Kenyataan Media
1 Mac 2013
Insiden Lahad Datu: Rakyat Harus Tolak Kerajaan Lemah Segala Bidang
Pertempuran
darah yang berlaku di Lahad Datu yang menyebabkan kematian dua komando
PDRM adalah kemuncak 'kelemahan' kerajaan yang dipimpin oleh Umno
Barisan Nasional. Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras
Najib Razak (PM) dan Sepupunya Hishamuddin Hussin (KDN) bertanggungjawab
sepenuhnya di atas dua anggota polis yang terkorban setakat ini dan
akan datang.
SAMM juga mengucapkan takziah kepada keluarga
anggota yang terkorban, SAMM yakin ia adalah pengorbanan yang suci
terhadap tanahair, agama dan bangsa. Namun malangnya perkara sedih ini
tidak wajar berlaku sekiranya pihak kerajaan Malaysia mengendali konflik
ini dengan tepat. Apakah setelah berlaku dua kematian maka baru
kerajaan nak bertindak?
Persoalan utama yang timbul di sini ialah mengapa
kerajaan Malaysia terlalu lambat mengambil tindakkan, dan teragak-agak
sehingga menyebabkan insiden kematian anggota keselamatan negara?
Tawaran yang diberikan juga tidak melambangkan ketegasan, sehingga
beberapa kali menukar tarikh tamat tempoh yang diberi kepada penceroboh
bersenjata. Akibat daripada tiada ketegasan mutlak, negara berdepan
lebih banyak kematian malah tidak mustahil orang awam bakal menjadi
mangsa.
Seterusnya SAMM tetap mempersoalkan bagaimana
kumpulan bersenjata ini boleh mendarat di Pantai Tg Labian, mara jauh ke
Kg Tandou dan berkampung di sana. Mereka menyusup berjalan kaki dengan
skala yang sebesar ratusan askar malah Malah menurut Philippine Daily Inquirer memetik
Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata. beberapa bot
telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi
pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada. Bagaimana ini
tidak dapat dikesan? Atau ia sebenarnya sandiwara untuk simpati
pilihanraya?
SAMM juga persoal di manakah kelengkapan negara
dengan perbelanjaan duit rakyat yang berbilion itu? Kehilangan nyawa
tetap berlaku terhadap rakyat negara ini walaupun telah ratus bilion
dihabiskan oleh Kementerian Pertahanan. Sudah lengkap bersenjata, tetapi
gagal menafsir keputusan tepat ketika waktu genting satu kesalahan yang
tidak boleh dimaafkan.
Cukuplah, cukuplah mandat buat Barisan Nasional.
Najib Razak membuktikan dialah Perdana Menteri paling konsisten kadar
penakutnya. Apakah rakyat mahu si penakut yang kurang bijak lagi
penindas rakyat terus menerajui negara?
Sekian.
No comments:
Post a Comment