seperti orang yang sudah nyanyuk. Tidak perlu Che'GuBard untuk melagakan kerana ia sudah menjadi satu rahsia umum bahawa Mahathir-Daim sedang melancarkan serangan demi serangan untuk menjatuhkan Najib.

Lihat saja siri tulisan dan kenyataan oleh Mahathir, Daim, Kadir Jasin, Sanusi Junid dan Zainuddin Maidin. Tidak ketinggalan Anuar Mohd Nor, Zaharin Yassin dan ramai lagi pejuang siber UMNO. Kesemua mereka ini berganti-ganti menyerang dan memburukkan Najib. Najib juga tidak ketinggalan menggunakan media arus perdana untuk menyerang Mahathir-Daim. Apakah ini tidak menunjukkan perang kuasa diantara Najib dan Mahathir-Daim?

Tanpa menafikan Mahathir banyak berjasa sepanjang 22 tahun tetapi kemusnahan yang dihasilkan juga tinggi. Mungkin Syed Ali Alhabshee yang kononnya seorang pejuang bangsa Melayu ini sudah hilang ingatan di zaman pemerintahan siapakah yang telah menjatuhkan maruah dan menghina Raja-Raja Melayu? Ini adalah satu contoh klasik bagaimana Mahathir merosakkan sistem bernegara.

Saya tidak pernah menjadi ahli UMNO tetapi ahli-ahli UMNO harus ingat Mahathir bukan sahaja menghancurkan sistem demokrasi negara malahan juga demokrasi dalam UMNO. Kerana Mahathir jugalah UMNO asal yang ditubuhkan pada Mei 1946 telah diharamkan. Kemudian, Mahathir dengan kuasa yang ada telah mencabul sistem perundangan dan menubuhkan UMNO baru.

Syed Ali Alhabshee ini perlu membuka mata hati untuk menilai Mahathir. Banyak kerosakan nyata dilakukan oleh beliau bukan sahaja memangsakan asas sistem bernegara malah turut menghancurkan UMNO itu sendiri yang telah diasaskan oleh Onn Jaafar.

Zulkifli Hj. Ibrahim
Penyelaras Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia

Email : Zulshowfx@gmail.com

Link Kenyataan Syed Ali Alhabshee

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/01/22/chegubard-sengaja-lagakan-najib-mahathir/

Friday, January 23, 2015

Mahathir, Daim more evil than Najib,

PETALING JAYA: The Mahathir-Daim force is a greater evil than Prime Minister Najib Abdul Razak and a bigger obstacle to Pakatan Rakyat’s takeover of Putrajaya, according to activist Badrul Hisham Shaharin, better known as Chegubard.
Responding to Raub MP Ariff Sabri’s criticism of Opposition Leader Anwar Ibrahim for joining forces with Najib against the former prime minister and former finance minister, Chegubard said that Ariff appeared to be ignorant of the heinous politics that Mahathir was capable of.
He was referring to a blog posting in which Ariff suggested that the opposition should join forces with Mahathir and Daim to bring down an already weakened Najib. Such a strategy would be disastrous, said Chegubard, who is a suspended PKR member.
Referring to the polemics regarding Najib’s alleged mishandling of the economy, he said there were quarters who believed that Pakatan Rakyat was using Mahathir against Najib.
“In truth, it is Mahathir who is using Pakatan to satisfy his lust for power to completion as he nears the end of his life,” said Chegubard.
He gave the example of Mahathir using PAS against Malaysia’s first prime minister, Tunku Abdul Rahman, “and then, when he had achieved his ambition, he turned back on PAS to hammer it”.
He reminded Ariff that Mahathir had made noises against Najib before but had kept quiet again after getting what he wanted for himself and his cronies. He cited the case of Mahathir getting control of Proton and the granting of a Petronas project worth billions of ringgit to a company in which one of his sons had an interest.
He said it was strange that Ariff should think Anwar’s attack against Mahathir and Daim would result in Pakatan’s failure to reach Putrajaya.
“For Ariff’s information,” he said, “the opposition did at one time answer to Mahathir’s call. Mahathir used the opposition to the full to bring down Abdullah Badawi. But what was the result? It was Mahathir and Umno that got the spoils. We managed to throw out a weak Umno leader, but that resulted in a stronger Umno.”
He said Pakatan Rakyat would have already reached Putrajaya if Abdullah had been allowed to continue leading Umno and Barisan Nasional.

Doa SAMM buat TGNA

Kenyataan Akhbar
22 Januari 2015

DOA SAMM UNTUK TGNA

Solidariti Anak Muda Malaysia( SAMM) memerhati dan mengikuti secara dekat perkembangan kesihatan Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

SAMM mendoakan agar Tuan Guru Dato' Bentara Setia cepat sembuh dan kembali cergas seperti sediakala. Buah fikiran dan saranan Tuan Guru Dato' Bentara Setia merupakan aset yang teramat penting untuk negara ini.

Pentas SAMM sendiri banyak mendapat sentuhan magis Tuan Guru Dato' Bentara Setia. Misalnya ceramah penerangan isu Balasundram. Tuan Guru Dato' Bentara Setia telah sudi turun untuk bersama-sama SAMM di Bachok memberi penerangan isu tersebut.

SAMM juga pernah diberi peluang mengunjungi Tuan Guru Dato' Bentara Setia di rumahnya apabila kami melancarkan isu "Tipu PRU, Rakyat Bangkit Humban Kamu."

Idea-idea Tuan Guru Dato' Bentara Setia juga sentiasa segar dan basah. Ia merupakan peri penting yang digunakan oleh SAMM untuk terus menentang segala kejahatan dan tipu daya rejim zalim.

SAMM sekali lagi memohon kepada Rabbul Jalil agar Tuan Guru Dato' Bentara Setia kembali sihat walafiat.Amin.

kenyataan bersama oleh ;

Chegu Bard
Pengasas SAMM Malaysia



Thursday, January 22, 2015

Ariff Perlu Memahami Seni Politik Mahathir Sebelum Mengkritik Anwar

Kenyataan Terbuka
21 Januari 2015

Ariff Perlu Memahami Seni Politik Mahathir Sebelum Mengkritik Anwar
Merujuk kepada liputan beberapa media mengenai kenyataan Datuk Ariff Sabri A.Aziz yang mempertikaikan kesungguhan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memberikan maklumat kes rasuah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.

Ariff menyatakan kononya Anwar tiba tiba serius dalam menyerang Daim kerana ingin bekerjasama dengan Najib menyerang 'pack' Mahathir-Daim hanya kerana pentingkan kebebasan dirinya menjelang keputusan mahkamah.

Sehubungan itu saya ingin memberikan sedikit komentar mengapa Pakatan Rakyat tidak harus menyertai Mahathir-Daim dalam membelasah Najib.

1. Bagi saya, adalah tidak pelik Anwar menyerang Daim dan Mahathir, ia telah pun berlaku semenjak 1998 lagi. Malah, bukan sahaja Daim dan Mahathir tetapi semua sekali kepimpinan UMNO-BN termasuklah Najib sendiri. Tetapi nampaknya apabila Daim dan Mahathir menjadi sasaran sekarang ini, mengapa pula Ariff kelihatan begitu sensitif?

2. Jika menyerang Najib menjadi asas perkiraan politik, kita juga ternanti-nanti selaku orang yang rapat dengan Najib satu ketika dahulu bilakah Ariff akan mendedahkan sebarang dokumen atau bukti salahguna kuasa Najib. Sudah pasti jika Ariff mendedahkannya, kami akan sambut bersama.

3. Lebih pelik, dakwaan Ariff kononnya serangan Anwar pada Daim dan Mahathir ini akan menggagalkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya. Untuk pengetahuan Ariff, Pakatan Pembangkang pernah menyambut seruan Mahathir satu ketika dahulu. Pakatan Pembangkang telah digunakan sepenuhnya bagi menjatuhkan Abdullah Badawi tetapi apakah hasilnya? Hasilnya ialah Mahathir dan UMNO yang mendapat laba. Pemimpin lemah dalam UMNO dapat disingkirkan tetapi akhirnya UMNO semakin kuat. BN tetap gagal dijatuhkan. Bayangkan jika Abdullah dibiarkan mengetuai BN dan kita berdepan dengan pilihanraya, tentu suasananya berbeza dan kita sudah pun menerobos Putrajaya.

4. Bagi saya, bukan sahaja Anwar malah semua mangsa buli politik Mahathir seperti Musa Hitam, Tengku Razaleigh, dan juga penjawat-penjawat awam seperti Tun Saleh Abbas, Prof. KS Jomo dan ramai lagi muncul dan menamatkan kecelaruan politik dan pentadbiran negara yang berpunca daripada Mahathir. Mahathir lebih banyak membawa bencana pada negara tetapi hakikatnya dialah yang memperkosa Perlembagaan Persekutuan, sistem keadilan dan penyebab berlakunya kecelaruan dalam politik dan kotor dalam negara. IPP merupakan satu contoh paling ulung bagaimana Mahathir menjadikan khazanah negara sebagai skim pencen beliau dan kawan-kawan. Bukan sahaja Abdullah, Najib tetapi siapa sahaja Perdana Menteri dari BN selepas Mahathir akan berhadapan masalah bagaimana mahu berdepan dengan sedutan subsidi milik rakyat kepada IPP ini.

5. Mengikut logik Ariff, Pakatan Rakyat perlu berseronok dan menari bersama Mahathir-Daim untuk menjatuhkan Najib. Ramai yang menyangkakan Pakatan Rakyat yang menggunakan Mahathir untuk menjatuhkan Najib. Tetapi hakikatnya, dalam tidak sedar, Mahathir sebenarnya yang sedang menunggang mereka bagi melengkapkan nafsu kerakusan kuasa di hujung usia. Tidakkah Ariff sedar akan skil dan strategi politik Mahathir ketika mahu melengkapkan percaturan politiknya, dia akan menggunakan apa sahaja termasuk juga musuh. PAS seawal dari era Tunku Abdul Rahman merasa amat bangga sekali apabila Mahathir menggunakan pentasnya menyerang Tunku. Tetapi ia adalah kenikmatan sementara semata-mata. Selepas sahaja lengkap cita-citanya, Mahathir kembali menggodam PAS. Ketika menyerang dan membunuh di Memali, Mahathir langsung tidak pernah ingat bahawa dia pernah menggunakan pentas PAS untuk naik ke puncak kuasa. Ariff sepatutnya lebih maklum seni politik Mahathir kerana Ariff juga pernah berada di dalam kepompong UMNO satu masa dahulu.

6. Ariff harus ingat Mahathir membuat bising hanya untuk kepentingan dirinya dan kroni. Ini bukanlah kali pertama dia membuat kecoh semasa era Najib ini. Sebelum ini, Mahathir bising, bila diberi Proton maka dia pun diam. Kemudian, dia membuat bising lagi, apabila syarikat berkepentingan anaknya mendapat projek Petronas bernilai berbillion Ringgit, dia senyap. Sampai bila kita mahu menjadi perkakas Mahathir?

7. Mahathir juga membangkitkan soal rasuah tetapi dialah bapa dan cikgu kepada semua pemimpin negara dari UMNO-BN yang ada hari ini. Dialah yang mengajar untuk menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan amalan kronisme. Mahathir juga membangkit soalan legasi. Menyerang Najib supaya Najib tidak memberikan laluan untuk untuk menaikkan sepupunya Hishamuddin. Tetapi, lupakah Ariff bahawa satu masa dahulu,Mahathir pernah meroyan kerana mahukan anaknya diberikan tempat dan kuasa?

8. Satu lagi persoalan yang saya mahu dijawab oleh Ariff, adakah jika kali ini kita sekali lagi bermain dalam percaturan Mahathir ini, menekan Najib sehingga Najib tersingkir, Ariff boleh menjamin bahawa Pakatan Rakyat akan menguasai Putrajaya?

9. Najib juga perlu sedar jika semua perancangan Mahathir-Daim ini menjadi sekali lagi, tahun ini merupakan tahun terakhir pemerintahan Najib. Maka, saya menasihatkan buanglah ego itu jauh-jauh demi kepentingan negara yang telah dihancurkan oleh Mahathir dan kroni. Najib harus memberi laluan kepada Anwar, Musa Hitam, Tengku Razaleigh dan lain-lain untuk kembali meletakkan Malaysia kepada landasan yang terbaik.

Saya sebagai rakyat yang sentiasa mahu melihat parti politik warisan penjajah, Barisan Nasional ini tumbang. Dan strategi yang paling ampuh ketika ini adalah untuk mendiamkan Mahathir dan kroni. Himpit mereka sehingga segala harta kekayaan yang mereka kaut secara salah dipulangkan kepada rakyat. Kemudian, kita berhadapan Najib secara gentleman di dalam Pilihanraya Umum. Dan sudah tentu ketika itu, peranan Ariff sebagai orang yang rapat dengan Najib amat diperlukan untuk duduk di dalam barisan paling depan bagi mendedahkan semua kisah dan pengalamannya bersama Najib.

Sekian

Che’GuBard
Pengasas SAMM
Bekas MPP PKR Pusa

Tuesday, January 20, 2015

Harapan SAMM Penstrukturan semula Bajet 2015

Tulisan Umum
20 January 2015

Harapan Penstrukturan semula Bajet 2015

Hari ini Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan akan mengumumkan penstrukturan semula Bajet 2015. Pemikir Kaum Muda SAMM berharap agar penstrukturan semula ini memberikan tumpuan dan fokus kepada perkara berikut :-

1. Penangguhan atau pengurangan kadar cukai GST 

Dalam menghadapi kemelut ekonomi ini dikala pendapatan rakyat masih kekal ditakuk lama, adalah menjadi harapan agar GST ditangguhkan perlaksanaannya ataupun dikurangkan kadar cukai daripada 6% kepada 3% supaya rakyat terbanyak tidak merasai impak negatif terhadap saku mereka.

2. Hentikan projek Loji Janakuasa Nuklear dan tangguhkan projek mega

Pemikir Kaum Muda SAMM berpandangan Kerajaan seharusnya menghentikan terus cadangan untuk membina Loji Janakuasa Nuklear. Segala peruntukkan yang disalur berhubung tujuan ini dapat digunapakai untuk kegunaan lain yang memberikan kesan positif kepada seluruh rakyat.

Selain itu, projek-projek mega seperti pembinaan laluan keretapi laju juga perlu ditangguhkan. Tumpuan dan fokus Kerajaan dalam menghadapi impak negatif ekonomi pasca penurunan harga minyak dan nilai Ringgit haruslah mengutamakan kepada perbelanjaan industri asas seperti pendidikan, kesihatan, dan lain-lain yang boleh membantu memperbaiki kualiti hidup rakyat.

3. Mengecilkan perbelanjaan mengurus

Kerajaan seharusnya mengecilkan perbelanjaan pengurusan. Perbelanjaan Pengurusan Bajet 2015 yang lalu merangkumi 82% daripada keseluruhan bajet.

Pemikir Kaum Muda SAMM semenjak Bajet 2015 lagi telah menyelar tindakan untuk terus mempunyai barisan kabinet yang besar. Beberapa portfolio Menteri perlu dikaji semula dan digabungkan di bawah satu kementerian untuk menjimatkan perbelanjaan.

Sebagai contoh, Jabatan Perdana Menteri yang mempunyai begitu ramai Menteri perlulah dikecilkan saiznya. Begitu juga Kementerian Pendidikan yang mempunyai 2 Menteri dan 2 Timbalan Menteri.

Dalam berhadapan dengan krisis ekonomi ini, Malaysia sebenarnya memerlukan Menteri Kewangan sepenuh masa. Perdana Menteri sudah boleh melepaskan jawatan Menteri Kewangan ini agar tumpuan pemulihan ekonomi dapat dirangsang dengan baik.

Beberapa jawatan tertinggi (senior post) dalam perjawatan awam juga perlu disemak semula kesesuaian dan keperluannya. Beberapa jawatan KSU dan TKSU yang ramai untuk sesebuah Kementerian haruslah dikaji semula. Jawatan-jawatan ini adalah bergred sama ada Turus atau JUSA A yang pastinya melibatkan perbelanjaan emolumen yang tinggi.

PKM SAMM juga menyeru Kerajaan untuk mengambil langkah berjimat cermat dalam mentadbir negara. Tindakan mengadakan mesyuarat atau kursus di resort atau pusat peranginan perlu dihentikan. Tiada gunanya bangunan besar dibina di Putrajaya jika kita masih lagi gemar untuk mengadakan mesyuarat atau kursus di resort dan pusat peranginan. Ini juga sebenarnya akan melibatkan perbelanjaan.

Adalah lebih bagus dan sangat berhemah jika hari ini Perdana Menteri mengumumkan kesediaan dirinya dan kabinet untuk memotong gaji atau elaun sebagai satu tanda keikhlasan untuk bersama-sama rakyat dalam berjimat cermat.

Friday, January 16, 2015

The Sirul Supremacy

The Sirul Supremacy 

Saya mengikuti kisah pembunuhan Altantuya ini semenjak daripada hari pertama kisah ini tersebar. Kisah berprofail tinggi selepas Mona Fandey sudah tentu akan menarik perhatian saya. 

Lebih saya teruja apabila semasa pendengaran keputusan oleh Mahkamah Persekutuan, seorang daripada tertuduh Sirul Azhar tidak muncul sehingga keputusan gantung sampai mati dijatuhkan terhadapnya dan Azilah.

Saya terfikir ke mana pula perginya Sirul ini? Lantas sel-sel otak saya mula bergerak memikirkan beberapa persoalan.

Persoalan pertama, bagaimanakah boleh terjadi seolah-olah semua pihak daripada peguam sehinggalah pihak Polis tidak mengetahui Sirul berada di mana?

Persoalan kedua, mengapa pihak Kerajaan atau Pendakwaraya tidak meminta Mahkamah untuk menahan passportnya bagi mengelakkan Sirul lari ke luar negara? Ini kes berprofail tinggi dan sebelum-sebelum ini ia telah menggamit perhatian antarabangsa.

Persoalan ketiga, adakah logik Sirul memberikan alasan tidak mempunyai kewangan yang cukup? Jika benar pun, seharusnya dia memberitahu peguamnya akan masalah kewangannya.

Malam semalam, saya meluangkan masa untuk merehatkan diri dengan menonton siri sekuel Jason Bourne. Lalu, saya berimaginasi sendiri. Saya meletakkan Sirul sebagai Jason Bourne.

Sirul adalah seorang pegawai Polis Elit atau di Malaysia kita panggil Unit Tindakan Khas. Apatah lagi jika kita lihat fakta kes ini, Sirul ditahan di Islamabad. Apa yang Sirul buat di sana? Rupanya sewaktu tangkapan, Sirul sedang bertugas menjaga keselamatan Perdana Menteri yang berada di Pakistan.

Tidak mungkin sebagai seorang pegawai keselamatan PM, dia tidak mempunyai kepakaran dan kehandalan seperti Matt Damon dalam siri sekuel itu.

Silap-silap haribulan, pemergian Sirul ke Australia itu telah dirancangnya lama semasa kes ini sedang berjalan di mahkamah tinggi lagi. Mungkin Sirul sengaja memilih Australia sebagai destinasi kerana maklum mengenai sikap Australia dalam soal hukuman gantung sampai mati ini.

Jika saya menjadi Sirul pun saya akan melarikan diri ke Australia daripada duduk menanti hukuman yang amat pasti akan merenggut nyawa sendiri. Sama ada Australia akan mengekstradisi atau tidak, saya akan serahkan pada nasib.

Dan akhirnya, perjudian Sirul itu berhasil. Kerajaan Australia mengumumkan tidak akan menghantar Sirul pulang. Nampak seolah-olah skrip Sirul sedang berlaku dengan amat baik ketika ini.

Apa akan jadi kepada Sirul selepas ini, itu adalah teka-teki. Sama ada dia akan menjadi Jason Bourne tidaklah diketahui. Apa yang saya pasti, hidup Sirul sudah tidak akan sama seperti sebelum ini kerana saya yakin, selagi Sirul tidak ke tali gantung, selagi itu ada pihak yang merasa cemas. Seolah-olah hayatnya kini dalam genggaman Sirul.

Persoalan-persoalan bagaimana Sirul boleh terlepas lari perlu dijawab oleh pihak berkuasa negara. Saya sudah amat malas untuk menulis mengenai kelekehan kita menjaga pintu keluar masuk negara. Sudah beribu perkataan saya tulis mengenai hal ini.

Kerajaan Malaysia harus memperjelaskan Mengapa Sirul Boleh Dibiarkan Berkeliaran Sebebas-Bebasnya. 

Friday, January 09, 2015

Ada Apa Dengan Abang K?

Menyambung siri tulisan perseteruan Mahathir dan Najib, kali ini saya ingin mencungkil mengenai salah satu watak kuda perang Mahathir, Khairuddin Abu Hassan. Siapakah beliau ini yang telah menarik perhatian umum kebelakangan ini?

Khairuddin Abu Hassan ini bukanlah kuda perang barisan hadapan Mahathir tetapi beliau cuma seorang sub-kroni Mahathir. Jasa beliau pada Mahathir adalah terlibat bersama Allahyarham Khalid Jafri yang menulis buku 50 dalil mengapa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri. Buku yang telah menjadi sebab Anwar Ibrahim terpelanting dari puncak kuasa.
Walaupun mempunyai pertalian kekeluargaan dengan Anwar Ibrahim, tapi Khairuddin lebih setia dengan Mahathir. Mengapa? Politik adalah mengenai kuasa dan ekonomi. Khairuddin sebagai seorang peniaga, sudah tentu memerlukan tuan yang lebih berkuasa untuk menjaga kitaran ekonominya.

Kita tinggalkan kisah tahun 1998. Kini kenapa Khairuddin begitu galak menyerang Najib?

Suami kepada aktress Umie Aida ini sebenarnya bukanlah seorang peniaga yang baik. Pagi ini saya telah menerima dua salinan dokumen. Dokumen pertama adalah dokumen keputusan carian kebankrapan dari Jabatan Insolvensi Malaysia yang tertera nama Khairuddin (rujuk gambar 1). Yang kedua adalah Notis Lelongan Awam yang akan diadakan esok, 10 Januari 2015 ke atas sebuah penthouse di Mont Kiara yang dimiliki oleh Khairuddin (rujuk gambar 2).

Khairudin juga adalah Pengarah kepada 137 syarikat sedangkan dia telah diisytiharkan bankrap. Dengan status bankrap ini, beliau boleh hilang kelayakan sebagai Pengarah dalam semua syarikat tersebut. Ini yang menakutkan beliau.

Inilah sebabnya mengapa Khairuddin begitu bersungguh menyerang Najib. 1MDB dijadikan punching bag terbaik. Bukan kerana prihatin terhadap wang rakyat yang mungkin akan hangus kerana 1MDB tetapi kerana Najib tidak mahu membantu menyelesaikan masalah bankrap yang dihadapinya.

Khairuddin adalah satu lagi contoh tipikal kroni Mahathir dan kepimpinan yang ada dalam UMNO-BN. Menjadi saudagar bukan kerana kebolehan tetapi kerana mengenali siapa yang berada di puncak kuasa.

Satu lagi persoalan yang timbul adalah perlukah Pakatan Rakyat untuk bersama-sama dengan Khairuddin menyerang Najib?

Jawapan saya adalah tidak. Anwar perlu ingat, Khairuddin inilah antara muka-muka yang telah memulakan konspirasi melampau terhadapnya. Walaupun punya pertalian keluarga, tapi Khairuddin telah khianat dan sanggup menabur fitnah demi mengampu Mahathir.

Adakah Pakatan Rakyat terlupa bahawa Mahathir adalah punca segala musibah yang melanda Malaysia? Mahathir punca segala sistem pentadbiran dalam negara ini punah ranah. Institusi Raja, Legislatif, Kehakiman, Eksekutif semuanya menjadi tunggang langgang dikerjakan Mahathir semasa zaman pentadbirannya.

Kini kita sedang menanggung segala macam kesan ekoran daripada kerosakan yang dibuat Mahathir selama ini. Dan ingatlah pertembungan Mahathir dan Najib ini tidak akan membawa keuntungan kepada Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia.

Strategi yang baik untuk Pakatan Rakyat adalah menghambat Mahathir, Daim dan kroni-kroni ketika ini dan kemudiannya berhadapan dengan Najib dalam Pilihanraya Umum nanti.

Ahmad Anwar Asyraf
Pengarah Pemikir Kaum Muda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Link Moderat vs Ekstremis : Satu Cereka Penagih Kuasa |https://lanunmuar.wordpress.com/2015/01/04/moderat-melawan-ekstremis-satu-cereka-oleh-penagih-kuasa/

Link Najib-Mahathir dan Collateral Damage |https://lanunmuar.wordpress.com/2015/01/07/najib-mahathir-dan-collateral-damage/