Kenyataan Terbuka
15 November 2013
Agen Perisikan di Pejabat AG: SAMM Lancar Laporan Polis Serentak di Seluruh Negara
Solidariti
Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam kenyataan sebelum ini telah mendesak
supaya segala aktiviti yang melibatkan pihak Pejabat Peguam Negara (AG)
dibekukan segera dan Tan Sri Gani Patail harus diberkas untuk
disoal-siasat. Ia ekoran dakwaan serius Tun Mahathir mengatakan terdapat
dua agen perisik CIA yang bekerja di pejabat Peguam Negara ketika ini.
Berdasarkan
tuduhan Tun Mahathir yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Mat Zain
Ibrahim (Bekas Pegawai Kanan Polis), negara mungkin telah dipengaruhi
oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui pejabat AG.
Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan, pihak polis harus
bertindak segera manakala Tun Mahathir harus tampil memberi penjelasan.
SAMM
juga tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang
berlaku adalah termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat DS
Anwar Ibrahim dan aktiviti pengintipan ini juga mampu menyebabkan
kekalahan Pulau Batu Puteh di mahkamah antarabangsa. Pulau Batu Puteh
juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi
kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika
Syarikat.
Justeru
itu, bagi terus memberi tekanan supaya pejabat AG dibersihkan dari
anasir pengintip dan tindakkan lebih agresif oleh pihak polis, laporan
polis akan dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) esok (16
November) secara serentak di seluruh pelusuk negara.
Laporan
polis akan mula dibuat oleh SAMM P.Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis
Bayan Baru, diikuti oleh SAMM dari negeri lain termasuk dari Sabah dan
Sarawak. SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat
laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini.
Sekiranya pihak polis masih lagi bermain wayang dan tidak bertindak sewajarnya, maka pada tarikh 24 November (Ahad) akan
datang, SAMM seru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai
berkumpul di depan IPD Dang Wangi untuk memberi tekanan yang jauh lebih
serius.
ESOK 16 Nov. : Lokasi dan jam laporan polis mendesak agar AG disiasat berhubung dakwaan terdapat ajen risikan CIA di seluruh negara:
1. Penang : Balai Polis Bayan Baru jam 11pg
2. Kedah : IPK Sungai Petani jam 2ptg
3. Pahang : IPD kuantan jam 2ptg
4. Sarawak : Balai Polis Padang Sentral Kuching jam 2ptg
5. Johor: Balai Polis Uda, jam 5ptg
6. Terengganu: IPD K. Terengganu
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
ESOK 16 Nov. : Lokasi dan jam laporan polis mendesak agar AG disiasat berhubung dakwaan terdapat ajen risikan CIA di seluruh negara:
1. Penang : Balai Polis Bayan Baru jam 11pg
2. Kedah : IPK Sungai Petani jam 2ptg
3. Pahang : IPD kuantan jam 2ptg
4. Sarawak : Balai Polis Padang Sentral Kuching jam 2ptg
5. Johor: Balai Polis Uda, jam 5ptg
6. Terengganu: IPD K. Terengganu
klik sini untuk menyumbang kepada SAMM
siapa sumber mahathir ni...? hanya mendengar tapi tiada bukti...kah kah kah kah...takde bukti jgn cakaplah..apapon madey harus bertanggungjawap perbuatannya sendiri...siapa sumber perisikan mahathir ?
ReplyDelete