Perjanjian multilateral terikat TPPA
yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand,
Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam juga berkisar
tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di
pasaran negara ahli secara terbuka. Persoalannya, sejauh manakah
industri perkhidmatan kita bersedia untuk berdepan syarikat gergasi
super multinasional barat?
Dari pengamatan SAMM, kesan TPPA sangat
besar dan menyeluruh khususnya terhadap rakyat yang berpendapatan
sederhana. Ianya lebih dari soal globalisasi perdagangan, ia turut
meliputi penggubalan undang-undang bagi memberi laluan kepada agenda
tersembunyi Amerika dan konglomerat dunia untuk terus menjarah negara,
tanpa sempadan. Namun walaupun punya impak yang besar, perjanjian yang
bakal ditandatangani pada Oktober nanti telah dibincangkan secara senyap
dan penuh kerahsiaan. Apakah yang cuba disorokkan?
Apakah melihat Perjanjian TPPA ini agak teknikal maka rakyat tidak berhak untuk mendapat penerangan dan memberi maklumbalas?
Kita amat yakin banyak pemain industri
tempatan masih memerlukan bantuan kerajaan dalam meletakkan perniagaan
mereka ke landasan maju dan berdaya saing terutama golongan bumiputera
sedangkan TPPA dilihat tidak mesra kepada dasar yang membezakan antara
pemain tempatan dan antarabangsa. Bagaimanakah kerajaan memastikan
kedaulatan Malaysia akan dijaga dan bukan dijadikan bahan belasahan
Konglomerat Kapitalis di Tribunal Timbangtara Antarabangsa kelak?
Contoh, di Australia, Kerajaan mereka
disaman oleh Philip Morris Tobacco Company hanya kerana mereka mahu
implement kotak rokok plain. Belum pun TPPA dilaksanakan sepenuhnya,
konglomerat kapitalis sudah mula menunjukkan sikap sebenar mereka
walaupun perundangan yang ingin dilaksanakan itu sebenarnya memberikan
kebaikan untuk rakyat tetapi ia merupakan kemusnahan kepada konglomerat
kapitalis. Justeru, konglomerat bertindak menafikan kedaulatan sesebuah
negara dalam melaksana tindakan berlandas dasar dan perundangan negara
tersebut.
Kesedaran rakyat tentang isu TPPA
amatlah penting. Maka SAMM bersama sekutu NGO dan front anak muda
mahasiswa telah bertekad memastikan kefahaman tentang TPPA diperluas dan
seterusnya melakukan beberapa aksi bagi menghalang kerajaan
sewenang-wenangnya memetrai perjanjian yang menjahanamkan kehidupan
rakyat negara ini.
Bagi menambah momentum perlawanan
terhadap perjanjian TPPA, beberapa siri demonstrasi telah disusun dan
dijadualkan berlangsung pada 19 Julai 2013 bertempat di Masjid Wilayah.
Demonstrasi 19 jun ini juga akan menyaksikan perarakan dari Masjid
Wilayah ke ibu pejabat MITI untuk disampaikan sebuah memorandum. SAMM
gesa warga lembah klang khususnya anak muda yang berkesempatan untuk
hadir menyatakan bantahan terhadap perjanjian TPPA.
Rundingan rahsia TPPA yang mengheret
Malaysia harus dihentikan segera. SAMM tidak menolak kemungkinan
mesyuarat perjanjian TPPA pusingan ke-18 yang akan berlangsung di Kota
Kinabalu bermula 15 Julai ini digagalkan oleh rakyat. Ia sekaligus
menunjukkan kepada dunia bahawa masih ada penentangan dari rakyat bagi
menjamin negara ini tidak dijajah kembali dalam bentuk ekonomi global.
Harus semua ingat, kesan TPPA terhadap
rakyat adalah sangat besar dan cukup radikal, maka untuk melawan
perjanjian dan persekongkolan penuh rahsia TPPA ini juga perlu bersifat
radikal agar dunia tahu rakyat Malaysia tidak semudah
diperkotak-katikkan.
- See more at:
http://anakmudamalaysia.com/2013/07/perjanjian-tppa-merosak-ekonomi-rakyat-menggadai-kedaulatan-negara/#sthash.rtxTlEcq.dpuf
Great!
ReplyDelete