Kenyataan Media
11 November 2014
Jangan Salahkan Penjawat Awam Semata-Mata
Negara ketika ini telah dikejutkan dengan satu kenyataan luar biasa bodohnya oleh seorang pegawai kerajaan berpangkat ketua pengarah suatu agensi penting negara.
Kenyataan yang membawa maksud "Operasi membabitkan kesalahan gagal patuhi ukuran spesifikasi plat nombor pendaftaran adalah penting dilaksanakan bagi mengurangkan kemalangan maut", mendapat kritikan umum di media sosial.
Namun setelah diteliti, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat kesimpulan bahawa Ketua pengarah agensi terbabit terpaksa mengeluarkan alasan yang memalukan diri dan agensi, hanya kerana memenuhi arahan pihak atasan yang mahu kutipan saman maksima dari segala aspek.
Malah dalam masa yang sama, semua agensi kerajaan dan pihak berkuasa telah diarahkan supaya mengeluarkan semaksima saman untuk menghukum rakyat negara ini demi memenuhkan kantung perbendaharaan negara. Terdapat kuota saman yang harus dicapai dan dipenuhi setiap hari dapat dilihat dari jumlah besar sekatan jalan dan sekatan undang-undang seperti spesifikasi nombor plat dan cermin gelap dilaksanakan.
Saman kini bukan lagi menjadi mekanisma mendidik tetapi menjadi satu sumber kerakusan sebuah kerajaan yang penuh korupsi.
Lantas, SAMM melihat penjawat awam dari segenap jawatan hingga ketua pengarah menghadapi tekanan yang besar dari pemerintah untuk mendapatkan sumber kewangan. Mereka menjadi mangsa kritikan dari pelbagai lapisan masyarakat termasuklah dari (Tun Faisal) ketua propaganda media baru umno sendiri melalui laman twitternya, turut menghina penjawat awam. Inilah nasibnya bekerja sebagai penjawat awam yang akhirnya dipaksa mengundi kerajaan dengan pelbagai ugutan.
Maka tidak hairan lah seorang Ketua Pengarah secara tidak langsung telah mengeluarkan kenyataan yang diluar dari logik pemikiran.
Ini bukan kali pertama kenyataan kurang bijak dikeluarkan oleh pembesar negara. Banyak menteri dan ahli parlimen yang mengeluarkan kenyataan tanpa menyelidik sentimen rakyat khususnya ketika menghadapi kemelut kenaikkan kos sara hidup.
Semoga kita rakyat mengamalkan pemikiran yang budiman dan tidak meletakkan suatu kesalahan terhadap mereka yang menjalankan tugasan dan SAMM menyeru semua penjawat awam sedar bahawa mereka sedang diperkudakan oleh regim yang tidak mempedulikan mereka, Arahan tidak masuk akal dikeluarkan tetapi bila salah sikit penjawat awam dibiarkan terhimpit.
Malah terbaru pemuda Umno kononya telah bertemu dengan Ketua Pengarah JPJ tersebut dan meminta operasi JPJ dihadkan malah Ketua Pengarah JPJ diminta menghadiri program Pemuda Umno konon untuk menyelesaikan tekanan yang wujud.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)Polis traffic disalahkan apabila gila menyaman tetapi tahukah kita mereka antara agensi yang diarah mengukit semaksima ungkin dari rakyat |
ambulan juga tidak terlepas |
Yang lawak penguatkuasa, tak kita Jabatan atau Agensi mana pun, ada KPI...kena kutip saman jumlah sekian-sekian untuk tempoh sekian-sekian. Kalau kurang, tak capai KPI. Sepatutnya makin kurang saman, bermakna makin bagus...ni dah terbalik.
ReplyDeleteyg lagi lawak bila samm bercakap guna kepala lutut. tak pakai otak
ReplyDelete