Kenyataan Terbuka
16 Januari 2012
UTUSAN ALAT PENIPUAN UMNO
Bukan sekali tetapi sudah banyak kali Utusan Malaysia didapati menipu oleh mahkamah dan diarahkan membayar denda, namun ini tidak langsung mengendurkan peranannya untuk terus menipu.
Dalam satu artikel yang boleh dicapai secara online di sini dengan jelas bukan sahaja menulis dengan memutar belit fakta untuk mengelirukan sebaliknya terus menipu.
Dalam keghairahan menipu penulis artikel tersebut dengan selamba menyatakan Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agong PKR sebagai pengerusi majlis dalam Himpunan di Stadium Merdeka, fakta sebenar acara petang itu menampilkan 4 orang juru acara dan yang pasti bukan Saifuddin.
Penulis juga menulis nama che'GuBard dengan menyatakan pada sebelum itu telah membuat pengumuman pada awal majlis bahawa kutipan
derma pada malam menjelang Himpunan ialah RM30,000. Di mana faktanya che'GuBard hanya masuk ke stadium selepas mengetuai perarakan ribuan anak muda dari Kg. Baru masuk ke stadium berada di padang langsung tidak ke pentas utama, bagaimana che'GuBard boleh dikatakan membuat pengumuman. Nampak sangat pembohongnya.
Utusan sememangnya alat penipuan tanpa batasan, selepas dari peristiwa 'mogok utusan' dimana menyaksikan parti regim menguasai Utusan, sejak itu Utusan sudah hilang roh.
Sekian.
che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
murid murid dengar sini !!,cari perkataan atau bidalan yang sama makna dengan "menipu dalam terang".bangun seorang murid yang dianggap kurang kecerdikkanya menjawab,saya tahu cikgu!UMNO!!!cikgu.
ReplyDelete