Pernah didedahkan dan tidak berjawab iaitu pendedahan perbelanjaan mewah hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 di Seri Perdana berjumlah RM79,053.
Majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah
daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan
Barat dan lain-lain.
Berdasarkan ‘Banquet of Order’
(BEO), majlis tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun
jelas ia adalah majlis peribadi Najib.
Purata perbelanjaan untuk 100
tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan
undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.
Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79, 053.
Turut didedahkan bukti
baru yang belum disangkal Najib berhubung tempahan majlis pertunangan
anaknya di Hotel Shangri-La atas nama pejabat Perdana Menteri.
Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan menunjukkan pada ruang ‘function’ bertulis ‘Private Dinner hosted by PM’.
Manakala alamat penganjur ialah ‘Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan’, iaitu pejabat Perdana Menteri sendiri.
Persoalan yang dibawa bukanlah
semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan, tetapi
ketelusan dan operasi pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya
mengasingkan kepentingan peribadi dengan tugasan rasmi.
Najib menjanjikan transformasi
politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh,berbeza dengan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP
(Program Transformasi Politik).
Jika perbelanjaan mewah ini
ditanggung penaja, apakah ia tidak mempengaruhi keputusan Najib selama
ini? Dan wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ dan
kesederhanaan diperkenalkannya sendiri dalam pentadbiran.
Katanya lagi, sementara rakyat
‘ikat perut’ dan berjimat cermat, purata belanja hari jadi Najib yang
mencecah RM800 itu lebih tinggi dari pemberian BR1M (Bantuan Rakyat
1Malaysia) yang berjumlah hanya RM500.
Tahniah Datuk Seri Najib kerana berjaya menunjukkan contoh wasatiyyah terbaik untuk diteladani oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment