Kenyataan Media
23 April 2013
PERSEFAHAMAN DICAPAI, ISYARAT TUNJUK JALAN KELUAR BUAT UMNO DAN BN
22 April 2013, Tuan Guru Presiden PAS dalam satu sidang media
telah mengumumkan cadangan bagi mengakhiri masalah pertindihan calon Pakatan
Rakyat, termasuklah kerusi DUN N21 Sg Acheh.
Alhamdulillah, cadangan bijaksana Presiden PAS telah
diterima pakai oleh Majlis Pimpinan Tertinggi PR dan secara langsung telah
menyatukan Pakatan Rakyat untuk terus berada di posisi terbaik menyerang regim
Bn. Presiden PAS sendiri mencadangkan 6
kerusi yang bertindih PKR dan PAS diputuskan 3 kerusi diambil PAS dan 3 kerusi
diambil PKR. Presiden PAS sendiri mencadangkan DUN Sg. Acheh ditandingi PKR.
Saya secara peribadi dan seluruh pasukan
jentera PKR kempen PRU N21 DUN Sg., Acheh menyambut baik dan amat terharu
dengan perkembangan tersebut. Saya yakin pendokong arus perubahan seluruh
negara pasti tenang dan senang dengan keputusan ini kerana ini bukan persoalan
Sg. Acheh semata tetapi perubahan keseluruhan peringkat nasional.
Selesainya isu pertindihan calon sekaligus
menutup ruang pihak regim untuk terus mengekspoitasi isu remeh ini. Harapan lawan
untuk mendapat laluan mudah telah berkecai dan kini masanya bagi Pakatan Rakyat
tidak lagi menoleh ke belakang tetapi terus ke depan berjuang untuk rakyat
khususnya di Sg Acheh ini.
PR tidak akan terperangkap dengan rentak lawan
yang berubah sekelip mata. Pada mulanya pihak lawan berwatak menyerang PAS dari
segenap sudut namun sejurus selepas isu pertindihan selesai, Sikap pujian
melangit yang tidak ikhlas dihambur kepada PAS lantas memujuk PAS supaya terus
bertanding di kerusi bertindih. Ini taktik 'syaitan yang dikenali' yang panik
kehilangan kuasa.
Saya dengan rasa rendah diri memohon maaf dan
peristiwa dua-tiga hari di Sg Acheh ini cukup bermana sebagai pengalaman dan
pengajaran ke depan. Jentera kempen PKR N 21 mempelawa jentera PRU PAS untuk
sama dalam program kempen.
Di dalam kertas undi masih akan muncul ruang 3
calon bertanding, kekeliruan ini InsyaAllah akan ditangani dengan baik oleh PAS
dan PKR. Amanat Pimpinan Tertinggi PR hasil kebijaksanaan Tuan Guru Presiden
PAS sudah pasti akan diangkat dengan penuh rasa hormat.
Ayuh bersama Pertahan Pulau Pinang menuju Putrajaya -
Pakatan Harapan Rakyat.
CHE'GUBARD
Calon Pakatan Rakyat
N 21 DUN Sg Acheh
Saya pun terpikir perkara yang sama kelmarin... penyelesaian yg saya rasa terbaik untuk kedua belah pihak... selamat berjuang PR utk rakyat Malaysia!
ReplyDeletealhamdulilah..sebagai ahli jamaah PAS saya yakin sahabat2 di sG Acheh akan menerima keputusan TGHH dgn redha..marilah kita merapatkan saf untuk menghadapi musuh sebenar BN..INSYAALLAH kita akan mendapat ganjaran di dunia dan akhirat..TAKBIR
ReplyDeleteAssalamualaikom wrh wbt... Syukurlah semua dah teratur .. ..
ReplyDeleteMalam tadi saya sempat berjumpa dan bergambar kenangan bersama calon kami SaudaraKu Rezal Mikael dan juga Saudaraku Chegu Bard yg dtg membantu kami di BERTAM. Inilah semangat berpasukan tenteraNYA. Semuga Kekuasaan rakyat yg sebenar bakal berlaku. TAKBIR.