Demi memastikan tanahair tidak lagi dijajah dalam bentuk yang baru, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama pelbagai NGO dan kumpulan anak muda menyeru orang ramai khususnya warga kota bagi menyertai satu protes bantahan terhadap Perjanjian TPPA pada 19 Julai ini di Masjid Wilayah, Jalan Duta.
Protes demonstrasi turut merangkumi satu
aksi perarakan dari Masjid Wilayah ke Ibu Pejabat Kementerian
Perdagangan Luar Negeri (MITI) bagi menghantar sebuah memorandum
bantahan. Perjanjian TPPA yang telah dibincangkan
secara rahsia selama ini, harus disekat kerana didapati bakal memberi
kesan negetif yang besar terhadap rakyat dari pelbagai sudut termasuklah
soal kedaulatan negara. Maka SAMM ambil tanggungjawab mobilisasi dan
menggesa semua anak muda ayuh bersama dalam aksi kali ini, dengan
maklumat berikut;
Tarikh: 19 Julai 2013 (Jumaat)
Masa: 2.00pm (lepas solat)
Lokasi: Masjid Wilayah, Jalan Duta
Perarakan: Masjid Wilayah – Ibu Pejabat MITI
SAMM mengalu-alukan penglibatan lebih
banyak pihak dalam demonstrasi yang mencabar ini, semua pihak harus
bersatu mempertahan kedaulatan negara dari penjajahan baru ini. Kita
harus tunjukkan kepada dunia satu signal penolakkan yang besar terhadap
perjanjian yang menjadi ‘jerangkap samar’ kepada negara yang menyertai
TPPA.
Justeru itu, semua harus main peranan
untuk menjayakan demonstrasi dan penyerahan memorandum ini. Hebahkanlah
aksi 19 Julai ini, perhebatkan proses kesedaran mengenai TPPA secara
agresif kerna kita tidak punya banyak masa. Pihak media juga dimohon
supaya turut membantu mobilisasi dengan kelebihan masing-masing.
Rakyat bersatu tidak akan dikalahkan. Jumpa 19 Julai di Masjid Wilayah, Jalan Duta.
- See more at:
http://anakmudamalaysia.com/2013/07/tppa-demo-dan-perarakan-dari-masjid-wilayah-ke-pejabat-miti-19-julai-2013/#sthash.V9TOdry8.dpuf
No comments:
Post a Comment