Bahkan, menurut Karpal, polis juga boleh membuat laporan polis mengenainya.
Namun, kiranya Zahid terlepas pandang dan mengatakan siasatan mengenai
Gani tidak dapat dilakukan kerana Mat Zain tidak membuat laporan polis,
sebaliknya hanya membuat akuan bersumpah, sebenarnya Solidariti Anak
Muda Malaysia atau SAMM sudah membuat beberapa laporan polis mengenai
Gani.
Apakah laporan polis SAMM itu tidak mencukupi dan memerlukan Mat Zain juga membuat laporan polis?
Tetapi dalam beberapa kes sebelum ini, ada siasatan polis dilakukan
tanpa pihak yang menuduh membuat laporan polis. Dalam kes antara
Sharifah Aini dan Siti Nurhaliza beberapa tahun lalu, polis menjalankan
siasatan berhubung emel yang dikatakan memburukkan Siti Nurhaliza
walaupun penyanyi itu tidak membuat laporan polis, sebaliknya laporan
polis dibuat oleh seorang wartawan hiburan.
Jika
kes itu boleh dijadikan rujukan, polis sebenarnya sudah boleh membuka
kertas siasatan ke atas Gani berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh
SAMM itu dan tidak perlu menunggu sehingga Mat Zain membuat laporan
polis mengenainya.
Tetapi
jika itu yang disyaratkan oleh Menteri Dalam Negeri yang baru saja
mendapat undi tertinggi dalam pemilihan Umno...........
No comments:
Post a Comment