Regim ini sudah terlalu tua dan tidak kreatif
Cadangan : PINDAAN PERINTAH LEVI KENDERAAN BARANG – BARANG (PENGECUALIAN) 1983, AKTA LEVI KENDERAAN BARANG – BARANG 1983
Tanpa
perlu diselindung Malaysia sedang mengalami masalah ekonomi khususnya
apabila perbezaan antara pendapatan kerajaan jauh amat rendah dari
perbelanjaan pengurusan negara. Ini sebenarnya boleh dibaca sebagai
kelemahan kebijakan pengurusan ekonomi pemerintah. Maka bukan sedikit
cadangan telah diutarakan oleh regim untuk menambah pendapatan kerajaan
dan kebanyakannya menjurus kepada menekan semula kepada rakyat untuk
ditekan dan diperas dari perbagai segi bagi menambah pendapatn regim.
Antaranya ialah cadangan GST barangan keperluan , penarikan subsidi
(yang menyebabkan kenaikan harga bahan utama seperti bahan api) dan
seumpamanya yang terbaru GST (cukai baru) akan diperkenalkan.
Setiap
kali pengumuman diumumkan regim terus menipu rakyat dengan mengatakan
bahawa negara ini jauh lebih murah dan perbagai propaganda dengan
menimbulkan perbagai perbezaan dengan perbagai negara bagi mewajarkan
tindakan regim yang menekan rakyat bagi tujuan menambah pendapatan
kerajaan.
Sebenarnya
jika diteliti banyak ruang lain boleh diteroka dalam menambah
pendapatan kerajaan. Namun regim yang gagal bertindak kreatif hanya
melihat rakyat sebagai bahan penting untuk diperas.
Antaranya
ialah dengan meneliti akta levi kenderaan barang – barang (1983) KDRM.
Bayangkan Singapura mampu mendapat lebih 1Billion SGD setiap tahun
hanya dari GST yang dibayar oleh pengeksport Malaysia. Malangnya kita
hanya mampu RM147.108 juta (2008) dan RM141.15 juta (2009) melalui levi
kenderaan/barangan meninggalkan dan masuk negara melalui pintu sempadan
Malaysia-Singapura. Bagaimana perkara ini boleh berlaku dan berlarutan
bertahun tahun.
Ini
berlaku mungkin berlaku kurang ketegasan dipintu sempadan namun alas an
paling besar ialah Menteri yang memerintah khususnya Menteri Kewangan
hilang kretiviti serta malas untuk meneliti perkara – perkara ini bagi
memperbagaikan pendapatan negara.
Bayangkan Levi kita kekal sejak tahun 1983 tanpa diteliti atau dikaji.
A. A. Kadar levi kenderaan barang-barang meninggalkan negara
- Muatan Jadual 1 (perihal kenderaan) RM200.00
- ii. Muatan Jadual II (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00
- iii. Muatan Jadual III (dikecualikan sepenuhnya) RM 0.00
- iv. Muatan Jadual IV (dikecualikan 50%) RM 100.00
B. Kadar Levi Barang – Barang Memasuki Negara
i. Muatan dagangan RM100.00
ii. Tiada Muatan RM 0.00
Ini
ialah kadar levi diperkenalkan pada tahun 1983 ketika itu Menteri
Kewangannya ialah YBM Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Ketika levi
tersebut dibentangkan dan diluluskan malah diperkenalkan sistem potongan
levi dimana pada ketika itu mata wang Malaysia jauh lebih tinggi dari
Singapura malangnya oleh kerana kita punya Menteri yang pemalas dan cuai
maka kita telah kehilangan bukan sedikit pendapatan negara apabila
kadar levi lapuk ini terus dipakai di pintu sempadan negara dan dalam
pada masa yang sama Singapura menikmati lebih 1 billion SGD kerana
kecekapan pentadbiran mereka.
Cadangan / Pindaan Akta levi 1983
Berikut ialah kadar levi baru yang dicadangkan :
a) Semua kenderaan dagangan yang meninggalkan negara dikenakan levi RM300 (kadar sekarang RM200)
b) Semua
kenderaan dagangan yang membawa jenis barangan dalam jadual II
(dagangan mudah rosak) dikenakan levi RM100 (kadar Levi sekarang
dikecualikan sepenuhnya)
c) Kadar
50% yang diberikan dalam jadual IV hendaklah dibatalkan dan semua lori
yang membawa barangan binaan hendaklah dikenakan levi RM300 (kadar
sekarang cuma RM100.00)
d) Semua kenderaan barang – barang bermuatan yang memasuki Malaysia dikenakan levi RM200.00 (kadar levi sekarang iaitu RM100.00)
Rajah 1 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang meninggalkan Malaysia
Kadar sekarang
|
dicadangkan
| |
Jadual I
|
RM 200.00
|
RM300.00
|
Jadual II
|
RM 0.00
|
RM 150.00
|
Jadual III
|
RM 0.00
|
BATAL
|
Jadual IV
|
RM 100.00
|
RM300.00
|
Rajah 2 : Kadar Levi Kenderaan barang – barang memasuki Malaysia
Kadang sekarang
|
dicadangkan
| |
Muatan dagangan
|
RM 100.00
|
RM 200.00
|
Tanpa muatan
|
RM 0.00
|
KEKAL
|
Rasional / justafikasi
Parlimen Malaysia perlu segera meminda kadar levi ini segera berikutan justifikasi cadangan pindaan akta levi (1983) iaitu :
a) Mengambil
kira faktor keselamatan negara iaitu kes penambakan laut oleh Singapura
dengan menggunakan batuan, pepejal, simen, besi dan lain – lain dari
Malaysia. Tindakan ini juga bagi mengurangkan / mengekang tindakan
peniaga Singapura melantik proksi dalam syarikat – syarikat seperti
syarikat kuari di Malaysia, selama ini tindakan ini menyebabkan bukan
sedikit mereka meraih keuntungan dan mengalirkan wang negara keluar.
b) Pengimport
– pengimport dan syarikat – syarikat binaan asing Singapura tidak layak
mendapat pengecualian 50% dari Malaysia dan kebanyakanya ialah bertaraf
syarikat pengeksport yang telah kukuh dan maju sepatutnya tidak punya
masalah bagi membayar sedikit kenaikan levi. Mereka mendapat keuntungan
besar hasil penggunaan bahan binaan dari Malaysia.
c) Mereka
juga tidak membantah kenaikan kadar GST 5% oleh kerajaan Singapura.
Pengeksport boleh dan mampu membayar GST (Goods and Services Tax) kepada
kerajaan Singapura berdasarkan nilai SGD. Sedangkan keuntungan mereka
berpunca dari Malaysia.
d) Kadar
levi lama amat lapuk selama 27 tahun tidak dipinda dan kedudukan mata
wang Malaysia yang pada ketika itu lebih tinggi dari Singapura
sebaliknya kini berbeza kita tertinggal dari Singapura.
e) Secara
tidak langsung kadar baru levi ini sedikit sebanyak mampu menrancakkan
penggunaan pelabuhan tempatan seperti Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang
untuk menghantar terus barangan tanpa melalui Singapura dan menghantar
kemudian melalui pelabuhan Singapura. Selama ini ada peniaga yang
melintasi tambak Johor dan menghantar barang keluar menerusi pelabuhan
Singapura kerana kos melintasi tambak Johor terlalu minima.
f) Peningkatan
kadar levi akan ditanggung oleh rakyat Singapura bukan Malaysia. Selaku
negara maju dan punya matawang yang nilai jauh lebih tinggi sudah tentu
tidak akan merasai sedikit kenaikan yang dicadangkan sebaliknya kita
dapat menampah pendapatan kerajaan bagi mengurangan beban rakyat.
g) Dari
segi persaingan antarabangsa kita juga masih terus selesa kerana
pengimport Singapura pasti akan menanggung kos lebih jika memilih untuk
tidak menggunakan bahgan dari Malaysia dan membeli bahan dari Indonesia,
Vietnam dan lain – lain. Bagi barangan mudah rosak pula jika diimport
dari Indonesia atau Thailand ianya menyebabkan kos yang lebih tinggi
berbanding Malaysia.
Rumusan
Sebenarnya
pindaan akta levi kenderaan barang – barang ini hanya boleh dibuat
dengan keputusan Menteri Kewangan yang mempunyai kuasa untuk
memperkenalkan kadar levi baru. Namun malangnya kerana kita mempunya
menteri kewangan yang malas dan tidak kreatif maka cadangan ini dibawa
ke parlimen untuk tindakan semua ahli parlimen.
Cadangan ini jika
diterima sekurang – kurangnya akan menambahkan RM200 juta kepada
pendapatan negara pada tahun tahun akan datang.
Cadangan
pindaan levi ini hanyalah sebahagian dari ratusan tindakan yang boleh
diambil oleh Kerajaan jika punya Kabinet yang benar – benar ‘competent’ .
Tekanan kepada rakyat seharusnya merupakan tindakan terakhir namun bagi
cabinet yang pemalas ini ia menjadi tindakan pertama.
Ini
adalah contoh kecil bagaimana wang negara boleh diselamatkan dan rakyat
tidak terus dibebani tetapi regim tua ini sudah hilang kretivitinya
maka terpulang kepada rakyat untuk mengangkat kelompok baru yang punya
daya kretiviti dan lebih anergetik dalam tahun mendatang bagi mentadbir
negara agar Malaysia akan lebih disegani dan berdaya saing.
Kerajaan mampu jana ekonomi tanpa menjerut rakyat dengan GST jika mereka rajin sedikit lebi. Sempena Buget Jumaat ini mohon Menteri Kewangan membaca artikel ini meransang mindanya mencari ruang menambah pendapatn negara tanpa memeritkan rakyat.
cadangan oleh :
No comments:
Post a Comment