When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Thursday, April 03, 2014
sampai bila kita harus bersikap sudah terhantuk baru terngadah
Masih ingatkah kita dengan kes seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang pegawai bank di Subang Jaya bulan Oktober lepas. Selepas dari kejadian tersebut berminggu - minggumedia memainkan kononya betapa kejamnya kejadian tersebut dan bukan sedikit rakyat meratapinya. Malah tak kurang juga pak Menteri dan politisi 'landing' isu ini untuk turut mendapat liputan media.
Perbagai pendedahan termasuklah rupa - rupanya pengawal tersebut memiliki kad pengenalan palsu yang konon dibeli dengan harga RM200. Kemudian baru nak perasan bukan sahaja isu kad pengenalan palsu boleh menjadi pengawal keselamatan tetapi rupa - rupanya baru tersedar yang sememangnya warga asing sudah memonopoli pakaian seragam pengawal keselamatan bertaburan seluruh negara.
Untuk tunjuk buat kerja maka berkejarlah ke sana - sini pihak terbabit membawa lensa kamera membuat operasi.
Kini sudah hampir setengah tahun dari kejadian tersebut, apa kesudahanya ?
Lihat sekeliling kita berapa ramai warga asing terus menyarung pakaian seragam pengawal keselamatan.... mana hasil siasatan pembelian kad pengenalan palsu tersebut ? siapa yang dihadapkan ke muka pengadilan... ?
Siapa dalam KDN yang memberi kelulusan membawa senjata api kepada pengawal yang membeli / memalsukan kad pengenalan tersebut ?
Semua senyap bisu, yang pastinya para cukong yang mengendeng rapat dengan 'penguasa' terus untung sebab diperkenalkan kononya kena ada kursus dulu sebelum jadi pengawal. Pembekal makanan untuk kursus, pembekal pakaian untuk kursus, pembekal sijil kursus semua akan untung.
Rakyat terus rugi dan percayalah semua ini akan senyap sehinggalah kejadian seperti ini berulang sekali lagi.
Ingat kes kemalangan Bas yang libat banyak nyawa. Bila kemalangan maka politisi 'landing' bawa lensa kamera, TV akan buat rancangan khas penuh air mata. Menteri umum bas tak boleh jalan selepas tengah malam, lesen syarikat bas terlibat kemalangan akan ditarik. Tapi kini apa jadi, bukan lesen syarikat bas, pemandu beratus saman pun bebas bawa bas, bas bebas berjoget atas lebuh raya bertolak lepas tengah malam....
Kerajaan lemah ini akan terus tersenyum selagi rakyat dungu.
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
No comments:
Post a Comment