DAMANSARA 17 Julai - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard yang kini digantung keahlian PKR mendakwa Calon Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali pernah menggunakan media termasuk TV3 dan Utusan untuk memburukkan parti.
Menurut Chegubard, bagaimanapun Azmin dilihat seperti 'kebal' apabila tidak diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin PKR walaupun tindakan yang dilakukannya pada 2013 tersebut turut memburukkan Presiden Parti, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
"Bekas Ketua AMK Balik Pulau pada 15 Mei 2014 telah mengeluarkan kenyataan terbuka memaklumkan dia telah membuat aduan pada 11 Mei 2013 mengenai Azmin yang telah menggunakan media termasuk Utusan, TV3 dan sebagainya untuk menghentam parti secara sengaja dengan menuduh Presiden mengamalkan Kronisme.
"Namun selepas setahun tiada tindakan yang diambil, malah terdapat kenyataan bahawa Pengerusi Lembaga Disiplin sengaja mendiamkan kes tersebut kerana dia sendiri berada dalam kartel yang dipimpin Azmin, jadi Dr Tan Kee Kwong perlu menjelaskan perkara ini," katanya di Perkarangan Ibu Pejabat PKR di Tropicana di sini hari ini.
Beliau terdahulu menghantar memorandum menuntut respon mengenai Surat Aduan yang dihantar beliau sebelum ini mengenai pelbagai masalah ketika Pemilihan Parti sejak Mei lalu.
Chegubard turut mendedahkan, Azmin juga ada terlibat di dalam cubaan menyogok ahli-ahli JPP, namun aduan mengenai perkara tersebut turut dilupakan apabila tiada sebarang tindakan atau siasatan dilakukan.
"Saya turut menghantar satu surat aduan mengenai kejadian Pengerusi Panel Bantahan JPP membaling wang dalam mesyuarat Biro Politik kerana menurut maklumat ia adalah wang yang cuba disogok seorang calon timbalan, namun setelah hampir dua bulan perkara tersebut terus senyap.
"Justeru itu, mereka yang terlibat perlu tampil menjelaskan perkara tersebut kerana pihak-pihak yang terlibat termasuk Azmin yang dikatakan memberi duit tersebut masih hidup," ujarnya.
Sementara itu, beliau turut menyatakan kebimbangan dengan keadaan PKR yang dilihat semakin pincang apabila tidak mampu menangani masalah penipuan di dalam proses pemilihan.
Katanya, pihak parti juga didapati menggantung keahlian anggota-anggota dengan menggunakan prosedur yang kabur.
"Ada cabang terdapat orang lain menanda kertas undi orang lain terus dibatal tetapi ada kes sama pula yang sah dan sudah keluar media malah ada yang JPP sendiri terlibat menanda kertas undi orang lain dan keputusannya diterima.
"Apakah justifikasi keadilan yang diambil dalam memutuskan perkara sedemikian.
"Prosedur penggantungan sangat kabur, ada yang diumum digantung dua hari sebelum pemilihan tidak layak bertanding tetapi ada calon jawatan kanan parti diumum digantung tetapi tidak hilang kelayakan bertanding, apakah terdapat dua peraturan mengikut kasta atau di pasukan mana dia berada," katanya lagi.

No comments:
Post a Comment