Thursday, June 05, 2014

“PKR rumah perjuangan saya” - selangorkini

SHAH ALAM, 29 MEI: Penggantungan serta merta keahlian Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebaagai Chegu Bard, semalam (28 Mei) daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak akan mematahkan perjuangannya untuk bersama parti itu.

Chegu Bard dalam sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Selangor Kini berkata, beliau akan terus bertahan bersama PKR dan yakin dirinya akan mendapat keadilan.

“PKR ini rumah perjuangan saya dan akan terus bertahan. Saya yakin PKR parti reformasi dan pasti mendapat keadilan,” katanya.

ChegubardBeliau turut memaklumkan masih menunggu surat rasmi daripada parti berhubung tindakan penggantungan berkenaan sebelum boleh mengulas lanjut.

Katanya, isu penggantungan itu hanya diketahui melalui maklumat daripada wartawan yang banyak menghubungi beliau untuk mengesahkan perkara terbabit.

“Tidak akan ada tembok yang boleh menghalang perjuangan memastikan demokrasi tidak mati.
“Selebihnya, saya tunggu surat rasmi daripada parti kerana saya belum terima sebarang makluman cuma diberitahu kawan wartawan,” katanya.

Semalam, Lembaga Disiplin PKR memaklumkan Chegu Bard yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) digantung keahlian sehingga siasatan berkenaan aduan salah lakunya ketika pemilihan selesai.

Pemilihan 2014Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong, berkata keputusan menggantung keahlian Chegu Bard diputuskan embaga displin parti yang dipengerusikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam mesyuarat biro politik, kelmarin (27 Mei).

Manakala anggota cabang Pasir Salak, Yusop Kamaruddin dipecat keahliannya ekoran kesalahan mengingkari arahan surat penggantungan.

Penggantungan ini tidak menghapuskan matlamat perjuangan, kata CheguBard. - petikan FMT
chegubardPETALING JAYA: Aktivis PKR Badrul Hisham Shaharin yang lebih dikenali sebagai CheguBard menerima keputusan parti untuk menggantung keahliannya, namun meminta diberi ruang untuk satu sesi pendengaran untuknya membela diri.

“Saya ada berjumpa dengan Pengurusi Panel Bantahan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Abd Malek Hussin untuk meminta diberi ruang kepada saya membela diri dalam satu sesi pendengaran,” katanya apabila dihubungi FMT hari ini.

Beliau hadir sendiri ke ibu pejabat PKR awal petang tadi untuk mengambil surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh parti kepadanya sebelum bergegas ke Teluk Intan untuk kempen pilihan raya kecil (PRK) kerusi parlimen itu.

“Saya tidak kisah diambil tindakan sebegini namun ada juga individu-individu lain seperti Azmin (ALi), Zuraida (Kamarudin) yang juga membuat komen terhadap JPP untuk pemilihan parti kali ini jadi sejajarnya ia juga harus mengambil tindakan yang sama,” kata CheguBard lagi.

Tambahnya, satu surat telah diberi kepada Pengerusi Lembaga Disiplin PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong untuk memaklumkan perkara ini.

“Saya terima penggantungan ini sampai siasatan ke atas saya selesai dijalankan. Harapan saya dan juga semua rakyat ialah PKR sebagai parti masa depan perlu dilihat berbeza walaupun ada masalah kita kenal pasti masalah itu dan tanganinya,” katanya lagi.

Apabila disoal sama ada beliau akan kekal bersama PKR setelah digantung keahliannya, CheguBard dengan tenang menjawab penggantungan ini tidak menghapuskan matlamat perjuangannya.

“Saya ada terima ratusan panggilan, pesanan ringkas dan juga tweet berkenaan penggantungan ini.
Respon saya mudah, kita kena sabar, tenang dan fokus kerana penggantungan ini tak hapuskan matlamat perjuangan kita yang masih jelas iaitu mahukan parti menerajui perubahan,” katanya mengakhiri perbualan.

Semalam, CheguBard telah didapati bersalah oleh mensyuarat Biro Politik PKR kerana membuat kenyatan media yang mendakwa proses pemilihan kotor dan tidak telus.

“Beliau turut membuat dakwaan terbuka dengan menyatakan ‘Petugas JPP menjadi agen kepada Azmin Ali’ pada Mei 12 yang disiarkan dalam laman mysuara.net dan FMT.

“Responden telah juga membuat kenyataan terbuka mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) dalam akhbar Berita Harian pada 21 Mei bertajuk ‘Keputusan penuh penipuan: Chegubard”, menurut satu kenyataan yang diedarkan oleh Kee Kwong semalam.

CheguBard digantung keanggotaannya serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan dan diberi surat tunjuk sebab.

No comments:

Post a Comment