17 April 2013
Kempen PR di Sg Acheh Giat Dijalankan
che'GuBard hari ini menafikan khabar berita yang mengatakan terdapat masalah di antara PAS dan PKR di DUN Sg Acheh.
Kempen menyantuni rakyat di Sg Acheh sedang giat dijalankan ketika ini oleh semua pihak dari Pakatan Rakyat. Kempen kesedaran juga dilaksana bagi memastikan Pulau Pinang dipertahan dan mendapat mandat lebih besar.
Seperti jaminan awal che'GuBard sebelum ini, tidak akan ada pertembungan 3 penjuru di Sg Acheh. Pasti hanya ada seorang calon PR sahaja akan berdepan dengan BN dan diyakini dalam tempoh 48 jam pimpinan PR (Majlis Presiden) akan putuskan siapa yang bakal mewakili PR di Sg Acheh. che'GuBard yakin pertimbangan yang dibuat adalah secara menyeluruh.
che'GuBard juga menyeru semua jentera khususnya PKR agar bersedia menerima apa jua keputusan itu nanti dan akan terus bekerja malah akan lebih agresif mendekati pengundi saat akhir bagi kemenangan PR.
Agenda kita memperkukuh kerajaan PR P.Pinang yang diiktiraf pentadbiran terbaik harus jelas dan mengatasi semua kepentingan lain. Hasrat Rakyat tidak wajar dikhianati.
Malah jika tidak terpilih che'GuBard tetap akan mengekalkan momentum jentera dan sendiri akan turun berkempen demi kemenangan rakyat. Kita bukan seperti BN yang dikenalpasti banyak tempat berlaku penutupan bilik gerakan kerana kecewa.
Kesempatan ini juga, che'GuBard menyeru untuk semua jentera BN yang kecewa untuk bersama dalam jentera rakyat dan membantu kemenangan Pakatan Rakyat.
che'GuBard
Chgu Bard patut diletak diParlimen...kalau jadi wakil rakyat...boleh berrhujah dengan puak BEnd yang bebal tu.
ReplyDeleteSusah nak dapat makhluk macam lu ni.
ReplyDeleteChegu Bard 1 dalam sejuta..
ReplyDeleteWalaupun kita sebaya, daya ingatan ttg hal politik gua memang jauh lebih rendah..
Chegu Bard amat sesuai di Parlimen Nibong Tebal berbanding Dr Mansor..
ReplyDeleteChe Gu Bard,
ReplyDeleteParlimen yang paling sesuai dan tepat sekali adalah PARLIMEN REMBAU. Tiada calon yg sesuai melainkan CGB untuk menentang KJ. Masa sekarang ini adalah masa untuk memikirkan menang dan CGB adalah berpotensi besar untuk menang.
Saya berkeyakinan yg jentera parti akan lebih berkeyakinan dan mendapat suntikan semangat extra sekiranya CGB di P Rembau. Jentera peringkat DUN termasuk Rantau akan memberikan sokongan padu.
Drpd Kawan Lama
walaupun chegu bard tak jadi calon, tp percayalah jika PR menang pasti ada posisi yg lebih hebat & sesuai utk org yg hebat spt beliau...nak perintah negara perlu ramai org2 berwibawa & bersemangat pejuang...tak semestinya jd YB je...
ReplyDeleteBetul cakap akucikgu tu... sayang laa kalau org hebat mcm chegu bard hanya jadi wakil Sungai Acheh yg kebanyakan pengundinya lebih cenderung kepada PAS..
ReplyDeleterakyat perlukan pemimpin seperti Chegu Bard...malang kalau che gu bard tidak bertanding
ReplyDeleteapa cerita bro.. dah jadi 3 penjuru tu.. tak ker pecah undi.. mcm mana PR nak menang.. ada daaa cekgu..
ReplyDeleteapa cerita bro.. dah 3 penjuru tu.. mcm mana PR nak menang tu dah pecah undi tu.. apa daa cekgu..
ReplyDeleteJangan la macam ni. Tolong la salah seorang tarik diri. Malu kita kat depa ..
ReplyDeleteSaya cadangkan Chegu beri laluan kpd calon PAS kerana DUN Sg Acheh tidak sesuai dgn profile Chegu. Chegu adalah seorg aktivis yg hebat dan amatlah malang jika Chegu tewas dlm pertembungan 3 penjuru ini. Ibarat pepatah :- menang sorak kampung tergadai. Pada hemah saya dlm setiap pertandingan itu biarlah kita menang dgn bergaya atau kalah dgn bermaruah... Pertembungan 3 penjuru melibatkan PAS dan PKR di 5 DUN dan 1 Parlimen itu sepatutnya tidak boleh berlaku. Saya ucapkan selamat maju jaya utk Chegu. Semoga Allah permudahkan urusan Chegu.
ReplyDeleteABE(SSB)
Aku ni pengundi DUN Sg Acheh. Memang bagi aku Chegu Bard tak layak jadi calon DUN Sg Acheh. Seeloknya CGB lawan je parlimen kat Rembau. Lawan ngan KJ. Yang nak merantau jauh2 sampai ke Sg. Acheh buat apa. Seriously aku sebagai pengundi lebih prefer anak tempatan berbanding orang luar jadi wakil rakyat. Calon DUN dan Parlimen N.Tebal dari BN adalah anak jati Sungai Acheh so kelebihan ada pada mereka. Sememangnya pengundi lebih cenderung pada PAS di Sg Acheh. Elok la CGB tarik diri je. Tak payah nak pecah undi. Lagi pun kalau nak baca balik entry CGB sebelum ni, Chegu Bard kata tak kisah kalau tak tercalon. Sanggup jadi jentera biasa utk tolong kempen buat parti. Ini lah masanya nak membuktikan "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata". Bukan setakat cakap je. Tunjuk dgn perbuatan. CGB sanggup berkorban demi kemenangan PR. Tolong jgn jadi cakap tak serupa bikin.
ReplyDeleteperjuangan adalah pelaksanaan kata2.dulu kata nk lwn khairy smpai lubang cacing.la ni mana dia? dok nmpak lubang lain plak dh
ReplyDelete